Hartini melihat jam tangannya. Hampir ke angka 6 petang! Bas menghala ke Kuala Berang masih tidak kunjung tiba. Dia melihat awan yang agak mendung,tanda hujan akan turun pada bila-bila masa sahaja. Dia mengeluarkan dompet yang berada dalam beg sandangnya, dibukanya perlahan…Hanya ada tiga keping duit berwarna merah. Aku nak naik teksi ke? Kalau naik teksi…Lari pula bajet untuk bulan ni…Dia berkira-kira sendiri. Emm, naik aje lah teksi! Minggu ni aku tak payah makan kat luar, bawa aje bekal dari rumah….
“Pinnnnnnnnnnn!”
Dia terperanjat. Pandangannya terarah pada sebuah kereta yang cukup dia kenal berada betul-betul di hadapan tempat dia berdiri.
“Tini, kan saya cakap tunggu saya kat kedai tengahari tadi! Kenapa awak tunggu bas?” Irfan menurunkan cermin kereta sambil matanya bulat merenung Hartini yang hanya berkerut kehairanan.
Suara Irfan kedengaran agak marah. Dia mengerutkan dahi, bila pulak Irfan cakap begitu dengan aku?
“Awak tak cakap apa-apa pun!”Hartini membalas setelah dia menutup pintu kereta. Pandangannya dihalakan kepada Irfan yang menunjukkan wajah tidak berpuas hati terhadapnya.
“Tak cakap apa-apa? Habis tu, yang saya duk membebel sebelum balik ofis tadi, apa? Ish,saya tak faham la dengan awak ni! Saya nak buat baik pun awak tak suka?”
Ish,apa la yang merasuk mamat ni petang-petang macam ni? Benda kecil macam tu pun nak mengamuk bagai…Hartini hanya diam. Dia tahu semua salahnya, tidak mendengar apa yang diperkatakan Irfan selepas temannya itu selesai makan tengahari tadi.
“Haa…Kenapa diam? Dah tahu salah?”
Irfan berpaling melihat wajah Hartini yang hanya dapat dilihat melalui bahagian sisi.
“Bukan sebab saya salah tapi saya malas nak panjangkan cerita dengan orang yang tak tahu nak mengalah!”
Hartini sembunyikan senyuman. Suka sesekali dapat mengenakan Irfan yang terkenal dengan sifat degil dan keras kepala.
“Oo…mengata saya ye..” kerana geram yang teramat, tanpa sedar Irfan telah menarik hidung Hartini dan ternyata tindakannya secara tiba-tiba itu telah membuatkan Hartini menjerit kecil.
“Ops….sorry Tini…Sorry sangat,saya tak sengaja…” Irfan serba salah. Dia dapat lihat wajah manis itu sudah bertukar rupa. Dia tahu tindakannya agak keterlaluan tetapi dia tidak sengaja. Apabila melihatkan tingkah Hartini yang hanya diam tanpa berkata apa, dia juga turut sama diam sampailah mereka berdua memasuki Mydin Mall.
“Tini….” Irfan bersuara pelahan.Gadis itu hanya diam membatu.
“Tini!”
Hatini berhenti melangkah.
“Eh, janganlah jerit…Orang dah pandanglah!” Hartini mengeraskan sedikit suaranya. Matanya juga dibulatkan serta merta.
“Abis tu, awak marah saya…”
“Malas la saya layan awak!”
Hartini berjalan laju. Sakit hatinya melihat tingkah si teman yang langsung tidak tahu untuk menjaga tingkah laku. Sudah berapa kali diingatkan kepada Irfan, dia bukan seperti teman-teman Irfan yang lain, mudah untuk diperlakukan apa sahaja,mudah bertepuk tampar, mudah tangan diangkat untuk mencubit…Dia bukan seperti itu! Susah sangat ke untuk Irfan memahami?
“Sayang…saya tahu saya salah, saya minta maaf…Ok? Please Tini…Jangan marah saya”
Suara Irfan seakan merayu kepadanya. Hatinya terasa belas tetapi dalam masa yang sama dia mesti bertegas dengan Irfan. Dia tidak mahu perkara seperti itu terjadi lagi dalam hidupnya. Prinsipnya tetap sama seperti dulu, tidak ada sesiapa yang layak untuk menyentuhnya selain daripada bakal suaminya nanti…Insya-allah…itulah doanya sejak dahulu lagi dan dia amat berharap agar doanya itu akan dimakbulkan oleh Allah…
“Sayang…”
“Jangan panggil saya sayang!”Hartini geram…
“Saya sayang awak!”
“Pergi buang dalam laut sayang awak tu!”
Hartini mengambil sebuah bakul dan berjalan pantas menuju ke arah bahagian sayur dan buah untuk memilih beberapa jenis sayur untuk dimasak malam nanti. Panggilan daripada Irfan dia buat-buat tidak dengar.
“Awak ni garang jugak ye! Patutlah adik suka kutuk awak”
Tanpa insurans, Irfan menguluarkan kata-kata menyakitkan hati tersebut…
“Adik tak kan cakap macam tu…”
“Betul…Baru dua hari lepas adik bagitahu saya yang awak suka marah-marah dia. Awak jangan dera adik lelaki saya tu Tini!”
Uih…Ni sudah melampau! Imran sudah mula mengadu perkara bukan-bukan kepada irfan! Memang nak kena adik bongsunya itu, tunggulah malam nanti…Dia sudah berkira-kira mahu mencubit kuat-kuat pipi adik lelakinya nanti…
“Awak dengar tak saya cakap apa?”
Irfan mencuit bahunya dengan sebiji terung…
“Apa?!”
“Jangan dera adik!”
“Dia adik saya la…Ikut suka hati saya la nak pukul ke, nak cubit ke..Nak tarik rambut ke…”
Hartini bersuara sinis.
“Awak buat macam tu…Saya ambik Imran duduk dengan saya, lagipun bulan depan rumah yang saya beli tu dah boleh duduk…Dah siap…”
“Awak…Kalau jangan merapu, boleh tak? Cepatlah pilih sayur…Nak makan apa malam ni?” Hartini mahu mengubah topik.Risau pula apa yang dikatakan oleh Irfan menjadi kenyataan…Temannya itu bukan boleh bergurau…
“Saya teringin nak makan sup ayam yang macam awak bawak kat kedai hari tu…”
“Itu aje?”
“Emm…Goreng sayur campur boleh?Pastu,awak buat goreng telur hancur yang macam awak buat dulu…”
Hartini hanya mengangguk-angguk. Tidak susah mahu masakkan apa yang dipinta Irfan.Temannya itu tidak banyak karenah, cuma perangai temannya itu sukar untuk dia jangka.
Hartini memandang wajah Irfan yang sudah kembali tekun memilih ayam yang nampak masih lagi segar. Rambut Irfan yang lurus dan agak panjang telah menutup sebahagian daripada wajah temannya itu, dalam keadaan begitu, Irfan nampak sangat kacak!
Ish,Hartini menggeleng lagi…Kenapa dengan aku ni?
“Tini…sini lah, saya tak reti nak pilih ayam-ayam ni…”
Irfan bersuara tanpa memandang wajahnya.
“Ambil yang tu…Jomlah balik, nanti tak sempat kita nak solat magrib”
Hartini mengingatkan.
“Alamak!” Irfan menjerit…
Hartini terperanjat.
“Ish! Kenapa? Berapa kali saya nak pesan…Jangan menjerit…”
Irfan hanya semyum simpul…Dia bergerak perlahan kearah Hartini…
“Saya uzur...”
Irfan berbisik perlahan dan berlalu meninggalkan Hartini yang masih lagi terkejut dengan tindakan spontan Irfan terhadapnya. Uzur? Banyak hensem muka dia!
………………………………………………………………………………………………
Hartini mengaminkan doa yang selesai dibaca Irfan, pantas tangannya disalam adik-adiknya seramai tiga orang itu…Setelah selesai, dia bergerak kearah ayahnya, tangan tua itu dikucup lembut. Ada senyuman dalam wajah ayahnya walaupun tidak ketara…Dia tahu ayahnya cukup gembira bila Irfan datang ke rumahdan dia tahu kehadiran Irfan telah membawa warna baru dalam keluarganya. Untuk Irfan, dia hanya memberikan senyuman manis…Entah mengapa, hatinya terasa ingin bersalam dengan tangan itu apabila melihat Imran selesai menyalami tangan Irfan. Setelah tersedar, dia beristifar…Ya Allah, hindarkan aku dengan perasaan ini….
“Boleh saya tolong?”
Hartini menjungkitkan bahu. Semuanya sudah siap, cuma menunggu untuk diletakkan kesemua lauk yang telah dimasak ke atas meja makan. Tanpa menunggu lama, Irfan telah mengambil mangkuk di tangannya untuk diletakkan ke atas meja makan. Temannya itu langsung tidak kekok berada di rumahnya malahan adik-adiknya juga menerima baik temannya itu…
“Adik, sini!” Irfan memanggil Imran.
“Kenapa abang?”
“Temankan abang dan along…”
Hartini mengerutkan dahi…Apa sahajalah Irfan ni…
“Eh…Takut ke duduk kat dapur ni?”Imran senyum-senyum…
“Tak la..Cuma, along pernah pesan kat abang…Tak elok berdua-duaan, nanti ada syaitan!”
Ketawa Imran bersatu dengan ketawa Irfan…Cukup untuk memenuhi ruang dapur yang agak kecil. Hartini hanya mencebik, malas mahu melayan Irfan yang tidak habis-habis mahu mengusiknya.
“Sekarang ni, syaitan tu adik la!”
Entah dari mana datangnya suara Hardina, mungkin mahu ketawa sama…makin galak Irfan ketawa. Dia cuma tersenyum, tidak dapat menipu perasaan yang hadir, dia mula menyukai tingkah Irfan. Temannya itu istemewa…
…………………………………………………………………………………
Irfan duduk berhadapan dengan ayah Hartini yang masih lagi merenungnya dengan pandangan yang sukar untuk dia tafsirkan.
“Irfan…” Hanafi memanggil nama pemuda yang berada di hadapannya itu. Suka benar dia melihat tingkah Irfan,pemuda yang berkawan baik dengan anak sulungnya itu. Dia tidak tahu apa hubungan yang telah terjalin di antara keduanya tetapi dia amat berharap agar kehadiran Irfan dalam hidup Hartini akan dapat menyembuhkan luka di hati anaknya yang telah tercalar teruk…
“Yea pakcik…Ada apa?”
Pertanyaan Irfan mematikan lamunannya.
“Irfan sayangkan Tini?”
Gulp! Irfan terperanjat. Soalan apakah ini?
“Kenapa pakcik tanya saya macam tu?”
Tergagap-gagap dia bersuara…Rentak hatinya sudah berirama sumbang. Ketara sangatkah perasaan sayang aku pada Hatini sehinggakan ayah Hartini berani menyoalnya dengan begitu. Dia tahu, pasti ayah Hartini menyuruhnya melupakan gadis itu kerana sudah punya Saiful…Mahu membandingkan aku dengan Saiful? Emm…persis langit dan bumi!
“Pakcik mahukan kepastian…” Ringkas.Padat. Namun tetap menyukarkan Irfan mahu mencari jawapan yang paling sesuai….
“Err…Saya…Saya…”
“Kamu tak sayangkan Tini?”
“Eh! Bukan…Saya memang sayangkanTini pakcik! Tak pernah saya sayangkan gadis lain macam saya sayangkan Tini tapi saya sedar yang saya sudah terlambat pakcik! Tapi pakcik jangan salah sangka…Saya ikhlas berkawan dengan Tini, bukan semata-mata mahu memikat dia…Saya tahu Tini dah ada Saiful tapi, saya tetap mahu berkawan dengan dia pakcik…Saya doakan dia bahagia dengan Saiful…”
Hatinya hampa. Perasaan itu sudah terlalu lama merajai hati dan dia sebenarnya sedang belajar untuk menerima apa yang telah ditakdirkan untuk dia dan Hartini,berkali-kali dia mengingatkan diri sendiri bahawa gadis sebaik Hartini pasti tidak layak untuknya…
“Irfan…Pakcik amanahkan Hartini untuk kamu. Jaga anak pakcik baik-baik…Jangan lukakan hati dia sebagaimana yang telah saiful lakukan. Tini gadis baik Irfan…”
Hah?!
“Maksud pakcik?”
“Saiful telah bertunang dengan kawan baik Tini sendiri”
Perit untuk Hanafi menerima hakikat itu. Parah hatinya menerima berita yang sangat menyakitkan hati tuanya itu. Dia tahu hati Hartini terluka walaupun anaknya itu tidak menunjukkan…
“Kenapa….”
Belum sempat Irfan mahu bertanya lebih lanjut, Hartini datang menghampirinya dengan membawa dulang yang mengandungi air kopi. Manis senyuman itu bagaikan tidak ada apa-apa yang berlaku..
“Rancak bercerita! Mengumpat Tini yea…”
Gadis itu turut sama duduk bersimpuh.
“Tak la…Ayah tini ni,dia suruh Irfan jaga Tini…Dia suruh Irfan sayang Tini..”
Hanafi sudah tergelak besar bila melihat Hartini seakan terkejut mendengar jawapan spontan daripada Irfan. Pemuda itu kaya benar dengan perangai mengusik!
“Ish Irfan ni! Apa cakap macam tu depan ayah…”
Hartini sudah mula rasa segan depan ayahnya.
“Apa pulak…Betul la…Kan pakcik?”
Hanafi hanya mengangguk-angguk. Hartini hanya menjungkitkan bahu. Dia segera beredar daripada situ, malas mahu melayan karenah Irfan yang semakin hari semakin menyesakkan dadanya….
……………………………………………………………………………………
“Drive elok-elok…Terus balik rumah,jangan singgah mana-mana dah…”
Hartini bersuara tanpa memandang wajah Irfan yang hanya dapat dilihat dalam samar-samar…Pemuda itu telah berada dalam kereta untuk pulang.
“Saya tahu awak sayangkan saya kan?”
“Perasan tak habis-habis!”
Hartini menyembunyikan senyum. Irfan ketawa dengan kata-katanya sendiri namun jauh dilubuk hatinya dia berdoa agar satu hari nanti, Allah memberinya peluang untuk dia bertamu dihati gadis itu…
“Kenapa susah nak mengaku? Just say…Yes…”
“Ok la Irfan…Saya masuk dalam dulu,jumpa awak kat kedai esok! Jangan tak datang pulak…Tadi awak pesan suruh saya buatkan puding jagung kan?” Hartini mengingatkan semula pemuda itu….
“Mestilah ingat! Saya kan tak boleh kalau tak tengok muka awak….Nanti rindu..”
Ayat manis! Geram Hartini mendengarnya. Rasa mahu dicubit kuat-kuat telinga pemuda itu yang tidak sudah-sudah mahu bermain kata dengannya….
“Ok la sayang…Saya balik dulu,malam ni saya nak start buat solat hajat…Untuk dijodohkan dengan awak”
“Irfan!”
“Saya betul-betul ni Tini…”
“Mana ada orang buat solat hajat,lepas tu bagitahu orang lain tentang hajat dia tu?!”
“Mana ada saya bagitahu orang lain?Saya bagitahu awak je…Janganlah marah,lagipun saya tak pernah buat solat hajat…Mana saya tahu...”
Irfan berkecil hati. Entah kenapa,dia agak terasa dengan respon yang diterimanya daripada Hartini. Sangkanya gadis itu akan gembira apabila diberitahu dia akan melakukan solat hajat…
“Irfan…Saya minta maaf ok…Janganlah terasa…Irfan balik la…Dah sampai rumah nanti, Irfan whatsapp saya…”
Tanpa berkata apa, Irfan menaikkan cermin kereta dan terus berlalu tanpa menoleh kearah Hartini. Emm…merajukkah?
………………………………………………………………………………………………
Hampir sahaja dia teresak-esak di situ, satu ruang dalam biliknya…Ruangan khas yang dibina untuk mengadap Ilahi tetapi selama ini ruangan itu hanya dibairkan sepi olehnya. Dia sendiri tidak pasti mengapa hatinya cukup liat untuk menunaikan kewajipan kepada Maha Pencipta selama ini, dia tahu hidupnya sudah jauh terpesong. Bukan salah mama dan papa, bukan salah guru-guru di sekolahnya tetapi salah dia! Dia yang membiarkan jiwanya terus hanyut mengejar kenikmatan dunia yang bila-bila masa sahaja akan dirampas jika Allah mengkehendaki….
Dia tahu, dia sebenarnya cukup bertuah jika mahu dibandingkan dengan insan lain yang mempunyai nasib malang…Apa lagi yang dia mahu? Dia punya keluarga bahagia,ibu bapa yang terlalu sayangkannya. Punyai kerjaya yang bagus dan yang lebih penting dia boleh mendapatkan apa sahaja yang dia perlukan…Tetapi, bersyukurkah aku?
Hinanya aku Ya Allah! Masih adakah pintu taubat untuk aku…Masih layakkah aku untuk meminta keampunan daripadaMu? Jahilnya aku Ya Allah!
Lama dia berteleku di situ, menginsafi diri dan merenung setiap kesalahan yang telah dibuatnya sepanjang mengharungi hidup….Serasanya dosa yang telah dia lakukan sudah tidak terhitung, dan dia tahu sudah tiba masanya untuk dia berubah,menjadi manusia yang mengenal erti syukur, menjadi manusia yang kenal penciptaNYA… Inikah petunjukMu Ya Allah?
Tangannya mengeletar saat mahu membuka kitab suci Al-Quran, mulutnya terkaku melihat kandungan yang tertulis…Aku tidak tahu membaca! Masya-Allah! Irfan menangis lagi, dipeluknya erat kitab suci itu, diciumnya bertalu-talu…Maafkan aku Ya Allah! Maafkan aku…..