16
IZZUL Haq tiba di perkarangan Litar Subang pada jam sembilan
pagi. Seperti yang dimaklumkan dalam mesyuarat akhir minggu lepas, mereka yang
terlibat dengan pelancaran Porche 2014 911 Targa 4 dan Targa 4s akan berkumpul
di litar tersebut pada pukul 8.30 pagi.
"Bos, dah lama sampai
ke?"
Sapa Shahrul apabila mendapati
Izzul Haq sudah berada di sisinya. Dia yang sedang mengawasi pemasangan khemah
tetamu jemputan mengalih tumpuan ke arah Izzul Haq buat seketika.
"Baru aje. Mana yang
lain? Saya tengok ada berapa ketul aje ni."
"Apa yang ketul?"
"Ketul lah, penjodoh
bilangan bagi staf yang komited macam awak. Yang lain mana? Tak sampai
lagi?"
Jelasnya bersahaja, kemudian
mengulang kembali soalan yang menjadi tanda tanyanya sejak tadi.
"Bos ni perli ke
apa?"
"Emm, ada yang belum
sampai, ada yang tengah makan, ada yang buat kerja! Yang pergi toilet pun, mungkin ada kot!"
"Kumpul semua. Saya nak
jumpa dalam masa setengah jam lagi."
Arahnya selamba sebelum
meninggalkan Shahrul terpinga-pinga di situ. Matanya melilau ke kiri dan kanan,
tajam mencari sasaran. Kemudian, dia terlihat seorang lelaki tua sedang
mengangkat besi bagi mendirikan khemah. Simpati melihat keadaan lelaki tua yang
pada firasatnya seusia dengan ayahnya, Izzul Haq mendekati namun panggilan
Sheena membantutkan niatnya.
"Yes, Sheena! How can I help you?"
"Ada wartawan nak jumpa
bos."
"Eh, bukan you dah arrange PC?"
Soalnya kembali.
"Memang tapi ni wartawan
dari majalah hiburan."
Jelas Sheena, merungkai
sedikit pengenalan diri wartawan tersebut. Izzul Haq menanggalkan cermin mata
hitamnya. Sedikit maklumat yang disampaikan oleh Sheena sudah cukup untuk
menjadi bekalan buatnya. Dia berjalan ke arah wartawan tersebut dengan diiringi
oleh Sheena.
"Selamat pagi Encik
Izzul. Saya Syahira dari Unit Hiburan akhbar Edisi Harian dan ini jurugambar
kami, Encik Syafiq."
Kata Syahira memperkenalkan
diri. Izzul Haq mengangguk. Dia menyambut tangan yang dihulur Syafiq bersama
senyuman yang dilorek ringkas.
"Ada yang boleh saya
bantu?"
"Tentu sekali. Kami
datang ke sini sebab nak menemuramah Encik Izzul. Boleh kita duduk di
sana?"
"Puan atau cik?"
Wanita yang memperkenalkan
diri sebagai Syahira, senyum malu. Dia menundukkan kepala sebelum menjawab
soalan itu.
"Cik."
"Emm, Cik Syahira. Maaf
kalau jawapan saya bakal mengguris perasaan Cik Syahira tapi saya tak punya
masa untuk ditemubual. Lagipun, saya tiada kaitan dengan artikel hiburan yang
Cik Syahira dan kawan-kawan perjuangkan."
Balas Izzul Haq serta-merta.
Barangkali kasar, namun dia tidak ingin menjadi objek sasaran yang boleh
melariskan perniagaan mereka.
"Oh, kalau begitu, saya
boleh buat temujanji dengan Encik Izzul di lain hari? Ianya tentang Majlis
Pelancaran Porsche ini juga."
"Jika ia berkenaan kerja,
saya terima, tapi Cik Syahirah dipersilakan membuat temujanji tersebut dengan
Cik Aina di lain masa. Saya minta diri dulu."
Ujarnya, masih berhemah. Dia
kemudian berjalan meninggalkan wartawan tersebut tetapi tidak lama. Namanya
dipanggil lagi. Izzul Haq lantas menoleh ke belakang.
"Err, boleh saya
bergambar dengan Encik Izzul. Saya minat Encik Izzul sejak dulu lagi?"
"Dulu lagi?"
"Iya, saya pernah berada
di majlis pelancaran Alpha Romeo dua tahun lepas. Juga pernah berada di Malam
Amal Aidilfitri The Speeds setiap tahun. Saya sangat mengagumi peribadi Encik
Izzul. Kalau Encik Izzul sudi meluangkan sedikit masa untuk bergambar, saya
amat menghargainya."
Jelas Syahirah. Izzul Haq
terkedu. Di saat dia memberi layanan kasar, Syahirah memperkenalkan diri, yang
mengaguminya semenjak dua tahun yang lepas. Sumpah, dia tidak pernah perasan
keberadaan Syahirah di mana-mana kerana tetamu yang datang untuk setiap majlis
yang disebut itu bukan sedikit, sehingga dia boleh mengecam mereka satu per
satu, melainkan mereka memperkenalkan diri. Syahirah masih menanti jawapannya.
"Terima kasih. Mari kita
bergambar di tempat yang lebih terbuka."
"HI
handsome!"
Sapa seseorang, hampir
berbisik di telinganya. Suara itu begitu lunak, seakan-akan mahu menggoda.
Izzul Haq berpaling apabila mendapati seorang wanita dengan skirt di atas lutut
berdiri begitu dekat dengannya. Tubuhnya meliuk lentok seperti sotong tidak
bertulang.
Alahai perempuan! Bahasa badanmu begitu mudah diterjemah
namun aku bukan lelaki gelojoh.
"Hi...gorgoeus!"
Balasnya, teragak-agak lantas
berundur setapak. Perempuan yang disapa cantik itu ketawa kecil. Barangkali
itulah Putri Ariyana yang disebut-sebut oleh staf mereka. Dia begitu bergaya
penuh pesona. Izzul Haq mempersiapkan diri.
Dalam masa lebih
kurang tiga puluh minit lagi, mereka
bakal 'beraksi' di atas litar. Bukan untuk berlumba apatah lagi
menunjukkan kehebatan dan skil memandu namun itu adalah gimik sempena
pelancaran sebuah kereta mewah jenama terkenal dunia, iaitu Porsche 2014 911 Targa 4. Justeru, dia
'dikurung' bersama-sama seorang wanita jelita yang dikhabarkan oleh stafnya
sebagai seorang selebriti terkenal Malaysia.
"You, gorgeous tu hanya sebutan di mulut ke?"
"If not?"
"You step backward. Ada apa-apa yang kurang pada I ke?"
Tanya Putri Ariyana melangkah
setapak lagi ke hadapan. Kali ini wajah mereka hampir bertemu namun Izzul Haq
pantas mengelak. Dia memegang kerongkong sebelum melepaskan batuk yang sengaja
dibuat.
"Perfect. Just like the car."
"Excuse me!"
Sambungnya lantas mengambil
jaket kulit berwarna hitam sebelum menyarung ke badan namun tindakannya
dihentikan oleh Putri Ariyana. Izzul Haq lantas berpaling ke arah Putri
Ariyana. Apa lagi agaknya?
"I boleh tolong you."
Putri Ariyana tersenyum
sebelum membantunya menyarung jaket itu. Izzul Haq tergamam sebelum pintu bilik
itu ditolak seseorang. Mereka berdua pantas berpaling. Hakimi berdehem apabila
terlihat adengan mesra antara uda dan dara itu.
"So guys, let's go to the car. They are waiting for
you."
Ujarnya. Putri Ariyana melorek
senyuman sekali lagi sebelum menyarung jaketnya pula.
"BOLEH tahan jugak Putri Ariyana ni."
Ulasnya hampir tidak
kedengaran seraya memberhentikan Audi kesayangan di sebelah Porsche yang bakal
dipandu Putri Ariyana. Kemudian, terdengar bunyi desing sebelum suara Kevin
muncul di antaranya.
"Ready guys."
Suara Kevin kedengaran dari
earphone yang dipasang di telinganya. Kemudian, menyusul satu lagi suara lunak
di telinganya.
"Are you ready, honey?"
"Of course I am."
Jawabnya, yakin.
"Remember apa yang I dah briefpada both of you. Satu pusingan sahaja and Putri, stop your car at the stage.Bos, your car is not on the
stage. They will guide you to park the car near the stage. Is it clear?"
"Got it!"
"Crystal clear."
Balasnya pula, bersedia untuk
memandu. Kakinya sudah berada di atas pedal minyak, menunggu masa sahaja untuk
menekannya.
"Okay guys, five, four,
three, iklan kejap...owh Ipulak yang
nervous,"
"Hoi, main-main,
ya!"
Marah Izzul Haq, tertekan
dengan lawak jenaka Kevin di saat genting seperti itu.
"Ha ha ha."
Suara Putri Ariyana pula
kedengaran.
"Okay continue, two, one, goooooooooooo!"
Jerit Kevin, menyebabkan dia menekan pedal minyak,
pantas sebelum mencapai kelajuan yang telah ditetapkan kumpulan pelepas. Putri
Ariyana juga barangkali begitu kerana seperti dalam pelan mereka, Audi
mengiringi Porche 911 Targa 4s dari sebelah kanan dan dia sedang mengikuti
pelan itu dengan keyakinan tinggi.
"Bos memang membanggakan!"
Suara Kevin kedengaran ketika dia sedang fokus memandu. Bukan
itu yang disasarinya. Dia inginkan majlis itu berjalan seperti yang telah
mereka rancangkan. Ketika kereta mula memasuki perkarangan stadium, kerlipan
cahaya berkelip-kelip menghala ke arah mereka.Suara Putri Ariyana pula
kedengaran.
"Proud of
you Mr. CEO!"
Izzul Haq
tersenyum, terus memandu Audi kesayangannya menuju ke arah pentas penamat yang
menyerlah dari jauh.
BEBERAPA naskhah akhbar diletakkan di hadapannya oleh
Aina. Izzul Haq mengangkat muka, tidak perasan akan kehadiran Aina di dalam
biliknya. Baru hendak membuka mulut, telefon bimbitnya berdering lagi. Semenjak
tiba di pejabat, dia tidak putus-putus menerima panggilan telefon untuk
mengucapkan tahniah kepada dirinya yang berjaya menjadikan majlis pelancaran
Porche 2014 911 Targa 4 berjalan dengan penuh meriah.
"Kejap ya, Aina."
Katanya, mengangkat tangan
untuk meminta Aina tunggu.
"Hello, yes speaking. Alhamdulillah, It's about
teamwork Dato'. I have great number of staff that willing to work in a team.
That helps me so much. Thank you so much for your support. Yes, yes. Thank you
Dato'. Waalaikumussalam."
"Tak daya dah saya nak
jawab call. Lenguh dah tangan
ni."
Omelnya lantas meletakkan
telefon bimbitnya di atas meja. Aina yang mendengar keluhan itu ketawa cuma.
"Kenapa awak suka?"
"Siapa suruh bos jadi bos? Successful lagi. Ambillah cabaran yang
tak seberapa ni bos."
"Lancarnya mulut
awak."
Tegur Izzul Haq lantas
mengambil akhbar yang paling atas untuk dibaca. Teringat akan Aina yang masih
teguh berdiri di hadapannya, Izzul Haq mengangkat kembali mukanya.
"Bukan selalu, lagipun
saya orang paling hampir dengan bos. Kalau saya tak tegur, siapa lagi? Tapi
kenapa bos lambat hari ni? Lambat bangun ke?"
"Saya balik rumah papa, breakfast dulu di sana."
"Oh, okay. emm...pukul
12.00 nanti bos ada lunch appointment
dengan lembaga pengarah dan wakil Persatuan Automotif ASEAN tau."
Beritahu Aina selepas menyelak
diari kerja Izzul Haq. Izzul Haq mengangguk. Ingatannya terus melekat pada
pesanan Dato' Zawawi semalam.
"Lagi?"
"Tak ada. Itu sahaja
untuk hari ni."
"Err, bos!"
Panggil Aina, kembali berpusing
menghadap Izzul Haq. Aina seperti ingin menyatakan sesuatu tetapi mulutnya
masih berkunci.
"I'm waiting."
"Bos nampak mesra
bergambar dengan Putri Ariyana. Ada apa-apa ke?"
IRIS Suhayla menyelak akhbar tempatan yang diberikan oleh
Siti Hajar sebentar tadi. Katanya, tolong pegang sementara dia membeli pisang
goreng. Sesekali dia mengangkat kepala, meninjau kelibat Siti Hajar. Kemudian,
tertangkap dek matanya mesin air batu.
"Lamanya tak makan
cendol."
Omelnya sebelum mengambil
keputusan untuk mematikan enjin kereta. Siti Hajar yang sedang berjalan menuju
ke arah kereta dipanggilnya.
"Jom pekena cendol!"
"Kau belanja?"
Tanya Siti Hajar, mengusik.
Iris Suhayla mengangguk tanpa banyak bicara. Manakan tidak, perutnya sudah
menyanyi beberapa lagu. Apa sahaja yang diminta, pasti dia akan menurut dengan
mudah.
"Adik nak makan apa,
ya?"
"Cendol satu."
"Apa pulak satu. Tadi
kata nak belanja, tigalah!"
Sampuk Siti Hajar, tidak
berpuas hati dengan pesanan Iris Suhayla. Teman serumahnya ketawa sahaja.
"Kita berdua, satu lagi
untuk siapa?"
"Aku jugaklah. Aku memang
suka makan cendol. Lagipun orang belanja, takkan makan sikit."
"Okay kak, cendol tiga,
saya nak makan rojak mee campur ayam, Siti, kau order kau punya, ya? Aku tak
tahu kau nak makan apa."
"Rojak mee campur ayam
dua."
Pesan Siti Hajar pula. Iris
Suhayla ketawa, gelihati dengan sikap Siti Hajar yang makan hendak sama
dengannya.
"Kenapa tak makan benda
lain?"
"Saja."
Balasnya selamba. Kemudian,
suasana kembali sepi. Sementara menunggu pesanan tiba, mereka berdua menikmati
bayu laut yang menyapa diri. Iris Suhayla mengambil akhbar yang terselak di
atas meja mereka. Apabila dibuka satu halaman, matanya cuba mengecam wajah yang
terpapar di dada akhbar itu. Seakan wajah tunangnya, Izzul Haq namun Iris
Suhayla tidak yakin lantas dilirik pula matanya pada tajuk berita itu.
"CEO The Speeds Kemudi Pelancaran Porsche 911 Targa
4 dengan Jayanya."
Iris Suhayla membaca tajuk
berita tersebut perlahan namun tertangkap juga dek telinga Siti Hajar.
"Apa yang kau baca
tu?"
"bla, bla, bla, bla...Izzul Haq Dato' Izhar selaku CEO The Speeds
(gambar) berkata bahawa kelainan yang dibawa dalam pelancaran model baharu
Porsche adalah hasil idea kreatif kakitangan The Speeds. Berikutan kejayaan
majlis pelancaran tersebut, 8 buah kereta Porsche telah ditempah selepas
pelancarannya dan bakal tiba di Malaysia pada pertengahan bulan Jun
nanti."
Iris Suhayla membaca perlahan
selepas matanya terhenti pada maklumat penting yang ingin dicari disebalik
berita tersebut. Berita itu membuatkan dadanya berdetak kencang secara
tiba-tiba.
"Beliau telah memandu sebuah kereta mewah Audi R8 milik
sendiri, mengiringi Porsche 911 Targa 4s baharu yang dipandu pelakon jelita,
Putri Ariyana sejauh dua kilometer sebagai gimik pelancaran."
Matanya kemudian melirik pada
gambar utama berita tersebut. Izzul Haq berdiri di samping Putri Ariyana dan
beberapa lelaki dengan berlatar belakangkan kereta Porsche itu.
"Siapa Izzul Haq
ni?"
Tanyanya sendirian. Siti Hajar
yang sedang menyuap sesudu demi sesudu cendol yang dipesan tadi, tertarik
dengan reaksi Iris Suhayla terhadap berita tersebut. Siti Hajar menjenguk tajuk
berita yang dibaca Iris Suhayla.
"Lah, takkan kau tak
kenal? Izzul Haq tu pemilik syarikat kenderaan mewah kat Malaysia. Macam
Porsche, Lamborghini, Austin Martin. Jutawan tu! Handsome, kan?"
Terang Siti Hajar, menjawab
soalannya dalam satu nafas. Iris Suhayla mengangkat mukanya, tercengang dengan
jawapan Siti Hajar.
"Macam mana kau kenal
dia?"
"Gila ke apa kau ni?
Siapa tak kenal dia? Anak muda Melayu yang paling berjaya dalam Malaysia dan diimpikan
semua perempuan."
"Termasuk kau?"
Tanya Iris Suhayla, membuatkan
Siti Hajar ketawa. Dia menjawab dalam senda.
"Kalau ada peluang, apa
salahnya, kan?"
"Tak payah aku kerja
kalau dapat suami kaya. Duduk goyang kaki aje kat rumah. Yang kau tertarik
sangat baca berita dia kenapa? Mesti kau pun tertarik dengan dia, kan?"
"He looks so familiar. Aku rasa dia yang duduk sebelah aku dalam flight dulu."
Jawab Iris Suhayla, setelah
mendapat kekuatan untuk bercerita, tetapi sedikit sahaja. Sebahagian besarnya,
biar dia selidiki terlebih dahulu.
"Bila?"
"First time ke Labuan."
Jawab Iris Suhayla, sengaja
memancing reaksi Siti Hajar.
"Habis kau tak bersembang
dengan dia ke?"
"Tak ada. Dia mintak
minyak angin aje dengan aku."
"Habis tu?"
Tanya Siti Hajar. Bulat mata
sahabat itu memandangnya, seakan tidak percaya akan ceritanya.
"Habis tu? Habis tu, aku
bolayanlah. Aku ingat dia yang saja nak jual minyak."
Cerita Iris Suhayla, teringat
kembali akan memori mereka. Namun cukup sekadar itu. Bukan kenangan itu yang hendak
diceritakan. Dia sebenarnya ingin membongkar misteri tunangnya yang bernama
Izzul Haq.