Bab 20
“Awak tidur dengan kekasih awak
semalam?” soal Syed Muhammad Budriz setelah dia membuka pintu biliknya dengan
susah payah. Matanya sudah macam mahu terkeluar mendengar tuduhan lelaki itu. Siapa
yang tidak geram! Ingatkan dia ni perempuan murahan yang bawa lelaki tidur
sesuka hati?
Lelaki itu hanya diam macam
batu tetapi soalannya boleh memecahkan batu granit. Telinganya pun boleh
berdarah. Tidak sedikit pun menolongnya. Hilang pula machonya lelaki ini. Malah
sakit hati mendengar soalannya. Adakah dia hendak tidur dengan lelaki lain? Eh,
memang tidak patutlah! Patutkah dia hilang maruah hendak tidur dengan lelaki
lain yang bukan muhrimnya? Soalnya dalam hati.
“Abang
sayang, saya ni masih tahu hal-hal yang berkaitan dengan keagamaan, halal
haram, dosa pahala, walaupun saya bukan ustazah! Kenapa abang nak tuduh-tuduh
saya macam tu?” soalnya mengembalikan soalan kepada suaminya.
Syed Muhammad Budriz ketawa.
Sinis kedengaran suara itu. itu sahaja yang dia tahu. Ketawa dan ketawa. Bukan
nak serius!
Sebenarnya dia letih
berdampingan dengan lelaki ini, letih kerana sering dituduh yang bukan-bukan.
Kalau boleh dia mahu menghindari diri dari lelaki ini namun dia ini umpama
mentimun dengan pisau. Menggolek pun luka dan digolek pun luka. Ah, memang dia
mentimunlah kalau macam ni!
Kalau dia ceritakan kepada
emaknya mengenai hal ini memang emaknya akan menyebelahi suaminya ini. Mesti
emaknya akan cakap, syurga seorang isteri terletak di bawah tapak kaki suami!
Bukan di bawah tapak kaki emak lagi. Jadi isteri kena taatkan suami dan
hormatkan dia! Dia sudah tahu apa yang emakkan akan cakap! Ah, sudahlah!
“Awak
ingat abang akan percaya?” soal lelaki itu. Kering sungguh wajah itu. Kering
kerana ego dan kesombongannya! Benci betul! Kening tebal itu terangkat dan
hidung mancung itu semakin meninggi apabila dirinya dipandang rendah. Alangkah
menyakitkan hatinya.
Dia turunkan pandangannya.
Malas dia mahu beradu pandang dengan
lelaki itu. Mahu sahaja diketuknya lelaki ini namun ketinggiannya yang hanya di
paras bahu lelaki ini memungkinkan dia tidak mampu melakukan apapun semahunya. Hanya
mencubit lelaki ini dia boleh, dia fikir sendirian. Mahu ketawa pun ada memikirkan
dirinya yang kurus dan agak rendah ini.
“Tak
percaya sudah! Saya mengaku memang ya! Saya tidur dengan lelaki lain semalam!
Apa komen abang! Puas hati kan?” katanya geram kepada lelaki itu. Baru padan
mukanya! Asyik menuduh! Lelaki yang sudah duduk di sofa di biliknya ini
buntangkan mata dan secepatnya sudah mendekatinya. Malah dia tidak tahu apa
yang mahu dilakukan oleh lelaki ini kepadanya.
“Baguslah!
Abang akan bunuh lelaki itu kalau abang tahu abang hanya dapat sisa!” aduh,
betapa terlukanya hatinya. Dia terasa dirinya seperti barang, barang yang
murah! Dia ketawa. Begitu berani dia ketawa! Dia seperti mahu bunuh dirinya
pula!
Aduhai! Kenapa dia seberani
itu membuat pengakuan di depan suaminya! Memang dia sudah geram! Dia asyik nak
jujur dan suaminya asyik tidak mahu percaya! Jadi, apa yang patut dia cakap!
Baik kalau dia buat pengakuan berani mati! Lelaki ini sungguh menyakitkan!
“Betul?
Abang hanya dapat sisa sekarang ni?” soal lelaki itu lagi sudah memeluk
tubuhnya. Menggeletar seluruh tubuhnya. Alangkah tragisnya dia.
Apakah dia akan jawab?
Angguk atau geleng? Atau, menangis? Ah, dia tidak mahu dituduh memerangkap
lelaki ini dengan air matanya sahaja. Dia tidak akan menangis di sisi lelaki
ini. Sakitnya hatinya mengenangkan dirinya yang sudah terperangkap oleh
suaminya sendiri begini?
Ah, siapakah sebenarnya
lelaki ini? Apakah dia orang terhormat yang menjaga kehormatan diri dan
isterinya atau dia ini bukan siapa-siapa? Kenapa emak dan ayahnya percayakan
lelaki ini? Aduhai!
“Jawab?
Apakah abang hanya dapat sisa?” seperti mahu menjerit suara Syed Muhammad
Budriz ditambah lagi dengan wajah bengisnya. Dia masih menjaga maruahnya.
Kenapa lelaki harus mahu menanya-nanya
akan dirinya. Dia hanya bergurau sahaja tetapi lelaki ini ah, dia sudah
ketakutan!
“Abang
dah dapat sisa kan?” lelaki itu terus memeluknya sedangkan tubuhnya kaku,
sekaku ais batu. Jangan sahaja dia cair sudahlah. Lelaki itu memang tidak tahu
malu!
“Abang,
jangan buat macam ni, saya tak sedia lagi,” bisiknya perlahan apabila lelaki
itu seperti tidak sedarkan dirinya.
“Abang
nak tahu benarkah abang dapat sisa?” bisiknya pula. Mata lelaki ini tertutup
tetapi tindakannya sudah agak jauh. Tubuhnya ini sudah jadi sasarannya. Bagai banyak
sekali peluru yang dimuntahkannya untuk mengganggu tubuh kecilnya ini. Lelaki
ini memang menyakitkannya! Telefon di biliknya ini berbunyi. Ah, dia sudah
bersyukur. Lelaki ini bagaikan terkejut. Namun masih juga dia mengucup dahinya
dan pipinya. Siapa yang mahu?
“Abang,
lepaskan saya,” katanya mahu keluar dari bilik ini dengan secepatnya. Dia tidak
mahu pihak hotel akan mengenakan bayaran lebih kepadanya. Dia akan menginap di
bilik ini selama semalam sahaja. Selepas ini dia akan mencari tempat lain pula.
Bilik ini penuh dengan
derita hatinya. Dia bukannya macam lelaki ini. Duitnya penuh dengan
kiraan-kiraan. Duitnya memang sukar hendak digunakan kalau untuk bersuka ria.
Nasib baik emaknya memberikan wang lebih. Katanya itu memang wang kahwinnya.
Dia mana peduli
Telefon
terus berdering. Pasti dari kaunter. Pasti mereka mahu tahu sama ada dia terus
stay di bilik atau check out. Ya dia mahu check out. Dia tidak mahu pula lelaki
ini melakukan sesuatu yang tidak disukainya.
“Abang
lepaskan saya, saya nak beritahu saya akan check
outpada pukul 12.30 nanti,” katanya termengah. Lelaki ini bagaikan sudah
hilang kewarasannya. Sejak tadi lelaki sudah hilang warasnya. Asyik hendak
menyakitkan hatinya sahaja!
“Sayang,
nanti kita sambung ya. Abang akan teruskan semalam lagi di bilik abang. Abang
nak tahu abang dapat sisa atau tidak!” kata lelaki itu dengan suara tegas dan
tekad. Dia sakit hati!
Terus dia menjadi gadis yang
sangat resah. Resah sekali. Lelaki itu memandangnya dengan pandangan yang
sungguh menyakitkannya. Seolah-olah mereka saling jatuh cinta. Padahal mereka
saling bermusuhan. Lelaki itu sudah melepaskannya.
Dia
terus berlari menjawab telefon. Lelaki itu hanya memerhatikannya dengan
pandangan yang sangat romantik dan begitu membuat semakin benci kepada lelaki
itu. Sayangnya dia semakin ketakutan. Malah dia seperti berada di tali gantung!
“Helo,”
katanya terketar. Lelaki yang memerhatikannya macam mata burung hantu
dijelingnya seketika.
“Ya
kejap lagi saya akan check out, nanti
saya turun ke lobi ya.” katanya kepada pihak hotel. Lelaki yang seperti tidak
ada perasaan dan kaku macam dinding itu hanya memerhatikannya. Berdiri macam
tunggul di sisinya. Namun tangannya dipegang kejap. Itulah yang dia tidak suka!
“Baiklah,
saya akan turun ke kaunter sebentar lagi. Beri saya masa, saya nak berkemas.”
Katanya kepada pihak hotel.
Kemudian dia melihat
suaminya semula. Mereka beradu pandang lagi. Aduhai, kenapa pula pandangan
suaminya ini begitu tajam dan menusuk hatinya? Sepertinya dia jatuh cinta lagi
kepada lelaki ini. Ah, tahukah dia yang dirinya sudah jatuh sayang kepada
suaminya sendiri? Soalnya dalam hati sedang dia sibuk mengemaskan pakaiannya di
dalam bilik air mewah itu. hatinya sempat berkata-kata sendirian. Tetapi
sayang, suaminya tidak mencintainya seperti mana dirinya. Dia sedih sekali. Ah
hanya mata mereka sahaja yang berbicara.
“Dah
siap sayang?” soal suaminya yang sudah membancuh kopinya sendiri. Lelaki itu
sudah duduk di sofa itu melayan dirinya sendiri. Dia pula sedang asyik
berbicara sendiri di samping berkemas dengan kadar yang sederhana. Sebenarnya
hatinya terketar-ketar. Inilah akibatnya kalau dia sudah geram dan terpaksa
membuat pengakuan berani mati!
“Err,
belum bang, nak kemas peralatan di bilik air lagi, tak nak ada yang terlupa!”
katanya perlahan. Dia berjalan keliling bilik itu memerhatikan barang-barangnya
kalau-kalau ada yang dia terlupa. Hanya kedengaran suara televisyen sahaja di
antara mereka.
“Lambatnya!
Kalau nak kemas pakaian abang lagi, tentu lebih lama! Lepas ni kena kemaskan
barang abang pula ya sayang!” kata lelaki itu. Apakah dia berseloroh? Apakah
dirinya ini pula tersalah dengar dengan kata-kata lelaki itu? Apakah yang dia
mahu sebenarnya?
Takkan dia pula hendak
mengemaskan pakaian lelaki itu? Tetapi kalau dia ingat tazkirah emaknya,
mengemas pakaian suami itu akan dapat pahala. Dia tidak mahu pahala? Err, mahu
tetapi dia tahu lelaki ini tidak dapat menerima dirinya sebagai isteri, jadi
takkan dia hendak terhegeh-hegeh pula kan!
“Bukankah
sayang meminta tempoh masa setengah jam tadi untuk kita menyelesaikan masalah
kita,” dia bagaikan mahu mati. Sekelip mata sahaja suaminya sudah membisikkan
sesuatu di telinganya. Secepatnya pula lelaki ini sudah di sisinya dan dia
terkedu malah terkaku bagaikan menanti maut.
Ah, kenapa lelaki ini
terlalu kejam kepada dirinya. Dia pandang suaminya dan cuba menjauhi lelaki
itu. Syed Muhammad Budriz semakin mendekatinya. Semakin berdebar dadanya.
Semakin sejuk seluruh tubuhnya. Kalau lah dia mampu pergi dari sini secara
ghaib alangkah baiknya!
“Taklah!”
katanya terus-terang. Dia tidak mungkin akan memberikan sesuatu yang dia jaga
selama ini. Dia sanggup bertahan dan melawan. Nanti kalau dia sudah tidak ada
apa-apa dan tiba-tiba dia ditinggalkan apa yang akan tinggal untuknya?
Kekecewaan? Kematian semangat? Atau, ketandusan kasih sayang? Ah, susah dia
mahu cakap!
“Jadi,
untuk apa setengah jam tu? Barang sayang ni bukannya banyak!” kata lelaki ini
yang masih memegang pinggangnya dan pandangannya tunak memandangnya. Aduh,
kalau mereka saling jatuh cinta sudah lama dia balas pelukan lelaki ini.
Namun ia tidak begitu, dia
pasti! Ia tidak akan menjadi semudah itu antara mereka! Dia lihat lelaki ini
suka memperkotak-katikkan gadis sepertinya. Dia tahu akan hal itu. tengok dari
caranya pun dia tahu. Lelaki ini kaku dan beku, malah seperti membenci dirinya
dan memandang rendah darjatnya!
“Abang
banyak lagi saya kena kemas!” katanya berdalih.
“Sayang
bukannya cleaner!” kata suaminya ini.
dia buntangkan mata. Memang dia bukannya tukang bersihkan bilik tetapi takkan
dia hendak biarkan bilik ini bersepah di sana sini! Malu lah pula dia hendak
biarkan biliknya ini bersepah. Nanti apa pula kata mereka. Dia mana biasa
hendak buat begini!
“Abang
boleh tak jangan ganggu saya? Lepaskan tangan abang tu!” soalnya. Lelaki itu
ketawa.
“Tak
nak! Abang takkan lepaskan sayang!” kata lelaki itu menunjukkan degilnya.
Bencinya dia kepada lelaki degil ini.
“Abang,
please...” katanya dengan pandangan sayu kepada lelaki ini. lelaki itu
tersengih. Ah, dia sengih pun kelihatan cukup menawan. Berdebar-debar dadanya.
Inilah sikapnya yang dia sendiri tidak suka. Dia sendiri cepat perasan!
Macamlah suaminya ini cintakan dan sayangkan dia. dia tahu lelaki itu hanya touch and godalam hidupnya. Itulah
sebabnya dia sangat berhati-hati.
“Sayang
takut?” soalnya. Dia cepat-cepat angguk. Memang dia takut dengan bisikan manja
lelaki itu. Dia tidak pernah berperlakuan begini. Mahu sahaja dia larikan diri.
“Tahu
takut?” soal lelaki itu. Dia mengangguk. Namun tangannya tidak dilepaskan.
Lelaki itu tetap memeluknya.
“Kita
balik KL nak dan pergi berbulan madu nak?” bisik lelaki ini membuatkan dia mahu
menangis. Walaupun betapa tingginya rasa perasannya kepada lelaki ini namun dia
tetap tidak mahu hendak mengikat kasih dengan suaminya ini.
“Suka
hati abanglah!” dia terbayang emaknya. Pasti emaknya gembira kalau dia balik
melawat emaknya di kampung. Tetapi mahukah lelaki ini membawanya balik ke
kampungnya? Pasti lelaki itu akan membawanya ke Kuala Lumpur sahaja. Pasti
lelaki ini tidak biasa dengan kehidupan kampungnya macam dirinya. Ah,
lupakanlah hasrat itu. Bisiknya sendiri.
“Oklah.
Abang dah beli tiket sebenarnya. Esok petang kita balik.” Kata lelaki itu. Dia
pelik.
“Hari
ni tak boleh balik?” soalnya. Malam ini mereka di mana? Takkan nak duduk di
bilik bagaikan neraka ini? soalnya dalam hati.
“Malam
ni kita di sini, berbulan madu!” kata lelaki itu. Dia rasa tidak selesa.
“Bukankah
saya ni bukan taste abang! Kenapa pula nak berbulan madu dengan saya!” katanya
menjawab dan sekurang-kurangnya dia mengingatkan lelaki itu tentang
perasaannya. Jangan main terjah sahaja!
“Suka
hatilah! Taste atau taste, kita masih boleh buat sesuatu kan?” kata-kata itu
membuatkan tubuhnya menggeletar. Ah kenapa lelaki ini suka menakutkannya?
Dia tahu bagaimana sikap
suaminya ini. Lagipun dia belum cukup mengenali lelaki ini. Seharusnya dia
berhati-hati dan tidak semestinya dia mahu menerima apa-apa usul daripada
lelaki ini. Dia tahu suaminya ini bergurau. Dia tahu Syed Muhammad Budriz mahu
mengujinya. Kalau sudah diuji begini, dia sepatutnya mempertahankan nasibnya.
“Abang,
saya nak masuk ke dalam bilik air kejap.” Katanya dengan mata tunak dan memohon
agar suaminya ini melepaskannya sekarang juga. Menggeletar tubuhnya ini. Niatnya
hendak mengemas barang-barangnya di bilik air seperti terbengkalai. Lelaki ini
suka buat hal kepadanya.
“Kita
mandi sama-sama sayang,” pinta lelaki itu menatap matanya. Dia menutup matanya
bagi menutup kesedihan dan ketakutannya. Dia menggeleng-geleng.
“Lihat
mata abang sayang!” kata lelaki itu apabila dia cuba menutup matanya. Kenapa
lelaki ini tiba-tiba bersayang-sayang kepadanya? Apakah dia sudah sasau?
Dia tidak sanggup hendak
membuka matanya dan bertentangan mata dengan lelaki itu. Benar dia tidak
sanggup hendak menentang mata cukup redup dengan tangan masih di pinggangnya
ini. Tuhan, tolonglah aku!
“Saya
tak nak mandi bang! Baru aje saya mandi tadi! lagipun... kan pihak hotel nak
suruh saya keluar...” katanya tersekat-sekat. Memang benar dia baru sahaja
mandi tadi. Takkan dia nak mandi berulang kali. Sejuk!
“Kita
kena mandi wajib kan sayang!” kata lelaki itu membisik lagi di telinganya. Terbuntang
resah matanya. Kenapa lelaki ini suka membuat onar kepada dirinya? Alangkah
selamatnya dia semalam selepas suaminya ini melepaskan dia menaiki teksi
sendirian. Alangkah baiknya kalau dia terus balik ke rumah sewanya. Tentu dia
sudah selamat. Inilah balasannya kalau sendiri ini suka-suka hati mahu tinggal
di hotel sendirian dan mahu lari dari kawan baiknya Rosnah! Alangkah
menyesalnya dia. Dia memang sudah mandi tadi. Kenapa lelaki ini tidak faham?
Atau sengaja tidak mahu faham?
“Tak
nak! Abang mandi sendirilah!” katanya. Dia sudah mandi di bilik air di biliknya
ini tadi. Buat apa dia hendak mandi berkali-kali. Namun dia diamkan.
“Takkan
tak nak mandi! Ayuh sayang, kita mandi dulu! Kalau pihak hotel nak kenakan
bayaran lebih pun tak pe, nanti abang settle!” kata lelaki itu yang sudah
menarik tangannya ke bilik air di biliknya itu. Air di dalam kolam mini dibuka
dan cuba dipenuhkan. Dia menutup matanya dan berharap agar hal ini hanyalah
ilusi semata-mata. Dia buka matanya dan suaminya masih terpacak agam di
depannya. Aduhai!
“Kita
mandi ya sayang. Abang pun dah naik rimas pula!” kata lelaki itu. Dia terpaksa
menurut. Kalau dia dipaksa dan ditarik tangannya? Macam mana? Jadi lebih baik
dia ikut sahaja ke mana lelaki ini membawa dia. Akhirnya dia angguk.
“Begitulah
isteri yang baik dan jujur,” merah membahang mukanya. Lelaki ini memang suka
memaksa-maksanya.
“Hmmm,”
dia membayangkan bagaimana mereka akan mandi bersama. Dia hendak ke luar pula.
Tangannya segera ditarik.
“Sayang
nak ke mana?” bisik suaminya. Pandangan tajam itu meresahkannya.
“Nak
ambil kain sarung,” lelaki yang sudah membuka bajunya itu tersengih. Sungguh
nakal lelaki ini. Suka memaksa dan selalu membuat onar dalam dirinya. Kalau lah
dia mampu melawan!
“Buat
apa kain?” soalnya pura-pura tidak tahu. Dia diam. Mahu menangis pun ada. Dia
tutup matanya apabila suaminya sudah membawa tangannya agar dia membuka butang-butang
baju suaminya itu. Aduh terpaksa pula dia membuka butang baju lelaki itu. Dengan
terketar-ketar dia membuka butang baju itu.
Terlihat dada bidang
suaminya dan dia menutup matanya perlahan-lahan. Air matanya sudah mengalir
bagaikan air sungai mengalir deras ke muara. Kalau lah lelaki ini mahu faham
akan perasaannya, alangkah baiknya! Dia mahu sahaja balik ke rumah sewanya,
sayangnya dia tidak berdaya!
“Sayang
buka mata!” arah suaminya. Dia terpaksa membuka matanya. Suaminya terus sahaja
memeluknya. Sakitnya hatinya. Hendak menangis pun ada.