Bab 9
“Apa
sudah jadi ni Sulaiman?” Sulaiman garu kepala apabila ditanya mengenai bilik
pejabatnya yang sudah digeledah. Sulaiman sudah menyusun separuh daripada
fail-fail yang bertimbun di atas mejanya itu. Separuh lagi masih di sekeliling
mejanya. Apa yang menjadi tanda tanyanya ialah tidak ada kesan-kesan bilik itu
dirosakkan. Apakah ini perbuatan orang dalam? Soalnya dalam hati. Perasaannya
tidak tenang sejak diberitahu mengenai kejadian pecah masuk ini. ahu sahaja
semalam dia terbang ke sini.
Namun,
acara penting dalam hidupnya yang telah diatur oleh ibu bapanya terpaksa juga
diturutinya. Jika ikutkan hatinya yang geram, dia tidak akan mengikuti kemahuan
ibu bapanya yang menjodohkannya seperti perkahwinan orang tua dulu-dulu. Zaman
moden ini apakah kahwin atas telunjuk ibu bapa masih ada? Soalnya mengenang perkahwinannya yang baru
berlangsung.
“Tak tahu bos, saya hanya diberitahu
oleh pengawal keselamatan, ada alarm di bilik bos ini berbunyi.” Kata Sulaiman
menerangkannya. Berkerut dahinya. Terbang separuh semangatnya. Dia tenung anak
mata nakal pembantunya itu. Namun dia tidak mendapat jawapannya di situ. Dia
tidak dapat mempercayai sesiapa dalam hal ini.
“Aku tahu ni kerja orang dalam,”
katanya membuat andaian.
“Kita kena siasat bos,” dia angguk.
Mukanya masih masam.
“Aku tahu ini kerja orang dalam!
Siapa yang ada pegang kunci bilik aku? Siapa?” soalnya macam orang histeria.
Sulaiman menggeleng. Dia juga tidak ada memegang kunci bilik majikannya ini.
“Sejak akhir-akhir ini kita memang
banyak pesaing bos,” Syed Budriz renung mata Sulaiman. Bagai direnggut jiwanya.
“Siapa beritahu kau hal ni?” soalnya
dengan nada sinis. Tidak ada sesiapa yang dipercayainya sekarang. Sulaiman
berjalan-jalan di sekitar pejabat ketuanya itu. Bagi Sulaiman, bos barunya ini
agak garang berbanding dengan ayahnya Datuk Badaruddin yang agak baik hati.
“Err,pemerhatian saya saja bos, saya
pun tak sure lagi” kata Sulaiman. Dia menyengih memandang Sulaiman.
“Ini yang aku tak suka! Kau selalu
nak berahsia dengan aku! Kau bukan nak beritahu apa yang sedang berlaku!”
katanya. Sulaiman menggeleng. Selama ini memang Sulaiman orang kepercayaannya
di pejabatnya ini. Sulaiman adalah sepupunya yang agak jauh dan dihantar ke
sini semata-mata untuk membantunya mengendalikan syarikatnya di sini oleh
papanya.
“Maafkan saya bos,” kata Sulaiman.
Dia menyengih lagi. Asyik-asyik nak minta maaf.
“Mungkin saya agak sibuk ke Kuala
Lumpur sejak akhir-akhir ini. Ini papa punya fasal, nak sangat buat rancangan
dia!” bentak Syed Budriz menyalahkan papanya pula. Papanya pula seperti
kehabisan perempuan yang hendak dijodohkan dengannya. Perempuan yang kampungan
juga yang diberikan kepadanya. Kalau Juliana lainlah! Sulaiman hanya tersengih.
Dia sudah tahu apa yang berlaku kepada sepupunya itu. Dia hanya mendiamkan
diri.
“Nanti kita buat jamuan sikit bos,”
kata Sulaiman memberikan cadangan. Berkerut dahinya.
“Jamuan apa pula?” soalnya rasa
pelik. Sulaiman sengih lagi.
“Jamuan untuk sambut isteri bos dan
kenalkan dengan staf-staf kita di sini,” kata Sulaiman. Berderau darahnya
mendengar cadangan itu.
“No! No! Aku takkan buat macam tu!
Perempuan kampung tak guna yang papa nak aku buat bini! Memang aku tak naklah
Man!” katanya terlajak kata. Sulaiman berasa pelik.
Kalau
di depan papanya bukan main lagi dia diam dan mengangguk-angguk. Tetapi kalau
di belakang papanya, bukan main lagi dia memburukkan papa dan isteri yang baru
dinikahinya. Hairan dia. apakah ada perjanjian di sebalik pernikahan?
Maksudnya, perjanjian antara Syed Budriz dan papanya Syed Badaruddin? Sulaiman
tidak tahu dan tidak mahu tahu.
“Sabar
bos,kena selalu bersyukur dengan apa yang kita ada!” kata Sulaiman. Marak mata
Syed Budriz.
“Eh,
aku mahu kau cari cara penyelesaian bukan cari cara aku nak kenalkan kamu
dengan budak kampung tu!” katanya geram dengan kata-kata Sulaiman. Sulaiman
ketawa kecil.
“Kita upah penyiasat bos,” kata Sulaiman.
“Kau senanglah cakap! Tapi benda
yang orang curi tu projek baru, projek besar di Indah Mesra, kau tahu?” katanya
mencerlungkan matanya ke arah Sulaiman yang agak kurus itu. sulaiman angguk.
Memang dia tahu. Proposal itu memang penting.
“Kita siasat sendiri bos,” kata
Sulaiman pula. dia menggeleng. Dia hanya mahu tahu keadaan pejabatnya. Malam
ini dia akan memikir lagi. Apakah yang sepatutnya dilakukannya? Dia juga harus
memaklumkan dengan papanya di Kuala Lumpur.
“Esok kita bincang!” katanya. Sulaiman
pula kerut kening nipisnya. Apa yang terjadi? Soalnya hairan.
“Esok Ahad bos,” kata Sulaiman. Dia
tajamkan mata ke arah Sulaiman. Hairan dia. Apakah pekerjanya ini malas atau
sengaja nak curi tulang? Bukankah dia boleh berikan overtime? Berapa sahaja dia
mahu dia akan bayar.
Ah, mungkin dia mahu bersama dengan anak dan
isterinya. Dia? ah, susah! Dia belum mahu tumpukan komitmen terhadapa isteri
yang dia nikahi. Dia masih mahu enjoy! Jadi, persoalannya dengan Salwa Maisara
harus diketepikan dahulu. Dia tidak mahu terikat. Dia masih muda.
Setahunya gadis itu juga masih muda.
Setahunya, ibu bapa mereka tidak akan tahu apa yang mereka buat di sini. Ibu
bapa mereka jauh di Kuala Lumpur. Itu yang agak melegakannya. Itu yang dia
suka. Jangan sahaja ibu bapa mereka tiba-tiba datang ke Kota Kinabalu dan
membuat spotcheck ke atas mereka!
Memang
kantoi! Ah, mudah-mudahan tidak, doanya.
“Datang
esok ya, aku tambahkan lagi elaun kau,” katanya. Sulaiman sudah buka senyuman
manis.
“Isteri
saya bos,” katanya. Matanya membulat, macam harimau mahu menelan mangsa pun
ada. Sulaiman seperti tikus di depannya.
“Kenapa
isteri kau?” soalnya tidak puas hati. Inilah yang dia tidak suka kalau sudah
beristeri. Isteri seperti tali yang akan mengikatnya ke mana-mana dia hendak
pergi. Jadi, dia belum bersedia hendak menikah. Dia sudah memaklumkan kepada
isterinya yang dia mahu hidup asing-asing. Jika tidak setuju, dia mahu juga
isterinya setuju. Setuju dalam paksa!
“Isteri
saya sarat mengandung bos, tak sabar nak tengok anak kami keluar. Bos tak
teringin ada anak?” soalnya perlahan. Tersentak dia. Kelat wajahnya.Isterinya
entah di manakah rumah sewanya? Dia menggeleng. Dia belum mahu ada anak tetapi
dia sudah ada isteri walaupun mereka bersetuju untuk tinggal asing-asing. Akhirnya
dia menggeleng.
“Belum,
aku belum mahu ada anak!” katanya dengan jawapan yang sungguh angkuh. Bulat
mata Sulaiman.
“Betul?
Kahwin tetapi tak nak anak? Peliknya!” kata Sulaiman mengkritik ketuanya secara
terang-terangan. Dia selamba. Memang dia tidak mahu anak kalau dengan isteri
kampungannya itu. Dia belum mahu!
“Aku
tahu lah apa aku nak buat! Kau jangan sibuk boleh?” pintanya. Sulaiman
mengangguk. Faham dengan kerenah sepupunya yang agak pelik dan ego itu.
Dia
juga belum mengumumkan kepada semua pekerjanya yang dia sudah menukar status
dirinya. Ah, leceh! Nanti semua orang terkejut yang isterinya bukan Natalia,
kekasihnya.
“Ah,
aku tahu sangat perempuan, kalau banyak duit kau banyaklah sayang dia!” katanya
membuat anggapan kepada perempuan. Sulaiman tersengih dan menggeleng.
“Tak
semua perempuan begitu bos! Kena cari yang beriman dan baik keturunannya!”
katanya. Dia tenung lagi wajah kering itu. Pandai pula sayangkan isteri?
Dia?
tinggal asing-asing dan isterinya disuruh balik sendiri! Lelaki apa dia ni? Ah,
dia tidak mahu sakit kepala memikirkan isteri yang baru dinikahinya itu. Dia
tahu gadis itu juga tidak mahu komitmen yang banyak buat masa ini. Biarlah dia
dulu. Katanya memujuk hati, menyejukkan jiwanya yang resah.
“Kenapa
pula kau tak setuju? Kau tak setuju kalau aku cakap perempuan sekarang mata
duitan?” Sulaiman geleng. Isterinya Mardina dikecualikan. Selama ini dia senang
dan susah, isterinya tetap sabar dengan apa juga rintangan dan dugaan rumah
tangga mereka. Jadi dia tidak mahu buat dosa kering malam-malam begini. Lebih
baik dia puji isterinya ada lagi pahalanya.
“Kena
pandailah pilih bos,” katanya. Sulaiman macam memperlinya pula. ah, dia sedar
Natalia memang mata duitan. Pantang dibawa bershopping memang habis beribu-ribu
duitnya. Isterinya? Ah, terbayang lagi wajah ayu dan kusut itu. Tak sesen pun
dia berikan wang belanja tadi. Suami apakah dia ini?
“Nanti-nantilah
aku belajar pilih isteri tu! Sekarang ni aku nak kita siasat apa yang pencuri
tu mahu!” katanya. Sulaiman mengangguk.
“Saya
akan cuba datang esok bos, ketua-ketua jabatan yang lain bos panggil?” marak
matanya. dia geleng. Benda yang agak kecil ini sebenarnya besar di mata umum.
Dia tidak mahu memaklumkan hal ini kepada semua pegawai atasannya. Cukuplah
Sulaiman, Ketua Jabatannya di bahagian Kewangan dan Tender. Yang lain-lain,
biarlah tidak tahu.
“Kita berdua saja!” katanya.
Sulaiman angguk.
“Kau datang tak ni?” soalnya.
“Saya cubalah bos.” Katanya. Macam sugul
wajah itu. Mungkin dia sudah berjanji dengan isterinya itu akan membawanya ke
mana-mana. Dia tidak tahu!
“Bagus! Beritahu isteri awak, saya
utamakan kerjasama awak,” katanya. Sulaiman angguk.
“Ya bos.” Kata Sulaiman lemah.
Sebenarnya dia ada janji dengan isterinya. Dia ingat ketuanya ini akan balik
pada minggu hadapan, rupanya tidak. Akhirnya janjinya ditangguhkan lagi.
“Kau boleh balik.” Katanya seperti
menghalau. Sulaiman angkat kaki. Dia mahu segera sampai ke rumahnya.
“Terima kasih bos. Bos bagaimana?
Kereta ada di sini?” Kata Sulaiman. Dia picit dahi. Dia terlupa pula. dia
datang tadi dengan menaiki teksi limosin dari Lapangan Terbang Antarabangsa
Kota Kinabalu.
“Tak apa, pandailah saya nak balik!”
katanya perlahan. Dia masih duduk di sofa empuknya. Dia memikir-mikir. Natalia
Juliana tiba-tiba tidak dapat menemuinya. Ke mana gadis itu? Dia hubungi
berkali-kali tetapi gadis itu tidak dapat dihubungi. Inilah padahnya kalau
balik tergesa-gesa. Baik-baik dia pandang wajah ayu isterinya yang macam Erra
Fazira, sekarang dia terpaksa pandang wajah kurus Sulaiman pula.
“Man! Man!” panggilnya. Sulaiman
sudah di hujung pintu.
“Ya bos?” Sulaiman mendekati Syed
Budriz itu.
“Aku tumpang kau ke hotel. Aku malas
balik ke rumah malam ini!” katanya tiba-tiba memikirkan kepalanya yang sarat
dengan masalah.
“Boleh bah kalau kau bos!” katanya
berseloroh. Dia ketawa.
“Err, aku nak turun tengok keindahan
pantai esok. Aku nak ke Tanjung Aru Resort,” katanya. Sulaiman mengangguk.
“Marilah bos, saya hantarkan.” dia
terus mengambil beg hitamnya.
“Saya belum makan,” katanya meramas
perutnya.
“Dah lewat ni bos,” kata Sulaiman
yang memikirkan tanggungjawabnya.
“Kita singgah makan dulu, di
Atlantis Seafood,” arahnya. Sulaiman terpaksa angguk.
“Aku belanja, kau jangan susah
hati,” Sulaiman pandang jam tangannya. Sudah hampir jam 10.00 malam.
Harap-harap restoran itu masih buka.
“Saya tak kisah bos,” kata Sulaiman.
Akhirnya kereta Proton Preve Sulaiman meluncur laju Restoran Atlantis Seafood.