Home Novel Cinta Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Dea Zoraya
10/2/2015 22:31:17
1,085,349
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
-Teaser Bab 56- Baik Hati

"Saya tak nak lukakan hati awak lagi. Tolong Kin jangan tanya soalan macam ni.” Rayuku kerana memang benar aku tidak mahu menyakiti hatinya dengan bercerita tentang perasaanku terhadap Izzaz.

“Saya akan lebih rasa dipermainkan jika awak terus berdiam diri Maya. Jadi tolong...beri saya penjelasan.” Tegasnya.

Aku mengumpul seluruh kekuatan hati untuk berterus terang dengannya. Sebenarnya aku juga berfikir tentang perkara yang sama iaitu untuk menjelaskan kepadanya tentang keputusan aku menerima Izzaz, biar Firqin dapat menerimanya dengan hati yang rela dan mudah-mudahan dia juga akan merestui hubungan aku dan Izzaz. Tujuan aku berfikir sebegitu adalah kerana aku rasakan yang aku sudah mula sayangkan Izzaz dan hubungan kami. Malahan perjanjian untuk hidup bersama selama setahun yang pernah aku usulkan dulu juga bagaikan sudah lenyap dari fikiranku.

“Ya saya cintakan Izzaz. Saya sayangkan dia dan saya mahu beri dia dan diri saya sendiri peluang untuk mengenali cinta. Saya mohon awak dapat merestui hubungan kami Firqin. Saya benar-benar minta maaf. Saya minta awak jangan terus membenci Izzaz kerana Izzaz tak salah apa dalam hal ini. Saya yang salah, awak boleh marah atau caci saya tapi bukan Iz. Saya yang buat pilihan ini, jadi saya yang akan hadapinya.” Aku mendapat keberanian untuk meluahkan apa yang sedang aku rasakan di dalam hati apabila aku mengingati wajah Izzaz.

“Awak yakin dengan pilihan awak tu?” Firqin menyoalku. Sinis!

Aku merengus. “Kenapa dengan awak ni ya Kin? Saya dah beri awak penjelasan bukan? Tapi kenapa awak masih pandang serong pada sepupu awak sendiri. Kenapa ya? Entah kenapa saya dapat rasakan yang awak bagaikan sedang menghasut saya untuk membenci suami saya sekarang ni. Awak tak perlu teruskan lagi kerana hasutan awak tu tak akan berjaya kerana saya kenal siapa suami saya. Saya percaya dan saya yakin yang Izzaz adalah lelaki yang terbaik untuk saya. Dia boleh membahagiakan saya. Jadi awak jangan cakap sinis lagi tentang suami saya lagi!” Aku mengingatkan Firqin tegas.

Tajam pandangan mata lelaki itu menikam wajahku. Aku tidak peduli kalau Firqin mahu marah, mencaci mahupun mengamuk denganku. Aku yakin yang aku dapat menghadapinya dengan berani kerana aku ada Izzaz di sisi.

“Hahahahaha....bagus Maya.” Firqin tiba-tiba ketawa sambil dia bertepuk tangan seperti bagaikan baru sahaja menonton sebuah teater komedi.

Aku terkejut memandang reaksi anehnya itu. Aku khuatir kalau-kalau Firqin telah hilang kewarasan disebabkan mendengar pengakuanku tadi.

“Awak kenapa Kin? Jangan buat saya risau boleh?” Ujarku mula panik.

Setelah ketawanya reda, Firqin melepaskan sebuah keluhan. Lalu sebuah senyuman diberikan kepadaku. “Sekarang barulah saya boleh bernafas dengan tenang bila dah dengar isi hati awak tu. Apa yang susah sangat nak luahkan apa yang ada dalam hati tu, cakap terus-terang macam ni kan senang.” Ujar lelaki itu lagi yang semakin membuatkan aku bertambah terpingga-pingga.

“Apa maksud awak?” Soalku bingung.

“Saya lega bila awak beritahu yang awak terima Izzaz bukan kerana paksaan atau pun ugutan. Awak rela untuk hidup dengannya atas kerelaan sendiri. Saya nak pastikan itu aje, saya nak pastikan yang Izzaz pilih awak untuk dijadikan isterinya bukan kerana dendam. Saya dah dengar dari mulut Izzaz sendiri tak lama dulu tentang perasaannya kepada awak, dan hari ini saya dengar dari mulut awak sendiri tentang perkara yang sama iaitu sebenarnya korang berdua ni saling menyintai tapi masing-masing tak mahu mengakui.” Terang Firqin lagi.

“Jadi kenapa awak tanya soalan-soalan tadi tu?” Tambahku.

Firqin ketawa sekali lagi. “Maya sebenarnya beberapa hari sebelum awak sah bergelar isteri kepada sepupu saya tu, Izzaz ada datang berjumpa dengan saya. Izzaz katakan pada saya yang dia benar-benar ikhlas untuk menjadikan awak isterinya kerana dia juga mengakui yang dia sayangkan awak. Dia berjanji dengan saya yang dia akan jaga dan layan awak sebaik mungkin dan akan melindungi awak lebih dari nyawanya sendiri. Sejak tu saya mengalah kerana saya sedar yang selama kita berkawan dulu, awak tak pernah luahkan kata-kata cinta atau perasaan istimewa kepada saya. Jadi itu yang membuatkan saya faham yang saya hanya mungkin bertepuk sebelah tangan saja. Saya ambil keputusan untuk berjumpa dengan awak hari ini adalah untuk memastikan yang Izzaz telah menunaikan janji-janjinya pada saya atau pun tidak. Nampaknya Izzaz buat kerja yang bagus kali ni!”

“Habis sebenarnya awak dah tahu tentang pernikahan saya dengan Izzaz?” Aku terkejut mendengar penjelasan Firqin yang tidak pernah aku sangkakan itu.

Firqin mengangguk. Wajahnya kembali ceria dan tidak setegang tadi.

“Habis itu tadi kenapa awak marah-marah saya?” Soalku lagi mahukan penjelasan.

Firqin ketawa. “Awak ingat awak seorang aje ke yang boleh jadi pelakon? Saya pun boleh lah. Saya kenalah berlakon sikit barulah dapat korek apa yang tersimpan dalam hati awak tu. Sekarang dah ternyata awak boleh hidup bahagia dengan sepupu saya tu.”

“Kin...” Aku rasa terharu.

“Maya Ariana saya di hadapan awak ni dengan ikhlas memaafkan awak dan merestui hubungan awak dengan Izzaz. Saya juga doakan moga hubungan korang berdua akan kekal hingga ke hujung nyawa ya!” Ucapnya yang membuatkan aku bertambah sebak.

Aku tersenyum mendengar kata-kata yang paling mahu aku dengari dari mulutnya. “Terima kasih, Kin. Saya hargai kata-kata awak tu.” Ucapku pula.

“Awak ni memang ratu drama ya? Setiap kali mesti akan menangis. Dah, simpan airmata tu. Saya maafkan awak lah, tak benci pada awak pun.” Lelaki tu ketawa.

“Apa yang buatkan awak boleh terima saya dan Izzaz bersama?” Aku mengesat sisa airmata di pipi.

“Emm...saya boleh terima kenyataan ini bila saya nampak awak bahagia Maya. Awak nampak bahagia sekarang ni. Bila awak cakap tentang Izzaz tadi saya nampak ada banyak bintang berkelip-kelip kat dalam mata awak tu. Bagi saya Maya, cinta tu tak semestinya memiliki. Saya akan bahagia bila tengok awak senyum macam ni, itu dah memadai. Mengalah tak semenstinya kita kalah kan.” Kata-kata yang ikhlas itu benar-benar meresap ke dalam hatiku. Betapa baik dan mulianya hati lelaki di hadapanku itu kerana boleh mendoakan kebahagiaanku walaupun aku pernah menyakitinya.

Aku mengangguk.“Awak memang baik Kin. Saya beruntung kerana dapat kenal awak.” Ucapku.

“Saya yang lebih beruntung kerana dapat kenal awak Maya. Saya harap awak masih sudi nak berkawan dengan saya. Sekali lagi saya ulangi hanya sebagai kawan ataupun sebagai seorang abang kalau awak sudi. Lagipun saya tua daripada awak kan dan kita dah jadi keluarga juga sebenarnya..” Firqin tersenyum lagi.

“Boleh saja. Kin boleh saya tahu sesuatu dari awak? Walaupun soalan saya ni akan kedengaran aneh tapi saya perlu tahu.” Kataku lagi.

“Boleh. Tanyalah.” Balas Firqin lalu dia menghirup kopi di tangannya.

“Apa yang buatkan awak percaya pada Izzaz sedangkan hubungan korang berdua tak berapa baik?” Tanyaku.

“Sebab saya kenal siapa dia. Kami berdua kan sepupu dan berkawan baik sejak kecil. Saya akui yang Iz tu memang nakal dan cepat naik angin jugak kalau tidak kena tempatnya. Tapi yang pastinya saya yakin dia seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Walau pun hubungan kami tidak baik sehingga ke hari ini, saya tetap doakan yang terbaik untuk dia. Malah saya dah lama maafkan Iz atas apa saja yang pernah dilakukannya. Saya sedar saya juga bersalah di dalam hal salah faham ini.” Jelas Firqin. Aku tersenyum apabila wajah Putera Panda semalam kembali bermain-main di hadapan mataku.

“Saya ada bercakap dengan Iz tentang hubungan kamu berdua. Izzaz juga akui yang sebenarnya dia dah lama maafkan awak, cuma biasalah dua-dua pun ego kan. Masing-masing tak nak mengaku kalah dulu.” Aku senyum yang membuatkan Firqin tergelak.

“Macam budak-budak kan kitorang berdua ni? Selalu bergaduh rebutkan benda yang sama sejak kecil. Kerana kami berdua suka pada Amera, hubungan yang rapat terus jadi rengang. Tapi yang kelakarnya bila saya fikir semula, Amera sebenarnya telah ada pilihan hati masing-masing bukanlah saya ataupun Izzaz.” Cerita Firqin lagi.

“Sebab Amera awak dan Iz bermasam muka bertahun-tahun ni, tapi Amera dah ada kehidupannya sendiri dan langsung tak kisah pasal awak ataupun Izzaz. Awak dan Izzaz berdua sebenarnya rugi tau tak, bergaduh untuk sebab yang tak jelas. Tak apalah kan, itu semua cerita lama. Sekarang ni apa kata korang berdua berjumpa, berbincang dan mana tahu hubungan korang kembali rapat macam dulu.” Aku memberi pendapatku.

Aku mengangguk sambil tersenyum sebelum menoleh ke arah jam tangan yang telah menunjukkan ke angka 10.44 pagi. Aku sudah keluar minum pagi terlalu lama rupa-rupanya, pasti Aaron akan mencariku sekejap lagi kerana banyak tugasan yang tertangguh yang memerlukan perhatianku.

“Kin I kena masuk ofis balik lah. Dah lama jugak kita berbual-bual sebenarnya. I banyak kerja tertangguh sebenarnya.” Aku meminta diri sambil mencapai telefon bimbit di atas meja.

“Okay silakan, minta maaf lah saya dah ganggu masa kerja awak. Saya akan sibuk lepas ni dan jadual saya sangat padat. Petang ni pun saya kerja jauh.” Ujarnya.

“Okay, selamat berangkat ya.” Ucapku.

“Terima kasih. Tapi sebelum awak balik ofis saya rasa awak kena call seseorang dulu kot.” Firqin memandangku bersama wajah bersalah.

“Siapa?”

“Izzaz! Sebenarnya dari tadi saya dah nampak dia berdiri kat luar tu sambil pandang kita berdua berbual-bual kat dalam ni. Saya minta maaf sebab tak beritahu awak, sebabnya saya tak nak Izzaz masuk campur selagi saya tak dengar jawapan dari mulut awak sendiri.” Ujar Firqin yang membuatkan aku terus memandang ke arah luar.

“Izzaz? Kat luar sana tadi?” Aku mula resah.

Sorry...better you should call him for explanation. He will understand, dont’t worry. Saya kenal sangat dengan Izzaz tu, dia akan lebih sayang dan akan lebih hargai pada sesuatu yang dia rasa tak mahu kehilangan. Selain kerjaya, awak juga salah satu harta berharganya. Sorry sekali lagi.” Firqin mengusap-usap kedua-dua belah tangannya di depanku.

“It’s okay. I will call him. Anyway thank you once again for the blessing. See you later.”Balasku sebelum aku mula beredar meninggalkannya.

“Maya.” Aku dengar namaku dipanggil. Aku segera menoleh ke arah Firqin semula.

“Ya?”

“Selamat Pengantin Baru. Saya doakan kebahagiaan awak dan Izzaz akan berkekalan. Jumpa lagi.” Ucapnya. Aku tersenyum sebelum mengangguk.

Aku menoleh ke arah Firqin sebelum aku masuk ke dalam pintu masuk utama bangunan yang menempatkan pejabatku. Jelas di mataku aku lihat Firqin sedang termenung memandang kosong meja di hadapannya. Wajahnya sudah tidak nampak seceria tadi. Di dalam hati aku memuji dirinya yang mempunyai hati yang baik yang sanggup mengalah dan berkorban demi orang lain. Aku akan terus mendoakan semoga Firqin akan menemui kebahagiaan di dalam hidupnya dan juga akan dapat jodoh yang baik yang sesuai dengan dirinya yang berhati murni itu, mudah-mudahan hendaknya.

“Oh Izzaz! Nampaknya merajuk lagilah tuan putera Panda tu.” Aku kembali teringat pada Izzaz lalu aku terus mendail nombor telefon bimbitnya. Namun hampa panggilanku itu tidak berjawab. Aku mengeluh.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.