Home Novel Cinta Hello, Encik Tulang Rusuk!
Hello, Encik Tulang Rusuk!
Eisya Azra
23/2/2021 11:26:35
151
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1

Sayup-sayupterdengar suara cengkerik memecah kesunyian pagi.  Dia menggeliat perlahan apabila terdengarsuara cengkerik bersahutan pula dengan azan subuh di masjid kampungnya.  Sekilas matanya memandang pada jam di mejatulisnya, hadiah pemberian rakan sekelas pada majlis pertukaran hadiah yangdiadakan pada tiga tahun lepas…Jam itu masih setia disitu, seperti tiga tahunlepas, masih tidak berganjak kedudukannya.

Terasaseperti waktu berlalu begitu pantas, tidak terkejar rasanya.  Dia bergerak kearah jendela, dikuaknyaperlahan.  Terasa amat damai apabilahembusan bayu menyentuh pipinya. Indahnya ciptaanmu Ya Allah..dia memanjatkan rasa syukur…Al-hamdulillah,aku masih bisa bernafas pada waktu pagi yang sebegini indah…bangunlah umat nabiMuhammad sekalian, tinggalkan mimpi-mimpi indah kalian…Tangannya menyapu lembutwajah, ingin buat seketika dia merasakan ketenangan pagi yang begitu menyentuhperasaan.

Diamembuka daun pintu untuk menuju kearah dapur, sarapan wajib disediakan sebelumdia bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Dari dapur kedengaran suara ayah melaungkan azan…dia tahu pasti ketiga-tigaadiknya akan menjadi makmun pagi itu…dia bercuti, jika tidak, pasti dia jugaakan berjemaah bersama adik-adiknya.

Apanak masak pagi ni ea…Dia termenung sendirian…andailah arwah mak masih ada,pasti aku tidak pening untuk memikirkan apa yang perlu dimasak setiaphari.  Mak…Along rindu…masih sempathatinya berlagu kepiluan.  Kepiluan yangbertandang hanya seketika apabila dia disedarkan dengan keriuhan suara adiknyayang berebutkan bilik air.  Suasanabegitu walaupun kadangkala boleh membuatkan hatinya yang tenang menjadi tegangtetapi dia hanya membiarkan.  Dia sudahtidak punya kudrat untuk memarahi adiknya setiap pagi tetapi pagi keesokannyaperkara sebegitu tetap berlaku. Seketika,matanya melirik ke arah jam yang tergantung di ruang dapur yangsederhana besar, alamak… Sudah menginjak ke angka 6.45 pagi!

Matilahaku!

Apanak masak ni??

…………………………………………………………………………

“Alamak…nasi goreng lagi..bosan la…” Imran yang sudah siap berpakaian mengeluhapabila terlihat makanan yang terhidang di hadapan matanya.

“Apa adik ni…makan aje la...kesian Along, dah penat-penat masak...bukan nak ucapterima kasih”

Hardina,adiknya yang kedua sempat memarahi adik lelaki tunggalnya.  Dia hanya tersenyum.  Kata-kata Imran tidak langsung meninggalkankudis…dia tahu Imran hanya meluahkan apa yang dirasa.  Budak-budak tidak pandai untuk menyimpan apayang mereka rasa...semuanya akan diluahkan…Tangannya sempat menyapu lembutrambut adik lelaki tunggalnya itu. Tumpah perasaan kasih yang amat mendalam dalam dirinya.  Antara mereka empat beradik, Imran palingtidak bernasib baik, langsung tidak sempat untuk merasakan kasih sayangdaripada arwah ibu mereka.  Siapa sangka,ibu bertarung nyawa saat mahu melahirkan adik lelaki tunggalnya itu.  Sejak daripada itu, dialah ibu dan dialahjuga kakak bagi adiknya yang seramai tiga orang itu.

“Adik..tak sedap ke Along masak?” Dia tersenyum memandang Imran yang seakansudah tidak sabar mahu menjamah nasi goreng yang masih lagi berasap.

“Adik bukan cakap tak sedap tapi adik cakap dah bosan nak makan nasi goreng. Alongmasak memang best! Tak ada sape leh lawan... kan Uteh…”

Emm..bodek!takut tak dapat makan la tu…Dia menyembunyikan senyum dalam hati.  Faham benar dengan karenah adik yang seorangitu.

“Makan cepat Adik…Along tak nak Adik terlewat, sebagai ketua kelas…”

“Adik kena tunjukkan contoh yang baik!”

Belumsempat dia mahu menghabiskan ayat, Imran terlebih dahulu menyudahkannnya.  Mungkin kerana dia seringkali berpesanperkara yang sama telah menyebabkan Imran sudah tahu apa yang ingin diakatakan.  Imran anak yang bijak!

“Emm…Angah ada sesuatu nak cakap ngan Along kan?”

Haryani,adik ketiganya yang nampak seperti tidak berselera tajam merenung ke arahHardina.  Dia kehairanan.  Kenapa dengan adik-adiknya?

“Apa pulak Angah? Kan semalam Yanie yang nak cakap?”

Adanada kemarahan dalam suara Hardina.  Diasemakin gelisah.  Pagi-pagi lagiadik-adiknya mahu membuat suasana menjadi tegang dan perkara seperti itulahyang tidak disukainya.

“Ada apa ni Dina? Yanie? Cuba cakap ngan Along…Jangan nak bertekak depanrezeki.  Tak elok…Lagipun sekarang niawal pagi…Berapa kali Along nak pesan, awal-awal pagi kita kenan ceria, kenatenang…Barulah rezeki masuk…Ilmu pun senang nak masuk…”

Diacuba mengawal suaranya agar tidak nampak apa yang berada dalam hatinya saatini.  Dia cukup tahu, andai begitulahtingkah adik-adiknya, pasti ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh mereka

“Emm…Along, cikgu Angah dah mula tanya Angah…Bila nak jelaskan yuran KemPemantapan Kendiri…” Dengan lambat-lambat, Hardina cuba untuk bersuara.  Dia mengeluh lega…Ingatkan apa benda latadi…Dia tersenyum.  Menampakkan barisangiginya yang tersusun cantik.

“ Along,Uteh pun sama…Cikgu nak buat kem motivasi untuk pelajar tingkatan tiga. Cikguminta seratus…”

Diahanya mampu mengangguk.

“Dina…Yanie…Esok Along kasi yea…Along dapat gaji esok. Boleh tak bagitahu cikguminta tangguh sampai esok?”

Diamemandang wajah kedua-dua  adiknya yangsudah mula mempamirkan wajah ceria. Dia cuba untuk menahan rasa sebak yang mulabertandang. Kesian adik-adiknya!      

“Terima kasih Along”

Hardinabangun daripada kerusi yang didudukinya dan bergerak perlahan-lahanmenghampirinya. Tubuhnya dirangkul erat. Dia hanya mampu membalas perlahan. Pipi adiknya itu dicium.  Inilah harta yang telah arwah ibu amanatkanuntuknya. Inilah hartanya dunia dan akhirat dan dia sudah berjanji dengan dirisendiri untuk menjaga adik-adiknya dengan sebaik mungkin.

“ Along,nak tambah!”

Imranmula menjerit. Mungkin bosan melihat tingkah drama sebabak yang berlaku didepan matanya itu.

“Adik, tak boleh ke tambah sendiri? Tengoklah Along…Kan Uteh dah cakap, janganmanjakan sangat Adik ni…Memualkan!”

Haryanimenjeling tajam ke arah Imran yang hanya tersengih.

“Uteh jeles! Along sayang Adik lebih….Alongsayang Adik…”

“Sudah-sudah…Kan Along dah cakap yang Along tak suka adik-adik Along bergaduhdepan rezeki. Makan cepat, nanti terlewat nak masuk sekolah. Dina dah habismakan kan? Tolong Along bawakan sarapan untuk ayah”

Saatdia menuturkan ayat tersebut, dia perasan dari ruang tamu rumah, ayahnya hanyamampu memandangnya dengan pandangan yang sukar untuk diatafsirkan…Seketika,tangan ayahnya seperti menyapu titisan jernih yang mengalirdipipi tuanya. Dia terkaku, pandanganya tumpah pula pada kaki kiri ayahnya yangtelah tiada…

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.