Home Novel Cinta Hello, Encik Tulang Rusuk!
Hello, Encik Tulang Rusuk!
Eisya Azra
23/2/2021 11:26:35
30,836
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12

Hartini memotong sayur sawi dengan perlahan. Fikirannya melayang terbang entah kemana...Dia tahu hatinya masih lagi sakit, pedih...Ya Allah...Kuatkan semagat hambamu ini! Dia teringat bagaimana pertemuan tanpa disengajakan dengan jiran Adila pagi tadi akan membawa khabar duka buatnya..


Hartini membelek perlahan sayur yang ingin dibeli. Dia mahu masakkan makanan yang paling istemewa untuk keluarganya. Esok hari lahirnya,  dia mahu meraikannya bersama ayah dan adik-adik tersayang. Acuan untuk kek juga telah dihafalnya, segalanya mahu dilakukan bersendirian tanpa bantuan kedua adiknya iaitu Hardina dan Haryani. Setiap tahun, dia akan lakukan perkara yang sama tanpa rasa jemu, kerana hari istemewanya itulah yang akan membuatkan perasaan kasih kepada arwah ibu semakin mendalam. Dia tahu, ibu bertarung nyawa untuk melahirkannya dan dia juga tahu sukarnya ibu untuk mendidiknya menjadi anak yang berguna. Kasih sayang arwah ibu walaupun hanya seketika akan dia simpan dalam lubuk hati yang paling dalam. Dan, setiap tahun, pada hari istemewa itulah dia akan berjanji untuk menjadi anak dan kakak terbaik untuk adik-adiknya. Dia mahu memegang amanah arwah ibu sebaik mungkin, mahu menjadi hamba tuhan yang sebaiknya…..


“Tini, tak kerja hari ni?” Ada suara ramah menegurnya. Dia mengangkat muka dan tersenyum.


“ Tini ambil cuti hari ni  Mak Nab…”


Dia menjawab tenang. Begitulah setiap tahun, cuti akan disimpannya untuk hari istemewa itu.


“Banyak beli barang? Buat makan-makan ke?” Mak Nab mengusik.


“Tak adalah Mak Nab, masak biasa-biasa je…Dah lama rasanya Tini tak masak untuk adik-adik. Mak Nab beli gula banyak-banyak ni nak buat apa? Kan harga gula naik…” Hartini mengusik. Dia melihat wajah Mak Nab sedikit berubah.


“Eh, Tini tak tahu?”


Hartini menjungkitkan bahu. Tahu apa?


“Ish…Bukan ke Adila anak Senah tu kawan kamu?”


Mata Hartini bercahaya saat nama Adila meniti di bibir Mak Nab. Mak Nab merupakan jiran Adila dan merupakan kawan baik Ibu Adila.


“Adila balik Mak Nab? Saya dah lama tak jumpa dia…Hampir enam bulan. Biasanya kalau cuti semester macam ni, dia rajin datang rumah…” Ramah dia bercerita tentang kawan baiknya itu. Terasa rindu pula pada satu wajah comel dan sering membuatnya tersenyum.


“Adila dah balik seminggu, dia kan bertunang malam ni…”


What?Jantungnya seperti berhenti berdengup. Dia terkaku…Seakan tidak percaya!


“Adila nak bertunang? Malam ni? Betul ke Mak Nab…Bukan kakak dia?”


Dia cuba berlagak tenang tetapi tidak boleh. Apa yang disampaikan oleh Mak Nab begitu mengejutkannya dan dia tidak faham kenapa perkara penting sebegitu,Adila perlu berahsia dengannya?


“Eh, kamu ni…Tak kan la Mak Nab tersilap dengar pulak. Hari-hari Senah bercerita dengan Mak Nab, lagipun Adila kan dah abis belajar…Mak Nab rasa Adila sengaja nak beri kamu kejutan. Mungkin petang ni dia akan ke rumah kamu dan berterus terang tentang pertunangan dia dan Saiful”


Haa?Sekali lagi dia rasa seperti mahu pitam. Tangannya mengeletar. Barang yang dipegangnya seperti mahu terlepas. Dia tidak mahu tahu lagi apa yang ingin Mak Nab katakan. Dia bergerak perlahan untuk pulang kerumahnya tanpa menoleh lagi. Panggilan daripada Mak Nab juga tidak dihiraukannya. Apa yang dia tahu sekarang hatinya terluka! Parah!


“Along...”


Bagaikan ada yang memanggil namanya....


“Along!”


Ayah!


Dia meletakkan pisau yang berada ditangan di atas meja. Bergegas dia mendapatkan ayahnya yang hanya duduk mengadap suratkhabar yang dibelinya sewaktu ke kedai untuk membeli barang basah beberapa jam yang lepas...


“Kenapa ayah? Ayah dah lapar? Along belum masak”


Dia serba salah.


“Ayah tak lapar”


Ayahnya mengangkat muka apabila menyedari dia sudah melabuhkan duduk di situ. Pandangan matanya bertembung dengan mata tua ayahnya.


“Kenapa ayah panggil Along?”


“Ayah rasa dah lama tak berbual dengan Along...”


Tersentak. Dia amat terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh ayahnya itu. Sudah terlalu lama rasanya dia merindukan suara ayahnya.  Sudah hampir bertahun lamanya dia mengimpikan untuk berbual mesra dengan ayah seperti dulu...Sama seperti sebelum ayah kemalangan...


“Ayah....”


Suaranya tersekat walaupun dalam hatinya terlalu banyak yang ingin diluahkan.  Bibirnya bergetar hebat tatkala melihat senyuman yang ayah berikan kepadanya. Ya Tuhan, andai ini hikmah disebalik kesakitan yang telah Saiful berikan, dia rela...Dia rela menanggung kesakitan jika dibalas dengan nikmat yang tidak ternilai ini...


“Ayah sudah terlalu lama tidak memeluk Along dan adik-adik...”


Serentak dia meluru kedalam dakapan ayah tersayang. Tidak perlu kata-kata, tidak perlu lagu indah...Hanya tangisan sudah cukup meggambarkan bahawa dia amat bahagia saat ini. Inilah hadiah yang tidak ternilai sempena dengan ulangtahun kelahirannya esok...


“Along! Ayah! Kenapa ni?”


Dia terdengar jeritan halus daripada Haryani. Adiknya itu berlari mendapatkan dia dan ayah.  Dia merenggangkan sedikit pelukan ayah dan cuba untuk tersenyum kepada Haryani. Dia tidak mahu Haryani dibebani rasa takut...Dia masih ingat beberapa tahun lepas saat dikhabarkan kaki ayahnya akan dipotong, adiknya itu pitam,berhari-hari tubuh kecil itu tidak berupaya menjamah nasi. Dia tahu adik-adiknya terlalu takut untuk merasakan kehilangan sekali lagi...Cukuplah ibu telah pergi...Ya Allah,janganlah kau tarik nyawa ayah saat adik-adik masih memerlukannya...Dia mengesat perlahan airmata yang tidak henti-henti mengalir.


“Angah,peluk ayah...”


Haryani kelihatan tercengang.  Seperti kebingungan. Perlahan tubuh adiknya dirapati,dia tahu Haryani terkejut dengan permintaan ayah sepertimana dia tadi. Dia mengangguk perlahan kepada adiknya itu isyarat mengikut sahaja permintaan ayahnya. Tidak sampai seminit, Haryani telah tenggelam dalam esak tangis yang dia rasa sudah terlalu lama adiknya itu pendamkan. Dia tahu, adik-adiknya sudah terlalu lama merindui ayahnya, merindui kasih sayang ayahnya itu...Dadanya seperti mahu pecah menahan rasa hiba yang bertandang,rasa ngilu yang menjentik perasaan....

            ...................................................................................................

Hartini memeluk erat-erat Al-Quran yang telah selesai dibacanya.  Tangannya terasa dingin kerana menahan airmata yang sudah mula bertakung di tubir matanya.  Dia melihat arah jarum jam yang menginjak ke angka satu pagi dan dia tahu beberapa jam yang sudah pasti pertunangan antara Adila dan Saiful telah selamat dilangsungkan. Sakit dan sebak yang meraja dihati bagaikan tidak tertahan walaupun mulutnya tidak henti-henti mengalunkan kalimah Allah. Dia sudah kehilangan dua orang yang menjadi benteng kekuatannya selama ini. Dua insan tersebut terlalu dia sayang....Adila, teman baiknya dan Saiful...Lelaki itu telah disandarkan harapan untuk menjadi pelindungnya,untuk dijadikan sebahagian daripada dirinya tetapi sekarang? Kedua insan tersebut juga yang telah merobek-robek tangkai hatinya. Sakit! Pedih!


Kerdilnya diri aku...bodohnya aku...


Ya Allah,kenapa aku diperlakukan begini?Apa kesilapan yang telah aku lakukan sehingga mereka berdua sanggup melukakan hati aku sampai begini? Hatinya merintih hiba...Airmata yang ditahan sejak pagi tadi mengalir jua. Biarlah!Biar airmata ini tumpah....


Saat dia mahu mengesat airmata, dia bagaikan terdengar namanya dipanggil dari luar rumah...Hati yang berkecamuk dengan kesakitan ditambah pula dengan rasa takut yang datang secara tiba-tiba. Suara siapa yang panggil aku pagi-pagi macam ni?


Dia mendiamkan diri,telinganya didekatkan dengan dinding bilik...Mahu mendegar dengan jelas suara siapa yang memanggilnya. Senyap. Emm...Khayalan aku je..


“Tini...”


Haa?Suara itu agak kuat sedikit berbanding tadi. Dia memberanikan diri untuk membuka tingkap biliknya. Tidak ada apa yang nampak melainkan pekat pagi...


“Tini...Irfan ni...”


Ya Allah! Hampir sahaja dia menjerit.  Semangatnya terbang melayang.... Betul-betul depan matanya wajah Irfan dengan dahi yang berkerut.


“Apa awak buat ni?”


Suaranya agak serak kerana menangis. Agak samar-samar wajah Irfan dalam pekat pagi begitu.


“Dari tadi saya tunggu awak habis mengaji...lenguh kaki saya...”


Irfan mengadu...


“Macammana awak tahu rumah saya?Kenapa datang pagi-pagi macam ni? Ish,awak ni!” Hartini mula merasa geram. Kesedihan dalam hatinya dapat dilupakan seketika namun diganti pula dengan rasa bimbang, dia takut andai ada jiran-jiran ternampak kelibat Irfan di luar tingkap biliknya.


“Saya nak datang petang tadi rumah awak tapi mesyuarat habis lambat...Dalam pukul sebelas tadi saya dah ada depan rumah awak tapi semua lampu dah tutup. Hanya bilik awak yang masih terang, saya dengar awak mengaji...Saya dah kena nyamuk ni Tini...”


Huh! Padan muka! Siapa suruh buat kerja gila macam ni? Datang rumah orang tengah-tengah malam...Tak boleh tunggu siang ke...Irfan ni memang pelik!


“Ada hal apa awak nak jumpa saya sangat ni? Cepat cakap, lepas tu awak boleh balik.Saya takut ada jiran-jiran nampak...Cepatlah..”


Dalam keadaan kelam kabut begitu,dia hanya sempat menutup rambutnya dengan kain langsir biliknya sahaja...


“Emm...Saya nak jadi orang pertama yang ucapkan selamat hari lahir kat awak!”


Irfan meluahkan dan dia dapat lihat mata Hartini yang berkaca....


“Awak bersusah payah datang sini semata-mata nak wish birthday kat saya?”


Hartini keharuan. Dadanya sebak yang tertahan. Di saat Adila dan Saiful memilih untuk bertunag pada tarikh hari lahirnya, Allah mengirimkan seorang sahabat yang lain pula kepadanya.

            .............................................................................................

“Awak menangis Tini?” Irfan cuba menyentuh pipi mulus Hartini tetapi dengan cepat Hartini menjauhkan jarak. Dia mengeluh, Hartini terlalu beku dan dingin. Buat seketika, dia hanya merenung wajah hitam manis itu yang masih menutup rambut dengan langsir tingkap bilik.  Agak lucu tetapi pada pandangan matanya, Hartini tetap cantik! Mata bundar itu tetap indah seperti biasa. Namun, Irfan seperti dapat merasakan sesuatu...Wajah Hartini nampak sugul,seperti baru lepas menangis.


“Tak..Saya ok..Irfan,awak balik la...Dah pagi sangat ni. Awak janganlah buat benda mengarut ni lagi” Saat menuturkan ayat tersebut, tanpa sedar ada air mata yang mengalir, malah makin laju membasahi pipi mulusnya.  Dia tidak dapat menipu perasaan terharu yang hadir apabila melihat kesungguhan Irfan menunjukkan keikhlasan dalam persahabatan mereka. Tanpa dia sedar, kehadiran Irfan sedikit sebanyak telah mengisi kekosongan persahabatan yang telah ditinggalkan Adila dan Saiful. Masih segar di ingatannya, pertemuan yang penuh menjengkelkan antara dirinya dan Irfan dan siapa sangka ‘pemuda sombong’ pada waktu itu telah menjadi sahabatnya kini. 


“Saya tahu awak tengah bersedih...Kenapa Tini? Awak marahkan saya ke...Saya nak mintak maaf dengan awak! Saya tahu saya tak patut mengata bukan-bukan mengenai Saiful. Saya tahu Saiful lelaki yang baik sebab awak terlalu baik Tini...Allah ciptakan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik kan?”


Jujur.Ikhlas. Itu yang dapat dia rasakan waktu Irfan memohon maaf kepadanya. Dia hanya mengangguk , demi tuhan, dadanya terasa mahu pecah menahan tangisan yang dibendungnya.


“Irfan,awak baliklah...Awak tak buat salah dengan saya...”


Hanya itu ayat terbaik yang dia fikirkan saat ini. Irfan tidak perlu tahu, tidak! Bukan waktunya Irfan mengetahui penamat hubunganya dan Saiful.


“Betul Tini? Awak dah tak marahkan saya? Betul?”


Ada nada gembira dalam suara Irfan walaupun nada suaranya sedaya mungkin diperlahankan.


“Saya tahu Tini, mesti awak terharu sebab saya datang ni kan? Awak tak sangka saya ni sahabat yang baik.. kan?”


“Irfan...tolonglah balik...” sebelum airmatanya terburai, sebelum dia teresak-esak di hadapan temannya itu, dia rasa cukuplah setakat itu perbualan mereka berdua. Dia juga sudah merasa kesejukan menahan angin pagi yang masuk melalui tingkap biliknya yang dibuka sedikit...


  “Ok, saya akan balik tapi boleh awak janji dengan saya?”


Berjanji? Ditengah-tengah pagi macam ni? Irfan memang suka buat gila!


 “Berjanji apa?” Pilihan apa yang dia ada...


 “Awak jangan tinggalkan saya, saya ikhlas berkawan dengan awak!”


Jangan tinggalkan saya? Mengapa perlu diungkapkan kata-kata seperti itu...Bukankah ungkapan itu juga pernah diberikan Saiful kepadanya? Dan sekarang...Ungkapan itu langsung sudah tidak memberikan apa-apa erti buatnya...

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.