Aku masih
merenung sekeping kertas di tanganku. Macam tak percaya! Kenapa harus aku yang
dihantar ke sana untuk projek tahun ini. Sedangkan selalunya Mr Richard yang
pergi. Aku bergegas menuju ke Green Hotel. Bertemu dengan Mr Iskandar, salah
seorang pengurus di Green Hotel. Hanya dia dan aku saja yang berbangsa melayu
di sini. selebihnya semua orang sini, orang Australia.
Sampai saja di
perkarangan Green Hotel, aku terus menyerahkan kunci kereta kepada pekerja yang
bertugas. Senyuman yang dilemparkan oleh pekerja Green Hotel tidak aku
hiraukan. Langkahku pantas menuju ke lif dan terus menekan butang menuju ke
tingkat 16 yang menempatkan bahagian promosi.
“Sorry Mam, Mr
Iskandar has discussion with Mr Lee”
Aku mengeluh
kecil mendengar jawapan dari Maria lalu melabuhkan punggungku di sofa buatan
Itali yang diletakkan di hadapan Maria. Hampir sepuluh minit berlalu. Rasa mahu
saja aku berlari masuk menuju ke bilik Mr Iskandar.
Aku mula resah.
Surat di tanganku aku pandang sekali lagi. Sudah seminggu aku tidak masuk ke
pejabat. Baru pagi tadi aku sampai di sini selepas membuat lawatan rasmi ke
London. Ada beberapa masalah yang melibatkan pemasaran di sana. Semenjak aku
memegang jawatan Pengarah Pemasaran di hotel lima bintang ini, banyak tempat
aku terpaksa kunjungi. Sebanyak sepuluh buah cawangan Green Hotel yang terletak
di Paris, London dan Indonesia yang diletakkan di bawah tanggungjawab aku. Pagi
ini aku terima surat ini yang dikirimkan kepada pemandu yang menjemput aku di
lapangan terbang. Kalau ikut jadual yang Mr Iskandar rancang, aku harus
berangkat esok. Bermakna tidak sampai satu hari aku di sini, sudah harus pergi
lagi meninggalkan rumah yang menjadi syurgaku.
Sebaik saja
pintu bilik Mr Iskandar terbuka, aku bangkit lalu menerpa Mr Iskandar yang
berdiri di muka pintu. Mr Lee yang berdiri di hadapan ku tergamam. Dia
tersenyum kecil.
“Hi, nice too
meet you Amira.. see you soon”
Mr Lee berlalu
sambil melambaikan tangannya. Dia pasti mengerti aku ada perkara mustahak yang
ingin dibincangkan dengan Mr Iskandar.
Mr Lee sudah
lama bekerja sama dengan Green Hotel. Dia sekarang sedang menguruskan cawangan
yang baru siap di China. Aku terus masuk ke bilik Mr Iskandar.
“Mr
Iskandar, Why me?”
Jelas
kelihatan wajah Mr Iskandar yang berkerut tanda tidak mengerti. Kertas ditangan
aku letakkan di atas meja. Beberapa saat selepas dia membaca isi yang tertulis
di atas kertas tersebut dia tersenyum kecil.
“Duduklah
dulu, you ni serbu I macam nak telan aje. Tak bagi salam pun. Apa
cerita dari London? Ada apa yang tak boleh diselesaikan?”
Aku
tersenyum kelat. Sedar di atas kekasaran aku terhadapnya.
“Sorry.”
Aku diam sejenak lalu duduk di hadapannya.” Semuanya ok cuma surat ni yang buat
saya tak puas hati. Kenapa pula saya
yang dihantar ke sana. Saya baru
balik dari London. Baru dapat tengok rumah, takkan Mr Iskandar nak suruh saya
pergi lagi. Kalau sehari tak apalah. Ni enam bulan, saya tak pernah tinggalkan
tempat ni lama sangat. Saya tak boleh Mr Iskandar, saya tak boleh pergi.
Lagipun kerja saya hanya buat pemasaran. Bukan nak bina Green Hotel. Saya tak
boleh ”
Mr
Iskandar mengangkat bahu, seolah sengaja membuat aku semakin geram. Dia sengaja
tersenyum sinis lalu menyuruh setiausahanya membawa draf perancangan yang sudah
di luluskan oleh pihak atasan.
“I
dah cakap dengan mereka, tapi mereka kata Mr Richard sudah ke Bali. Dua minggu
lagi baru pulang ke sini. Wife Mr Vincent baru bersalin. Dia ambil cuti
panjang. You jelah yang tinggal. Hei you ni…… tak payah fikir
lagilah. You dah lama tak ke sana. Tak seronok ke dapat balik kampung,
setahu I sudah lapan tahun you kerja di sini tak pernah pun you
pulang ke sana. You tak teringin nak pulang ke? Ini peluang baik,
kebetulan ada kerja nak buat di sana. I tahu you bawa diri ke
sini. Walaupun you tak cakap apa masalah you, tapi I tahu ada sesuatu
yang membuatkan you tak nak pulang.” Mr Iskandar menarik nafas panjang.
“Tak ramai perempuan di luar sana yang berjaya macam you. Iselalu
jadikan you idola kepada anak-anak I. I nak anak-anak I
cekal macam you. Kuat semangat. Jangan tolak peluang ni. Bukan senang
mereka nak beri kepercayaan kepada orang melayu macam kita di sini. Projek ni
besar. Tak pernah lagi perempuan handle benda macam ni. Kalau semua ini
berjaya, you juga yang senang”
Apa
lagi alasan yang mahu aku berikan. Ini bukan tawaran pertama untuk membuat
promosi di sana, sudah banyak kali aku tolak. Tapi kali ini bukan saja promosi
yang biasa aku lakukan di luar. Ini melibatkan pelaburan berjuta ringgit.
Membabitkan nama Green Hotel. Mereka merancang untuk mendirikan satu lagi Green
Hotel di Malaysia.
“Kalau
dapat banyak untung, kayalah you Mira”
“Itu
saya tahulah Mr Iskandar, tapi……bukan itu yang saya cari. Saya tak ready
lagi nak pulang.” Aku diam. Tidak jadi untuk meneruskan kata-kata.
“Mira,
you ada saham di sini. itu sebabnya mereka memilih you. Dengan
kata lain, hotel ni seolah milik you. you kenalah ketepikan
masalah lain supaya keuntungan yang kita dapat berbaloi. Dalam soal bisnes, tak
boleh ada masalah peribadi. You sendiri tahu prinsip itu.”
“Tapi
lama sangat, enam bulan!”
“You
juga yang mencadangkan untuk membuka satu lagi cawangan kita di sana. Jadi you
bertanggungjawab mencari lokasi sesuai”
Aku
kehilangan kata. Selepas keluar dari Green Hotel, aku terus pulang ke rumah.
Jam menunjukkan pukul enam petang. Aku menghempaskan tubuhku ke atas tilam.
Sedapnya tidur di kamar sendiri. Walaupun aku selalunya akan bermalam di hotel
yang bertaraf antarabangsa tapi bagiku bilik kecil ini lebih dari segalanya.
Lebih indah dari bilik-bilik hotel yang pernah aku kunjungi.
Aku
termangu sendiri lalu mengeluh kecil, kalau dikira-kira sudah sepuluh tahun aku
meninggalkan Malaysia. Macam-macam pekerjaan aku buat di sini sambil meneruskan
usahaku untuk menggenggam ijazah. Selepas habis saja belajar, aku ditawarkan
bekerja di sini. Dua tahun kemudian aku mendapat PHD, Beberapa tahun selepas
itu mereka menjual sedikit saham Green Hotel. Dengan bantuan Mr Iskandar aku
berjaya memiliki saham tersebut dan kini Alhamdulillah, berkat segala usaha dan
kesabaran aku selama ini segala impian hampir menjadi kenyataan. Walaupun pada
hakikatnya, aku tidak pernah mengimpikan untuk menjadi salah seorang pemilik Hotel
yang cukup terkemuka di Australia.
Aku
masih ingat ketika pertama kali aku dan Kak Ju menjejakkan kaki di sini. Masa
itu, kami berdua masih lagi mentah dalam dunia yang begitu asing. Kami
memulakan kerjaya sebagai tukang pembersih hotel. Macam-macam hotel yang pernah
kami jejaki. Hampir seluruh pelusuk Australia kami merantau. Semuanya untuk
menimba pengalaman dan mencari pendapatan sebelum aku diambil oleh Green
Company. Masa itu, aku bertuah kerana aku ada Kak Ju. Dia yang banyak menolong
aku disaat aku kesempitan wang. Maklumlah aku juga meneruskan pengajianku di
sini dalam bidang hospitaliti. Sehinggalah Green Company menanggung semua yuran
pengajianku. Bebanan yang kami berdua tanggung agak berkurangan. Pada masa itu
barulah kami dapat rasa hasil titik peluh kami.
Argh.....
sudah lama berlalu. Sekarang cerita yang lain aku harus hadapi. Aku mengetapkan
bibir geram. Perlahan aku bangkit dari dudukku. Beg pakaian yang masih belum
dibuka aku pandang sepi. Tak payah keluarkan apa-apa. Cuma beberapa helai baju
lagi harus di tambah. Enam bulan cukup lama.
Ya
Allah, kenapa ini yang engkau berikan…… aku mengeluh kecil berbagai rasa yang
bermukim dalam hatiku. Kenapa Malaysia, bukankah banyak lagi tempat lain. Ada
air jernih bergenang dikelopak mataku. Mungkin sudah sampai masanya, tiada
jalan lagi yang tinggal. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini.……..