“ Tini”
Dia mengangkat muka apabila mendengar namanya dipanggil. Terlihat olehnya Adila yang tersenyum simpul kepadanya. Dia memandang keadaan sekeliling yang agak bising, emm…masing-masing dah berumur 17 tahun tetapi perangai mengalahkan budak-budak!
Pantang cikgu tidak ada, kelas pasti akan jadi macam pasar…Dia menutup buku teks Sejarah di tangannya dan bangun untuk mendapatkan Adila yang merupakan sahabat baiknya sejak kecil lagi.
“Kenapa kau datang sini? Kelas kau tak ada cikgu jugak ke?” Dia menampar lembut pipi si teman yang mulus.
“Ada…”
Ada? Hartini terperanjat. Setahunya, Adila bukan seorang pelajar yang suka ponteng kelas. Malah, temannya itu merupakan pelajar harapan sekolah untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tidak lama lagi.
“Ada tapi aku dah tak larat nak dengar Cikgu Rosmah membebel…So,aku keluar pergi tandas. Lagipun, aku nak sampaikan amanah orang kat kau ni..”
Adila mengenyitkan mata. Nakal!
“Amanah apa? Boleh tak kau jangan merepek pagi-pagi macam ni?”
Hartini terasa seperti Adila mahu main-mainkannya.
“Eh, kot ye pun...Kau jangan la marah aku. Pagi-pagi dah angin…Kenapa ni? Kau datang bulan ea…” Adila sudah ketawakannya.
Dia menampar bahu si teman yang sungguh enak mempermainkannya.
“Aku bukan marah kau…Aku cuma tak suka kau bazirkan masa untuk datang ke kelas aku. Cepat cakap, amanah ape yang kau bawa ni sampai sanggup keluar kelas…” Dia bersuara tegas.
“Ada orang kirim salam”
Adila senyum.
“Itu aje?”
Hartini tenang.
“Eh…Kau tak nak tanya siapa?” Adila terkejut.
“Dapat keuntungan ke kalau aku tanya siapa…”
Kaliini Hartini pula mahu main-mainkan Adila…Namun, dalam hatinya hanya Allah yangtahu betapa gementarnya dia menerima apa yang dikatakan oleh Adila sebentar tadi.
“Mestilah!” Adila bersungguh.
“Contohnya…?”
“Emm…Sebab dia baik,hensem,kacak,bergaya…”
Kaliini Hartini pula yang tidak dapat menahan daripada ketawa. Apa yang dikatakan Adila amat mencuit hatinya. Ada ke pelajar kat sekolah ni seperti yang dikatakan Adila?
“Kenapa kau gelak? Tak baik tau…” Adila menarik muncung. Panjang sedepa!
“Siapa pemuda malang tu?” Hartini bertanya.
“Buat masa sekarang aku tak boleh bagitahu lagi kat kau sebab tuan empunya badan belum izinkan. Tapi kau jangan bimbang, tak lama lagi kau sendiri akan tahu”
“Lah…Tadi kau yang beriya-iya nak bagitahu aku. Sekarang ni, nak main rahsia-rahsia pulak! Menyampah macam ni…”
Dia pura-pura merajuk.
“Alah, tadi kau juga yang macam tak berminat. Sekarang ni nak jauh hati ngan aku lak…”
Adila memulangkan buah paku keras kepadanya. Dia terkena!
“Kalau macam tu, tak apa la…Sekarang ni, amanah kau dah sampaikan. So, beban kat bahu kau dah tak ada…Boleh la kau balik ke kelas sekarang”
Tanggannya mengibas ke arah belakang kelas insyarat mahu Adila segera berlalu daripada kelasnya.
“Iya la..Aku tahu…Aku pergi dulu la. Rehat nanti, kau jaga library tak?”
“Kenapa?”
“Emm..tak ada apa lah! Ok la, aku pergi dulu…kelas kau bisinglah!”
Amboi..belum sempat dia mahu menjawab kata-kata Adila, temannya itu terlebih dahulu mengorak langkah. Tak apa…hatinya bersbisik.
Emm…Siapa ya??
...............................................................................................................................