Home Novel Cinta Salwa Maisara
Salwa Maisara
Putri Iman Nasuha
29/5/2014 23:45:35
118,988
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 9

Bab 9

“Apa sudah jadi ni Sulaiman?” Sulaiman garu kepala apabila ditanya mengenai bilik pejabatnya yang sudah digeledah. Sulaiman sudah menyusun separuh daripada fail-fail yang bertimbun di atas mejanya itu. Separuh lagi masih di sekeliling mejanya. Apa yang menjadi tanda tanyanya ialah tidak ada kesan-kesan bilik itu dirosakkan. Apakah ini perbuatan orang dalam? Soalnya dalam hati. Perasaannya tidak tenang sejak diberitahu mengenai kejadian pecah masuk ini. ahu sahaja semalam dia terbang ke sini.

Namun, acara penting dalam hidupnya yang telah diatur oleh ibu bapanya terpaksa juga diturutinya. Jika ikutkan hatinya yang geram, dia tidak akan mengikuti kemahuan ibu bapanya yang menjodohkannya seperti perkahwinan orang tua dulu-dulu. Zaman moden ini apakah kahwin atas telunjuk ibu bapa masih ada? Soalnya mengenang perkahwinannya yang baru berlangsung.

“Tak tahu bos, saya hanya diberitahu oleh pengawal keselamatan, ada alarm di bilik bos ini berbunyi.” Kata Sulaiman menerangkannya. Berkerut dahinya. Terbang separuh semangatnya. Dia tenung anak mata nakal pembantunya itu. Namun dia tidak mendapat jawapannya di situ. Dia tidak dapat mempercayai sesiapa dalam hal ini.

“Aku tahu ni kerja orang dalam,” katanya membuat andaian.

“Kita kena siasat bos,” dia angguk. Mukanya masih masam.

“Aku tahu ini kerja orang dalam! Siapa yang ada pegang kunci bilik aku? Siapa?” soalnya macam orang histeria. Sulaiman menggeleng. Dia juga tidak ada memegang kunci bilik majikannya ini.

“Sejak akhir-akhir ini kita memang banyak pesaing bos,” Syed Budriz renung mata Sulaiman. Bagai direnggut jiwanya.

“Siapa beritahu kau hal ni?” soalnya dengan nada sinis. Tidak ada sesiapa yang dipercayainya sekarang. Sulaiman berjalan-jalan di sekitar pejabat ketuanya itu. Bagi Sulaiman, bos barunya ini agak garang berbanding dengan ayahnya Datuk Badaruddin yang agak baik hati.

“Err,pemerhatian saya saja bos, saya pun tak sure lagi” kata Sulaiman. Dia menyengih memandang Sulaiman.

“Ini yang aku tak suka! Kau selalu nak berahsia dengan aku! Kau bukan nak beritahu apa yang sedang berlaku!” katanya. Sulaiman menggeleng. Selama ini memang Sulaiman orang kepercayaannya di pejabatnya ini. Sulaiman adalah sepupunya yang agak jauh dan dihantar ke sini semata-mata untuk membantunya mengendalikan syarikatnya di sini oleh papanya.

“Maafkan saya bos,” kata Sulaiman. Dia menyengih lagi. Asyik-asyik nak minta maaf.

“Mungkin saya agak sibuk ke Kuala Lumpur sejak akhir-akhir ini. Ini papa punya fasal, nak sangat buat rancangan dia!” bentak Syed Budriz menyalahkan papanya pula. Papanya pula seperti kehabisan perempuan yang hendak dijodohkan dengannya. Perempuan yang kampungan juga yang diberikan kepadanya. Kalau Juliana lainlah! Sulaiman hanya tersengih. Dia sudah tahu apa yang berlaku kepada sepupunya itu. Dia hanya mendiamkan diri.

“Nanti kita buat jamuan sikit bos,” kata Sulaiman memberikan cadangan. Berkerut dahinya.

“Jamuan apa pula?” soalnya rasa pelik. Sulaiman sengih lagi.

“Jamuan untuk sambut isteri bos dan kenalkan dengan staf-staf kita di sini,” kata Sulaiman. Berderau darahnya mendengar cadangan itu.

“No! No! Aku takkan buat macam tu! Perempuan kampung tak guna yang papa nak aku buat bini! Memang aku tak naklah Man!” katanya terlajak kata. Sulaiman berasa pelik.

Kalau di depan papanya bukan main lagi dia diam dan mengangguk-angguk. Tetapi kalau di belakang papanya, bukan main lagi dia memburukkan papa dan isteri yang baru dinikahinya. Hairan dia. apakah ada perjanjian di sebalik pernikahan? Maksudnya, perjanjian antara Syed Budriz dan papanya Syed Badaruddin? Sulaiman tidak tahu dan tidak mahu tahu.

“Sabar bos,kena selalu bersyukur dengan apa yang kita ada!” kata Sulaiman. Marak mata Syed Budriz.

“Eh, aku mahu kau cari cara penyelesaian bukan cari cara aku nak kenalkan kamu dengan budak kampung tu!” katanya geram dengan kata-kata Sulaiman. Sulaiman ketawa kecil.

“Kita upah penyiasat bos,” kata Sulaiman.

“Kau senanglah cakap! Tapi benda yang orang curi tu projek baru, projek besar di Indah Mesra, kau tahu?” katanya mencerlungkan matanya ke arah Sulaiman yang agak kurus itu. sulaiman angguk. Memang dia tahu. Proposal itu memang penting.

“Kita siasat sendiri bos,” kata Sulaiman pula. dia menggeleng. Dia hanya mahu tahu keadaan pejabatnya. Malam ini dia akan memikir lagi. Apakah yang sepatutnya dilakukannya? Dia juga harus memaklumkan dengan papanya di Kuala Lumpur.

“Esok kita bincang!” katanya. Sulaiman pula kerut kening nipisnya. Apa yang terjadi? Soalnya hairan.

“Esok Ahad bos,” kata Sulaiman. Dia tajamkan mata ke arah Sulaiman. Hairan dia. Apakah pekerjanya ini malas atau sengaja nak curi tulang? Bukankah dia boleh berikan overtime? Berapa sahaja dia mahu dia akan bayar.

Ah, mungkin dia mahu bersama dengan anak dan isterinya. Dia? ah, susah! Dia belum mahu tumpukan komitmen terhadapa isteri yang dia nikahi. Dia masih mahu enjoy! Jadi, persoalannya dengan Salwa Maisara harus diketepikan dahulu. Dia tidak mahu terikat. Dia masih muda. Setahunya gadis itu juga masih muda. Setahunya, ibu bapa mereka tidak akan tahu apa yang mereka buat di sini. Ibu bapa mereka jauh di Kuala Lumpur. Itu yang agak melegakannya. Itu yang dia suka. Jangan sahaja ibu bapa mereka tiba-tiba datang ke Kota Kinabalu dan membuat spotcheck ke atas mereka!

Memang kantoi! Ah, mudah-mudahan tidak, doanya.

“Datang esok ya, aku tambahkan lagi elaun kau,” katanya. Sulaiman sudah buka senyuman manis.

“Isteri saya bos,” katanya. Matanya membulat, macam harimau mahu menelan mangsa pun ada. Sulaiman seperti tikus di depannya.

“Kenapa isteri kau?” soalnya tidak puas hati. Inilah yang dia tidak suka kalau sudah beristeri. Isteri seperti tali yang akan mengikatnya ke mana-mana dia hendak pergi. Jadi, dia belum bersedia hendak menikah. Dia sudah memaklumkan kepada isterinya yang dia mahu hidup asing-asing. Jika tidak setuju, dia mahu juga isterinya setuju. Setuju dalam paksa!

“Isteri saya sarat mengandung bos, tak sabar nak tengok anak kami keluar. Bos tak teringin ada anak?” soalnya perlahan. Tersentak dia. Kelat wajahnya.Isterinya entah di manakah rumah sewanya? Dia menggeleng. Dia belum mahu ada anak tetapi dia sudah ada isteri walaupun mereka bersetuju untuk tinggal asing-asing. Akhirnya dia menggeleng.

“Belum, aku belum mahu ada anak!” katanya dengan jawapan yang sungguh angkuh. Bulat mata Sulaiman.

“Betul? Kahwin tetapi tak nak anak? Peliknya!” kata Sulaiman mengkritik ketuanya secara terang-terangan. Dia selamba. Memang dia tidak mahu anak kalau dengan isteri kampungannya itu. Dia belum mahu!

“Aku tahu lah apa aku nak buat! Kau jangan sibuk boleh?” pintanya. Sulaiman mengangguk. Faham dengan kerenah sepupunya yang agak pelik dan ego itu.

Dia juga belum mengumumkan kepada semua pekerjanya yang dia sudah menukar status dirinya. Ah, leceh! Nanti semua orang terkejut yang isterinya bukan Natalia, kekasihnya.

“Ah, aku tahu sangat perempuan, kalau banyak duit kau banyaklah sayang dia!” katanya membuat anggapan kepada perempuan. Sulaiman tersengih dan menggeleng.

“Tak semua perempuan begitu bos! Kena cari yang beriman dan baik keturunannya!” katanya. Dia tenung lagi wajah kering itu. Pandai pula sayangkan isteri?

Dia? tinggal asing-asing dan isterinya disuruh balik sendiri! Lelaki apa dia ni? Ah, dia tidak mahu sakit kepala memikirkan isteri yang baru dinikahinya itu. Dia tahu gadis itu juga tidak mahu komitmen yang banyak buat masa ini. Biarlah dia dulu. Katanya memujuk hati, menyejukkan jiwanya yang resah.

“Kenapa pula kau tak setuju? Kau tak setuju kalau aku cakap perempuan sekarang mata duitan?” Sulaiman geleng. Isterinya Mardina dikecualikan. Selama ini dia senang dan susah, isterinya tetap sabar dengan apa juga rintangan dan dugaan rumah tangga mereka. Jadi dia tidak mahu buat dosa kering malam-malam begini. Lebih baik dia puji isterinya ada lagi pahalanya.

“Kena pandailah pilih bos,” katanya. Sulaiman macam memperlinya pula. ah, dia sedar Natalia memang mata duitan. Pantang dibawa bershopping memang habis beribu-ribu duitnya. Isterinya? Ah, terbayang lagi wajah ayu dan kusut itu. Tak sesen pun dia berikan wang belanja tadi. Suami apakah dia ini?

“Nanti-nantilah aku belajar pilih isteri tu! Sekarang ni aku nak kita siasat apa yang pencuri tu mahu!” katanya. Sulaiman mengangguk.

“Saya akan cuba datang esok bos, ketua-ketua jabatan yang lain bos panggil?” marak matanya. dia geleng. Benda yang agak kecil ini sebenarnya besar di mata umum. Dia tidak mahu memaklumkan hal ini kepada semua pegawai atasannya. Cukuplah Sulaiman, Ketua Jabatannya di bahagian Kewangan dan Tender. Yang lain-lain, biarlah tidak tahu.

“Kita berdua saja!” katanya. Sulaiman angguk.

“Kau datang tak ni?” soalnya.

“Saya cubalah bos.” Katanya. Macam sugul wajah itu. Mungkin dia sudah berjanji dengan isterinya itu akan membawanya ke mana-mana. Dia tidak tahu!

“Bagus! Beritahu isteri awak, saya utamakan kerjasama awak,” katanya. Sulaiman angguk.

“Ya bos.” Kata Sulaiman lemah. Sebenarnya dia ada janji dengan isterinya. Dia ingat ketuanya ini akan balik pada minggu hadapan, rupanya tidak. Akhirnya janjinya ditangguhkan lagi.

“Kau boleh balik.” Katanya seperti menghalau. Sulaiman angkat kaki. Dia mahu segera sampai ke rumahnya.

“Terima kasih bos. Bos bagaimana? Kereta ada di sini?” Kata Sulaiman. Dia picit dahi. Dia terlupa pula. dia datang tadi dengan menaiki teksi limosin dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

“Tak apa, pandailah saya nak balik!” katanya perlahan. Dia masih duduk di sofa empuknya. Dia memikir-mikir. Natalia Juliana tiba-tiba tidak dapat menemuinya. Ke mana gadis itu? Dia hubungi berkali-kali tetapi gadis itu tidak dapat dihubungi. Inilah padahnya kalau balik tergesa-gesa. Baik-baik dia pandang wajah ayu isterinya yang macam Erra Fazira, sekarang dia terpaksa pandang wajah kurus Sulaiman pula.

“Man! Man!” panggilnya. Sulaiman sudah di hujung pintu.

“Ya bos?” Sulaiman mendekati Syed Budriz itu.

“Aku tumpang kau ke hotel. Aku malas balik ke rumah malam ini!” katanya tiba-tiba memikirkan kepalanya yang sarat dengan masalah.

“Boleh bah kalau kau bos!” katanya berseloroh. Dia ketawa.

“Err, aku nak turun tengok keindahan pantai esok. Aku nak ke Tanjung Aru Resort,” katanya. Sulaiman mengangguk.

“Marilah bos, saya hantarkan.” dia terus mengambil beg hitamnya.

“Saya belum makan,” katanya meramas perutnya.

“Dah lewat ni bos,” kata Sulaiman yang memikirkan tanggungjawabnya.

“Kita singgah makan dulu, di Atlantis Seafood,” arahnya. Sulaiman terpaksa angguk.

“Aku belanja, kau jangan susah hati,” Sulaiman pandang jam tangannya. Sudah hampir jam 10.00 malam. Harap-harap restoran itu masih buka.

“Saya tak kisah bos,” kata Sulaiman. Akhirnya kereta Proton Preve Sulaiman meluncur laju Restoran Atlantis Seafood.

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Putri Iman Nasuha