Home Novel Cinta Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Dea Zoraya
10/2/2015 22:31:17
1,086,178
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 17 - Realiti kehidupan

Keluar saja dari Gold Summit Group aku terus menuju arah jalan raya untuk mendapatkan teksi. Aku menahan sebuah teksi yang kebetulan melintasiku tetapi ia tidak berhenti kerana ada penumpang lain di dalam teksi tersebut. Cuaca tengah hari yang agak terik tengah hari itu membuatkan kepala aku terasa berdenyut-denyut. Aku masih lagi tercari-cari kalau-kalau ada kelibat teksi berhampiran. Menyesal pula kerana aku memilih untuk menumpang kereta Aaron untuk ke sini tadi. Kalau aku tahu begini jadinya, aku bawa keretaku sendiri. Aku melepaskan sebuah keluhan. Geram dengan Taufiq yang tidak berguna tu dan bertambah geram kerana tidak pasal-pasal aku kena berpanas pula.

Aku berjalan ke arah perhentian bas yang agak jauh dari bangunan itu. Sampai saja di sana, telefon bimbitku berdering.

“Hello.” Suara ceria menyapa di hujung sana.

“Hello.” Balasku.

“Awak sibuk ke? Jom kita makan sama. Saya datang ofis awak ya.” Firqin mempelawaku. Dengar macam bersemangat betul dia hari ini.

“Saya tak ada kat ofis. Saya ada kat Damansara sekarang ni, baru lepas jumpa klien.” Balasku.

“Damansara?” Elok sangat lah tu. Kebetulan saya ada dekat sini. Awak bagi landmark, saya jemput sekarang.” Ujarnya teruja.

Gold Summit Group. Saya dekat perhentian teksi berhampiran. Betul ke awak nak jemput saya ni, susahkan awak aje.”

Firqin ketawa. “Mana ada. Ini kerja yang paling senang dan yang paling saya suka.”Aku tersenyum mendengarnya.

 Aku terkejut apabila tiba-tiba saja lenganku direntap dari arah belakang. Telefon bimbitku terhempas ke bawah. Aku memandang wajah lelaki yang sedang memegang tanganku itu. Aku terus merentap tanganku dari cengkamannya tapi tidak berhasil. Cengkaman tangan Taufiq lebih kuat.

Aku menjeling lelaki itu. “Lepaskan I. Sakitlah!” Bentakku geram.

“You owed me an explanation.” Taufiq masih memegang lenganku.

Aku merengus geram. “You nak apa lagi Taufiq? Tolong lah lepaskan I. I nak balik. Kalau you nak balas dendam, nak benci I sebanyak mana pun suka hati youlah. Tapi I tak nak jumpa you lagi. Selamanya!” Aku cuba melepaskan tanganku dari genggamannya namun tetap gagal.

“I tak akan lepaskan you Maya. You milik I.” Katanya namun suaranya tidak setegas tadi.

Aku menggeleng tidak percaya dengan apa yang aku baru dengar. “Lepaskan I Taufiq. I menjerit kat sini baru you tahu. Biar orang ramai belasah you, itu you nak kan?” Aku mengugutnya.

Taufiq tetap berdegil. Aku melepaskan keluhan. “I bukan milik you lah. You bukan sesiapa bagi I dan I juga bukan sesiapa bagi you. Kita dah putus kawan lama dah Taufiq. Jadi tak perlu you buat macam ni lagi.”

“Kenapa you tak berterus-terang pada I lapan tahun yang lalu Maya? You buat keputusan sendiri. You pentingkan diri dengan pilih lukakan banyak orang masa tu. You adalah sebab kenapa I jadi macam ni Maya.” Taufiq menyalahkanku.

Aku merengus.” Bukan salah I you jadi macam ni Taufiq. Sebenarnya diri you sendiri yang mahukan diri you jadi macam sekarang ni. Sombong, angkuh dan biadap macam ni. You sendri yang sepatutnya menentukan nak jadi orang yang macam mana.” Aku melepaskan geram.

“Tapi you puncanya!” Taufiq menengkingku sambil dia menarikku dekat kepadanya.

Aku menelan liur. Mataku masih tidak beralih dari menatap wajah bengisnya. Aku sebenarnya hanya berlagak berani di hadapannya. Di dalam hati perasaanku berkecamuk menjadi satu. Rasa bersalah, rasa takut dan rasa marah semua ada. Aku tidak perasan entah bila airmataku bertakung.

“Pilihan apa yang I ada masa tu Taufiq? Selain dari terpaksa menipu you. I dah berkali-kali minta maaf pada you Taufiq. I tahu dan I sedar yang I bersalah pada you. I minta maaf sekali lagi.” Perlahan suaraku menuturkan kata-kata itu di hadapan Taufiq.

Perlahan-lahan Taufiq melonggarkan cengkaman tangannya dari lenganku.

“You boleh minta tolong dari I kan? You know I will help you.” Tuturnya kepadaku perlahan seperti berbisik.

Aku memandang wajahnya namun tidak lama. Aku segera mengalihkan pandangan apabila memori lama bersamanya kembali bermain di dalam kepalaku. Aku mahu melupakan perasaan yang pernah aku rasai terhadapnya suatu ketika dahulu.

“Sudahlah Taufiq. Tak ada gunanya lagi. I terima apa yang terjadi sebagai takdir hidup I.” Aku berkira-kira untuk beredar.

“Perasaan I pada you tak pernah berubah Maya. I masih cintakan you.”

Pengakuannya itu membuatkan aku terpaku. Agak lama aku merenung matanya mencari kebenaran di sana. Aku hanya mampu menggeleng. Tidak terkeluar perkataan dari mulut untuk membalas pengakuanya itu.

“Tapi kenapa?”Taufiq kembali meraih tanganku.

Pon! Pon! Terdengar kuat bunyi hon kenderaan di sebelahku. Aku nampak dengan jelas Firqin keluar dari tempat pemandu. Dia membuka cermin mata hitamnya dan berjalan menuju ke arahku.

Firqin memandang Taufiq sebelum matanya beralih ke arahku.

“Boleh you lepaskan tangan tunang I?” Ujar Firqin. Ada nada tegas di dalam suaranya.

Wajah Taufiq berubah ketika mendengar kata-kata Firqin. Tanpa menunggu lama, Firqin meleraikan tangan Taufiq dariku.

“Jom sayang.” Firqin membuka pintu kereta untukku.

Aku sempat memandang Taufiq. Wajahnya sama seperti lapan tahun yang lalu. Wajah kecewa itu membuatkan aku kembali berasa bersalah terhadapnya. Atau aku masih sayangkannya? Aku kembali berada di dalam dilema.

Firqin memandu pergi keretanya. “Kenapa awak nampak sedih ni? Lelaki itu buat  apa pada awak Maya?” Penuh rasa ambil berat pertanyaannya itu.

Aku menggaris sebaris senyuman untuknya. “Saya terserempak dengan dia. Boleh kita jangan cerita tentang dia, kata tadi awak nak pergi makan kan?”

Firqin tidak membalas pertanyaanku itu. Agak lama dia diam. Hanya matanya saja fokus ke arah jalan raya. Ketika kereta yang dipandunya itu berhenti di persimpangan lampu isyarat Firqin kembali membuka mulut.

“Kenapa tangan you sampai berbirat macam tu? I tengok bengkak tangan you tu. Apa yang Taufiq buat sebenarnya Maya?” Dia memandang wajahku bagaikan meminta aku memberi penjelasan.

Aku teragak-agak untuk membuka mulut untuk bercerita kepadanya tentang apa yang berlaku kepadaku. “Cerita saja Maya, saya sedia dengar.” Dia memujukku.

“Saya jumpa klien tadi dan saya tak sangka orang tu adalah Taufiq. Dia halang saya untuk pergi dari pejabatnya. Err...err...sebenarnya Taufiq adalah bekas teman lelaki saya. Hubungan kami dah lama berlalu sejak lapan tahun yang lalu. Saya tak sangka pulak yang dia masih menaruh dendam pada saya sebab putuskan hubungan kami.” Aku berterus-terang.

“Cinta monyet zaman sekolah lah ni ya. Kenapa putus?” Sambungnya pula.

Soalan ‘kenapa’ itu membuatkan aku menelan liur. Rahsia masih aku simpan kemas. Belum tiba masanya lagi untuk Firqin tahu tentang sejarah hidupku. “Macam you kata tu cinta monyet. Mungkin tak serasi agaknya.” Balasku teragak-agak.

“Kita nak makan kat mana ni?” Cepat-cepat aku mengubah topik perbualan.

“Emm...rumah mak saya nak.” Pelawanya.

Aku terkejut. “Hah? Tak nak lah awak. Awak jangan main-main. Takut saya tiba-tiba awak cakap macam tu.” Firqin ketawa kesukaan melihat aku yang menggelabah apabila diajak makan di rumah keluarganya.

“Mak saya tak makan orang, nak takut apanya.” Dia masih lagi galak mentertawakanku.

Aku turut ketawa. “Awak kalau tak mengusik saya memang tak lengkap kan hari awak. Ada saja bahan nak kenakan saya ya.”

“Sebab saya suka tengok senyuman dan ketawa awak bila saya berjenaka. I am so excited to see your face. Hati saya teruja bila bersama awak.” 

Selamba dan cool tapi ikhlas. Itu yang mampu aku gambarkan watak lelaki disebelahku ini.Telefon bimbitku tiba-tiba berdering. Aku segera mengangkat panggilan itu apabila nama kawan baikku, Norzie tertera di atas skrin.

“Assalamualaikum Jie.” Ucapku ceria.

Norzie tidak menjawb salamku. Telingaku dapat mendengar bunyi bising seperti barang dihempas-hempas di talian sebelah sana.

“Nozie...Nozie..Hello!” Aku memanggil-manggil namanya.

“Maya....tolong aku Maya. Akmal buat masalah lagi. Aku tak tahu nak buat apa sekarang..arrgh...” Suaranya yang kedengaran tersesak-esak itu membuatkan pendengaranku kurang jelas. Aku tidak faham apa yang dikatakannya.

“Norzie kenapa ni? Apa yang dah berlaku? Kau okay tak ni?” Aku tiba-tiba rasa cemas dan tidak sedap hati.

“Maya tolong aku. Tolong aku Maya...Akmal berhutang dengan lintah darat lagi. Sekarang ni mereka nak ambil anak aku.”

“Ya ALLAH...” Aku menutup mulutku. Terkejut dengan apa yang sedang aku dengar.

“Akmal mana Jie?”Soalku.

“Aku tak tahu...dia banyak berhutang Maya. Sekarang ni aku dan anak-anak yang jadi mangsa.” Semakin kuat esakannya.

“Jie kau cakap dengan lintah darat tu jangan buat apa-apa pada Dania. Aku datang sekarang. Aku janji akan bayar berapa yang dia minta. Kau cuba bertenang dulu ya.” Aku cuba menenangkan kawan baikku.

Aku melepaskan sebuah keluhan sejurus mematikan talian. Akmal memang tidak pernah berubah. Sikapnya yang kaki judi tu tak berkesudahan! Ini bukan kali pertama dia berhutang dengan lintah darat. Sudahlah tidak bekerja makin menjadi-jadi pula perangai suka berjudinya yang tidak kira masa. Sudahnya isteri dan anak-anak terabai.

“Are you okay Maya?” Soal Firqin mematikan terus lamunanku.

Aku memandang wajahnya. “Firqin awak boleh tolong saya? Saya betul-betul risau sekarang ni. Kawan saya ada masalah dan saya harus ke rumahnya sekarang jugak.”

“Boleh. Kat mana rumah kawan awak tu?”

“Klang. Saya tunjukkan jalan nanti. Terima kasih awak.” Ucapku.

Dia mengangguk sambil tersenyum. “Anything for you.”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.