Home Novel Cinta Hello, Encik Tulang Rusuk!
Hello, Encik Tulang Rusuk!
Eisya Azra
23/2/2021 11:26:35
30,836
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 10

“Awak tahu tak Irfan...tadi kan, ada seorang budak sekolah nak beli buku latihan matematik tapi dia terambil buku matematik tambahan. Lepas tu, dia cakap saya yang salah sebab tak susun buku ikut subjek...Tapi pecah rahsia bila kawan dia tetiba datang dan tanya kenapa dia tinggalkan spek kat rumah...Akhirnya, dia malu sendiri...Emm...”


Hartini rancak bercerita sambil menyuap perlahan-lahan ais kacang yang masih tinggal separuh dalam magkuk sederhana besar. Dia mengangkat muka, kelihatan Irfan sedang memandang pada satu arah. Dia juga pusiangkan wajah, untuk melihat apakah yang sedang dipandang oleh Irfan sehingga tidak mendengar apa yang dicakapkannya.


“Irfan...”


Masih lagi diam.


“Irfan!”


“Haa...Ya..Awak cakap ngan saya ke?” Irfan termangu-mangu. Dia melihat Hartini mengerutkan dahi.


“Awak ni kenapa? Ada masalah ke?”


“Emm...awak tanya saya tentang apa tadi?” Irfan sudah mula kembali ke alam nyata.


“Saya tak tanya awak...Saya cuma bercerita dengan awak tentang seorang pelangan tadi...”


Hartini terasa sedikit pelik.


“Kenapa dengan pelanggan tu?”


“Kan saya dah cerita tadi....”


“Bila?”


“Tadi...Eh, awak ni...Awak ada masalah kan? Tapi tak nak syer dengan saya...”


Hartini tersenyum. Mahu menghilangkan apa jua rasa yang bertandang di hati teman yang baru dikenalinya beberapa bulan yang lepas. Serasanya, dia tidak pernah melihat Irfan berkeadaan begitu. Bagaikan ada sesuatu yang menghantui perasaan temannya itu. Seketika, barulah dia perasan keadaan Irfan agak tidak terurus. Rambutnya tidak rapi seperti biasa, tali leher yang dipakai senget dan tidak kemas. Dalam anak mata pemuda itu, ada rasa gusar yang tidak tertahan.


“Awak boleh tolong saya tak?”


Irfan memandang penuh mengharap.


“Tolong awak?”


Irfan mengangguk.


“Tolong apa?”


“Tolong jadi kekasih saya”


Haa? Hartini tercengang. Dia memandang wajah Irfan tanpa berkelip. Entah mengapa,terasa ada debaran dalam hatinya. Ya Allah, kenapa dengan aku?


“Awak cakap apa ni?”


Hartini cuba untuk berlagak setenang yang mungkin.


“Emm...Saya tahu awak dah ada Saiful dan saya juga tahu awak sangat sayangkan dia. Tapi, saya dah tak ada kawan lain yang boleh tolong saya selain daripada awak. Plese Tini...Jadi kekasih saya untuk sekejap? Untuk saya perkenalkan pada mama dan papa...”


“Untuk apa?”


Hartini kehairanan. Tak kan tidak ada kekasih, temannya itu dalam keadaan yang sangat teruk!


“Untuk buktikan kepada family saya yang saya juga boleh dapatkan perempuan yang baik, masih ada perempuan yang ikhlas berkawan dengan saya”


Hartini menggeleng.


“Saya tak faham apa yang awak cuba sampaikan Irfan...”


“Saya terluka dengan family saya. Awak tahu kan tentang sejarah silam saya? Awak tahu kan saya banyak teman wanita? Tapi...semua teman wanita saya tak macam awak...Family saya tak berkenan. Sampai sekarang, mereka macam tak percaya saya boleh berubah...Hanya awak yang percaya...”


“Irfan, dengan membawa saya sebagai kekasih awak tidak dapat selesaikan masalah...Awak boleh duduk berbincang dengan family awak, terangkan kepada mereka awak nak berubah. Jelaskan kepada mereka berikan awak masa untuk mencari seorang wanita yang betul-betul ikhlas dengan awak”


Hartini simpati dengan nasib si teman. Punyai segalanya tetapi kekurangan dalam mencari ikatan ukhwah yang ikhlas sesama insan. Seketika, ingatannya melayang terbang terhadap Saiful...Teman istemewa yang sudah terlalu lama tidak ditemuinya. Rindunya dia pada seraut wajah yang penuh dengan senyuman dan ketenangan tersebut. Rindu mahu mendengar titipan nasihat yang tidak pernah ada akhirnya. Serasanya sudah hampir sebulan dia tidak menerima apa-apa berita daripada Saiful yang sedang menuntut di selatan tahanair.  Apa agaknya khabar Saiful sekarang? Tidak dapatkah whatsapp yang aku hantar beberapa hari yang lalu?


Dia teringin mahu call Saiful tetapi dia bimbang kalau-kalau akan menganggu aktiviti harian Saiful di sana.


“Aik? awak pulak berangan? Jadi ke tak jadi ni....?”


Hartini tersedar.yang dia sudah jauh mengelamun. Hatinya menjadi sayu. Rindu yang datang secara tiba-tiba membuatkan dia rasa seperti mahu menangis.


“Tini...Awak ok tak ni?”


Irfan menyentuh tangan Hartini menggunakan telefon bimbitnya. Wajah Hartini seperti menyimpan sesuatu.


“Saya rindukan Saiful...”


Zapp! Jantung Irfan terasa seperti dicucuk jarum yang tajam. Pedih. Sakit.


“Dia tak balik? Kan sekarang cuti semester...” Irfan hanya menahan perasaan didalam hati.


“Entahlah awak...Dah lama dia tak kirimkan surat, whatsapp saya hantar pun dia tak replay. Agaknya dia ada program kot...” 


Hartini menyedapkan hatinya sendiri.


“Tak kan sampai tak sempat nak balas whatsapp awak? Sibuk sangat ke? Mengalahkan saya yang dah bekerja...”


Irfan mula merasakan ada yang tidak kena. Aku juga pernah belajar kat universiti,tapi tak adalah sampai tak cukup masa langsung!


“Emm...Kita tutup bincangkan topik Saiful,sekarang kita setlekan masalah awak ngan family awak dulu...”


“Kenapa? Awak rasa Saiful sengaja menjarakkan diri dengan awak ke?” Irfan masih lagi mahu mempersoalkan tentang Saiful. Rasa geram pula terhadap Saiful kerana berjaya mencuri hati gadis pujaannya tetapi tidak tahu pula mahu menjaga sebaik mungkin.


“Awak...Kan saya dah cakap, kita stop cakap pasal Saiful? Kita selesaikan masalah awak dan family awak dulu...”


“Awak tak dapat terima hakikat yang Saiful makin jauh daripada awak?”


“Awak!”


Hartini terasa geram dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Irfan. Apa kena dengan temannya itu? Ada masalah dengan keluarga tetapi mahu kaitkan sekali denganSaiful...


“Apa? Salah ke apa yang saya cakap...Kalau betul Saiful sayangkan awak, dia sanggup lakukan apa sahaja untuk awak!”


Hartini memandang tepat pada anak mata Irfan. Hatinya sedikit tercalar dan dia tahu Irfan sengaja mahu menambahkan sakit hatinya.


“Awak jangan cakap bukan-bukan pasal Saiful, boleh tak? Awak tak kenal dia macam saya kenal dia!”


Fine!”


“Kalau kita duduk kat sini hanya nak bertekak, baik kita balik!”


Hartini menahan amarah. Dijeling teman di hadapan dengan perasaan yang bercampur baur. Entah kenapa, kata-kata yang Irfan lafazkan sangat mengusik hatinya walaupun kedengaran agak kejam. Betulkah jarak telah menyebabkan hubungannya bersama Saiful makin menjauh? Apa salahnya? Tanpa sedar, ada air mata yang mengalir perlahan namun ditepisnya dengan kasar. Irfan yang memandang bertambah panas. Sakit hatinya menjadi makin parah. Hartini menangis kerana rindukan Saiful?


Aku ni apa?? Tunggul? Arghhh...!!


“Ok,jom kita balik!”


Irfan geram. Hartini juga geram. Akhirnya masing-masing diam menahan perasaan tidak puas hati dalam diri. Sepanjang perjalanan menghantar Hartini, Irfan langsung tidak bercakap. Walaupun dia tahu, pertengkaran yang berlaku adalah salahnya,tetapi ego yang menebal dalam dirinya membuatkan dia hanya mendiamkan diri.Hartini keluar daripada keretanya tanpa sepatah kata. Berjalan tanpa memandang ke arahnya lagi. Dia tahu dia telah sakitkan hati teman baiknya itu tetapi dia juga tidak mampu untuk menuturkan kata maaf... Ketahuilah Tini, hati aku juga sangat sakit..

..............................................................................................................

Dia merebahkan perlahan tubuhnya di atas sofa yang terdapat di ruang tengah kedai buku tempatnya bekerja. Mahu menenangkan dirinya yang agak tertekan dengan kata-kata yang diluahkan oleh Irfan sebentar tadi. Mahu menilai apa sebenarnyayang cuba disampaikan oleh Irfan. Mencari di mana silapnya hubungan antara dia dan Saiful. Betulkah Saiful sengaja mencipta jarak?


“Tini, Epul tak akan tinggalkan Tini...Epul akan pergi kalau Tini yang tinggalkan Epul...Percayalah sayang...”


Masih terngiang-ngiang kata-kata Saiful tiga tahun yang lepas sewaktu temannya itu mahu menaiki bas untuk memulakan kembali kuliah yang tertangguh kerana cuti semester. Epul...Masih setiakah lagi dengan kata-kata itu? Hartini mengeluh perlahan...


Tuhan,sukarnya mahu menilai hati insan ciptaanMu...


“Tini, cepat balik?”


Bahunya disentuh. Dia berpaling, Maisara hanya tersenyum melihatnya.


“Err...Tak ramai orang kat kedai makan tu kak...Dapat makan pun cepat la...” Hanya itu yang mampu diluahkan. Tidak mungkin dia akan ceritakan bagaimana dia dan Irfan bergaduh dan masing-masing sudah tidak ada selera untuk menghabiskan makanan tengahari. Maisara mengangguk dan melabuhkan duduk di sebelahnya. Hartini memandang wajah majikannya itu dengan dahi yang berkerut. Kenapa wajah Maisara nampak keruh?


“Akak...Akak tak sihat ke?”


Hartini menyentuh lembut tangan majikan yang terlalu baik terhadapnya itu.


“Akak sakit kepala Tini, entahlah...Semenjak seminggu lalu, badan akak cepat letih”


“Akak tak pergi cek doktor?” Hartini risau.


“Dah...Tapi doktor cakap akak perlukan rehat dan...Akak stress...”


Hartini terkejut. Stress?


“Akak stress? Kenapa?”


“Mak mertua akak dah mula tanya, bila akak nak mengandung...”


Wajah Maisara kelihatan sedih waktu menuturkan ayat tersebut. Hartini hanya mampu mengusap perlahan tangan Maisara. Sangkanya ibu mertua Maisara seorang yang memahami...Iya, faham tentang ketentuan tuhan, faham bagaimana bentuk ujian yang Allah akan berikan kepada hambanya...Dan dia amat yakin Maisara sedang diuji dengan ujian tuhan sekarang.


“Tini, wanita mana tidak mahu melahirkan zuriat? Wanita mana yang tidak mahu membuktikan rasa cintanya pada suami tersayang. Akak sudah terlalu lama menanti....Tetapi akak tak salahkan takdir,akak redha....” Wanita ini memang tabah! Sentiasa mensyukuri apa yang telah dikurnikan kepadanya.


“Teruskan berdoa kak..Semoga Allah mendengar doa akak kali ini...”


Hartini memandang wajah ketenangan itu penuh kasih. Wanita ini telah banyak menolongnya, telah banyak membantunya sekeluarga dan dia tahu sampai bilapun,jasa wanita itu tidak mampu untuk dia balas.


“Tini, ayah Tini macammana?”


 Maisara menukar topik perbualan.Tidak mahu terus melayan perasaan sedih yang mula bertamu di hatinya. Biarlah, apa yang berlaku cuba diterimanya dengan setabah mungkin.


“Emm...Susah Tini nak cakap kak...Ayah dah banyak berubah sejak dia kehilangan kakinya. Dia dah berubah seratus peratus...Tini seperti sudah tidak kenal ayah lagi kak....” 


Maisara menggigit bibirnya. Rasa sedih makin menggigit tangkai hatinya. Dia sangka ujian diterimanya sudah berat tetapi dia lupa insan didepannya sekarang menghadapi ujian yang sangat berat untuk diterima. Hartini,tabahkan hatimu dik....Dia berbisik perlahan...


Perlahan-lahan tubuh Hartini dirangkul. Seketika, dia terdengar esak kecil daripada Hartini. Tidak mahu menambahkan kekusutan, dia hanya membiarkan Hartini reda sendiri. Betulah, sampai waktu, air mata bisa menjadi pengubat paling mujarab bagi sebuah ketenangan....

 

 

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.