Home Novel Cinta Salwa Maisara
Salwa Maisara
Putri Iman Nasuha
29/5/2014 23:45:35
119,124
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 18

Bab 18

Ah kenapa dia bertindak berani dengan gadis itu? sebenarnya dia hanya geram dengan sikap isterinya yang menunjukkan keberaniannya bercakap-cakap dengan cukup mesra dengan lelaki lain. Dia yakin lelaki yang dia kenalkan sebagai kawan sekerjanya itu adalah lelaki yang mempunyai niat hendak memperisterikan isterinya itu. dia yakin dari cara pandangannya kepada isterinya itu. kenapa isterinya boleh kenyataan mereka tidak ada hubungan apa-apa atau mereka hanya kawan biasa. Dia tidak percaya. Sampai mati pun dia tidak akan percaya. Itu memang sudah ternoktah dalam dirinya.

Ah, cemburukah dia? bukankah selama ini dia memang mahu tinggal asing-asing dengan isterinya itu. asing-asing maksudnya bukan mereka memutuskan hubungan suami isteri mereka. Mereka masih suami isteri yang sah tetapi dari cara penerimaan isterinya itu dia tahu isterinya pun rasa terpaksa menerima dia dalam hidupnya. Jadi apa salahnya buat sementara waktu ini mereka tinggal asing-asing dan tidak perlu mereka hidup bersama dahulu. Tetapi apa yang gadis itu buat di belakangnya? Belumpun lama mereka berpisah, gadis itu sudah buat hal kepada dirinya.

Siapa yang tidak sakit hati? Mahu sahaja dia musnahkan gadis itu tetapi dia masih ada rasa perikemanusiaan kepada isterinya itu. Jadi dia sabarkan hatinya. Isterinya itu sepatutnya sudah dihukum. Tetapi dia tidak menyangka pula dengan nafsunya sendiri sehingga dia sendiri hampir sahaja menyentuh gadis itu. ah, nasib baik dia masih mengawal sabarnya. Jika tidak, sudah habis dia kerjakan isterinya sebentar tadi. Peluh dingin di dahinya membuktikan dan dia masih ingat akan sebuah kesabaran walaupun hanya berbaki sedikit sahaja.

Dia masih teringat lagi wajah cantik isterinya itu hampir kelemasan apabila dia mengucup bibir isterinya itu sepuas-puasnya. Sebenarnya dia tidak berniat hendak menakutkan isterinya begitu. dia tidak sampai hati sebenarnya. Itulah sebabnya dia mahu tinggal berasingan dengan isterinya itu, dia mahu isterinya bersedia menjadi isterinya seperti mana dia. dia juga sedang menyediakan dirinya menjadi suami yang bertanggungjawab untuk isterinya. Namun lain yang direncana lain pula yang berlaku. Entah kenapa dia hampir sahaja terbabas sebentar tadi.

Kalau dia terbabas dia tidak tahu bagaimana hendak memohon kemaafan kepada isterinya itu. namun, sedikit terbabas pun dia rasa sedikit bersalah namun dia tidak mahu menunjukkan rasa bersalah kepada isterinya itu. dia mahu mengajar isterinya itu. Ah, kenapa dia harus terluka mengenang isterinya itu? Mengenang dia dengan kekasihnya! Ah, mereka memang seperti pasangan kekasih!

Natalie Juliana di mana? Soalnya kepada dirinya sendiri. Dia hubungi gadis itu sejak semalam. Kononnya semalam, dia mahu menemui kekasihnya itu. namun apa yang menghampakannya apabila gadis itu tidak dapat dihubungi. Entah ke mana dia pergi. Dia tahu kekasihnya memang selalu sibuk tetapi dia tahu kekasihnya selalu hadir untuk dirinya. Kenapa sejak dua malam yang lalu, dia tidak dapat menghubungi gadis itu? ke mana dia? soalnya sendiri. Ah resahnya menjadi-jadi.

Mana lagi mengenang isteri, mengenang perniagaannya, sekarang dia mengenang kekasihnya pula. Ah, jangan-jangan gadis itu pun mempunyai kekasih lain selain dirinya. Siapa yang mahu menjadi orang kedua dalam hidup seseorang. Dia sendiri tidak mahu menjadi orang kepada isterinya. Ah, begitu jugakah perasaan Natalie Juliana kepadanya? Jadi, sekarang dia bersenang-lenang dengan kekasihnya? Mana boleh kalau begitu? Kenapa semua orang berpaling tadah?

Salwa Maisara. Ah sebuah nama yang indah. Ke mana gadis itu menghilang. Dia pula sengaja menghilangkan dirinya seketika daripada bertentangan mata dengan isterinya itu. hampir-hampir dia tidak mampu mengawal dirinya tadi. kalau dia tidak mampu mengawal tadi dan gadis itu membalasnya dia yakin sudah terjadi sesuatu antara mereka. Nasib baik isterinya itu meronta-ronta. Dia kasihan pula kepada isterinya. Ah, ampunkan aku Ya Allah.

Previous: bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Putri Iman Nasuha