Home Novel Cinta Salwa Maisara
Salwa Maisara
Putri Iman Nasuha
29/5/2014 23:45:35
119,029
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3

“Bagaimana dengan tunang kau tu Salwa?” soal Rosnah ketika mereka sama-sama menonton televisyen. Apa yang dia mahu jawab? Takkan dia hendak menceritakan semua kesakitan hati sewaktu di kampung kepada Rosnah. Rosnah pun sudah bertunang tetapi dia akan kahwin pada pertengahan tahun depan.

“Ok aje.” Jawabnya ringkas.

“Kerja apa si dia tu? Mesti kerja baik kan?” Rosnah agak penyibuk pula. Dia garu kepala pula. Dia tidak tahu apakah pekerjaan sebenar lelaki itu. kelihatan agak sombong pula. Nak tak nak je tengok orang! Apatah lagi dirinya. Benarkah telahannya? Atau kerana dia belum kenal benar dengan lelaki itu? Ah, jangan suka berburuk sangka pada pertemuan pertama! Bisiknya memujuk hati yang lara dan tersinggung.

“Uruskan syarikat bapa dia kat kawasan Sabah dan Sarawak!” entah benar atau tidak. Bulat mata Rosnah. Terkejut ke apa kawan serumahnya ini? kemudian gadis di sisinya itu tersenyum. Manis senyumnya. Sukakah dia?

“Tak payah kau nak sibuk-sibuk kerja nanti! Kerja kita tu bukannya mudah!” kata Rosnah. Haruskah dia mengangguk?

“Taklah, aku tak kan berhenti kerja walaupun apa yang terjadi. Mana tahu satu hari jodoh kami tak panjang!” kataku selamba. Aku tidak menyimpan impian yang banyak dengan lelaki itu. Dia penuh dengan rahsia dan kejahatan. Adakah patut dia suruh aku larikan diri pada hari pernikahan! Jadi, dia mahu tuduh aku jahatlah tu dan malukan seluruh ahli keluargaku? Waduh! Tak sampai hati aku!

“Kenapa pula kau buruk sangka dengan bakal suami sendiri?” soal Rosnah yang wajahnya iras-iras Kajol itu tetapi kulitnya agak putih. Sepatutnya dia yang kahwin dulu dari aku. Namun dia belum hendak kahwin lagi. Dia kata dia mahu menyambung pelajarannya di luar negara. Dia mahu capai cita-citanya. Dia? dia sudah berhenti setengah jalan. Nafasnya mahu sesak memikirkan pelajarannya yang belum sampai entah ke mana itu.

“Aku kata kalau?” katanya membetulkan persepsi kawan baiknya. Rosnah angguk. Dia agak serius dengan kerjaya dan pelajarannya. Dia sentiasa menyibukkan dirinya dengan tesis pelajar-pelajarnya. Sedangkan dia sudah linglung kebingungan hendak dinikahkan. Berbezanya mereka. Jauh benar perbezaannya. Tahukah emak betapa dia sayu hendak meninggalkan zaman mudanya.

“Sepatutnya kau minta mak kau tak terima pilihan ayah kau tu! Sepatutnya kita sama-sama sambung pelajaran sampai ke peringkat PHD baru berhenti. Apa yang dia mahu cakap? Takkan dia nak hubungi emaknya dan kemudian putuskan pertunangan. Ah, tidak. Is sesuatu yang amat sukar bagi dirinya.

Dia ada juga tanyakan kepada emaknya minggu lalu mengenai lelaki yang sudah menjadi tunangannya. Dia memang tidak mahu menerima lelaki selepas pertemuan itu. namun dia tidak memberitahu secara terang-terangan.

“Mak, tunang saya tu solat tak?” soalnya. Dia berharap jawapan emaknya positif. Ia penting agar dia akan dibimbing hingga ke syurga nanti. Emaknya terkebil-kebil memandangnya.

“Solatllah kut, mak ayahnya orang baik-baik. Takkan anaknya tak solat pula! semalam Wawa ada tanya tak dia solat ke tidak?” soal Puan Zuriah pula. Dia garu kepala yang tidak gatal lagi.

“Ya Allah, takkan saya nak tanya mak!” katanya.

“Salwa, aku harap kau akan bahagia dengan suami kau kelak. Bila kau mula cuti?” soal Rosnah yang sudah menutup semua kenangannya dengan emaknya.

“Lagi tiga minggu baru aku balik!” jawabnya. Rosnah besarkan mata.

“Lambatnya! Kau tak bersihkan tubuh kau lagi, maklumlah kau kan nak kahwin, takkan tak buat apa-apa!” kata Rosnah. Bingung dia.

“Nak buat apa?” soalnya hairan.

“Ya lah, mandi lulur ke, mandi herba ke? Berbedak sejuk ke. Biasanya kalau orang nak nikah mesti buat benda-benda tu semua. Takkan terus nak balik nikah aje Salwa?” soal Rosnah. Dia bingung. Dia sudah ambil cuti untuk hari nikah sahaja. Dia tak mahu lama sangat nak cuti. Nanti cuti dia habis siapa nak ganti? Katanya dalam hati.

“Tak sempat kut! Tak apalah Rosnah, mungkin lain kalilah nak buat macam tu! Sekarang ni tak perlulah!” katanya. Buntang mata Rosnah. Mungkin juga kesal.

“Mana-mana kaulah Salwa. Aku hanya tanya aje. Aku doakan kau selamat aje.” Kata Rosnah. Dia mengangguk. Tidak lama dia akan kahwin. Dia sepatutnya memperbaiki dirinya dengan membaca buku-buku mengenai cara-cara kehidupan berumahtangga. Insya Allah.

“Kau datang tak nanti?” soalnya kepada Rosnah. Dia tahu Rosnah agak komited dengan kerjanya. Namun, dia kalau boleh mahu kawan baiknya itu akan datang pada hari bersejarahnya itu. rosnah diam memikir.

“Berapa hari bulan tu?” soalnya.

“InsyaAllah, 15 hari bulan depan, Jumaat nikah dan Sabtu majlisnya,” kata Salwa Maisara. Rosnah memikir-mikir. Apalah yang hendak difikirkannya tu? Soalnya dalam hati.

“Mungkin tak dapat kut. Aku ada kursus masa tu!” kata Rosnah. Dia kerut dahi.

“Masa tu kan wekend?” soalnya.

“Ya ampun kau tak ingat, aku kena bawa budak-budak aku pegi Kundasang hujung minggu tu! Kebetulan pula!” kata Rosnah. Dia kesal sekali dengan kebetulan itu.

“Tak boleh ganti dengan orang lain?” soalnya. Rosnah memikir lagi.

“Siapa yang sanggup nak gantikan aku? Sapa? Cuba kau fikirkan dulu. Semua kita punya komitmen masing-masing. Tak pe, kau nikah je kan?” soal Rosnah pula. dia geleng. Nikah dan sanding terus. Mana ada nikah tarikh lain dan sanding masa lain. Mak dan ayah dia tak mahu macam tu.

“Tak, aku terus sanding keesokannya. Mana ada nikah aje.” Jawabnya. Kad sudah diedarkan oleh ahli keluarganya. Ayahnya orang kuat kalau pasal jemputan.

“Maaflah Wa, kecuali kalau program itu dibatalkan,” kata Rosnah yang sedih dengan kebetulan itu.

“Ya aku doakan ia tak jadi, dapatlah kau hadir majlis aku nanti!” katanya gembira.

“Ya aku memang mahu hadir majlis kawan baik aku. Mudah-mudahan ada ruang untuk itu,” katanya. Rosnah angguk.

“Apa kata kau runding dengan ketua kau, taklah kau derita nanti! Dr. Idris pasti akan mempertimbangkan hal ini. aku pasti dia akan bertoleransi dengan kau. Kau kan staf dia yang paling rajin,” kata Salwa Maisara. Rosnah memikir lagi. Mungkin ada berita baik nanti.

“Kau dah beli tiket balik?” dia angguk. Emaknya sudah berpesan agar dia cepat-cepat membeli tiket balik nanti. Dia sudah pun beli.

“Sudah. Mak dan ayah desak aku hari tu. Kau taulah mereka tu suka sangat desak aku! Bukan macam kau! Mak ayah kau sporting!” kataku kedengarannya agak cemburu.

“Masing-masing ada kelebihan dan kelemahannya Salwa. Jangan nak mengutuk ibu bapa sendiri, tak baik!” kata Rosnah. Dia terpaku seketika. dia sudah kutuk mak dan ayah dia ke? Maaf!

“Ya aku hanya buat sedikit perbandingan tak bermaksud nak kutuk!” katanya memahamkan kawan baiknya itu.

“Kau macam tak gembira aje nak nikah? Aku tengok muka kau muram aje macam orang nak beranak!” kata Rosnah. Geli hatinya mendengar umpamaan itu. Dia bukan nak beranak pun!

“Mana ada! Aku ok aje!” katanya menafikan kata-kata pemerhatian Rosnah. Hakikatnya ia benar tetapi dia cuba menafikan hal itu.

Namun, sebenarnya dia resah dengan permintaan tunangnya itu. Kenapa harus seresah ini? Kenapa dia diminta hilangkan diri? Supaya pernikahan dibatalkan dan dia diburukkan? Aduh, dia tidak mahu!

Dia tidak sangka, dalam jangka waktu yang singkat ini dia akan menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki yang baru dikenalinya baru seminggu. Terharu pun ada. Nak menangis pun ada.

Namun dia hanya perlu reda dengan takdir yang datang ini!

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Putri Iman Nasuha