Bab 21
“Jadi izinkan saya keluar dari sini
bang,” pintanya dengan jujur. Dia bukan meminta talak tetapi dia meminta agar
suaminya menunaikan perjanjian mereka agar mereka hidup asing-asing pada
permulaan ini.
Dia belum bersedia hendak
menjadi isteri dalam erti kata yang sebenarnya. Izinkan dia murnikan perasaan
gawat yang terlampau gawat dengan kehadiran lelaki yang dirasakan terlalu cepat
ini.
Dia tidak betah berlama-lama
di sisi lelaki ini. Namun dia memang suka melihat wajah selamba suaminya ini,
wajah asuh tidak acuh, wajah bengis dan sesekali menjelingnya dalam diam. Namun
dia tidak tahu apa di hati lelaki itu.
“Aku
takkan benarkan kau keluar dari sini selama-lamanya!” katanya berkata seperti
seorang raja yang kejam! Dia terkejut. Apa yang lelaki ini hendak buat
kepadanya? Bukankah dia sudah setuju buat masa ini mereka akan tinggal
asing-asing? Kenapa lelaki ini sudah tukar fikiran? Dia memang agak geram
dengan sikap lelaki ini. Suka benar menukar arah. Apakah arah haluan suami
isteri mereka akan berubah juga? Aduh! Kenapa begini?
“Bang,
bukankah abang nak kita tinggal asing-asing? Kenapa pula tak benarkan saya keluar dari sini pula?” soalnya. Suaminya sibuk dengan
laptopnya. Sesekali sibuk bercakap di telefonnya. Entah siapa yang dihubunginya
pada waktu begini. Sepatutnya hari ini sudah hari Ahad tetapi lelaki ini tidak
pun sibuk hendak ke mana-mana. Apakah dia tidak ada hal di pejabatnya? Bukankah
dia balik ke sini kerana urusan pejabatnya yang penting? Kenapa pula dia
seperti tidak ada urusan? Apakah benar tidak ada urusan?
Atau, lelaki ini sudah tidak
percayakan dirinya dan melupakan semua urusannya? Soalnya berteka-teki dengan
tingkah laku suaminya yang agak pelik ini. Matanya melihat ke televisyen tetapi
hatinya wallahu alam, Tuhan sahaja yang tahu. Penuh simpang siur memikirkan
lelaki berwajah serius iras Remy Isyak dengan kulit yang agak putih macho ini.
Kalau lelaki ini mengasihinya, dia seribu kali mengasihi suaminya ini.
Namun dia tahu lelaki ini
tidak mahu menerimanya. Lelaki ini kahwin dipaksa oleh keluarganya. Keluarga lelaki
ini amat mementingkan agama dalam kehidupan mereka. Tetapi kenapa lelaki ini
seperti mengabaikan urusan agamanya pula? Soalnya sendiri. Masih lagi dia
berbicara dalam diam.
“Sudah!
Jangan nak buat hal dengan abang! Awak takkan saya izinkan ke mana-mana lagi!
Kecuali ambil barang di rumah sewa awak nanti!” kata lelaki itu seperti bom
mengebom di kepalanya. Alangkah kejamnya kata-katanya itu. Kenapa dia tidak
dilepaskan sahaja seperti mana dia hari pertama pernikahan mereka. Dia
dilepaskan dengan penuh kegembiraan? Kenapa hari ini dia dikurung pula? Apakah
dia pesalah? Atau, dia didera? Syed Muhammad Budriz, tolong lepaskan dia!
“Kenapa
pula begitu bang? Bukankah kita nak tinggal asing-asing? Kenapa pula abang nak
kurung saya?” dia mendesak lagi suaminya agar dia dilepaskan kembali ke rumah
sewanya bersama Rosnah semula. Namun dia melihat lelaki itu menggeleng
berkali-kali. Wajah tampan itu sudah menjadi bengis. Alangkah tidak cerianya
dia menyambut wajah lelaki itu.
“Awak
dah tahu jawapannya sayang!” kata lelaki itu. Cukup kaku wajah itu. Benci
sungguh dia dengan kerekter suaminya yang baru dinikahinya ini.
“Saya
tak nak!” katanya cuba berdegil. Mata kuyu lelaki itu sudah menjadi seperti
mata harimau yang siaga hendak menangkap mangsa. Benci sungguh dengan mata itu.
Alangkah baiknya kalau dia boleh lenyapkan wajahnya saat ini juga?
“Awak
nak degil kat abang, err sayang? Nak degil lagi? Ada hadiah tahu kalau semakin
degil! Nak tahu apa hadiahnya?” soal lelaki itu. Dari langkah lelaki itu dia
tahu lelaki itu hendak mendekatinya. Apakah yang hendak dilakukan kepada
dirinya lagi? Ah, dia tidak mahu menjadi seperti tadi. dia mahu melawan kalau
lelaki berbuat sesuatu yang dia tidak suka.
“Tak
nak! Saya tak nak apa-apa dari awak!” katanya terketar-ketar apabila lelaki itu
sudah memeluk pinggang kecilnya. Dia menolak-nolak tangan itu sekuat hatinya. Dia
menutup matanya. didengarnya lelaki itu ketawa. Ketawanya dekat dengan
wajahnya. Nafas hangat lelaki itu terasa menampar wajahnya. Alangkah
menyakitkan hatinya. Mahu sahaja dia cubit lelaki itu, dia tidak peduli. Namun
dia masih ada kewarasan. Dia tahu lelaki ini tidak suka dia dicabar-cabar. Dia
benci lelaki ini sejak dia ah, malunya dia
hendak mengingati perbuatan lelaki ini.
“Awak
tak nak?” soal lelaki itu berbisik di telinganya. Dia menggeleng. Memang dia
tidak mahu apa-apa.
“Berbaris
orang hendakkan abang tahu tak?” soal lelaki itu. Dia tidak peduli. Walaupun
100 atau 1000 gadis yang datang kepada suaminya dia tidak mahu peduli. Apa yang
penting dirinya dilepaskan!
“Saya
tak peduli!” katanya perlahan. Nafasnya tersekat-sekat oleh perbuatan suaminya
ini.
“Tak
peduli?” soal lelaki itu. Dia angguk. Mahu sahaja dia menangis melihat
perbuatan lelaki ini. Sungguh dia tidak suka.
“Ya
saya tak peduli! Abang banyak wang! Suka hati abang nak buat apa. Saya tak
mampu nak halang!” katanya. Lelaki itu ketawa.
“Sayang,
sayang isteri abang, kenapa sayang tak nak buat sesuatu agar 1000 gadis yang
datang tidak mampu merampas abang dari sayang.” Kata lelaki itu bertambah
menyakiti hatinya. Masam mukanya.
1000 gadis konon! Macam
kasanova! Adakah lelaki ini kasanova? Playboy yang punya banyak kekasih?
Keliling pinggang sehingga dia terlalu terkenal di kalangan para gadis di luar
sana? Ah, tidak mungkin!
“Abang,
saya tak berapa tahu mengenai diri abang. Kalau memang abang nak sesiapa pun di
hati abang, saya tak mampu nak halang! Apa yang penting, lepaskan saya!”
katanya berterus-terang kepada suaminya ini. Memang benar dia tidak tahu bagaimana
hendak menghalang suaminya. Kalau memang diah hendak bernikah satu lagi, dia
siapa?
“Sayang
ni suka mengalah!” kata suaminya lagi. Terbuntang matanya. tangan lelaki itu
masih di pinggangnya. Lelaki itu menatap wajahnya dan menatap penuh perasaan.
Perasaan apa, dia tidak tahu.
“Bukan
suka mengalah. Antara kita belum hadir sayang atau cinta, jadi abang boleh buat
apa sahaja sekarang sebelum hadirnya apa-apa perasaan antara kita. Kalau dah
hadir sesuatu, jangan harap saya akan lepaskan. Tetapi kerana kita tak ada
apa-apa perasaan dan hanya ada ikatan suci ini, maka dipersilaakan jika abang
nak tambah kuota!” katanya berterus-terang. Lelaki itu ketawa.
Bagaimanapun dia terlihat
wajah itu kelat dan mungkin juga cuak. Mungkin suaminya tidak gembira dengan jawapannya.
Ada dia peduli? Dia hanya bercakap yang benar sahaja!
“Ah,
awak sengaja nak buat hal ya dengan abang sayang?” soal lelaki itu kepadanya.
Ada dia kisah? Tapi kalau lelaki itu mempengapa-apakannya, siapa yang akan
kisah? Aduhai, dia pandang wajah lelaki yang sedang memandangnya dengan
pandangan penuh makna itu dengan penuh perhatian. Apakah dia perlu mohon maaf?
Ah, tidak! Sepatutnya lelaki itu yang perlu mohon maaf sebab tidak melepaskan
dia keluar dari biliknya ini.
“Abang,
saya minta secara baik, saya nak semula kita tinggal asing-asing bang!”
pintanya semula. Lelaki itu menggeleng-geleng lagi. Matanya tajam menikam kalbu
namun ditahannya perasaan debar yang mengganggunya sejak tadi. Kalau diikutkan
marahnya mahu sahaja dia lari dari bilik ini! Biar padan muka suaminya!
“Jangan
nak cari pasal dengan abang! Kalau awak depan abang, senanglah abang nak jawab
dengan mak dan ayah sayang. Kalau tak, apa yang saya nak jawab? Baru pagi tadi
papa abang telefon abang tanyakan hal mengenai sayang. Sekarang sayang nak
pergi lagi? Oh, tidak. Sayang jangan nak buat hal! Sayang lupakan dulu hal
abang nak tambah isteri tu! Nanti kalau kita tak serasi, baru abang fikirkan
hal itu!” kata suaminya dengan bersungguh-sungguh. Mahu sahaja dia menangis.
Tadi dia rasa dia ada harapan lagi. Sekarang harapan itu sudah musnah. Musnah
sama sekali.
“Abang,
mak dan ayah saya tu pandai-pandailah saya nak jawab!” katanya. Berdebaran
dadanya saat pandangan mereka bersatu.
Ah, lelaki ini sejak kali
pertama mereka bertemu, dia memang sudah menyimpan harapan, harapan hendak
hidup bersama. Tetapi apabila lelaki ini hendak tinggal asing-asing dengannya,
perasaan kasihnya terus hilang, dan hormatnya kepada lelaki ini bagaikan kabut
ditelan matahari. Hilang semuanya! Tetapi kenapa pula sekarang dia mahu kembali
bersama dengannya?
“Sudahlah
sayang! Janganlah nak banyak alasan dengan abang! Abang tak suka! Kalau boleh
tolong abang! Kalau mama dan papa abang datang sini,kat mana abang nak cari
sayang?” katanya lagi. Dia sudah meluat.
“Janganlah
bersayang-sayang dengan saya! Saya memang tak nak dipanggil begitu. Panggil
Salwa sudah cukup bang!” katanya kepada suaminya itu. Lelaki itu masih memeluk
pinggangnya. Ah, debaran dadanya bagaikan gendang dipalu sekuat hatinya.
“Sayang,
sayang takkan ubah panggilan abang ini sekalipun sayang nak kembali kepada
kekasih sayang tu!” kata suaminya membuatkan matanya hampir terbeliak.
“Saya
nak balik kepada kekasih? Saya mana ada kekasih bang!” hampir dia menjerit.
“Sudahlah!
Jangan nak mimpilah awak terpisah dengan abang semula. Kita akan tinggal di
kondominium abang. Dan jangan sesekali cuba melarikan diri sebab abang akan
beri sayang seorang pemandu yang akan menghantar dan menjemput sayang ketika
kerja!” kata suaminya yang sudah hampir muktamad. Sakit hatinya.
“Abang,
tolonglah bang! Saya merayu kat abang! Tinggal dengan abang saya okay tapi
kalau nak beri saya pemandu, saya tak nak! Saya ada kereta sendiri bang!”
katanya. Mahu merayu pun ada. Lelaki itu ketawa kecil.
“Okay,
fine. Sayang. Abang memang suka dengan permintaan sayang tu. Deal ok!” kata
suaminya melepaskannya.
“Ya.”
Katanya.
“Kalau
abang nampak lagi sayang dengan kekasih sayang tu macam mana? What will we do?”
soal lelaki itu perlahan. Pandangan matanya macam mata panah yang sedang
memanah tepat ke anak matanya. Mahu sahaja dia cucuk mata tajam menikam
sukmanya itu.
“It’s up to you!” katanya dengan angkuh.
Terbuntang mata suaminya.
“Benar?”
soal suaminya. Dia sendiri angguk.
“Bagus,
kalau ada apa-apa terjadi kepada awak, jangan nak buat hal pula ya!” kata
lelaki itu. Dia sedikit ketakutan pula. Lelaki ini memang tidak dapat digertak.
Kalau ada berlaku sesuatu kepada dirinya, apa yang dia hendak buat? Soalnya
sendiri!
Ah,
pasrah ajelah!