Home Novel Cinta Ingat-ingat Lupa
Ingat-ingat Lupa
Zulfati Hanis
1/11/2012 11:02:07
116,846
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 1

4 tahun kemudian….

Kabus tebal membataskan pandangan mata Nurul Amira. Dalam keadaan takut dia memberanikan dirinya untuk meredah kabus yang semakin tebal bagi mencari jalan keluar. Dari jauh dia nampak seolah ada pancaran cahaya. Saat itu jua dia terdengar suara. Suara itu milik seorang lelaki.

“Sayang….” Suara itu kedengaran sayu sekali.

Nurul Amira mencari suara yang memanggil. Di pusing sekelilingnya. Manalah tahu ada orang lain selain dirinya di tempat asing seperti ini. Mungkin ada orang yang turut sesat seperti dirinya. Tapi sayang, tiada sesiapa pun yang dia nampak. Kakinya terus melangkah dengan anak mata liar memandang. Dalam pada itu cahaya yang kelihatan tadi semakin menghilang. Langkah kakinya dipercepatkan.

“Sayang….jangan tinggalkan abang!” sekali lagi Nurul Amira mendengar suara lelaki yang sayu itu. Langkahnya terhenti. Dia memandang sekeliling sekali lagi. Namum tiada langsung kelibat manusia sepertinya.

“Siapa tu?. Tolong jangan main-main macam ni. Saya dimana ni?” Nurul Amira memberanikan diri bertanya. Dalam pada itu dia masih lagi mencari gerangan pemilik suara itu.

Tiba-tiba bunyi loceng bingit sekali. Nurul Amira menutup telinga dengan kedua belah tapak tangannya. Namun bunyi loceng itu masih lagi mengila. Kebingitan itu membuatkan Nurul Amira berlari dan terus berlari tanpa arah tujuan dalam kabus tebal. Akhirnya tanpa disedari dia terjatuh ke dalam gaung yang dalam.

“Adoiii…..” Nurul Amira mengosok punggungnya. Dia membuka kelopak mata dan memandang sekeliling.

“Astaghfirullah…..aku mimpi lagi,” keluh Nurul Amira lemah. Rupa-rupanya dia bermimpi tadi. Dah acap kali dia mengalami mimpi yang sama berulang kali. Dia sendiri tak faham kenapa dia sering dihantui dengan mimpi yang pelik-pelik.

Di usap mukanya yang sudah dibasahi peluh. Hatinya mula tertanya kenapa dia asyik mengalami mimpi yang sama berulang kali. Namun tiada jawapan yang dia perolehi.

Di kerling jam diatas meja sisi. ‘Ya ALLAH, dah subuh.’ Hati kecil Nurul Amira berkata. Dalam keadaan masih mamai digagahkan dirinya untuk bangun. Persoalan mimpi itu ditinggalkan dulu. Sekarang ini dia ingin membersihkan diri dan mendirikan solat Subuh terlebih dahulu.

Usai mengerjakan solat Subuh, Nurul Amira membuka telekung yang membalut tubuhnya. Dia masih berteleku diatas sejadah. Tiba-tiba pulak kepalanya berdenyut.Diurut perlahan-lahan. Soal mimpi yang sering menghantuinya kembali menghantui dirinya. Mimpi memang mainan tidur. Tapi mimpi yang dia alami sejak kebelakangan ini bukan lagi mainan tidur. Sebaliknya ia menjadi mimpi buruk buatnya. Dia mulai rasa tidak selesa dengan mimpi yang berulangkali ditayangkan setiap kali dia melelapkan matanya.

Suara lelaki yang selalu muncul setiap kali dia bermimpi turut menjadi tanda tanya. Milik siapakah suara itu?. Dia kenalkah lelaki itu?.

Tanpa mahu memikirkan perkara ini lebih lama Nurul Amira terus melipat telekung dan sejadah. Dia melangkah keluar dari bilik tidurnya untuk menyediakan sarapan pagi dan mengejutkan Kak Kiah rakan serumah dan merangkap rakan sekerjanya.


Previous: Prolog
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.