Home Novel Cinta Operasi Bulan Madu
Operasi Bulan Madu
Aini Marisha Marisha
31/12/2013 20:56:48
101,116
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 8

“WALAU macammanapun sikap ayah, Faizal tidak boleh melawan dia. Faizal kena ingat, tanpa ayah, Faizal tidak akan wujud di dunia ini. Sampai bila-bila, Faizal tak boleh menafikan bahawa Faizal adalah darah daging dia....” Perlahan dan lembut suara Salina menasihati Faizal apabila Faizal menceritakan kepadanya tentang apa yang berlaku tengahari tadi.

“Tapi mak....kalau setakat menjadi ayah tapi tak jalankan tanggungjawab buat apa? Sebagai suami, seorang ayah, dia ada tanggungjawab untuk menyara keluarga dia. Dulu dia mintak izin mak untuk kahwin lain, mak izinkan atas alasan tak nak tengok ayah buat maksiat kat luar. Tapi tengoklah apa yang dah jadi...walaupun dah izinkan kahwin lain, tapi ayah buat dosa jugak sebab abaikan nafkah keluarga kita.....,” selar Faizal geram.

“Faizal...tak baik Faizal cakap ayah macam tu.....,” nasihat Salina lagi. Dia cukup bimbang dengan api kebencian yang meruap di dada anak tunggalnya itu.

“Tak baik apa nya mak....apa yang Faizal cakap ni memang kenyataan. Dia tu berdosa sebab tak beri nafkah pada keluarga kita. Mak isteri dia, saya ni anak dia. Dia sepatutnya perlu bersikap adil kalau nak kahwin dua. Ini tak, hampir semua masa dia dihabiskan dengan bini muda dia,” tingkah Faizal tidak bersetuju dengan kata-kata emaknya. Dia tetap dengan pendiriannya dan menganggap bapanya itu seorang yang sangat tidak bertanggungjawab terhadap mereka.

“Faizal.....kenapa cakap macam tu, dia tetap bapa Faizal.” Salina masih cuba memujuk anak tunggalnya itu. Dia semakin risau apabila dilihatnya Faizal semakin membenci ayahnya sendiri. Tetapi Salina tahu dia tidak boleh menyalahkan Faizal seratus peratus kerana Faizal memang membesar dengan sikap ayahnya yang mengabaikan keluarganya sendiri. Jika anak-anak lain memperolehi kasih sayang dari ayah mereka, namun berlainan sekali dengan Faizal yang hanya dihadiahkan dengan sepak terajang dan pukulan apabila setiap kali Osman pulang ke rumah mereka. Salina juga sudah tidak berupaya hendak memujuk, hanya doa sahaja dipanjatkannya setiap hari moga-moga satu hari nanti akan terbuka pintu hati Osman untuk melayan Faizal dan menyayanginya sebagai anak kandungnya sendiri.

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.