Home Novel Cinta Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Dea Zoraya
10/2/2015 22:31:17
1,085,345
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 23 - Si Pemilik Porsche Cayenne

Aku memandu tanpa arah tujuan yang pasti. Kakiku menekan pedal minyak sambil fikiranku terus menerawang memikirkan jalan penyelesaian masalah hutang arwah Akmal. Kereta yang aku pandu terus memecut laju di tengah gelap malam. Aku memegang kepalaku yang sedang berserabut ketika itu. Aku buntu untuk memikirkan cara lain agar masalah tersebut dapat diselesaikan. Abang Bukhary! Ya, hanya abang saja yang dapat membantuku. Aku memikirkan amaran Mama terhadapku melalui pesanan ringkas siang tadi. Mahu tidak mahu aku perlu menebalkan muka menelefon Abang Bukhary walau pun hari ini merupakan hari bersejarah hidupnya. Tujuanku bukan untuk menganggu hari bahagianya tetapi hanya untuk meminta bantuannya saja.

Lantas telefon bimbit di dalam beg tangan segera aku capai. Bismillah, nombor Abang Bukhary terus aku dail. Agak lama ianya berdering sebelum orang di sana menjawab panggilanku.

“Assalamualaikum Abang!” Sapaku agak teruja. Kerana sudah agak lama juga kami tidak berhubung.

“Abang apa khabar? Sihat? Sorry lah Abang, Maya telefon ni. Maya tak ada niat nak ganggu abang pun. Tapi Maya betul-betul nak minta tolong Abang. Penting sangat hal ni.” Ujarku. Tapi Abang Bukhary di talian sana masih diam.

“Abang?” Panggilku. Perasaanku terasa aneh ketika itu.

“Em...bagus lah kalau Maya rasa macam tu. Memang menganggu pun. Cukup-cukup lah ganggu Bukary, Maya!”

Aku tersentak. Aku kenal benar dengan suara itu. Abah!

“Abah...” Nama Abah meniti di bibirku. Mataku mula berkaca. Aku rindu pada Abah. Aku tergamam mendengar suara Abah setelah sejak sekian lama aku tidak pulang ke rumah walau pun kata-kata Abah itu mengguris hatiku.

“Assalamualaikum Abah, Abah sihat? Lama Maya tak dengar suara Abah.” Kataku ramah.

Abah mendengus. “Emm...buat apa nak tanya? Selama ni tak ada nak ambil tahu pun.”

Aku terasa hati dengan kata-kata Abah itu. “Abah jangan cakap macam tu Bah. Maya tahu Maya salah. Tapi bukan Maya tak nak balik ke rumah...” Aku belum habis berkata-kata Abah sudah mendahului.

“Sudah lah Maya. Abah tak nak dengar alasan kamu lagi. Apa yang kamu mahu sebenarnya ni? Kenapa kacau Bukhary lagi? Bukan ke kamu sendiri yang tak nak dia, lari dari majlis pernikahan dulu tu. Sekarang ni kamu cuba nak ganggu hari bahagia dia pula ke?” Tuduhan Abah itu benar-benar melukakan hatiku.

Sampai hati Abah tuduh aku begitu sekali. “Abah...Maya tak ada niat pun nak ganggu Abang Bukhary. Maya mengaku yang Maya pernah buat salah pada abang, Abah dan juga Mama. Maya lakukan kesalahan itu pun kerana Maya tak nak burukkan lagi keadaan. Maya tak nak lukakan hati mama.”

“Itu alasan kamu tapi kamu tahu tak yang perbuatan kamu tu memalukan Abah. Malu kami sekeluarga kamu tahu tak Maya!” Abah memarahiku.

Aku mengesat airmata yang entah bila sudah mengalir di pipi. Terguris benar perasaanku apabila Abah melayaniku sama seperti yang mama lakukan.

“Abah maafkan Maya bah. Maya janji yang Maya tak akan buat lagi. Maya akan dengar cakap Abah, Maya nak kembali pada keluarga kita.” Aku bersungguh-sungguh.

Namun jawapan Abah menghampakanku. “Abah rasa tak perlu kamu nak kembali dalam masa sekarang ni. Abah tak nak Bukhary tu sedih, teringat lagi pada kamu bila dia nampak muka kamu nanti. Kesian pada isterinya nanti. Dahlah Maya, Abah tak nak cakap banyak. Abah cuma minta kamu jangan rapat dengan Bukhary. Jangan cari dia. Abah nak dia bahagia. Kalau dia tak dapat bahagia dari kamu, Abah berharap ada orang lain yang boleh bahagiakan dia. Dia anak Abah,Abah nak yang terbaik untuk dia.” Airmataku semakin meluncur laju ketika butir-butir bicara Abah menjengah ke telinga.

“Tapi Maya pun anak Abah jugak kan. Abah pun sayangkan Maya kan? Abah ingat lagi kan waktu Maya masih kecil dulu, Abah selalu ada untuk Maya. Kan Abah?” Teresak-esak aku menahan tangisan.

Abah diam di hujung sana. Agak lama sebelum Abah kembali bersuara setelah berdehem beberapa kali. “Walau apa pun Bukhary tetap anak kandung Abah.” Suara Abah tidak setegang tadi. Aku perasan suara Abah juga kedengaran hiba sepertiku.

“Maafkan Maya, Abah. Tolong terima Maya kembali Bah. Maya takut nak hidup sorang-sorang lagi.” Aku merayu.

“Entah lah Maya. Abah tak ada jawapan untuk permintaan kamu tu. Muka Abah ni masih terasa malu sampai sekarang ni depan kawan-kawan Abah bila kamu lari dari majlis pernikahan tu. Kamu betul-betul kecewakan Abah.” Suara Abah mula berubah. Aku semakin sedih dan rasa bersalah kerana telah buatkan Abah kecewa terhadapku.

“Maafkan Maya Abah.” Rayuku lagi.

Aku dengar Abah menghembuskan satu keluhan berat. “Apa yang kamu mahukan dari Bukhary sebenarnya?” Soal Abah.

“Err...Maya...Maya nak minta tolong dari abang, err...Maya perlukan duit Bah.” Aku teragak-agak. Aku malu untuk berterus-terang Abah. Aku tidak mahu lagi Abah beranggapan yang aku hanya menggunakan Abang Bukhary demi kepentingan diri.

“Abah atau Bukhary tak akan bagi duit lagi pada Maya. Sekarang Maya dah besar, dah ada pilihan sendiri, mahu berdikari. Itu yang Maya kata pada Abah dulu bukan? Jadi sekarang ni Maya pandai-pandailah berfikir untuk terus kan hidup.” Keras betul hati Abah rupa-rupanya.

“Abah! Jangan cakap macam tu. Sampai hati Abah buat Maya macam ni. Tolong lah Bah kasihan kan Maya. Maya benar-benar perlukan duit sekarang ni. Kawan Maya dalam kesusahan, ini antara hidup dan mati Abah...tolong Bah...” Aku terkedu. Tersentak. Abah mematikan talian dari sana.

“Abah....” Rintihku.

Aku memandang telefon bimbitku kosong. Lama. Airmata masih tidak mahu berhenti. Hatiku benar-benar terguris dengan kata-kata Abah itu. Adakah sebenarnya aku telah kehilangan Abah sejak aku lari dari majlis pernikahan dulu? Adakah Abah telah buang aku dari terus menjadi anaknya? Adakah aku perlu menjauhkan diri dari keluarga yang aku membesar bersama? Adakah aku yang bersalah? Semua persoalan itu berlegar-legar di dalam kepalaku.

“Maya...apa yang dah jadi pada hidup kau ni? Kenapa semua orang benci pada aku? Kenapa di saat aku mula sayang pada seseorang tu, aku pula yang dikecewakan. Dan pula paling aku kecewa dan tragis adalah apabila memikirkan mengapa Akmal memilih jalan macam tu untuk selesaikan masalahnya? Macam mana untuk aku fikir dan cari jalan lagi agar dapat bantu Norzie dan budak-budak tu. Kesian mereka. Ya Allah, bantulah aku.” Rintihku.

Aku mengalih pandangan ke arah hadapan. Aku tidak perasan kereta di hadapanku telah berhenti. Aku tidak sempat berfikir untuk bertindak apa ketika itu. Jiwaku kosong. Fikiranku kosong. Aku tidak sempat mengelak atau pun menekan brek.

Dum! Aku melanggar bahagian belakang kereta hadapan. Hentaman yang kuat itu membuatkan kepalaku terhantuk di stereng. Perlahan-lahan aku membuka mataku. Fikiranku cuba mentafsir keadaan ketika itu. Adakah aku cedera? Adakah aku masih hidup? Aku memegang dahiku. Terasa cecair panas sedang mengalir dari kepalaku.

“Auch sakitnya.” Aduku sambil mengesat darah yang mengalir.

“Orang kereta depan!” Aku baru tersedar tentang kereta yang aku langgar. Aku nampak seorang lelaki keluar dari tempat duduk pemandu. Dia memegang belakang kepalanya. Lelaki itu memeriksa belakang keretanya yang jelas kemek akibat dentuman tadi. Kedua-dua belah lampu belakang juga pecah. Agak teruk keadaan keretanya aku hentam.

Dalam keadaan mata yang sedang berpinar-pinar aku cuba memandang jelas wajah lelaki itu. Dia kemudian mengetuk pintu kereta di tempat duduk pemandu, mengisyaratkan aku supaya keluar dari kereta.

Aku sempat berfikir ketika itu dan bercakap kepada diri sendiri. “Adakah hari ini merupakan hari kejatuhan kau Maya? Hari yang buat jiwa kau mati untuk selama-lamanya.” Aku tergelak sinis beberapa saat sebelum aku mula teresak-esak menangis. 

“Apa yang dah jadi dengan hidup aku! Teriakku sendiri sambil aku menyandarkan kepalaku di atas stereng kereta.

Ketukan di cermin tingkap terus aku abaikan sampailah Si pemandu di hadapan itu membuka sendiri pintu keretaku.

“Boleh you keluar tak?” Suara serak basah seorang lelaki menegurku.

Perlahan-lahan aku mengangkat kepalaku dan mendongak memandang ke arahnya. Si pemandu itu merenungku. Aku memandang wajahnya tanpa perasaan. Jiwa aku hilang, terbang di bawa pergi kerana terlalu terkejut dengan beberapa peristiwa yang berlaku hari ini, termasuklah kemalangan ini.

Airmataku terus mengalir di pipi. Mataku masih tepat memandang wajah lelaki itu. Aku perasan wajah tegangnya berubah ketika matanya mendarat di wajahku. Agak lama dia terus merenungku sehinggalah kereta di belakangku membunyikan hon.

Dia berdehem. “Err...boleh you alihkan kereta ke tepi. Orang lain pun nak guna jalan ni.” Ujarnya sebelum dia kembali ke keretanya dan mengalihkannya ke tepi.

Ketika aku sudah mengalihkan keretaku di belakang kereta lelaki itu, barulah aku tersedar yang aku telah melanggar bukan calang-calang kereta. Aku menelan liur melihat belakang kereta mewah yang remuk yang aku langgar itu. Sudah, matilah aku kali ni. Cayenne S Hybrid tu!

Perlahan-lahan aku buka pintu kereta dan keluar. Aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan ketika itu. Ini kali pertama aku mengalami kemalangan sejak aku pandai memandu. Siapa yang perlu aku telefon untuk minta bantuan? Apa yang harus aku lakukan kalau lelaki yang sedang memeriksa kerosakan keretanya ketika itu tiba-tiba bertindak kasar terhadapku?

Aku segera mengeluarkan telefon bimbit. Nama Firqin segera aku cari. Namun tiga saat kemudian, jari-jemariku terus kaku dari terus mendail nombor itu apabila mindaku mula tersedar akan realiti yang sebenarnya. Realiti yang lelaki itu sudah bernikah dengan perempuan lain dan hanya mempermainkan aku. Kenapa aku teringat pada dia ketika aku dalam keadaan susah seperti ini pula.

“Miss...Miss!” Panggil lelaki itu agak kasar.

“Hah?” Aku tersedar dari menggelamun.

Aku pandang wajahnya. Matanya redup, kulitnya sawo matang. Pakaiannya kemas. Macam baru pulang dari pejabat. Usianya mungkin dalam awal 30 an. Namun wajah serius tanpa senyuman itu menggusarkan hatiku. Sempat aku scan lelaki di hadapanku itu.

Memanglah dia tak senyum, kau langgar kereta dia kot. Takkan dia nak tergelak suka pula bila kau langgar kereta mahal macam tu Maya. Hatiku berkata-kata.

“Adik berdua okay ke?’ Tanya seorang lelaki yang dalam lingkungan usia 40 an yang mungkin menjadi saksi kepada kejadian ini tadi.

“Saya okay bang. Tapi tak tahulah, orang yang langgar saya ni okay ke tak.” Ujar lelaki itu. Oh! Sinisnya.

“Saya okay.” Balasku pendek.

“Adik kena pergi klinik atau hospital ni. Tu dahi awak berdarah tu.”

“Tak apa, sikit aje ni. Saya okay. Encik...err macam mana nak selesaikan hal ni? Saya kena bayar berapa?” Soalku. Aku memegang kepalaku yang terasa berdenyut.

Aku memberanikan diri untuk bertanya walau pun degupan jantung di dalam dada ini sudah tidak seirama. Rasa macam nak gugur dah. Ditambah dengan kepala yang terasa berpusing dan mata yang berpinar. Namun aku gagahkan juga.

Agak lama lelaki itu memandangku. Seakan-akan berfikir. Wajahnya sama seperti tadi, serius. “Kita pergi klinik dulu, hal kereta ni nanti kita settle.” Lelaki itu nampak yakin dengan kata-katanya.

“Hah? Tak apa saya okay. Kita selesaikan kereta Encik dulu.” Pintasku.

“Kalau awak mati kat sini saya lagi susah tau! Kepala dah berdarah macam tu masih kata okay lagi. Saya tak nak bertanggungjawab kalau jadi apa-apa pada awak nanti. Do you get me Miss Clumsy?” Sinis betul pemilihan perkataan-perkataannya.

“Abang...terima kasih kerana ambil berat. Saya boleh uruskan dari sini. Hal ni saya selesaikan sendiri.” Baik pula Mr. Lion King ni bercakap dengan pak cik tu. Senyum dan siap tepuk-tepuk bahu lagi. Nampak sangat anti-perempuan. Aku mula rasa jengel walau pun aku yang salah di dalam kemalangan ni.

Tekakku tiba-tiba rasa loya. Aku memuntahkan isi perut yang ada. Aku memegang kepalaku yang terasa semakin berdenyut. Mataku pula semakin kabur. Tiba-tiba aku rasa ada seseorang memegang lenganku. Aku mengelak. Tidak mahu dipegang sesuka hati oleh lelaki yang tidak aku kenali.

“Are you sure you okay? Muka awak pucat tahu tak.” Wajah lelaki itu pula yang nampak panik.

“Don’t worry..I can handle my self Encik....” Aku tak tahu nak panggil lelaki itu dengan nama atau gelaran apa.

“Izzaz” Katanya.

“Huh? Issuz?” Ulangku. “Pelik nya nama. Terbelit lidah nak sebut.” Kataku perlahan.

Aku nampak lelaki di hadapanku tersenyum. Namun segera dia sembunyikan. “It’s Izzaz. I.Z.Z.A.Z.” Dia mengeja namanya untukku.

“Oh...okay. By the way Mr. Izzaz, kita tak payah pergi klinik. Encik cakap aje berapa encik nak ganti rugi, Insya Allah saya akan bayar. Sebab saya memang kesuntukan waktu sekarang ni. Saya ada hal lebih penting nak uruskan.” Kataku berlagak berani walau pun renungan Mr. Lion King tu menggerunkan sebenarnya.

“I tak kisah kalau jadi apa-apa pada you. But do not put the blame on me if anything bad happen to you later, okay. You ada parut ke, jadi cacat ke jangan cari I. ” Ujarnya yang lebih kepada ugutan untuk menakutkanku.

“I boleh jaga diri sendiri....”

Pap! Aku terus rebah. Sebelum aku pitam aku sempat merasa ada tangan yang menyambut tubuhku dari tersungkur ke atas tanah. Lepas tu aku dah ingat apa-apa. Semuanya gelap.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.