Home Novel Cinta Salwa Maisara
Salwa Maisara
Putri Iman Nasuha
29/5/2014 23:45:35
120,707
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 21

Bab 21


“Jadi izinkan saya keluar dari sini bang,” pintanya dengan jujur. Dia bukan meminta talak tetapi dia meminta agar suaminya menunaikan perjanjian mereka agar mereka hidup asing-asing pada permulaan ini.

Dia belum bersedia hendak menjadi isteri dalam erti kata yang sebenarnya. Izinkan dia murnikan perasaan gawat yang terlampau gawat dengan kehadiran lelaki yang dirasakan terlalu cepat ini.

Dia tidak betah berlama-lama di sisi lelaki ini. Namun dia memang suka melihat wajah selamba suaminya ini, wajah asuh tidak acuh, wajah bengis dan sesekali menjelingnya dalam diam. Namun dia tidak tahu apa di hati lelaki itu.

“Aku takkan benarkan kau keluar dari sini selama-lamanya!” katanya berkata seperti seorang raja yang kejam! Dia terkejut. Apa yang lelaki ini hendak buat kepadanya? Bukankah dia sudah setuju buat masa ini mereka akan tinggal asing-asing? Kenapa lelaki ini sudah tukar fikiran? Dia memang agak geram dengan sikap lelaki ini. Suka benar menukar arah. Apakah arah haluan suami isteri mereka akan berubah juga? Aduh! Kenapa begini?

“Bang, bukankah abang nak kita tinggal asing-asing? Kenapa pula tak benarkan saya keluar dari sini pula?” soalnya. Suaminya sibuk dengan laptopnya. Sesekali sibuk bercakap di telefonnya. Entah siapa yang dihubunginya pada waktu begini. Sepatutnya hari ini sudah hari Ahad tetapi lelaki ini tidak pun sibuk hendak ke mana-mana. Apakah dia tidak ada hal di pejabatnya? Bukankah dia balik ke sini kerana urusan pejabatnya yang penting? Kenapa pula dia seperti tidak ada urusan? Apakah benar tidak ada urusan?

Atau, lelaki ini sudah tidak percayakan dirinya dan melupakan semua urusannya? Soalnya berteka-teki dengan tingkah laku suaminya yang agak pelik ini. Matanya melihat ke televisyen tetapi hatinya wallahu alam, Tuhan sahaja yang tahu. Penuh simpang siur memikirkan lelaki berwajah serius iras Remy Isyak dengan kulit yang agak putih macho ini. Kalau lelaki ini mengasihinya, dia seribu kali mengasihi suaminya ini.

Namun dia tahu lelaki ini tidak mahu menerimanya. Lelaki ini kahwin dipaksa oleh keluarganya. Keluarga lelaki ini amat mementingkan agama dalam kehidupan mereka. Tetapi kenapa lelaki ini seperti mengabaikan urusan agamanya pula? Soalnya sendiri. Masih lagi dia berbicara dalam diam.

“Sudah! Jangan nak buat hal dengan abang! Awak takkan saya izinkan ke mana-mana lagi! Kecuali ambil barang di rumah sewa awak nanti!” kata lelaki itu seperti bom mengebom di kepalanya. Alangkah kejamnya kata-katanya itu. Kenapa dia tidak dilepaskan sahaja seperti mana dia hari pertama pernikahan mereka. Dia dilepaskan dengan penuh kegembiraan? Kenapa hari ini dia dikurung pula? Apakah dia pesalah? Atau, dia didera? Syed Muhammad Budriz, tolong lepaskan dia!

“Kenapa pula begitu bang? Bukankah kita nak tinggal asing-asing? Kenapa pula abang nak kurung saya?” dia mendesak lagi suaminya agar dia dilepaskan kembali ke rumah sewanya bersama Rosnah semula. Namun dia melihat lelaki itu menggeleng berkali-kali. Wajah tampan itu sudah menjadi bengis. Alangkah tidak cerianya dia menyambut wajah lelaki itu.

“Awak dah tahu jawapannya sayang!” kata lelaki itu. Cukup kaku wajah itu. Benci sungguh dia dengan kerekter suaminya yang baru dinikahinya ini.

“Saya tak nak!” katanya cuba berdegil. Mata kuyu lelaki itu sudah menjadi seperti mata harimau yang siaga hendak menangkap mangsa. Benci sungguh dengan mata itu. Alangkah baiknya kalau dia boleh lenyapkan wajahnya saat ini juga?

“Awak nak degil kat abang, err sayang? Nak degil lagi? Ada hadiah tahu kalau semakin degil! Nak tahu apa hadiahnya?” soal lelaki itu. Dari langkah lelaki itu dia tahu lelaki itu hendak mendekatinya. Apakah yang hendak dilakukan kepada dirinya lagi? Ah, dia tidak mahu menjadi seperti tadi. dia mahu melawan kalau lelaki berbuat sesuatu yang dia tidak suka.

“Tak nak! Saya tak nak apa-apa dari awak!” katanya terketar-ketar apabila lelaki itu sudah memeluk pinggang kecilnya. Dia menolak-nolak tangan itu sekuat hatinya. Dia menutup matanya. didengarnya lelaki itu ketawa. Ketawanya dekat dengan wajahnya. Nafas hangat lelaki itu terasa menampar wajahnya. Alangkah menyakitkan hatinya. Mahu sahaja dia cubit lelaki itu, dia tidak peduli. Namun dia masih ada kewarasan. Dia tahu lelaki ini tidak suka dia dicabar-cabar. Dia benci lelaki ini sejak dia ah, malunya dia hendak mengingati perbuatan lelaki ini.

“Awak tak nak?” soal lelaki itu berbisik di telinganya. Dia menggeleng. Memang dia tidak mahu apa-apa.

“Berbaris orang hendakkan abang tahu tak?” soal lelaki itu. Dia tidak peduli. Walaupun 100 atau 1000 gadis yang datang kepada suaminya dia tidak mahu peduli. Apa yang penting dirinya dilepaskan!

“Saya tak peduli!” katanya perlahan. Nafasnya tersekat-sekat oleh perbuatan suaminya ini.

“Tak peduli?” soal lelaki itu. Dia angguk. Mahu sahaja dia menangis melihat perbuatan lelaki ini. Sungguh dia tidak suka.

“Ya saya tak peduli! Abang banyak wang! Suka hati abang nak buat apa. Saya tak mampu nak halang!” katanya. Lelaki itu ketawa.

“Sayang, sayang isteri abang, kenapa sayang tak nak buat sesuatu agar 1000 gadis yang datang tidak mampu merampas abang dari sayang.” Kata lelaki itu bertambah menyakiti hatinya. Masam mukanya.

1000 gadis konon! Macam kasanova! Adakah lelaki ini kasanova? Playboy yang punya banyak kekasih? Keliling pinggang sehingga dia terlalu terkenal di kalangan para gadis di luar sana? Ah, tidak mungkin!

“Abang, saya tak berapa tahu mengenai diri abang. Kalau memang abang nak sesiapa pun di hati abang, saya tak mampu nak halang! Apa yang penting, lepaskan saya!” katanya berterus-terang kepada suaminya ini. Memang benar dia tidak tahu bagaimana hendak menghalang suaminya. Kalau memang diah hendak bernikah satu lagi, dia siapa?

“Sayang ni suka mengalah!” kata suaminya lagi. Terbuntang matanya. tangan lelaki itu masih di pinggangnya. Lelaki itu menatap wajahnya dan menatap penuh perasaan. Perasaan apa, dia tidak tahu.

“Bukan suka mengalah. Antara kita belum hadir sayang atau cinta, jadi abang boleh buat apa sahaja sekarang sebelum hadirnya apa-apa perasaan antara kita. Kalau dah hadir sesuatu, jangan harap saya akan lepaskan. Tetapi kerana kita tak ada apa-apa perasaan dan hanya ada ikatan suci ini, maka dipersilaakan jika abang nak tambah kuota!” katanya berterus-terang. Lelaki itu ketawa.

Bagaimanapun dia terlihat wajah itu kelat dan mungkin juga cuak. Mungkin suaminya tidak gembira dengan jawapannya. Ada dia peduli? Dia hanya bercakap yang benar sahaja!

“Ah, awak sengaja nak buat hal ya dengan abang sayang?” soal lelaki itu kepadanya. Ada dia kisah? Tapi kalau lelaki itu mempengapa-apakannya, siapa yang akan kisah? Aduhai, dia pandang wajah lelaki yang sedang memandangnya dengan pandangan penuh makna itu dengan penuh perhatian. Apakah dia perlu mohon maaf? Ah, tidak! Sepatutnya lelaki itu yang perlu mohon maaf sebab tidak melepaskan dia keluar dari biliknya ini.

“Abang, saya minta secara baik, saya nak semula kita tinggal asing-asing bang!” pintanya semula. Lelaki itu menggeleng-geleng lagi. Matanya tajam menikam kalbu namun ditahannya perasaan debar yang mengganggunya sejak tadi. Kalau diikutkan marahnya mahu sahaja dia lari dari bilik ini! Biar padan muka suaminya!

“Jangan nak cari pasal dengan abang! Kalau awak depan abang, senanglah abang nak jawab dengan mak dan ayah sayang. Kalau tak, apa yang saya nak jawab? Baru pagi tadi papa abang telefon abang tanyakan hal mengenai sayang. Sekarang sayang nak pergi lagi? Oh, tidak. Sayang jangan nak buat hal! Sayang lupakan dulu hal abang nak tambah isteri tu! Nanti kalau kita tak serasi, baru abang fikirkan hal itu!” kata suaminya dengan bersungguh-sungguh. Mahu sahaja dia menangis. Tadi dia rasa dia ada harapan lagi. Sekarang harapan itu sudah musnah. Musnah sama sekali.

“Abang, mak dan ayah saya tu pandai-pandailah saya nak jawab!” katanya. Berdebaran dadanya saat pandangan mereka bersatu.

Ah, lelaki ini sejak kali pertama mereka bertemu, dia memang sudah menyimpan harapan, harapan hendak hidup bersama. Tetapi apabila lelaki ini hendak tinggal asing-asing dengannya, perasaan kasihnya terus hilang, dan hormatnya kepada lelaki ini bagaikan kabut ditelan matahari. Hilang semuanya! Tetapi kenapa pula sekarang dia mahu kembali bersama dengannya?

“Sudahlah sayang! Janganlah nak banyak alasan dengan abang! Abang tak suka! Kalau boleh tolong abang! Kalau mama dan papa abang datang sini,kat mana abang nak cari sayang?” katanya lagi. Dia sudah meluat.

“Janganlah bersayang-sayang dengan saya! Saya memang tak nak dipanggil begitu. Panggil Salwa sudah cukup bang!” katanya kepada suaminya itu. Lelaki itu masih memeluk pinggangnya. Ah, debaran dadanya bagaikan gendang dipalu sekuat hatinya.

“Sayang, sayang takkan ubah panggilan abang ini sekalipun sayang nak kembali kepada kekasih sayang tu!” kata suaminya membuatkan matanya hampir terbeliak.

“Saya nak balik kepada kekasih? Saya mana ada kekasih bang!” hampir dia menjerit.

“Sudahlah! Jangan nak mimpilah awak terpisah dengan abang semula. Kita akan tinggal di kondominium abang. Dan jangan sesekali cuba melarikan diri sebab abang akan beri sayang seorang pemandu yang akan menghantar dan menjemput sayang ketika kerja!” kata suaminya yang sudah hampir muktamad. Sakit hatinya.

“Abang, tolonglah bang! Saya merayu kat abang! Tinggal dengan abang saya okay tapi kalau nak beri saya pemandu, saya tak nak! Saya ada kereta sendiri bang!” katanya. Mahu merayu pun ada. Lelaki itu ketawa kecil.

“Okay, fine. Sayang. Abang memang suka dengan permintaan sayang tu. Deal ok!” kata suaminya melepaskannya.

“Ya.” Katanya.

“Kalau abang nampak lagi sayang dengan kekasih sayang tu macam mana? What will we do?” soal lelaki itu perlahan. Pandangan matanya macam mata panah yang sedang memanah tepat ke anak matanya. Mahu sahaja dia cucuk mata tajam menikam sukmanya itu.

It’s up to you!” katanya dengan angkuh. Terbuntang mata suaminya.

“Benar?” soal suaminya. Dia sendiri angguk.

“Bagus, kalau ada apa-apa terjadi kepada awak, jangan nak buat hal pula ya!” kata lelaki itu. Dia sedikit ketakutan pula. Lelaki ini memang tidak dapat digertak. Kalau ada berlaku sesuatu kepada dirinya, apa yang dia hendak buat? Soalnya sendiri!

Ah, pasrah ajelah!

Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Putri Iman Nasuha