Bab 24
Mereka menziarahi keluarganya.
“Baiklah, kita mula sebagai kawan, awak
nak tak Puan Salwa?” soal lelaki itu apabila mereka sudah duduk di Dyana Cafe
di lapangan terbang Kota Kinabalu itu. Redup mata lelaki ini mengajukan
pertanyaannya. Kelat wajahnya.
“Up to you!” jawabnya. Dia malas hendak
memanjangkan hubungan mereka. Kalau nak jadi kawan boleh juga, dia tidak
membantah. Kalau dengan cara itu lelaki itu boleh berlemah lembut dan tidak
mengambil kesempatan kepada dirinya, kenapa dia tidak setuju. Kan?
“Kenapa
pula puan tak beri pendapat?” soal lelaki itu suka ambil kesempatan di atas
kelemahannya. Dia terasa panas. Dia menjeling suaminya ini. lelaki itu
tersengih-sengih macam kerang busuk memandangnya. Kalau dia tidak sabar, sudah
dia cepuk lelaki ini dengan tangannya. Boleh tak dia buat begitu kepada suami?
Boleh kut kalau suami yang mencemaskan dia ini! Dia malas hendak memberikan
pendapatnya.
“Mana-mana
abang aje saya tak kisah. Jangan panggil saya puan. Salwa pun boleh aje! Jangan
nak mengada-ada!” Katanya. Dia malas dipanggil Puan. Lelaki kacak itu sudah
ketawa besar dengan kata-katanya. Lucukah dia cakap? Bukan dia cakap yang
betul? Lelaki ini biar betul? Ada wayar yang putus di kepalanya?
“Tapi,
kita kena tinggal serumah Sal... Wa,” buntang matanya. Cadangan itu memang
tidak dipersetujuinya. Dia tidak mahu lelaki itu memberikan arahan agar mereka
tinggal serumah. Ia menyusahkan pergerakan dirinya. Apatah lagi dia selalu
sibuk dengan tugasan hariannya.
“Awak
tak bebas nanti! Awak kan tak mahu ada isteri? Kalau saya ada di rumah abang,
pasti tak rasa bebas!” katanya memancing suaminya. Syed Muhammad Budriz ketawa.
Dia memandang kehairanan.
“Tak
bebas apanya?” soal lelaki itu. Mata mereka bertatapan seketika.
“Kalau
saya ada di rumah abang!” katanya.
“Jangan
nak mimpilah Salwa. Memanglah tak bebas kalau dah berkeluarga! Tak faham? Cuma,
saya nak kita bersuai kenal dulu. Kita memang tak begitu kenal kan? Tapi kita
kena tinggal serumah kalaupun tak sebilik!” panjang lebar kenyataannya. Dia
angguk. Mungkin kerana dia dilihat berdua-duaan dengan Indra Roslan tempoh hari
menyebabkan lelaki itu menukar pelannya.
“Saya
tak nak sebilik dengan abang!” katanya tegas. Lelaki itu ketawa lagi.
“Awak
akan pilih bilik-bilik di bahagian bawah! Awak pilih aje mana yang awak suka!
Saya akan berada di tingkat atas! Tetapi sesuka hati saya nak masuk bilik awak
kalau abang nak,” kata lelaki itu. Dia cepat-cepat membulatkan mata. Memang dia
suka kalau berlainan bilik. Tetapi dia tidak suka ungkapan terakhir. Buat apa
lelaki ini suka-suka hatinya hendak masuk ke biliknya? Eh, tak boleh jadi!
“Ya
lah saya faham! Tapi buat apa abang nak masuk bilik saya pula?” katanya. Lelaki
itu merenungnya. Pandangan itu bagaikan membuatkan dia mahu pengsan.
“Suka
hati saya lah! Sayakan suami awak! Apa yang sepatutnya isteri buat kepada suami
kalau dah masuk ke biliknya?” soalan itu bagaikan mematikan urat sarafnya.
Takut dia dengan syarat suaminya ini. Apa yang hendak dia jawab?
“Saya
tak sedia lagi bang! Abang pun akan tinggalkan saya kalau abang dah kahwin dengan
kekasih abangkan!” katanya terketar-ketar. Lelaki itu masih memandangnya tajam.
“Siapa
cakap abang nak kahwin dengan kekasih saya tu?” soal lelaki itu pula.
“Sebuah
percintaan biasanya diakhiri dengan pernikahan yang sah!” jawabnya dengan
tulus. Ah, kalau suaminya ini benar-benar mengotakan kata usulnya, macam mana?
Sudikah dan sediakah dia bermadu? Eh, tak sudi dan tak sedia rasanya. Malah tak
hingin dia! kalau boleh, tolonglah lepaskan dia! Aduhai!
“Memang!
Nak sangat cik puan ni bermadu ya!” kata lelaki itu dengan wajah kelat.
Wajahnya lebih kelat.
“Tak
nak! Lepaskan aje saya secara baik-baik!” katanya tulus. Perbincangan mereka
sudah menyimpang ke arah yang serius, terlalu serius.
“Tak
mungkin!” kata lelaki itu dengan wajah kusut dan serba salah. Entah kenapa. Apa
perasaannya? Dia tidak tahu. Mungkinkah lelaki ini sudah menyayanginya dan cuba
hendak mencintainya? Benarkah telahannya? Ah, mustahil! Dia mengeluh perlahan.
“Lupakan
hal ini! kita kena tinggal serumah dan jangan risau, rumah abang besar dan
luas. Tak de masa mungkin kita bertemu kalau masing-masing sibuk kan!” kata
lelaki itu. Dia angguk. Mungkin ada juga kebaikannya. Ah, sebenarnya lelaki ini
hanya menurutkan egonya. Ego kerana peristiwa dia makan dengan Indra Roslan.
Itu yang dia tahu. Susah membuang egonya!
“Bagus
kalau faham. Awak, mak ayah abang akan datang pada penghujung bulan depan. Tak
tahulah kalau mak ayah awak pun ikut sama! Jadi, awak nak duduk mana?” kata
Syed Muhammad Budriz yang kulitnya putih kekuningan itu. Remy Ishak agak hitam
manis.
“Buat
apa mereka datang ke rumah abang? Bawalah mereka menginap di hotel bang!”
jawabnya. Terbuntang mata lelaki itu. Ya lah, mereka kan keluarga ternama dan
kaya raya, kenapa pula mereka hendak tinggal di rumah anak mereka? Kalau tinggal
di hotel, kan senang? Tak payah lah dia sibuk memasak dan membuat itu dan ini
untuk mentuanya. Dan, tak perlu dia nak control ayu depan ibu bapa mentuanya.
Kan baik...
Eh, cik puan Salwa ni,
berkira pula dengan mentuanya! Ejeknya sendiri!
“Hotel?”
soal Syed Muhammad Budriz. Dia angguk. Kelat wajahnya. Mungkin dia tersalah
soal.
“Mereka
tak biasa duduk di hotel. Anak lelaki mereka ada sebuah penthouse! Takkan nak
duduk hotel pula! Takkah membazir!” Kata Syed Muhammad Budriz. Dia pula yang
terkejut. Takkan keluarga kenamaan begini tidak biasa duduk di hotel? Memang
dia tidak percaya!
“Ye
ke?” dia tidak percaya kalau ibu bapa mentuanya tidak betah duduk di hotel.
Mesti mereka sengaja nak kenakan dirinya!
“Mungkin
mereka sengaja nak spy kita lah tu! Pada masa tu kita berlakonlah macam suami
isteri yang bahagia gitu!” kata Syed Muhammad Budriz tersengih. Dia buntangkan
mata. Macam mana nak pura-pura bahagia tu kalau mereka memang tak suka antara
satu sama lain?
“Buat
apa nak spy kita!” katanya.
“Biarlah
mereka, merekakan dah pilihkan anak mereka jodoh! Jadi mereka kena spy kita
lah, bahagia atau tak!” kata Syed Muhammad Budriz. Dia bulatkan mata.
Hairan dengan sikap Syed
Muhammad Budriz yang seperti takutkan ibu bapanya. Sepatutnya dia berterus
terang dan tidak mahu meneruskan hubungan mereka ini dan bukannya terus
berpura-pura. Memang dia tidak senang hati.
“Kenapa
nak biar? Kenapa abang tak cakap kita akan berpisah?” soalnya. Buntang mata
Syed Muhammad Budriz. Hairan dia dengan sikap penakut suaminya.
Kalau dia? Dia lebih penakut
dengan ibu bapanya. Baginya apa yang dipilihkan ibu bapanya untuknya, itu yang
terbaik buat dirinya. Tetapi dia geram kepada suaminya. geram kerana dirinya
ini bukan tastenya konon. itu yang dia sanggup meminta suaminya agar berfikir
semula mengenai hubungan mereka ini. Itu yang dia geram.
“Berpisah? Tak sampai
seminggu pun kita nikah! Awak dah gila?” kata Syed Muhammad Budriz perlahan.
Panahan matanya menikam kalbunya sekali lagi.
“Kita tak sesuai!” katanya.
Makin marak mata Syed Muhammad Budriz.
“Jangan paksa abang buat
sesuatu Salwa!” kata Suaminya menyebut nama penuhnya. Benci sungguh dia orang
yang panggil namanya dengan Salwa dan bukannya Wawa!
“Saya tak paksa!” katanya.
Dia tunduk menghadap lantai.
“Salwa nak minum apa?”
terleka mereka seketika. duduk di kerusi di cafe itu tanpa memesan apa-apa
makanan atau minuman. Dia geleng.
“Hot milo!” katanya. Lelaki
itu terus berdiri.
“Makan?” dia geleng. Dia
tidak mahu makan apa-apa. Seleranya mati kalau dengan lelaki ini. Ah, kenapa
dia sanggup tahan nafsunya untuk makan? Sebenarnya dia sebal dengan kata-kata
Syed Muhammad Budriz yang suka menyakiti hatinya.
“Oklah! Kita makan sama-sama
nanti! Kita kan kawan!” kata lelaki itu. Dia hanya angguk. Terkenang emak dan
ayahnya. Apakah mereka akan terus ke Pahang pada esok hari atau hanya duduk di
rumah ibu bapa mentuanya di Kuala Lumpur? Soalnya dalam hati. Apakah perlu ibu
bapanya disuruh turun ke Kuala Lumpur? Ah dia bingung.
“Nah, silakan makan Salwa.”
Kata Syed Muhammad Budriz yang membawa kentang goreng yang agak panas.
“Cepatnya!” katanya. Dia
mengambil minuman dan makanan lalu diletakkan dia atas meja mereka.
“Memang dah sedia makanan
dan minuman di situ!” kata Syed Muhammad Budriz.
“Oh!” katanya. Dia meneguk
milo panasnya. Lelaki itu sudah duduk di depannya. Sebenarnya dia segan. Jarang
sekali dia duduk berdua-duaan dengan lelaki sepanjang dia hidup. Lainlah dengan
ayah atau adik lelakinya. Abangnya pun masih belum kahwin.
“Kenapa termenung?” soal
Syed Muhammad Budriz.
“Tak de apa-apa!” katanya.
“Nak beli sesuatu?” soal
suaminya. Dia menggeleng. Kalau Natallie Juliana yang ditanya tentang shopping,
pasti dia akan tak cukup tangan. Fikir Syed Muhammad Budriz seketika. Namun di
hadapannya ini ialah isterinya, pasti berbeza citarasa.
“Kita balik KL aje? Tak
balik Pahang?” soalnya. Lelaki itu memandangnya dengan pandangan yang macam
ular nak telan mangsanya.
“Ikut awak lah!” kata Syed
Muhammad Budriz. Dia ketawa kecil.
“Kalau ikut saya, saya tak
nak balik KL. Saya nak ke Pahang!” katanya. Dia terkenangkan emaknya. Sejak
semalam dia belum bercakap dengan emaknya. Dia hanya membalas pertanyaan
emaknya melalui sms. Lelaki itu buntangkan matanya.
“Nak kenakan abang ya?” soal
Syed Muhammad Budriz. Dia geleng.
“Tak!” katanya.
“Sebenarnya papa saya yang
suruh balik. Mungkin ada hal niaga nak beritahu kat saya!” katanya. Dia angguk.
Mereka seperti ada masalah atau ada rancangan perniagaan baharu. Orang yang
berniaga punya banyak rancangan perniagaan.
“Kenapa? Syarikat abang
macam ada masalah?” soalnya. Lelaki itu mengangguk.
“Macam ada masalah sikit!”
kata Syed Muhammada Budriz.
“Masalah apa?” soalnya pula.
“Dengki! Benci! Merebut!
Mencuri!” kata Syed Muhammad Budriz dengan geram.
“Oh! Tapi masalah sekecil
itu harus diselesaikan dengan muhasabah dan perbincangan!” katanya. Syed
Muhammad Budriz angguk. Lelaki itu dengar cakapnya? Dia sekadar gurau aje!
“Kecil?” soal Syed Muhammad
Budriz pula. dia angguk. Memang masalah kecil.
“Ya itu masalah kecil!”
katanya.
“Kenapa?” soal Syed Muhammad
Budriz pula.
“Kalau masalah besar, ia
melibatkan nyawa!” katanya.
“Kita tak tahu kalau kita
sedang diperhati pihak tertentu yang mencari kelemahan di syarikat abang!” kata
Syed Muhammad Budriz. Meremang bulu romanya.
“Syarikat abang juga
syarikat besar, walaupun saya tak tahu sebesar mana syarikat abang dan abang
sepatutnya pasang orang tertentu untuk perhati orang!” katanya macam orang
pandai selok belok perniagaan. Lelaki itu sudah ketawa.
“Abang dah buatlah! Syarikat
abang kat sini tak lah besar tapi kena buat apa Salwa suruh tu! Kalau tak,
bimbang banyak hal terjadi!” kata suaminya. Merah mukanya. Memang benar
anggapannya.
“Hal apa?”
“Macam rompakan dokumen hari
tu!” kata suaminya. Dia angguk.
“Pelan perniagaan?” soalnya.
Lelaki itu menggeleng.
“Bukan, tender baru!” kata
suaminya. suaminya ini boleh tenang melayan dia bercakap mengenai
perniagaannya. Macamlah dia banyak pengalaman! Ah, jangan pertikaikan diri
sendiri! Katanya memberikan semangat kepada diri sendiri!
“Tender baru? Itu pesaing
namanya bang!” katanya. Syed Muhammad Budriz angguk.
“Tak usah cakap kat sini!
Nanti kita cerita kat rumah! Bahaya kat sini! Kut-kut orang di tepi kita ni
adalah pengintip kami, apa kita nak cakap?” kata Syed Muhammad Budriz yang
sentiasa berhati-hati.
“Betul awak tak de benda nak
beli untuk mak atau mama mertua awak?” soal Syed Muhammad Budriz. Dia intai
wang yang ada di dalam begnya. Memang tidak cukup banyak. Memang dia berkira.
Memang dia harus berjimat cermat. Kalau lelaki ini tinggalkannya kemudian hari,
ke mana dia hendak mengadu? Kalau nak gunakan master kadnya, dia malas mahu
mengganti dengan wang tunai nanti. Bank bukannya dekat dengan rumah sewanya.
Kawasan rumahnya itu juga kawasan yang agak black, jadi dia harus berhati-hati.
“Lamanya fikir!” teguran
suaminya menyebabkan hilang semua pertimbangan-pertimbangannya.
“Tak de apa-apa nak beli
bang! Saya pun tak tahu mama abang suka abang!” katanya berdalih. Dia memang
berkira soal pembelian barang kalau dari kantungnya sendiri. Kalau emaknya, dia
sudah faham. Emaknya juga sudah faham. Emaknya juga tidak suka kalau dia membazir.
“Tak pe nanti kita balik
lagi barulah kita beli sesuatu untuk mama dan mak kita ya!” kata lelaki itu
tenang. Dia angguk. Sebenarnya dia agak lega. Selamat beg duitnya. Kalau tidak,
tengah tidak ada duit nanti dia hendak minta dengan siapa? Soalnya. Dia segan
hendak meminta-minta dengan lelaki ini. Mungkin tak minta lah dia!
“Mana-mana abanglah!”
katanya.
“Mama abang tu suka beg
tangan. Apa-apa aje, memang dia suka!” kata lelaki itu memberitahu mengenai
kegemaran mamanya. Dia baru tahu. Emaknya pula suka kalau dia membelikan
kuih-kuih tradisional dari sini. Namun dia memang tidak sempat hendak membeli.
Jadi, dia harap emaknya faham akan kesuntukan masanya.
“Cepatlah makan! Minuman itu
habiskan!” arah Syed Muhammad Budriz. Dia cepat-cepat teguk air milonya yang
masih agak panas.
“Mari kita bergerak
sekarang!” mereka beriringan menuju ke pintu pelepasan apabila suara pengumuman
kedengaran.
Macamlah mereka suami isteri
yang bahagia dan ke sana sini macam belangkas!
* Ingin mengetahui bab seterusnya? Sila layari http:putrimanasuha.blogspot.com