Bab 13
“Seronok jumpa kekasih di sini?” soal
lelaki itu tiba-tiba. Salwa Maisara hanya menundukkan pandangannya sejak tadi. Sebenarnya
hatinya semakin sakit dan sebenarnya dia mahu jegilkan matanya kepada lelaki
yang tidak sedar diri dan tanggungjawab itu. tetapi, dia memaksa dirinya agar
bersabar. Bersabar menghadapi dugaan dari suaminya ini.
Walaupun mereka sudah sah
menjadi suami isteri tetapi mereka tetap seperti orang asing. Dia jeling lelaki
itu. Ah, berani-berani pula dia jeling suaminya yang matanya macam mata singa
jantan hendak terkam mangsa itu! Haha!
“Err...”
katanya. Dia gugup. Tidak menyangka sama sekali lelaki itu akan menuduhnya
begitu.
“Saya
Indra Roslan.” Kata ketua pensyarahnya itu bersedia untuk bersalaman. Dia tidak
mengangkat tangannya.
“Mari...”
dia terus menarik tangan Salwa Maisara. Dia geram kepada gadis itu. Dia dia
membawa duduk di sebuah meja yang agak jauh dan terpencil. Terpinga-pinga Salwa Maisara.
“Abang...
jangan bang. Sakit bang!” jeritnya. Tangannya berasa sakit ditarik oleh lelaki
itu.
“Oh,
pandai awak sakit ya? Berani awak nak duduk dengan kekasih awak! Rupanya awak
ada kekasih kan? Kan saya sudah cakap hari itu, jangan mengaku mahu nikah
dengan saya. Saya pun ada kekasih macam awak!” katanya dengan geram. Isterinya
menundukkan pandangannya.
“Mana
ada bang! Itu bukan kekasih saya bang!” kata isterinya.
“Kenapa
duduk berdua-duaan begitu? Siap bermesraan lagi.” soalnya tidak puas hati.
Isterinya menggeleng. Benarkah lelaki itu bukan kekasihnya? Geram dia kepada
gadis di depannya itu.
“Bukan
bang. Dia ketua saya di pejabat. Bukan kekasih saya. Kami sama-sama kerja.”
Katanya.
“Tak
percaya. Nasib tak bersuap-suapan tadi.” Katanya pula. Marahnya sudah reda
kalau sudah tahu lelaki itu bukan kekasihnya.
“Mana
ada bang!” katanya menafikan tuduhan itu.
“Apa
awak buat kat sini Salwa?” soalnya dengan sopan. Gadis itu diam. Dia malas mahu
memandang wajah lelaki itu. geram sungguh dia.
“Saya
makan kat sini tak bolehkah?” soalnya pula. Soalan dibalas dengan soalan.
“Boleh.
Kat mana rumah Salwa?” soalnya.
“Bukan
kat sini.” Jawabnya.
“Jadi,
kenapa nak gatal makan kat sini?” soalnya. Salwa Maisarah berasa tidak selesa
bila ditanya tentang rumahnya.
“Tak
boleh ke?” soalnya semula. Dia mahu gelak.
“Boleh.
Apa salahnya. Jadi buat apa kat sini? Semata-mata nak jumpa kekasih?” soalnya
tidak puas hati.
“Bukan
kekasih. Atas urusan kerja.” Katanya.
“Begini
awal?” soalnya melihat jam yang baru pukul 8.30 pagi.
“Salahkah?”
soalnya.
“Tak
salah.” Jawabnya pula. Dia berdiri.
“Saya
ambil makanan dulu. Dah lapar. Awak tak makan?” Katanya. Masih sakit hatinya
kepada isterinya itu.
“Tak!
Kenyang!” jawab Salwa Maisara.
Selepas
makan mereka berdiam diri. Salwa Maisara hanya minum.
“Mari
ke bilik abang,” pelawanya. Salwa Maisara geleng.
“Ayuh.
Kita tidur sama-sama.” Katanya. Bulat mata isterinya itu. baru padan dengan
mukanya. Ingatkan gadis ini tidak ada kekasih. Rupanya ada kekasih!
“Saya
nak balik.” Jawabnya menunjukkan kedegilannya.
“Balik
mana?” soalnya.
“Balik
ke rumah saya lah!” jawab isterinya.
“Bilik
abang tu suite room, besar untuk kita berdua.” Katanya dengan senyuman
mesranya.
“Gila!”
kata isterinya.
“Ayuh,
mari ke bilik abang.” Katanya memaksa isterinya.