Home Novel Cinta Hello, Encik Tulang Rusuk!
Hello, Encik Tulang Rusuk!
Eisya Azra
23/2/2021 11:26:35
30,839
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 1

Sayup-sayup terdengar suara cengkerik memecah kesunyian pagi.  Dia menggeliat perlahan apabila terdengar suara cengkerik bersahutan pula dengan azan subuh di masjid kampungnya.  Sekilas matanya memandang pada jam di mejatulisnya, hadiah pemberian rakan sekelas pada majlis pertukaran hadiah yang diadakan pada beberapa tahun lepas…Jam itu masih setia disitu, seperti sebelumnya, masih tidak berganjak kedudukannya.


Terasa seperti waktu berlalu begitu pantas, tidak terkejar rasanya.  Dia bergerak kearah jendela, dikuaknya perlahan.  Terasa amat damai apabila hembusan bayu menyentuh pipinya. Indahnya ciptaanmu Ya Allah..dia memanjatkan rasa syukur…Al-hamdulillah,aku masih bisa bernafas pada waktu pagi yang sebegini indah…bangunlah umat nabi Muhammad sekalian, tinggalkan mimpi-mimpi indah kalian…Tangannya menyapu lembut wajah, ingin buat seketika dia merasakan ketenangan pagi yang begitu menyentuh perasaan.


Dia membuka daun pintu untuk menuju kearah dapur, sarapan wajib disediakan sebelum dia bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Dari dapur kedengaran suara ayah melaungkan azan…dia tahu pasti ketiga-tiga adiknya akan menjadi makmun pagi itu…dia bercuti, jika tidak, pasti dia juga akan berjemaah bersama adik-adiknya.


Apa nak masak pagi ni ea…Dia termenung sendirian…andailah arwah mak masih ada,pasti aku tidak pening untuk memikirkan apa yang perlu dimasak setiap hari.  Mak…Along rindu…masih sempat hatinya berlagu kepiluan.  Kepiluan yang bertandang hanya seketika apabila dia disedarkan dengan keriuhan suara adiknya yang berebutkan bilik air.  Suasana begitu walaupun kadangkala boleh membuatkan hatinya yang tenang menjadi tegang tetapi dia hanya membiarkan.  Dia sudah tidak punya kudrat untuk memarahi adiknya setiap pagi tetapi pagi keesokannya perkara sebegitu tetap berlaku. Seketika,matanya melirik ke arah jam yang tergantung di ruang dapur yang sederhana besar, alamak… Sudah menginjak ke angka 6.45 pagi!


Matilah aku!


Apa nak masak ni??


…………………………………………………………………………



“Alamak…nasi goreng lagi..bosan la…” Imran yang sudah siap berpakaian mengeluh apabila terlihat makanan yang terhidang di hadapan matanya.


“Apa adik ni…makan aje la...kesian Along, dah penat-penat masak...bukan nak ucap terima kasih”


Hardina,adiknya yang kedua sempat memarahi adik lelaki tunggalnya.  Dia hanya tersenyum.  Kata-kata Imran tidak langsung meninggalkan kudis…dia tahu Imran hanya meluahkan apa yang dirasa.  Budak-budak tidak pandai untuk menyimpan apa yang mereka rasa...semuanya akan diluahkan…Tangannya sempat menyapu lembut rambut adik lelaki tunggalnya itu. Tumpah perasaan kasih yang amat mendalam dalam dirinya.  Antara mereka empat beradik, Imran paling tidak bernasib baik, langsung tidak sempat untuk merasakan kasih sayang daripada arwah ibu mereka.  Siapa sangka,ibu bertarung nyawa saat mahu melahirkan adik lelaki tunggalnya itu.  Sejak daripada itu, dialah ibu dan dialah juga kakak bagi adiknya yang seramai tiga orang itu.


“Adik..tak sedap ke Along masak?” 


Dia tersenyum memandang Imran yang seakan sudah tidak sabar mahu menjamah nasi goreng yang masih lagi berasap.


“Adik bukan cakap tak sedap tapi adik cakap dah bosan nak makan nasi goreng. Along masak memang best! Tak ada sape leh lawan... kan Uteh…”


Emm..bodek! takut tak dapat makan la tu…Dia menyembunyikan senyum dalam hati.  Faham benar dengan karenah adik yang seorang itu.


“Makan cepat Adik…Along tak nak Adik terlewat, sebagai ketua kelas…”


“Adik kena tunjukkan contoh yang baik!”


Belum sempat dia mahu menghabiskan ayat, Imran terlebih dahulu menyudahkannnya.  Mungkin kerana dia seringkali berpesan perkara yang sama telah menyebabkan Imran sudah tahu apa yang ingin diakatakan.  Imran anak yang bijak!


“Emm…Angah ada sesuatu nak cakap ngan Along kan?”


Haryani,adik ketiganya yang nampak seperti tidak berselera tajam merenung ke arah Hardina.  Dia kehairanan.  Kenapa dengan adik-adiknya?


“Apa pulak Angah? Kan semalam Yanie yang nak cakap?”


Ada nada kemarahan dalam suara Hardina.  Dia semakin gelisah.  Pagi-pagi lagi adik-adiknya mahu membuat suasana menjadi tegang dan perkara seperti itulah yang tidak disukainya.


“Ada apa ni Dina? Yanie? Cuba cakap ngan Along…Jangan nak bertekak depan rezeki.  Tak elok…Lagipun sekarang ni awal pagi…Berapa kali Along nak pesan, awal-awal pagi kita kenan ceria, kena tenang…Barulah rezeki masuk…Ilmu pun senang nak masuk…”


Dia cuba mengawal suaranya agar tidak nampak apa yang berada dalam hatinya saatini.  Dia cukup tahu, andai begitulah tingkah adik-adiknya, pasti ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh mereka.


“Emm…Along, cikgu Angah dah mula tanya Angah…Bila nak jelaskan yuran Kem Pemantapan Kendiri…” 


Dengan lambat-lambat, Hardina cuba untuk bersuara.  Dia mengeluh lega…Ingatkan apa benda latadi…Dia tersenyum.  Menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik.


“ Along,Uteh pun sama…Cikgu nak buat kem motivasi untuk pelajar tingkatan tiga. Cikgu minta seratus…”


Dia hanya mampu mengangguk.


“Dina…Yanie…Esok Along kasi yea…Along dapat gaji esok. Boleh tak bagitahu cikgu minta tangguh sampai esok?”


Dia memandang wajah kedua-dua  adiknya yang sudah mula mempamirkan wajah ceria. Dia cuba untuk menahan rasa sebak yang mula bertandang. Kesian adik-adiknya!    

  

“Terima kasih Along”


Hardina bangun daripada kerusi yang didudukinya dan bergerak perlahan-lahan menghampirinya. Tubuhnya dirangkul erat. Dia hanya mampu membalas perlahan. Pipi adiknya itu dicium.  Inilah harta yang telah arwah ibu amanatkan untuknya. Inilah hartanya dunia dan akhirat dan dia sudah berjanji dengan diri sendiri untuk menjaga adik-adiknya dengan sebaik mungkin.


“ Along,nak tambah!”


Imran mula menjerit. Mungkin bosan melihat tingkah drama sebabak yang berlaku didepan matanya itu.


“Adik, tak boleh ke tambah sendiri? Tengoklah Along…Kan Uteh dah cakap, jangan manjakan sangat Adik ni…Memualkan!”


Haryani menjeling tajam ke arah Imran yang hanya tersengih.


“Uteh jeles! Along sayang Adik lebih….Along sayang Adik…”


“Sudah-sudah…Kan Along dah cakap yang Along tak suka adik-adik Along bergaduh depan rezeki. Makan cepat, nanti terlewat nak masuk sekolah. Dina dah habis makan kan? Tolong Along bawakan sarapan untuk ayah”


Saatdia menuturkan ayat tersebut, dia perasan dari ruang tamu rumah, ayahnya hanya mampu memandangnya dengan pandangan yang sukar untuk dia tafsirkan…Seketika,tangan ayahnya seperti menyapu titisan jernih yang mengalir dipipi tuanya. Dia terkaku, pandanganya tumpah pula pada kaki kiri ayahnya yang telah tiada…

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.