Home Novel Cinta Salwa Maisara
Salwa Maisara
Putri Iman Nasuha
29/5/2014 23:45:35
120,699
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 20

Bab 20

“Awak tidur dengan kekasih awak semalam?” soal Syed Muhammad Budriz setelah dia membuka pintu biliknya dengan susah payah. Matanya sudah macam mahu terkeluar mendengar tuduhan lelaki itu. Siapa yang tidak geram! Ingatkan dia ni perempuan murahan yang bawa lelaki tidur sesuka hati?

Lelaki itu hanya diam macam batu tetapi soalannya boleh memecahkan batu granit. Telinganya pun boleh berdarah. Tidak sedikit pun menolongnya. Hilang pula machonya lelaki ini. Malah sakit hati mendengar soalannya. Adakah dia hendak tidur dengan lelaki lain? Eh, memang tidak patutlah! Patutkah dia hilang maruah hendak tidur dengan lelaki lain yang bukan muhrimnya? Soalnya dalam hati.

“Abang sayang, saya ni masih tahu hal-hal yang berkaitan dengan keagamaan, halal haram, dosa pahala, walaupun saya bukan ustazah! Kenapa abang nak tuduh-tuduh saya macam tu?” soalnya mengembalikan soalan kepada suaminya.

Syed Muhammad Budriz ketawa. Sinis kedengaran suara itu. itu sahaja yang dia tahu. Ketawa dan ketawa. Bukan nak serius!

Sebenarnya dia letih berdampingan dengan lelaki ini, letih kerana sering dituduh yang bukan-bukan. Kalau boleh dia mahu menghindari diri dari lelaki ini namun dia ini umpama mentimun dengan pisau. Menggolek pun luka dan digolek pun luka. Ah, memang dia mentimunlah kalau macam ni!

Kalau dia ceritakan kepada emaknya mengenai hal ini memang emaknya akan menyebelahi suaminya ini. Mesti emaknya akan cakap, syurga seorang isteri terletak di bawah tapak kaki suami! Bukan di bawah tapak kaki emak lagi. Jadi isteri kena taatkan suami dan hormatkan dia! Dia sudah tahu apa yang emakkan akan cakap! Ah, sudahlah!

“Awak ingat abang akan percaya?” soal lelaki itu. Kering sungguh wajah itu. Kering kerana ego dan kesombongannya! Benci betul! Kening tebal itu terangkat dan hidung mancung itu semakin meninggi apabila dirinya dipandang rendah. Alangkah menyakitkan hatinya.

Dia turunkan pandangannya. Malas dia mahu beradu pandang dengan lelaki itu. Mahu sahaja diketuknya lelaki ini namun ketinggiannya yang hanya di paras bahu lelaki ini memungkinkan dia tidak mampu melakukan apapun semahunya. Hanya mencubit lelaki ini dia boleh, dia fikir sendirian. Mahu ketawa pun ada memikirkan dirinya yang kurus dan agak rendah ini.

“Tak percaya sudah! Saya mengaku memang ya! Saya tidur dengan lelaki lain semalam! Apa komen abang! Puas hati kan?” katanya geram kepada lelaki itu. Baru padan mukanya! Asyik menuduh! Lelaki yang sudah duduk di sofa di biliknya ini buntangkan mata dan secepatnya sudah mendekatinya. Malah dia tidak tahu apa yang mahu dilakukan oleh lelaki ini kepadanya.

“Baguslah! Abang akan bunuh lelaki itu kalau abang tahu abang hanya dapat sisa!” aduh, betapa terlukanya hatinya. Dia terasa dirinya seperti barang, barang yang murah! Dia ketawa. Begitu berani dia ketawa! Dia seperti mahu bunuh dirinya pula!

Aduhai! Kenapa dia seberani itu membuat pengakuan di depan suaminya! Memang dia sudah geram! Dia asyik nak jujur dan suaminya asyik tidak mahu percaya! Jadi, apa yang patut dia cakap! Baik kalau dia buat pengakuan berani mati! Lelaki ini sungguh menyakitkan!

“Betul? Abang hanya dapat sisa sekarang ni?” soal lelaki itu lagi sudah memeluk tubuhnya. Menggeletar seluruh tubuhnya. Alangkah tragisnya dia.

Apakah dia akan jawab? Angguk atau geleng? Atau, menangis? Ah, dia tidak mahu dituduh memerangkap lelaki ini dengan air matanya sahaja. Dia tidak akan menangis di sisi lelaki ini. Sakitnya hatinya mengenangkan dirinya yang sudah terperangkap oleh suaminya sendiri begini?

Ah, siapakah sebenarnya lelaki ini? Apakah dia orang terhormat yang menjaga kehormatan diri dan isterinya atau dia ini bukan siapa-siapa? Kenapa emak dan ayahnya percayakan lelaki ini? Aduhai!

“Jawab? Apakah abang hanya dapat sisa?” seperti mahu menjerit suara Syed Muhammad Budriz ditambah lagi dengan wajah bengisnya. Dia masih menjaga maruahnya. Kenapa lelaki harus mahu menanya-nanya akan dirinya. Dia hanya bergurau sahaja tetapi lelaki ini ah, dia sudah ketakutan!

“Abang dah dapat sisa kan?” lelaki itu terus memeluknya sedangkan tubuhnya kaku, sekaku ais batu. Jangan sahaja dia cair sudahlah. Lelaki itu memang tidak tahu malu!

“Abang, jangan buat macam ni, saya tak sedia lagi,” bisiknya perlahan apabila lelaki itu seperti tidak sedarkan dirinya.

“Abang nak tahu benarkah abang dapat sisa?” bisiknya pula. Mata lelaki ini tertutup tetapi tindakannya sudah agak jauh. Tubuhnya ini sudah jadi sasarannya. Bagai banyak sekali peluru yang dimuntahkannya untuk mengganggu tubuh kecilnya ini. Lelaki ini memang menyakitkannya! Telefon di biliknya ini berbunyi. Ah, dia sudah bersyukur. Lelaki ini bagaikan terkejut. Namun masih juga dia mengucup dahinya dan pipinya. Siapa yang mahu?

“Abang, lepaskan saya,” katanya mahu keluar dari bilik ini dengan secepatnya. Dia tidak mahu pihak hotel akan mengenakan bayaran lebih kepadanya. Dia akan menginap di bilik ini selama semalam sahaja. Selepas ini dia akan mencari tempat lain pula.

Bilik ini penuh dengan derita hatinya. Dia bukannya macam lelaki ini. Duitnya penuh dengan kiraan-kiraan. Duitnya memang sukar hendak digunakan kalau untuk bersuka ria. Nasib baik emaknya memberikan wang lebih. Katanya itu memang wang kahwinnya. Dia mana peduli

Telefon terus berdering. Pasti dari kaunter. Pasti mereka mahu tahu sama ada dia terus stay di bilik atau check out. Ya dia mahu check out. Dia tidak mahu pula lelaki ini melakukan sesuatu yang tidak disukainya.

“Abang lepaskan saya, saya nak beritahu saya akan check outpada pukul 12.30 nanti,” katanya termengah. Lelaki ini bagaikan sudah hilang kewarasannya. Sejak tadi lelaki sudah hilang warasnya. Asyik hendak menyakitkan hatinya sahaja!

“Sayang, nanti kita sambung ya. Abang akan teruskan semalam lagi di bilik abang. Abang nak tahu abang dapat sisa atau tidak!” kata lelaki itu dengan suara tegas dan tekad. Dia sakit hati!

Terus dia menjadi gadis yang sangat resah. Resah sekali. Lelaki itu memandangnya dengan pandangan yang sungguh menyakitkannya. Seolah-olah mereka saling jatuh cinta. Padahal mereka saling bermusuhan. Lelaki itu sudah melepaskannya.

Dia terus berlari menjawab telefon. Lelaki itu hanya memerhatikannya dengan pandangan yang sangat romantik dan begitu membuat semakin benci kepada lelaki itu. Sayangnya dia semakin ketakutan. Malah dia seperti berada di tali gantung!

“Helo,” katanya terketar. Lelaki yang memerhatikannya macam mata burung hantu dijelingnya seketika.

“Ya kejap lagi saya akan check out, nanti saya turun ke lobi ya.” katanya kepada pihak hotel. Lelaki yang seperti tidak ada perasaan dan kaku macam dinding itu hanya memerhatikannya. Berdiri macam tunggul di sisinya. Namun tangannya dipegang kejap. Itulah yang dia tidak suka!

“Baiklah, saya akan turun ke kaunter sebentar lagi. Beri saya masa, saya nak berkemas.” Katanya kepada pihak hotel.

Kemudian dia melihat suaminya semula. Mereka beradu pandang lagi. Aduhai, kenapa pula pandangan suaminya ini begitu tajam dan menusuk hatinya? Sepertinya dia jatuh cinta lagi kepada lelaki ini. Ah, tahukah dia yang dirinya sudah jatuh sayang kepada suaminya sendiri? Soalnya dalam hati sedang dia sibuk mengemaskan pakaiannya di dalam bilik air mewah itu. hatinya sempat berkata-kata sendirian. Tetapi sayang, suaminya tidak mencintainya seperti mana dirinya. Dia sedih sekali. Ah hanya mata mereka sahaja yang berbicara.

“Dah siap sayang?” soal suaminya yang sudah membancuh kopinya sendiri. Lelaki itu sudah duduk di sofa itu melayan dirinya sendiri. Dia pula sedang asyik berbicara sendiri di samping berkemas dengan kadar yang sederhana. Sebenarnya hatinya terketar-ketar. Inilah akibatnya kalau dia sudah geram dan terpaksa membuat pengakuan berani mati!

“Err, belum bang, nak kemas peralatan di bilik air lagi, tak nak ada yang terlupa!” katanya perlahan. Dia berjalan keliling bilik itu memerhatikan barang-barangnya kalau-kalau ada yang dia terlupa. Hanya kedengaran suara televisyen sahaja di antara mereka.

“Lambatnya! Kalau nak kemas pakaian abang lagi, tentu lebih lama! Lepas ni kena kemaskan barang abang pula ya sayang!” kata lelaki itu. Apakah dia berseloroh? Apakah dirinya ini pula tersalah dengar dengan kata-kata lelaki itu? Apakah yang dia mahu sebenarnya?

Takkan dia pula hendak mengemaskan pakaian lelaki itu? Tetapi kalau dia ingat tazkirah emaknya, mengemas pakaian suami itu akan dapat pahala. Dia tidak mahu pahala? Err, mahu tetapi dia tahu lelaki ini tidak dapat menerima dirinya sebagai isteri, jadi takkan dia hendak terhegeh-hegeh pula kan!

“Bukankah sayang meminta tempoh masa setengah jam tadi untuk kita menyelesaikan masalah kita,” dia bagaikan mahu mati. Sekelip mata sahaja suaminya sudah membisikkan sesuatu di telinganya. Secepatnya pula lelaki ini sudah di sisinya dan dia terkedu malah terkaku bagaikan menanti maut.

Ah, kenapa lelaki ini terlalu kejam kepada dirinya. Dia pandang suaminya dan cuba menjauhi lelaki itu. Syed Muhammad Budriz semakin mendekatinya. Semakin berdebar dadanya. Semakin sejuk seluruh tubuhnya. Kalau lah dia mampu pergi dari sini secara ghaib alangkah baiknya!

“Taklah!” katanya terus-terang. Dia tidak mungkin akan memberikan sesuatu yang dia jaga selama ini. Dia sanggup bertahan dan melawan. Nanti kalau dia sudah tidak ada apa-apa dan tiba-tiba dia ditinggalkan apa yang akan tinggal untuknya? Kekecewaan? Kematian semangat? Atau, ketandusan kasih sayang? Ah, susah dia mahu cakap!

“Jadi, untuk apa setengah jam tu? Barang sayang ni bukannya banyak!” kata lelaki ini yang masih memegang pinggangnya dan pandangannya tunak memandangnya. Aduh, kalau mereka saling jatuh cinta sudah lama dia balas pelukan lelaki ini.

Namun ia tidak begitu, dia pasti! Ia tidak akan menjadi semudah itu antara mereka! Dia lihat lelaki ini suka memperkotak-katikkan gadis sepertinya. Dia tahu akan hal itu. tengok dari caranya pun dia tahu. Lelaki ini kaku dan beku, malah seperti membenci dirinya dan memandang rendah darjatnya!

“Abang banyak lagi saya kena kemas!” katanya berdalih.

“Sayang bukannya cleaner!” kata suaminya ini. dia buntangkan mata. Memang dia bukannya tukang bersihkan bilik tetapi takkan dia hendak biarkan bilik ini bersepah di sana sini! Malu lah pula dia hendak biarkan biliknya ini bersepah. Nanti apa pula kata mereka. Dia mana biasa hendak buat begini!

“Abang boleh tak jangan ganggu saya? Lepaskan tangan abang tu!” soalnya. Lelaki itu ketawa.

“Tak nak! Abang takkan lepaskan sayang!” kata lelaki itu menunjukkan degilnya. Bencinya dia kepada lelaki degil ini.

“Abang, please...” katanya dengan pandangan sayu kepada lelaki ini. lelaki itu tersengih. Ah, dia sengih pun kelihatan cukup menawan. Berdebar-debar dadanya. Inilah sikapnya yang dia sendiri tidak suka. Dia sendiri cepat perasan! Macamlah suaminya ini cintakan dan sayangkan dia. dia tahu lelaki itu hanya touch and godalam hidupnya. Itulah sebabnya dia sangat berhati-hati.

“Sayang takut?” soalnya. Dia cepat-cepat angguk. Memang dia takut dengan bisikan manja lelaki itu. Dia tidak pernah berperlakuan begini. Mahu sahaja dia larikan diri.

“Tahu takut?” soal lelaki itu. Dia mengangguk. Namun tangannya tidak dilepaskan. Lelaki itu tetap memeluknya.

“Kita balik KL nak dan pergi berbulan madu nak?” bisik lelaki ini membuatkan dia mahu menangis. Walaupun betapa tingginya rasa perasannya kepada lelaki ini namun dia tetap tidak mahu hendak mengikat kasih dengan suaminya ini.

“Suka hati abanglah!” dia terbayang emaknya. Pasti emaknya gembira kalau dia balik melawat emaknya di kampung. Tetapi mahukah lelaki ini membawanya balik ke kampungnya? Pasti lelaki itu akan membawanya ke Kuala Lumpur sahaja. Pasti lelaki ini tidak biasa dengan kehidupan kampungnya macam dirinya. Ah, lupakanlah hasrat itu. Bisiknya sendiri.

“Oklah. Abang dah beli tiket sebenarnya. Esok petang kita balik.” Kata lelaki itu. Dia pelik.

“Hari ni tak boleh balik?” soalnya. Malam ini mereka di mana? Takkan nak duduk di bilik bagaikan neraka ini? soalnya dalam hati.

“Malam ni kita di sini, berbulan madu!” kata lelaki itu. Dia rasa tidak selesa.

“Bukankah saya ni bukan taste abang! Kenapa pula nak berbulan madu dengan saya!” katanya menjawab dan sekurang-kurangnya dia mengingatkan lelaki itu tentang perasaannya. Jangan main terjah sahaja!

“Suka hatilah! Taste atau taste, kita masih boleh buat sesuatu kan?” kata-kata itu membuatkan tubuhnya menggeletar. Ah kenapa lelaki ini suka menakutkannya?

Dia tahu bagaimana sikap suaminya ini. Lagipun dia belum cukup mengenali lelaki ini. Seharusnya dia berhati-hati dan tidak semestinya dia mahu menerima apa-apa usul daripada lelaki ini. Dia tahu suaminya ini bergurau. Dia tahu Syed Muhammad Budriz mahu mengujinya. Kalau sudah diuji begini, dia sepatutnya mempertahankan nasibnya.

“Abang, saya nak masuk ke dalam bilik air kejap.” Katanya dengan mata tunak dan memohon agar suaminya ini melepaskannya sekarang juga. Menggeletar tubuhnya ini. Niatnya hendak mengemas barang-barangnya di bilik air seperti terbengkalai. Lelaki ini suka buat hal kepadanya.

“Kita mandi sama-sama sayang,” pinta lelaki itu menatap matanya. Dia menutup matanya bagi menutup kesedihan dan ketakutannya. Dia menggeleng-geleng.

“Lihat mata abang sayang!” kata lelaki itu apabila dia cuba menutup matanya. Kenapa lelaki ini tiba-tiba bersayang-sayang kepadanya? Apakah dia sudah sasau?

Dia tidak sanggup hendak membuka matanya dan bertentangan mata dengan lelaki itu. Benar dia tidak sanggup hendak menentang mata cukup redup dengan tangan masih di pinggangnya ini. Tuhan, tolonglah aku!

“Saya tak nak mandi bang! Baru aje saya mandi tadi! lagipun... kan pihak hotel nak suruh saya keluar...” katanya tersekat-sekat. Memang benar dia baru sahaja mandi tadi. Takkan dia nak mandi berulang kali. Sejuk!

“Kita kena mandi wajib kan sayang!” kata lelaki itu membisik lagi di telinganya. Terbuntang resah matanya. Kenapa lelaki ini suka membuat onar kepada dirinya? Alangkah selamatnya dia semalam selepas suaminya ini melepaskan dia menaiki teksi sendirian. Alangkah baiknya kalau dia terus balik ke rumah sewanya. Tentu dia sudah selamat. Inilah balasannya kalau sendiri ini suka-suka hati mahu tinggal di hotel sendirian dan mahu lari dari kawan baiknya Rosnah! Alangkah menyesalnya dia. Dia memang sudah mandi tadi. Kenapa lelaki ini tidak faham? Atau sengaja tidak mahu faham?

“Tak nak! Abang mandi sendirilah!” katanya. Dia sudah mandi di bilik air di biliknya ini tadi. Buat apa dia hendak mandi berkali-kali. Namun dia diamkan.

“Takkan tak nak mandi! Ayuh sayang, kita mandi dulu! Kalau pihak hotel nak kenakan bayaran lebih pun tak pe, nanti abang settle!” kata lelaki itu yang sudah menarik tangannya ke bilik air di biliknya itu. Air di dalam kolam mini dibuka dan cuba dipenuhkan. Dia menutup matanya dan berharap agar hal ini hanyalah ilusi semata-mata. Dia buka matanya dan suaminya masih terpacak agam di depannya. Aduhai!

“Kita mandi ya sayang. Abang pun dah naik rimas pula!” kata lelaki itu. Dia terpaksa menurut. Kalau dia dipaksa dan ditarik tangannya? Macam mana? Jadi lebih baik dia ikut sahaja ke mana lelaki ini membawa dia. Akhirnya dia angguk.

“Begitulah isteri yang baik dan jujur,” merah membahang mukanya. Lelaki ini memang suka memaksa-maksanya.

“Hmmm,” dia membayangkan bagaimana mereka akan mandi bersama. Dia hendak ke luar pula. Tangannya segera ditarik.

“Sayang nak ke mana?” bisik suaminya. Pandangan tajam itu meresahkannya.

“Nak ambil kain sarung,” lelaki yang sudah membuka bajunya itu tersengih. Sungguh nakal lelaki ini. Suka memaksa dan selalu membuat onar dalam dirinya. Kalau lah dia mampu melawan!

“Buat apa kain?” soalnya pura-pura tidak tahu. Dia diam. Mahu menangis pun ada. Dia tutup matanya apabila suaminya sudah membawa tangannya agar dia membuka butang-butang baju suaminya itu. Aduh terpaksa pula dia membuka butang baju lelaki itu. Dengan terketar-ketar dia membuka butang baju itu.

Terlihat dada bidang suaminya dan dia menutup matanya perlahan-lahan. Air matanya sudah mengalir bagaikan air sungai mengalir deras ke muara. Kalau lah lelaki ini mahu faham akan perasaannya, alangkah baiknya! Dia mahu sahaja balik ke rumah sewanya, sayangnya dia tidak berdaya!

“Sayang buka mata!” arah suaminya. Dia terpaksa membuka matanya. Suaminya terus sahaja memeluknya. Sakitnya hatinya. Hendak menangis pun ada.

Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Putri Iman Nasuha