Home Novel Cinta Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Dea Zoraya
10/2/2015 22:31:17
1,085,360
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 16 - :(

GOLD SUMMIT GROUP. Aku memandang ke arah bangunan pejabat itu. Aku tidak nafikan rekaan bangunan pejabat klien kali ini kelihatan begitu gah dan berciri mewah.

“Pak Arab manalah yang punya ni kan.” Kataku kepada Aaron yang berjalan seiringan denganku.

Aaron membukakan pintu masuk utama untukku. “Bukan Pak Arab. Orang melayu Malaysia punya.”

Wow! Impressive. Orang melayu punya.” Tiba-tiba terbit riak bangga di dalam hatiku walau pun bukan aku pemilik kepada kumpulan ini. Tumpang bangga kerana bangsa sendiri mampu berdaya saing dengan bangsa lain. Malahan kumpulan ini mendapat beberapa pengiktirafan bertaraf antarabangsa di dalam projek-projek pembangunan termasuklah di dalam bidang pembinaan, cari gali dan hartanah yang mempunyai beberapa cawangan di serata dunia. Wow! Itu saja yang mampu aku katakan.

“I hanya nak ingatkan you yang klien kita kali ni perangai dia susah ditafsirkan sikit. Jadi you hanya perlu bercakap bila rasa perlu dan diarahkan saja. Boleh?”

Aku memandang Aaron. “Sukar ditafsirkan? Maksud you apa?” Soalku sambil aku melangkah masuk ke dalam lif. Aaron menekan punat bernombor 12.

Aaron memandang ke arah sekeliling sebelum dia mendekatkan wajahnya ke telingaku. “Frankly speaking he is very rude and annoying.” Aaron berbisik di telingaku. Tidak mahu orang lain di dalam lif tersebut mendengar kata-katanya itu.

“Really?” Aku mengangkat keningku.

“I tak kisah macam mana pun perangai dia as long as kita dapat projek ni. Mudah aje prinsip I.” Ujarku. Dengan yakin aku melangkah keluar dari lif dan terus menuju ke pejabat urusan Gold Summit Group.

“I like that confident.” Puji Aaron.

“Selamat datang ke Gold Summit Group.” Kami disambut mesra oleh dua orang penyambut tetamu wanita yang cantik jelita bak pramugari yang sudah bersiap sedia berdiri mengalu-alukan kedatangan kami. Beberapa staf lain juga turut melemparkan senyuman dan mengucapkan selamat datang kepada kami. ‘Hospitaliti yang sangat bagus.’ Pujiku di dalam hati.

Pasti mereka semua ini telah dilatih untuk menghormati dan meraikan tetamu. Sangat bagus. Barulah mencerminkan budi bahasa, budaya orang Malaysia. Tiba-tiba terbit di dalam benakku macam tak percaya pula Aaron kata yang pemilik kumpulan ini bersikap kurang ajar dan menjengkelkan sedangkan pekerjanya semuanya ramah belaka. Khabar angin aje kot. Biasalah golongan VIP seperti mereka kan sentiasa dihimpit kontroversi dan fitnah. Adat permainan dunia korporat. Aku membuat andaian.

Kami di bawa ke sebuah bilik mesyuarat yang bersaiz sederhana besar yang terletak di sebelah bilik CEO kumpulan ini yang aku kira boleh memuatkan enam hingga sepuluh orang itu. Bilik mesyurat berkonsepkan minimalis ini menarik perhatianku. Nampak ringkas tetapi elegen. Mungkin sesuai dengan jiwa Si Pemilik bilik ini agaknya.

Aku terus menghidupkan komputer riba yang aku bawa bersama dan bersiap sedia untuk membuat pembentangan. Aku meletakkan booklet tentang konsep dan idea rekaanku yang bakal aku bentangkan di atas meja pengerusi. Ketika aku berpaling ke arah skrin putih di hadapan, aku terdengar seseorang melangkah masuk dan memberi salam.

“Assalamualaikum. Selamat pagi.” Suara lelaki memberi salam.

Aku menoleh ke arah suara itu. “Waalaikumusalam.” Aku menjawab bersama sebuah senyuman.

Namun senyumanku itu hanya hidup untuk sesaat saja. Mati apabila mataku menangkap wajah orang yang memberi salam tadi.

Aku terkedu. Kaku. Otakku bagaikan tiba-tiba berhenti berfungsi. Mataku masih tidak lepas memandang wajah lelaki itu.

“Saya Amar Taufiq. CEO Gold Summit Group. Silakan duduk.” Suara lelaki itu kedengaran jelas di telingaku.

Aku bagaikan masih bermimpi. Tidak percaya dengan realiti yang sedang aku hadapi. Aku masih lagi berdiri dan memandangnya yang lengkap berkot itu.

“Ya Allah...kau kuatkanlah hatiku.” Rintihku.

“Have a seat.” Katanya lagi. Matanya membalas pandangan mataku. Tajam.

Aaron menarik lengan kemejaku. Mengisyaratkan aku untuk duduk. Wajah Aaron nampak gusar. Pasti dia cemas kerana takut tidak dapat memiliki projek besar ini.

“Alright Mr. Aaron and partner, can you two start the presentation please?” Pinta Taufiq. Suara keras bernada angkuh itu memberi arahan.

Aaron bingkas bangun dan terus memulakan perbentangan. Aaron menjelaskan tentang latar belakang, konsep, idea yang lebih kepada memperkenalkan apa yang ditawarkan oleh By Aaron Furniture. Selebihnya tentang rekaan-rekaan perabot akan diserahkan kepadaku. Aku setenang mungkin cuba berlagak tiada apa-apa yang pernah berlaku di antara kami. Aku cuba bersikap profesional. Aku juga rasakan Taufiq juga begitu dalam soal kerjaya. Namun gagal. Renungannya itu mengusarkan hati aku.

“Now I past to my designer, Miss Maya to present about the designs.” Ujar Aaron yang membuatkan aku menelan liur.

Aku tiba-tiba jadi menggelabah. Hilang segala perancangan di dalam kepala. Aku seakan-akan terlupa apa yang harus aku bentangkan.

“You ada masalah ke Cik Maya? Jangan cuba buang masa I please.” Taufiq memandangku tajam sambil dia menyelak helaian kertas di hadapannya.

Err....err...sorry about my design apa yang Encik Amar lihat di atas skrin dan di dalam booklet yang saya sertakan...” Tergagap-gagap aku memulakan perbentangan.

“Taufiq, bukan Amar.” Lelaki itu tiba-tiba mencelah. Wajah sombongnya dipamerkan. Tiada secalit senyuman pun di wajahnya.

“Sorry...Encik Taufiq.” Aku memperbetulkan walau pun aku tahu tiada silap pun di situ kerana dua-dua nama itu tiada bezanya pun.

Aku meneruskan perbentangan. “Untuk rekaan perabot bagi Gold Summit Hotel and Resort, saya telah sediakan tiga konsep rekaan iaitu Futureristic, Moden Kontemporari dan Elegent White. Ketiga-tiga rekaan ini saya reka merujuk kepada permintaan yang pihak Gold Summit mahukan.” Terangku.

“You pasti ke rekaan yang macam ni yang I mahukan? You yakin?” Soalannya itu membuatkan aku terdiam.

“Mr. Aaron...I rasa I nak berbincang berdua dengan Cik Maya tentang rekaan ini. Boleh I minta kebenaran you untuk keluar dulu. Atau...lebih baik you balik aje. Apa-apa nanti I akan inform. Don’t worry friend.” Permintaan lelaki itu membuatkan aku menelan liur sekali lagi.

Aku memandang ke arah Aaron yang nampak serba salah. Aku memberi isyarat kepadanya agar tidak meninggalkan aku di dalam bilik ini hanya berdua dengan ‘harimau kumbang jantan’ yang bila-bila masa saja akan menerkamku itu.

“Sure Mr. Taufiq.” Aaron bangun dan mengemas barang-barangnya.

“I see you later. Do your best. I'm depending on you.” Aaron sempat berbisik kepadaku.

Sejurus saja Aaron menutup pintu bilik mesyuarat itu, aku terdengar suara orang ketawa yang sangat menjengkelkan aku.

“Oh Maya. I tak sangka dapat jumpa you lagi.” Taufiq tersenyum sinis. Dia menutup booklet di hadapannya dan dilemparkan ke arahku. Biadap! Kutukku di dalam hati.

“How are you, my dear Maya?” Taufiq meletakkan kedua-dua belah kakinya di atas meja.

Aku tidak menjawab. Aku kembali duduk dan berpura-pura mencari sesuatu di dalam komputer riba.

“You takut ke tinggal berdua dengan I?” Dia bangun untuk mendekatiku.

Aku lebih pantas mengemas barang-barangku untuk segera beredar dari sana.

“You nak lari ke?” Dia seakan-akan mengejekku.

“I nak balik. I minta kita tunda mesyuarat ni. I akan inform pada Aaron untuk tukar designer lain untuk pembentangan akan datang. Sebab I tahu you tak nak bekerjasama dengan I.” Kataku ringkas.

Taufiq ketawa lagi. “Apa punya pekerja you ni, bos you tu mengharap untuk projek ni tapi you senang-senang aje tarik diri macam ni.” Dia duduk di atas meja betul-betul di sebelahku.

Taufiq memeluk tubuhnya. Matanya masih ke arahku. “You tak tahu ke Aaron banyak berhutang. Kalau dia tak dapat projek ni, syarikat dia akan bungkus. Bila dah bungkus, mana dia nak cari duit untuk kos rawatan anak dia yang sakit leukimia tu. Kalau itu terjadi ini semua disebabkan you. Salah you. Tak kesian ke dekat Aaron. Kejam kan you ni?” Taufiq berpura-pura menggeleng kesal.

“You ni memang ada masalah mental.” Aku tidak berselindung lagi. Tidak mampu untuk berlakon berpura-pura tenang lagi di hadapan orang yang biadap sepertinya.

Tiba-tiba Taufiq ketawa bagaikan baru mendengar sebuah kisah lucu. “You tak sedar ke I sakit otak disebabkan siapa? Bukan you ke yang jadikan I macam ni?”

Aku malas mahu melayan kerenah lelaki ini lagi. Aku mengangkat barang-barangku untuk beredar. Namun Taufiq lebih pantas menarik lenganku.

“Lepaslah!” Bentakku.

Dia masih lagi mencengkam lenganku. “Oh ya. I lupa sebenarnya I perlu berterima kasih pada you. Kalau bukan kerana you yang suruh I belajar sungguh-sungguh masa sekolah dulu, I tak akan berjaya macam ni. Tapi itu kerana I memang dah pintar. You hanya buat satu ehsan saja pada I dan yang selebihnya you banyak sakitkan dan lukakan hati I.”

“Sampai bila you nak berdendam dengan I Taufiq? I dah berkali-kali minta maaf.” Ujarku seakan memujuknya.

Dia menarik lenganku untuk duduk semula. Taufiq menarik kerusi di hadapanku dan duduk berdepan denganku. Dia meletakkan kedua-dua belah tangannya di atas tempat letak tangan kerusi yang aku duduki. Menghalang aku dari bangun.

“Dendam?” Dia menyoalku kembali.

Aku tidak selesa apabila Taufiq terlalu dekat denganku. Hanya kami berdua di dalam bilik ini. Ini tempatnya. Dia boleh sesuka hati melakukan apa saja yang dia suka. Itu yang terfikir di benakku ketika itu.

“Apa yang I rasa lebih dari dendam. Rasa dikhianati oleh orang yang paling dipercayai rasanya paling sakit sekali.” Tajam matanya menusuk hatiku.

“Tepi Taufiq. I nak balik.” Aku cuba bangun tetapi Taufiq bertindak kasar dengan menolak kedua-dua belah bahuku ke belakang.

“I belum habis cakap lagi! You tak akan keluar dari tempat ni selagi I tak benarkan.”

“Hei! You ni gila ke apa!” Aku sudah mula hilang sabar dengan kelakuan biadapnya yang berani menyentuhku sesuka hatinya sahaja.

Taufiq mengangkat kedua-dua belah bahunya. Wajahnya langsung tiada riak bersalah kerana mengasariku. “Lapan tahun Maya I pendam rasa. Dendam dan rasa benci pada you. I tak sangka I akan dikhianati oleh perempuan murah macam you. Yang tak ada maruah, sanggup serah harga diri macam tak ada nilai langsung.” Hinanya.

Pang! Aku menampar pipi kanannya. Hinaannya itu benar-benar membuatkan hatiku mendidih. Dia tak ada hak nak hina dan melabelkan aku sebegitu sekali. Taufiq bertindak lebih agresif dengan mencengkam tanganku.

Dia sempat tersenyum sinis. “How dare you? Berani you letakkan tangan you di muka I? You dah salah pilih musuh Maya. Orang semurah you tak layak sentuh I sedikit pun.” Semakin kuat Taufiq mencengkam lenganku.

Aku menahan sakit apabila diperlakuan begitu olehnya. Aku cuba menahan airmataku dari mengalir. Aku tidak mahu kalah dan nampak lemah di hadapan lelaki seperti Taufiq. Aku sedar aku pernah menyakitinya tapi itu tak bermakna dia boleh menghinaku sesuka hatinya.

“You tak ada hak untuk hina I.” Jawabku berani. Membalas pandangan matanya.

Taufiq mengetap giginya. Wajahnya nampak bengis. “Rasa sakit you tampar I tak setanding dengan rasa sakit yang you tinggalkan di hati I Maya. I nak buat you rasa bersalah seumur hidup. I akan buat hidup you hancur macam you buat pada I.”

Aku ketawa. Bagaikan baru mendengar sebuah kisah lucu darinya. “You persendakan I?” Taufiq mencengkam daguku. Memaksa aku untuk memandang wajahnya. Aku menolak tangannya.

“Hidup I memang dah hancur. Buatlah apa yang you nak buat Taufiq, tak jadi kudis kepada I pun. Balaslah sebanyak mana dendam you pada I. Kalau itu yang boleh buat you puas hati.” Ujarku tepat kepadanya. Aku terus menolak tubuhnya dariku. Aku menuju ke pintu untuk keluar.

Aku tersentak apabila Taufiq menarikku ke belakang dan menghempaskan tubuhku di dinding. Wajahnya nampak begitu bengis. Tajam matanya menikamku bagaikan mahu ditelannya aku hidup-hidup. Aku terkesan ada air di peluput matanya. Aku cuba menolak tangannya dari terus menekan bahuku.

“Lepaskan I Taufiq. I jerit nanti you juga akan malu.” Lawanku berani.

“Jeritlah! Tak akan ada sesiapa berani masuk. Ini tempat I dan kalau I nak apa-apakan you pun tiada siapa yang akan dengar.” Taufiq terus menolakku masuk ke dalam bilik pejabatnya. Dia mengheret aku untuk ikut masuk ke dalam ruangannya. Mulutku diterkup. Aku cuba melawan dengan memukul-mukul dadanya. Airmataku sudah merembes keluar.

Aku takut Taufiq akan mengapa-apakan aku. Taufiq menghempaskan tubuhku ke atas sofa di dalam biliknya. Aku semakin gementar bila aku lihat Taufiq membuka kot yang tersarung di tubuhnya. Tanpa aku pinta ingatan lalu kembali menghantuiku. Aku seakan-akan ternampak Amran di hadapanku. Aku jadi panik. Ketakutan yang aku rasakan ketika itu tiada tandingannya.

“Kalau I buat apa yang Bukhary dah buat pada you pun sama saja harga diri you tak akan berubah sedikit pun. Tetap murah.” Taufiq mendekatiku.

Aku tersesak-esak menangis. “Maya merayu jangan apa-apa kan Maya. Tolonglah Abang Am...” Aku melutut di lantai memohon dari Abang Amran. Namun lelaki itu bertindak berani dengan memegang kedua-dua belah tanganku. Rayuanku langsung tidak diendahkannya. Tangisanku semakin lebat tidak merelakan diriku disentuh oleh lelaki itu.

“Maya! Maya!” Aku terasa bahuku digoncang kuat. Aku tidak mengendahkan suara yang memanggilku itu. Aku terus meronta-ronta untuk melepaskan diri. “Tolong jangan apa-apakan Maya Abang. Maya merayu.” Rintihku.

“Maya...Maya kenapa dengan you ni? Sedar. Ini I Taufiq.” Aku semakin agresif untuk melepaskan diri. Ketakutan yang aku rasakan ketika itu benar-benar membuatkan seluruh tubuhku menggigil. Aku memukul-mukul Taufiq yang aku nampak ada bayangan Amran padanya.

Taufiq memegang kedua-dua belah tanganku dari terus meronta-ronta dan terus memukulnya. Taufiq memelukku dari belakang. “Bertenang Maya. Calm down.” Suaranya memujuk cuba menenangkan aku.

Aku mula tersedar pada realiti apabila aku terlihat wajahku di dalam cermin di hadapanku. Tiada Abang Amran di situ. Aku terlihat wajah Taufiq yang ketika itu baru aku perasan dia sedang memeluk tubuhku. Aku melepaskan diriku dari tangannya. Aku berpusing menghadapnya. Dengan penuh rasa benci aku menampar kedua-dua belah pipinya dengan sekuat hati. Yang peliknya Taufiq langsung tidak membalas ataupun mengasariku seperti tadi.

Wajahnya berubah. Tidak sebengis tadi. Matanya tidak lepas dari memandangku. Dia kelihatan tercengang. Bagaikan baru tersedar akan sesuatu pada diriku.

“Maya...apa yang berlaku sebenarnya? You meracau apa tadi.”Bergetar suaranya ketika menuturkan soalan itu.

“Shut up!” Teriakku.

“Jangan buat I dalam tanda tanya lagi Maya. Please!” Taufiq menengkingku.

Aku rasa lemah. Airmata terus merembes keluar bagaikan tidak mahu berhenti. Aku cuba menghentikan tubuhku dari terus menggigil. Tapi gagal.

“I benci you! Benci Taufiq! You sampah. Tak guna. Sama aje dengan semua lelaki lain! Jahat. Suka ambil kesempatan pada perempuan! ” Aku memaki hamunnya.

Aku mengundur apabila Taufiq cuba mendekatiku. “Maya....” Panggilnya lembut.

“Kenapa? Salah ke apa yang I cakap tadi? You pun nak rogol I jugak?” Aku mengesat airmata di pipiku.

Taufiq nampak terkejut. Bibirnya nampak menggigil menahan sesuatu. Matanya berair. “Oh...Maya...” Taufiq hilang kata-kata.

“Jangan dekat dengan I!” Arahku.

“Maya...Maya...kenapa? Kenapa sekarang baru you luahkan? Kenapa tak berterus terang pada I lapan tahun yang lalu?” Taufiq mula beremosi.

Aku melelapkan kedua-dua belah mataku. Cuba menyuntik kekuatan. Aku mengangkat beg tanganku. Mahu keluar dari tempat tu.

“Maya I am sorry....” Ucap Taufiq namun aku lebih pantas memotong.

“Shut up! Don’t say anything more.I tak akan explains apa-apa pada you.” Marahku.

“Maya, Maya tunggu. Tolong jelaskan pada I apa yang dah jadi sebenarnya.” Taufiq memanggilku.

Aku tidak mengendahkannya. Setelah mencapai barang-barangku, aku terus beredar dari pejabat yang tidak akan aku jejaki lagi buat selamanya itu termasuk juga pemiliknya. Aku tak nak lihat wajah itu lagi sampai bila-bila.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.