Dia cepat-cepat menyusun mangkuk ke atas meja dan dimasukkan lauk yang diberikan oleh Maisara kepadanya petang tadi. Hatinya berbunga riang, bagaikan ada kuasa yang menariknya agar segera menyudahkan kerjanya dan segera memasuki bilik. Sambil memasukkan lauk, bibinya sempat menyanyikan lagu Maher Zain…Insya-allah…
“ Yani…Tengok Along ni, happy semacam jer! See…she had a huge smile across her face!”
Hardina yang baru selesai solat tersenyum-senyum apabila melihat kakak kesayangannya ceria.
“Alah Angah ni, buat-buat tak faham pulak…Kan siang tadi abah cakap ada surat daripada Johor!”
Dia buat-buat tidak dengar. Sudah masak dengan perangai adiknya yang suka benar mengusik tentang hubungannya dan Saiful, pemuda sekampung yang telah lama berkawan baik dengannya sejak di bangku sekolah lagi.
“Iya? Patutlah tadi Angah dengar ada orang tu tak nak makan. Ingatkan tak ada selera sebab letih kerja, rupanya dah kenyang dengan surat cinta!”
Haryani yang mendengar sudah ketawa kuat.
“Ish…Korang ni, tak baik tau ketawakan Along. Dah, pergi panggil Imran sama..Apala yang dibuat anak teruna sorang tu.Dina, jangan lupa bawakan nasi ni untuk ayah…”
“Baik!”
Serentak kedua adiknya itu menjawab dengan disusuli ketawa riang. Dia bergerak cepat menghampiri pintu biliknya dan dikunci rapat. Hardina dan Haryani bukan boleh percaya. Tak pasal-pasal dia diusiknya lagi.
..............................................................................................................
Dia mencapai sampul surat berwarna coklat yang berada bawah bantalnya dengan seribu rasa yang sukar diungkap. Sejak dahulu lagi, Saiful tidak akan lupa untuk mengutus berita buatnya walaupun hubungan antara mereka berdua sekarang semakin jauh. Saiful anak ketua kampung, sudah pastilah tidak sukar buat pemuda tersebut untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Dia juga pernah menyimpan angan, mahu bersama-sama Saiful mendaki menara gading…Mahu mencari sebanyak mungkin ilmu…Tetapi mana mungkin…
‘Assalamualaikum…Hartini…’
Epul mengharapkan kedatangan surat ini akan mengurangkan kerinduan Tini pada Epul…(Rindu ke?)
Tini sihat? Epul kat sini tak berapa sihat…Asyik demam kura-kura…Teringatkan Tini..hehe…
Tini,
Epul nak bagitahu yang minggu depan Epul terlibat dengan program Baktisiswa yang diadakan di Sabah. Insya-allah, Epul akan berada kat sana selama seminggu. Tini doakan Epul selamat pergi dan selamat kembali…
Tini,
Epul rasa bahagia sangat dapat kenal gadis sebaik Tini,Epul harap Tini dapat tunggu Epul…Dah tak lama, ni semester terakhir Epul…
Emm…Epul rasa cukuplah setakat ini dahulu untuk kali ini.Tini jaga diri bebaik!
Ingat, Epul sentiasa sayangkan Tini dan hubungan kita…
Salam Sayang,....Epul..
Hartini melipat kemas surat yang baru diterimanya itu, hatinya berbunga kebahagiaan.Baginya, bertemu dengan lelaki sebaik Saiful merupakan anugerah terindah yang dimilikinya selain daripada keluarganya sendiri. Kesusahan yang dihapinya dan kekangan untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading bukan alasan untuk Saiful meninggalkannya. Dia teringat kembali detik pertemuan yang telah merapatkan hubungan mereka berdua pada beberapa tahun lalu…
“Emm…Saya terlewat hantar buku ni seminggu. Kena denda ke?”
Ada riak kesalan pada wajah putih bersih itu. Hartini hanya tersenyum. Tangannya menghulurkan jadual yang mengandungi butir-butir bayaran yang perlu dijelaskan oleh pelajar Sek.Men. Tengku Ampuan Intan sekiranya terlewat untuk menghantar buku.
“Seringgit empat puluh sen…” Hartini hanya memerhatikan tingkah yang dipamirkan oleh pelajar di depannya itu yang memakai tag nama ‘ Saiful’…
“Rasanya jumlah tu tidaklah membebankan jika nak dibandingkan dengan kesalahan awak”
Hartini bersuara apabila melihatkan keadaan Saiful yang masih tidak mahu menunjukkan tanda-tanda mahu menjelaskan denda kelewatan tersebut. Saiful yang asyik membelek jadual denda tersebut terasa yang Hartini seperti menyindirnya. Dia mengangkat muka. Mata mereka bertatapan seketika. Ada debaran yang aneh muncul secara tiba-tiba dalam hatinya apabila matanya menatap sepasang anak mata redup pemilik nama ‘Hartini’…
“Bayaran boleh dijelaskan di kaunter sana Saiful…”
Hartini sengaja menekan sedikit suaranya agar Saiful yang sedang asyik memandangnya itu akan tersedar.Sempat matanya memerhatikan beberapa orang pelajar yang keluar masuk ke dalam perpustakaan sekolah yang sedang berbisik sesama mereka. Mungkin pelik melihat tingkah Saiful yang seperti terkena sumpahan. Hanya berdiri terpacak seperti tiang eletrrik sambil memerhatikannya.
“Haa? Err…Kat mana?” Saiful tergagap-gagap.
“Kat kaunter sana Saiful. Kaunter saya hanya untuk urusan peminjaman dan pemulangan buku”
Hartini berkata sambil tangannya menunjuk ke arah belakang Saiful. Saiful berpusing,barulah dia sedar ada deretan pelajar di belakangnya dengan membawa beberapa buah buku.
“Ops…Maafkan saya…”
Saiful terasa pipinya sudah merona kemerahan. Dia bergerak pantas meninggalkan kaunter yang dijaga Hartini dan menuju ke arah kaunter yang bersebelahan dengan pejabat perpustakaan. Setelah selesai menjelaskan bayaran, matanya sempat menoleh ke arah Hartini yang juga sedang memandangnya dengan senyuman yang sungguh manis pada pandangannya.
Aduh! Ibu, anakmu ini terkena panahan cinta! Saiful tersenyum keseorangan dan melangkah menuju ke arah kantin sekolah.