Home Novel Cinta Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Dea Zoraya
10/2/2015 22:31:17
1,079,264
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2 - Siapa dia?

Pagi itu aku membuat keputusan untuk menghabiskan hariku di kawasan pantai yang berdekatan dengan bandar ini. Akan tetapi aku memang tidak tahu langsung di mana kedudukan pantai yang berdekatan dengan bandar Auckland ni. Tetapi tidak mengapa kerana yang itu nanti aku boleh tanyakan orang awam di sini.

“Kau patut tengok muka Si Burhan tu masa dia kena pelempang dengan aku. Pucat macam kena lulur kapur. Padan muka mamat tu.” Beriya aku bercerita ketika aku menghubungi rakanku itu selesai aku bersarapan.

“Habis tu kau macam mana? Iyalah mesti drama tu jadi tontonan ramai. Aku dah buat kau malu ya? Sorry Maya...” 

“Kau tak payah nak rasa bersalah sangatlah. Aku okay. Cuma aku rasa bersalah aje ni sebab aku dah susahkan hidup seseorang.” Ujarku sambil mindaku terbayang wajah juruterbang semalam. 

Kalau aku fikir-fikirkan balik, tak baik aku mempergunakan lelaki itu semalam. Dahlah aku buat kecoh di tempat awam, lepas tu aku ambil kesempatan kata dia suami aku dan bayarkan tambang teksi untukku pula. Jahatnya aku.

“Siapa?” Soal Farhin.

“Hah? Siapa? Oh...adalah.” Jawabku.

“Ala kau ni. Share lah. Ceritalah.” Beriya benar Farhin ingin tahu.

“Okay aku cerita. Semalam masa aku tengah berlakon kenakan Burhan, ada seseorang tiba-tiba masuk campur dalam drama aku tu. Pilot.”Ceritaku ringkas.

“What? Maya....pilot? handsome tak?”

“Amboi kau ni. Gedik betul.” Sakatku.

“Kedekut kau ye, aku nak tahu cerita pun kau tak kasi.” Suara Farhin kedengaran merajuk. Sajalah tu.

“Emmm.....Handsome lah jugak. Tinggi. Putih...tapi muka tak macam orang melayu sangat. Mungkin kacukan aku rasa. Entah kacukan Sepanyol ke, Belanda ke, Nepal ke yang itu aku tak tau.” Ujarku.

“Itu je?” Soal Farhin bagaikan tidak puas hati.

“Itu je lah. Habis aku nak cerita apa lagi. Itu je yang aku boleh gambarkan. Kejap. Ini bukan benda penting yang aku cakap tadi. Okaylah penting sebab aku dah susahkan pilot ni. Masa sampai je depan hotel aku gunakan dia, aku kata kat pak cik teksi tu yang pilot tu suami aku, pastu aku suruh mintak duit tambang kat dia. Aku memang terdesak time tu. Aku tak bermaksud nak kenakan dia ke apa.”

“Kau jumpalah dia minta maaf. Tak pun kau senyum tunjukkan ’sweet smile’ dan ‘smile eyes’ kau tu. Cair punya lah dia. Kau kan cantik. 100% beb. Jadi kau gunakanlah kelebihan yang kau ada tu.” Cadangan yang paling tidak aku suka si Farhin ni berikan.

“No way! Memang tak akan lah aku buat macam tu. Dilahirkan cantik tu hak aku. So i kept that for myself.” Balasku.

Ada benar satu je cadangan Farhin tadi iaitu aku harus minta maaf kepada lelaki itu. Ya. Lepas tu selesai. Maaf kosong kosong.

“Tapi kan  Ein, aku dah telepas cakap sesuatu yang memalukan lah. Aku pun tak sedar perkataan-perkataan tu terkeluar dari mulut aku ni. Benda jadi spontan.” Aduku.

“Apa dia?” Soal Farhin pula.

“Errr...aku terlepas kata yang aku ni tengah mengandung anak Burhan di depan orang ramai termasuk depan pilot tu. Arrr....malunya bila aku fikirkan balik.”

“What? Kau dah gila ke Maya? Memanglah idea kau kenakan Burhan tu aku setuju tapi janganlah sampai kau malukan diri semata-mata nak tolong aku pula. Entah apa pandangan orang yang dengar tu terhadap kau.” Suara Farhin kedengaran kesal.

“Tak apa. Yang tu lama-lama orang lupa punyalah. So dont worry okay.” Pujukku.

Lama Farhin diam di hujung talian sana. Rasa bersalah menjalar di dalam diriku. Disebabkan aku gatal mulut bercerita, Farhin pula yang rasa bersalah kerana telah menganggap aku sanggup memalukan diri deminya.

“Oh... Maya by the way aku lupa nak bagitahu kau malam tadi Abang Bukhary datang rumah kita cari kau. Aku kata kau tak ada. Bila dia tanya kau pergi mana aku kata kau pergi bercuti. Aku tak tau nak cakap apa. Lepas tu dia kata nanti dia call kau balik. Tapi muka dia nampak risau je. Ada sebab kot dia cari kau.”

“Oh...iya ke.” Itu saja yang mampu terkeluar dari mulutku. Aku terbayang wajah Abang Bukh dan perasaan rasa bersalah kembali menguji di dalam jiwaku.

Abang Bukhary adalah abang angkatku. Seorang lelaki yang terlalu baik. Yang selalu membelaku sejak aku kecil lagi. Dia sering mempertahankan dan membantu aku apabila  mama memarahi aku. Aku masih ingat salah satunya adalah ketika  aku tidak sengaja pecahkan pasu di tepi pintu. Aku masih ingat kejadian itu bila setiap kali aku terlihat kesan parut di bahagian belakangku. Banyak lagi sebenarnya hal-hal yang berlaku dalam hidupku yang akhirnya hanya Abang Bukhary seorang saja yang akan menghulurkan tangan membantu. 

Sehingga kini aku masih tidak mengerti mengapa mama begitu membenciku. Kalau benar dia tidak sukakan aku, mengapa mengambil aku sebagai anak angkat sejak awal lagi. Tapi berbeza dengan abah, abah sangat sayangkan aku. Begitu mengutamakan aku. Tidak pernah naik tangan di atas tubuhku. Tapi itu sebelum aku mengingkari kehendaknya. Sebelum aku diusir keluar dari rumah apabila aku menolak permintaan Abah iaitu ketika aku melarikan diri di majlis pernikahan aku dengan Abang Bukhary yang sepatutnya berlangsung itu.

Bagaimana untuk aku menerima Abang Bukh sebagai seorang suami apabila aku telah menganggapnya sebagai seorang abang. Memang aku rasa bersalah terhadap Abang Bukh kerana telah memalukannya dengan tindakanku melarikan diri pada majlis pernikahan itu. Tapi aku terpaksa buat begitu kerana aku tidak memandangnya sebagai seorang lelaki yang dicintai. Aku tak mahu hidup aku terkongkong dan terpaksa berhadapan dengan hidup yang dikawal dan diatur Abah kelak kerana aku juga punyai pilihan, punyai pendirian dan maruah yang harus aku pertahankan. Tambahan lagi aku tak nak memalukan Abang Bukhary dengan cerita silamku yang mungkin satu hari nanti akan dibangkitkan kembali. 

Lalu keputusan itu aku lakukan pada saat-saat terakhir kerana aku tidak mahu kelak di masa hadapan ada sesiapa di antara kami iaitu aku, Abang Bukh atau sesiapa di dalam keluarga kami akan sengsara.

Aku takut aku tidak mampu untuk memberikan kebahagian kepada mereka. Aku takut aku tidak mampu menjalankan watak sebagai menantu apabila selama ini aku telah menjalankan peranan sebagai seorang anak dan seorang adik.

Aku tahu keputusanku ini telah mengecewakan banyak hati. Terutama Abah yang ternyata begitu terluka dan jauh hati dengan tindakan aku. Aku sentiasa berdoa moga suatu hari nanti Abah akan memaafkan aku dan menerima aku kembali seperti dulu.

Namun begitu aku sedikit lega kerana Abang Bukh memahami sebab aku membuat keputusan seperti itu. Dia langsung tidak memaksa aku untuk meneruskan pernikahan kami. Aku tahu Abang Bukh menaruh perasaan terhadapku sejak kami di sekolah menengah lagi. Itu pun Amani yang beritahu padaku. Amani menunjukkan surat-surat luahan perasaan yang ditulis oleh Abang Bukh kepadaku. Lalu apabila Abah dapat tahu, terus Abah usulkan supaya kami dijodohkan selepas aku tamat ijazah kelak.

Sehingga kini aku masih ingat lagi beberapa minit sebelum majlis pernikahan berlangsung, aku menelefon Abang Bukh untuk datang bertemuku di dalam bilik. Abang Bukh duduk disebelahku di sisi katil. Aku memandang Abang Bukh yang lengkap bersongkok dan berbaju melayu satin berwarna putih. Sedondon dengan baju kebaya yang tersarung di tubuhku.

Abang Bukh memandang wajahku. Lama. Ternyata riak resahku tidak dapat aku sembunyikan disebalik make up yang dicalit bagi menambahkan keanggunan wajahku.

“Maya rasa betul keputusan Maya untuk jadi isteri Abang?” Soal Abang Bukh tenang yang bagaikan dapat membaca isi hati aku ketika itu.

Mulutku terkunci untuk menjawab soalan Abang Bukh itu. Rasa bersalah, rasa takut, rasa tidak pasti terus bercampur berkecamuk di dalam hati. Aku tak sanggup lukakan hati Abang Bukh. Orang sebaik dia tak sepatutnya terluka kerana seseorang yang tidak punyai apa-apa seperti aku ini yang hanya mampu bertahan meneruskan hidup di atas ihsan orang lain. Ihsan keluarganya. Tapi aku juga punyai pendirian! Bentak hatiku.

Hanya airmata saja jawapan yang mampu aku berikan. Lama Abang Bukh termenung seperti memikirkan sesuatu. Kemudian dia memandangku sebelum dia mengangguk perlahan. "Apa yang Maya nak beritahu Abang?"

“Maya minta maaf Abang. Maya tak boleh teruskan lagi.” Pintaku teresak-esak. Aku benar-benar menangis. Tak mampu aku bendung lagi.

Lama Abang Bukh terdiam. Aku tunduk memandang lantai. Tidak berani memandang wajah Abang Bukh. Aku tersentak apabila tiba-tiba Abang Bukh menghulurkan kunci keretanya kepadaku. Aku memandang kunci tersebut sebelum mataku beralih ke arah wajahnya. Dia memberikan aku sebuah senyuman. Jelas hambar senyumannya itu.

“Pergilah. Masih sempat lagi ni.” Abang Bukhary bersuara perlahan.

Menggigil biibirku menahan tangis ketika itu. Aku tak dapat gambarkan perasaanku ketika itu. Gembira ataupun sedih.

Perlahan aku ambil kunci kereta itu dari tangannya. Aku bangun perlahan menuju ke tingkap. Beg sandang berisi beberapa helai pakaian siap aku letakkan di sisi tingkap. Aku menoleh memandang Abang Bukhary. ‘maaf kerana Maya pentingkan diri. Tapi Maya pasti ini demi kebahagian kita Abang’

Aku kembali mendekati Abang Bukh. Tangan kanannya aku capai lalu aku salami dan menciumnya. “Maya tetap sayang dan hormatkan Abang sebagai abang Maya yang paling baik di dunia ni.” Ujarku.

Abang Bukh ketawa kecil sambil dia mengusap-usap rambutku. “Elok-elok. Pasal Abah dengan mama tahulah Abang nak uruskan nanti.”


Suara nyaring Farhin memanggil namaku di hujung talian mematikan lamunanku. Terasa pipiku basah. Tidak sedar airmataku mengalir.

“Okaylah beb. Nanti aku call kau balik ya. Jumpa nanti kat KL. Love you.” Terus aku letakkan gangang telefon.

 Aku termenung seketika memikirkan Abang Bukh, Abah, mama dan adik-beradik lain. Sudah agak lama aku tidak berjumpa dengan mereka semua. Lebih setahun sejak peristiwa aku memalukan mereka itu. Sebuah keluhan berat aku lepaskan.

Alangkah terkejutnya aku ketika bila saja aku memusingkan badan untuk meninggalkan kaunter, seorang lelaki berdiri betul-betul di belakangku. Seorang lelaki! Maksud aku pilot semalam tu!

Aku segera mengesat sisa airmata di pipiku. Aku rasa malu apabila tiba-tiba ada lelaki asing yang nampak aku menangis. Aku perasan wajah lelaki itu pun nampak berubah. Mungkin dia juga tidak menyangka akan ternampak seseorang sedang menangis.

Bila saja dia mula melangkah untuk beredar, aku segera memanggilnya.

“Encik Pilot.” Aku memanggilnya. Sebab aku tak tahu namanya. Dia kembali memandangku. Aku terpaku seketika memandang anak mata warna coklat miliknya. ‘Nice eyes.’ Sempat aku puji di dalam hati.

Aku cuba mengatur perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang teratur di dalam kepala. Tentang bagaimana harus aku katakan kepadanya yang aku benar-benar minta maaf.

“Err...tentang semalam. I am so sorry. Saya tak bermaksud nak susahkan Encik. Tentang tambang teksi tu saya betul-betul minta maaf. Saya mengaku saya salah.  Saya betul-betul tak ada duit malam tadi. Saya benar-benar terdesak. Saya ganti duit Encik tu ya.”

Lelaki itu masih diam. Namun matanya tidak lepas dari terus merenung wajahku.

“Lagi satu saya minta maaf juga sebab buat kecoh kat kafe semalam.” Ucapku jujur.

Tiada reaksi juga. Adakah lelaki ini benar-benar marah padaku kerana mungkin dia rasa telah dipermainkan olehku semalam? Takut juga aku ketika itu. Tiba-tiba aku teringatkan cadangan Farhin tadi. ‘sweet smile’ dan ‘smile eyes’ milikku. Lalu terus aku berikan segaris senyuman kepada lelaki itu. Tanda aku benar-benar ikhlas minta maaf darinya.

Aku lihat lelaki itu memandang wajahku agak lama sebelum dia mengalihkan matanya memandang ke tempat lain. Tidak lama selepas itu dia mengangguk.

“Saya maafkan yang tu.” Balasnya ringkas tetapi tidak memandang tepat wajahku. Suara serak basahnya kedengaran sedap di telingaku.

“Thank you.” Ucapku. Sempat lagi aku fikir ketika itu, agak-agak kalau lelaki di hadapanku ini menyanyi suara dia mesti serak basah merdu macam Cakra Khan kan. ‘Stop! Maya. Sempat berangan pula.’

Aku tidak tahu untuk berbual apa lagi dengan lagi, lantas aku meminta diri untuk beredar. Namun belum smepat aku melangkah, dia memanggilku.

“Miss kejap.”

Aku kembali memandang wajah  lelaki  yang tingginya aku rasa lebih kurang 180 cm itu.

“Are you missing something?” Tanyanya pula.

Aku pantas meraba kocek seluar dan beg yang aku sandang. Apa yang hilang? Rasanya tak ada apa-apa barangku yang tercicir.

“Apa dia yang hilang?” Soalku kepadanya.

“Saya tak rasa awak lupa. Tapi tak apa lah saya ingatkan awak. Tentang apa yang awak kata pada pemandu teksi malam tadi. Any explanation Miss?” Soalnya sambil kedua-dua tangannya memeluk tubuh. Matanya tajam merenung wajahku.

Aku mengetap bibirku. Tertangkap. Pasti apa yang lelaki ini maksudkan adalah tentang aku mengaku pada pemandu teksi itu yang lelaki di hadapanku ini adalah suamiku.

“Err...encik, encik saya minta maaf untuk yang itu juga. Saya terdesak masa tu.” Ujarku sambil aku merapatkan kedua-dua belah tanganku.

“Lagi?” Lelaki itu sengaja mahu mengujiku.

“Lagi...lagi apa? Saya janji, saya janji dengan encik yang saya tak akan buat lagi macam tu. Janji betul-betul ni.” Aku mengangkat tangan kananku seperti berikrar. Bersungguh.

Dia tersenyum. Apa yang buat dia rasa kelakar pun aku tak tahu.

Aku tersenyum lega. Pantas aku memusingkan badan untuk beredar. Terhenti langkahku apabila lelaki itu kembali bersuara.

“Saya tak akan maafkan awak untuk yang itu. Penipuan awak tu dah menyusahkan hidup saya.” Tegas suara lelaki itu yang membuatkan bulu romaku tiba-tiba meremang.

Aku terkedu seketika. “Maksud encik apa?”

“Cerita yang awak reka malam tadi dah buatkan saya malu di hadapan kawan-kawan saya. Malu sebab cuba awak kaitkan kejadian yang awak reka kat kafe semalam dengan kejadian malam tadi. Seorang wanita yang mengandung anak teman lelakinya rupa-rupanya adalah isteri orang, iaitu isteri saya. Itu yang kawan-kawan saya fikir tentang saya. Boleh awak betulkan yang itu?” Serius suara dia memarahiku.

Ya Allah, aku tak sangka drama yang aku reka akan berlanjutan jadi seperti ini. Apa yang harus aku lakukan sekarang ni? Aku tak rancang semua ini terjadi.

“Saya minta maaf sekali lagi. Macam ni encik apa kata saya jumpa kawan-kawan encik tu dan saya jelaskan sendiri tentang perkara yang berlaku malam tadi tu adalah salah saya. Saya yang reka cerita tu. Jadi encik tak usah risau, saya akan bersihkan nama encik ya.” Usulku bersungguh kepada juruterbang itu.

Dia mengangguk. “Okay saya setuju yang itu. Tapi saya akan maafkan awak dengan satu syarat lagi.”

‘Syarat apa lagi ni. Lelaki ni macam nak kenakan aku balik je.’ Bisikku sendiri di dalam hati.

“Apa syarat tu?” Aku pula mula hilang sabar.

Agak lama lelaki itu diam. Namun apa yang keluar dari mulutnya selepas itu benar-benar mengejutkanku.

“Awak kena jadi bakal isteri saya!” Selamba dia mengemukakan permintaan seperti itu.

Berkerut dahiku memandangnya. Adakah aku tersilap dengar. Aku mempamerkan wajah seperti tidak percaya dengan apa yang dikatakan lelaki itu.

Dia mengangguk. “Saya akan maafkan awak jika awak bantu saya dengan berlakon jadi bakal isteri saya.”

Aku terkedu. Bulat mataku memandangnya. Permintaan gila apakah ini?

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.