Bab 15
Salwa Maisara cepat-cepat bangun dari
tolakan lelaki itu. Sungguh tidak berperikemanusiaan betul! Mahu sahaja dia
ketuk kepala lelaki ini tetapi dia tidak mampu. Tenaganya mengalahkan tenaga
gergasi. Kalau gergasi baik lagi! Ini tidak, dia ini bukan gergasi!
“Eh, apa yang awak nak buat
kat saya ya?” soalnya bingung namun dia sempat bangun dan duduk dengan segera.
Dia tidak mahu diperbodohkan oleh lelaki ini.
Kedengaran lelaki itu
ketawa. Entah apa yang ada dalam hatinya. Semakin menyakitkan Salwa Maisara. Mahu
sahaja dia menangis apabila lelaki itu sudah menindih tubuhnya dan memeluknya.
Dia mahu segera keluar dari bilik yang bagaikan neraka itu. dia mahu keluar
tetapi dia tidak mampu. Tangannya masih menolak-nolak di mana-mana tindihan
lelaki itu. malah kalau boleh dia sanggup memukul lelaki itu jika dia bertindak
lebih-lebih pula. Sakit benar hatinya.
“Awak tanya sayang, apa yang
abang nak buat?” soalnya berbisik di telinganya. Tangan lelaki itu elok sahaja
bertenggek di pinggangnya. Dia semakin cuak dan cuba menolak tangan itu. namun
dia masih tidak mampu menolak tangan itu. bagai berhantu pula tangan itu!
“Lepaskan! Lepaskan saya!”
jeritnya namun sebelah tangan lelaki itu cepat-cepat menutup mulutnya. Tahu
pula dia malu! Memang dia sangat sakit hati melihat aksi tidak menentu lelaki
ini. Baru semalam sahaja dia bercakap hendak tinggal asing-asing, sekarang dia
sudah lain. Suka sangat berubah emosi lelaki ini mengalahkan emosi wanita!
Sempat dia membuat analisis.
“Nak lepas buat apa sayang?
Kalau terlepas lagi sayang, nak jumpa kekasih awal dan akhir lagi kan?”
bertambah-tambah sakit hatinya. Mahu sahaja dia cekik lelaki itu jika dia
mampu. Namun dia tidak mampu, dia bagaikan sudah tertambat oleh lelaki itu. Bahagian
lehernya pula menjadi sasaran. Eh dia geli. Geli dengan bau rokok lelaki ini.
Geli dia sungguh geli. Kalau boleh dia tidak mahu berdekatan dengan lelaki ini.
Nafasnya membuatkan dia pengsan!
“Jangan buat tak tentu kat
saya bang, tolong lah lepaskan saya! Kalau apa-apa berlaku kepada saya macam
mana bang? Abang bukannya nakkan saya!” rayunya setelah puas berkeras dengan
lelaki itu. tudungnya direntap dan terbuka. Rambutnya yang ikal hingga ke paras
bahu itu sudah terburai. Bulat mata lelaki itu memandangnya. Malah, bilik yang
samar-samar itu seperti menimbulkan aura romantik pula kepada mereka berdua.
Tambahan pula bilik ini di hujung dan suasananya agak sunyi dan terpencil.
Bagaimana dia hendak memohon bantuan?
“Nak lepaskan macam mana
lagi ni sayang? Sayang ni dah begini, dengan rambut yang ikal mayang, cantik
dan wangi! Macam mana nak lepaskan ni? Cuba cerita kat abang ni sayang. Hmm,
memang menghairahkan seorang lelaki seperti abang, tambahan abang ni suami
sayang, kan?” bertambah meremang bulu romanya menerima kata-kata lelaki di
sisinya itu. Dia sengaja membelakangkan lelaki itu namun banyak hal pula yang
dapat dia lakukan termasuk menarik tudung de salmanya yang agak simple itu.
“Eh, awak dah gila Budriz!
Awak dah gila! Awak tak tunaikan janji awak! Awak dah gila!” suaranya hendak
menjerit tetapi ditahannya agar lelaki itu tidak menutup mulutnya.
“Memang abang dah gila! Gila
oleh sayang! Gila oleh kekasih sayang! Kekasih yang senang-senang nak dapatkan
sayang dari abang! Dia nak bersaing dengan abang? Ayuh, langkah mayat abang
dulu!” katanya. Lelaki ini bagaikan tidak siuman. Adakah dia dituduh
berkekasih. Dia tidak ada kekasih. Jika dia ada kekasih dia tidak mahu ibu
bapanya mencarikan dia jodoh. Dia tidak akan setuju!
“Awak lepaskan saya. Saya
nak mandi! Badan saya melekit!” katanya memohon agar lelaki itu memberikan
toleransi kepadanya. Namun lelaki itu semakin bertindak agresif pula. Sekarang
tellinganya pula menjadi sasaran. Dia semakin kegelian dengan tindakan tidak
wajar lelaki ini. Kemudian dia ketawa.
“Sayang, lepas ni kita mandi
sama-sama ya sayang.” Bisiknya pula. Semakin dia ketakutan. Lelaki ini bukan
boleh dibuat main. Memang dia semakin sakit dengan tindakan lelaki ini. Suami
apakah yang dipilihkan emak dan ayahnya untuknya ini? Inikah suami dunia dan
akhiratnya? Ah, dia tidak rela. Tetapi siapa dia untuk menolak segala keinginan
lelaki ini? Namun dia sungguh, sungguh tidak rela.
“Budriz! Tolonglah saya...”
“Nak minta tolong apa
sayang?” soalnya pula dalam keadaan seperti tidak sedarkan diri. Mahu sahaja
dia pukul lelaki ini. Dia boleh sahaja bertindak tetapi apa yang dia dapat?
Dosa besar? Atau akan diceraikan? Sekarang pun dia buang panggilan abang kepada
suaminya ini lantaran bencinya dia kepada lelaki ini.
“Tolong lepaskan saya
boleh?” soalnya memohon dengan baik. Dia sudah mahu menangis apabila tangan
lelaki itu sudah merayap-rayap ke sana sini di sekitar tubuhnya. Dia semakin
tidak sedarkan diri sedangkan dirinya mahu sahaja keluar dari bilik neraka ini.
“Lepaskan?” dia angguk dalam
linangan air matanya. Dalam keadaan begini psti tidak ada sesiapa yang mahukan
dirinya. Tangan lelaki ini terlalu gagah untuk dia kalahkan. Namun dia tidak
suka dengan cara keganasan lelaki ini.
“Ya tolong lepaskan saya.” Ulangnya.
Air matanya sudah bagaikan air sungai mengalir deras. Lelaki itu sudah
memaksanya memalingkan wajahnya ke arahnya. Akhirnya mereka berbaring
bertentangan mata. Dia terdiam bagaikan si dungu.
“Tolong abang juga. Abang
nak ajar kekasih sayang tu. Jangan dia nak pandai-pandai ganggu isteri
abang,isteri... faham? Jadi kalau dah jadi isteri, kena jalankan amanah kan?
Layan suami kan?” matanya terkebil-kebil walaupun kemahuan suaminya tidak
mungkin dia akan turutkan.
“Lelaki itu bukan kekasih
saya,” jawabnya perlahan. Mahu teresak dia dengan tuduhan lelaki ini.
“Jadi, abanglah kekasih
sayang kan?” dia diam. Hendak mengangguk tidak mungkin dia akan lakukan.
“Sayang?” soal lelaki itu
lagi. Dia hanya menundukkan wajahnya. Lelaki ini sudah berani hendak membuka
bajunya pula. Semakin dia berkeras mahu melarikan diri dari bilik neraka ini.
“Awak tak faham bahasa?”
soalnya. Lelaki itu terdiam.
“Tak faham.” Jawabnya pula.
“Lelaki gila!” katanya dalam
diam. Semakin dia marahkan lelaki itu semakin pula dia bertindak jauh. Akhirnya
dia mendiamkan dirinya dan membiarkan sahaja perlakuan lelaki ini. Apa yang
jadi, jadilah! Dia sudah malas mahu fikirkan! Akhirnya dia menutup mata!
Syed Budriz pula semakin
teruja dengan isterinya.
Layari http:putrimanasuha.blogspot.com