Home Novel Cinta Hanya Untuk Dia
Hanya Untuk Dia
Nurul Izah
12/9/2013 13:29:22
70,304
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Beli Sekarang
Bab 12

Aku terima sejambak mawar merah!


Mawar merah ku pandang sepi,

Argh.. betapa aku merindui

betapa mekar mewangi seperti kelopak mawar yang berseri

Mengharap cinta yang sejati,

mengharap kasih yang suci

pada yang sentiasa mengingati

tapi aku sedar,

layakkah aku menagih kembali

kasih yang telah lama pergi


aku sedar

aku hanya debu yang datang

tiada yang indah untuk di pandang


andainya kau tahu apa yang ada di dalam hati

andainya kau mengerti aku masih menanti


Aku berpaling

sakit hati melihat indahnya bunga yang berseri

sakit dengan cinta yang tiada erti lagi

biarlah.....biarlah ia berlalu pergi

 


Tiada satu pun emel dari Azmi. Argh... aku terlalu merindui suaranya walaupun aku benci bila mendengarnya. Mungkin hanya aku yang merindui segala sedangkan dia tidak merasakan apapun. Lagipun dua belas tahun berlalu, pastinya banyak yang berubah. Begitu juga dengan hati. Tiada lelaki yang mampu menunggu seseorang sampai berpuluh tahun lamanya. Sedangkan suami yang kematian isteri pasti akan cari pengganti, inikan pula sekadar ikatan yang belum pasti. Biarlah masa berlalu pergi, begitu juga aku akan pergi meninggalkan tempat ini sekali lagi...


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.