Hanisha menghampiri uminya, dia baru selesai makan ubat. Wanita
itu memandang wajah anak bongsunya, wajah itu tidak ceria.
“Kenapa
sayang?”
“Baba...
melampau betul!”
“Nisha!
Kalau baba dengar...”
“Apa
yang tak patut baba dengar?”
Kedua beranak itu menoleh, Tan Sri
Badri Amri merenung mereka. Si ibu menelan air liur dan merenung suaminya.
“Khadijah!
Apa yang kau hasut pada Hanisha?”
“Baba,
umi tak cakap apa? Nisha...” kata-kata Hanisha berhenti bila umi mencuit
pehanya.
“Apa?
Kau masih rapat dengan budak tak kenal budi tu!”
“Abang
Is, baba! Abang Nisha!” suara Hanisha sedikit tegas.
“Nisha,
jangan lawan kata-kata baba!” suara uminya.
“Baik
kau dengar kata-kata umi.”
“Baba
pun nak buang Nisha macam abang? Baba memang kejam, tak ada sekelumit kasih
sayang.”
Hanisha berlalu. Pintu biliknya
bergema, lelaki itu merengus dan memandang isterinya.
“Abang,
terlalu tegas. Setelah pemergian Iskandar, Nisha saja anak kita. Jangan pula
pisahkan dia dari kita. Biarlah mereka. Mereka tetap sedarah walau macamana
sekali dicincang lumat! Tak ada siapa yang dapat mengubahnya.”
“Jangan
awak nak mengajar saya. Sudah. Jaga diri awak sendiri.”
Wanita itu begitu kecewa dengan
kata-kata suaminya, dia mengeluh dan beredar dari situ.
Hanisha
menangis di meja tulisnya. Dia memasang komputernya dan memasuki Yahoo!
Messenger dan dia mencari nama untuknya berbual.
Hanish:- Abang, baba memang tak
pernah sayang kita. Kalau dia berani buang abang tak mungkin dia takkan buang
Nisha.
Iskn:- Adik abang tak boleh
mengalah. Lagipun Nisha dah 23 tahun, Nisha patut tahu. Baba bukan benci, cuma
prinsip hidupnya begitu. Jika dia ketepikan prinsip hidupnya tentu tiada siapa
yang akan mengikut arahannya.
Hanisha tak menjawab, berulang
kali ayat itu dibaca.
Hanish:- Abang, adakala Nisha tak
faham apa yang abang fikirkan. Takkan mudah abang kata begitu sedangkan baba
nak bunuh abang?
Iskn:- Adik, apa pun kita tetap
anaknya. Cincang lumat sekali pun ia tetap sama. Takkan berubah walaupun
diliang lahat.Nama dia tetap terpahat juga di batu nisan tu. Dia takkan boleh
nafikannya.
Hanish:- Peliklah abang ni...Baik
tak bertempat!
Iskn:- Adik fikirkanlah. Sudahlah,
jaga diri dan jaga umi. Okey! Abang akan balik ke rumah bila masa sesuai.
Jangan risau...!
Dia
mengeluh. Susahnya nak memujuk abangnya, dia nak juga merasa kehidupan
kekeluargaan yang sebenar. Perasaan itu dah lama tidak dia rasai. Perasaan itu
sudah mati kira-kira 5 tahun yang lalu. Dia bersandar di kerusi, dia
benar-benar tak faham. Kenapa begitu benci sekali babanya terhadap abangnya.
Dia cuba menyusun deretan kisah dari 5 tahun itu namun tiada connection nya.
Dia mengeluh. Dia melangkah perlahan-lahan ke katil, dia menguap. Hari ni
memang memenatkan. Dia merenung siling
dan lama kelamaan renungan itu makin kelam dan dia terlelap.