Bab 10
Selesai mengurus pendaftaran kemasukan
ke bilik di resort itu, Salwa Maisara
terus sahaja menghempaskan tubuhnya di atas katil dengan tubuh meniarap.
Hari sudah jauh malam. Tidak ada gunanya dia hendak pergi ke pantai. Air pun
sudah naik pasang. Perasaannya terasa kosong dan terasa diri tidak dihargai.
Apakah ada sebegini nasib gadis sepertinya yang dinikahkan lantas ditinggalkan?
Ah, memang dia tidak mampu
hendak menerima keadaan itu. sakit hatinya namun apakah hatinya yang sakit ini
dapat dikurangkan dengan hanya tidur dan berdiam diri? Ah, sukar dia. Sukar dia
hendak menentukan rasa sakit ini. Akhirnya dia tertidur pada malam itu dengan
perasaan yang haru biru.
Pada
waktu tengah malamnya dia tersedar. Dia bertemu dengan suaminya sendiri. Mereka
bertemu di sebuah taman yang indah. Akhirnya dia terbangun dengan seluruh tubuhnya
menggeletar. Mungkin tidak percaya akan kejadian itu.
Dia
tidak dapat lagi tidur selepas itu. Akhirnya dia mengerjakan solat Isyak yang
belum sempat dia laksanakan tadi. selepas itu dia melaksanakan solat taubat,
solat istikhorah dan sulat hajat. Kemudian dia bertafakur di atas sejadahnya.
Dia
memohon kepada Allah, jika benar jodohnya dengan suaminya Syed Budriz, dia
memohon agar dia diberikan kemudahan dan keberkatan dalam hidupnya yang singkat
ini. Tetapi seandainya suaminya sekarang ini bukan jodohnya, dia memohon juga
agar dipermudahkan urusan mereka dan dipisahkan mereka secara baik.
Dia tidak mahu diberikan
derita begini. Takkan dah kahwin tetapi hidupnya masih sendiri? Bukankah
pernikahan itu menjadikan dia melaksanakan satu lagi tanggungjawab? Sekarang ni
tanggungjawab apa yang dia nak buat? Dia tidak tahu bagaimana nanti mahu
bercerita dengan ibu bapa mereka mengenai hal ini. Dia memohon keampunan kepada
Allah.
Sesudah solat Isyak dan
Solat hajat dan solat taubat, dia meneliti telefon bimbitnya. Dia tepuk kepala.
Dia sudah terlupa menghubungi ibu bapanya sewaktu dia sampai tadi. dia juga
terlupa mengaktifkan semula telefonnya. 30 miss called dari emaknya.
‘Alamak! Kasihan pula mak!’
bisiknya. Telefon masih ditelitinya. Dia melirik jam di telefonnya. Sudah jam
4.00 pagi. Dia tidak mahu mengganggu emaknya. Pasti emaknya penat. Dia pun
mengecas telefonnya dan hendak tidur semula. Dia berasa masih penat setelah
majlis pernikahan dan persandingannya petang tadi. namun apa yang menambah
geramnya ialah sakit hati dengan kenyataan suaminya yang baru dinikahnya.
‘Patutkah dia cakap dia
belum sedia nak memikul tanggungjawab? Patutkah dia nak hidup asing-asing
walaupun mereka sudah sah nikah? Eh lelaki tu mukanya aje kacak tapi harap
mukanya aje! Perangai hampeh!’ bisiknya sendirian. Dia masih geram dengan
lelaki itu. wajah seperti iras Remy Ishak itu memang mengagumkannya. Wajahnya
agak cerah dan kemerahan. Sekali pandang pun memang dia sudah jatuh suka. Ah,
hanya suka bukan cinta! Tolaknya sendiri. Sebenarnya dia geram. Geram kepada
lelaki itu.
Patutnya dia tolak sahaja
lelaki itu. patutnya dia tolak sahaja permintaan ibu bapanya hendak menikahkan
dia. patutnya dia tunggu sahaja lelaki yang sekerja dengannya meluahkan
perasaannya dan mengajaknya menikah. Ah, dia kenapa mahu menerima desakan ibu
bapanya? Dia masih muda. Kalau dah berumur pun apa salahnya. Dalam zaman moden
ini, banyak gadis yang tida kahwin-kahwin, tak apa-apapun! Hanya ibu bapanya
yang agak konvensional dalam hal-hal nikah kahwin ini. kawan-kawan sekerjanya
ramai lagi yang tua daripadanya dan belum kahwin. Apa masalahnya? Dia tidak
nampak masalah. dia nampak kegembiraan. Dan, dia yang tidak diakui isteri oleh
suaminya hendak buat apa? Buat derk ajelah! Dia takkan ubah statusnya di pejabatnya.
Dia takkan buat deklerasi yang dia sudah bernikah dan menjadi isteri. Dia
peduli apa! Bisiknya masih geram.
Ah, sepatutnya dia sendiri
sudah maafkan kerenah suaminya yang mahu hidup asing-asing dengannya. Mungkin
sudah ditakdirkan hidupnya begini. Mungkin sudah ditakdirkan dia harus begini
entah sampai bila. Tidak diakui suami dan hidup tetap begini! Namun, dia
bertuah kerana dia masih begini. Tidak ada perubahan pun! Jadi, dia perlu
buangkan rasa geram itu menjadi sebuah rasa syukur kepada Allah yang telah
memberikan dia kehidupan begini. Dia tidak harus berasa geram dan mennagis dan
terus menangis lagi. Cukuplah tiga jam yang lalu dia menangi tersedu-sedu
kerana nasibnya yang tidak sama dengan isteri-isteri yang lain yang bahagia.
Cukuplah!
Mulai esok dia harus
meneruskan kehdupannya. Takkan dia mahu memilih untuk derita? Tidak! Dia
memilih untuk meneruskan kehidupannya sebelum ini, bahagia dengan kawan-kawan
sekerjanya dan kawan serumahnya. Rosnah! Ya Rosnah yang kini membawa pelajarnya
ke Kundasang. Entah-entah dia sedang meratah strawberi di sana. Entah-entah dia
ada bawa sebakul strawberi untknya. Siapa tahu!
Dia memilih untuk tersenyum
dan kembali menyambung kehidupannya mulai minggu depan. Sehingga hujung minggu
ini dia akan berada di sini, di resort ini. bukan selalu dia dapat duduk di
sini. Selalunya hidupnya sibuk dengan tugasannya seharian. Dia rsa sibuknya
mengalahkan perdana menteri pula. kalah ahli perniagaan paling terkaya di
Malaysia ini.
Ah, kesibukan? Ya, dia
pekerja yang setia dan workoholic. Yes, dia harus menyambung tugasnya. Mungkin
semua perkara yang berlaku dalam hidupnya ini ada hikmahnya! Dia harus
menelitinya dari sudut yang positif. Ya dia mahu kembali merancakkan hidupnya
dalam kesibukan seperti mana Rosnah. Ya Nur Rosnah, kawan baiknya yang ceria
dan gila kerja. Mereka ada persamaan tetapi tetap ada perbezaannya.
“Selepas ni tak dapatlah aku
banyak masa dengan kau! Kau akan berkahwin. Pasti kau akan untukkan banyak masa
untuk suami terchenta kau!” kata Rosnah. Dia tersengih. Dulu dia jawab lain.
Sekarang dia akan jawab
begini, ‘Suami aku sibuk dengan kerja dia. aku pun kena sibukkan diri selagi
kami belum ada anak!’ itulah yang akan dijawabnya nanti apabilal Rosnah
bertanya mengapa dia tidak tinggal sebumbung dengan suaminya.
“Ya, aku kena selalu ada di
sisi suami aku. Aku kan isteri mithali!” itulah jawapannya yang masih segar
dalam ingatannya. Dia cemuh dirinya. Belum tahupun suaminya mahu terima dia
atau tidak pada masa itu. masa itu dia pun belum nikah dengan suaminya itu.
“Baguslah tu! Aku doakan kau
bahagia dan cepat dapat timang anak!” kata Rosnah lagi. Dia terus cubit paha
Rosnah. Baru padan muka!
“Aku muda lagilah!” katanya.
“Mana ada! Kau dah tualah!”
kata Rosnah mengusiknya. Mereka berkekekan ketawa. Gembira sungguh pada masa
itu. sekarang, gembira dan ketawa itu sudah hilang. Yang ada hanya sebuah
kesedihan dan bersedia menghadapi hari sibuk seperti biasa!
“Ah, tidurlah!” katanya yang
sudah menguap beberapa kali. Dia membaca al fatihah dan mula melelapkan
matanya. oh lupa! Dia terbuntang mata pula. dia mengambil telefonnya dan
memberitahu emaknya yang dia sudah sampai di Kota Kinabalu dengan suaminya. Dia
rebahkan diri ke katil queen saiz itu.
Baca lanjut di http:putrimanasuha.blogspot.com