Okay,
awak semua boleh beredar,” suara tutor muda itu memberi arahan dan pelajar kelas itu meluru keluar dari kelas
itu seperti anak kambing lepas kandang.
Tutor muda itu hanya
menggelengkan kepala, dia mengemaskan semua buku. Seorang gadis mendekati lelaki
itu, dia merenung gadis itu.
“Jom
pergi minum?” suara lelaki itu. Gadis itu mengangguk, kemudian mereka
beriringan keluar daripada bilik kuliah itu. Mereka melangkah ke tingkat bawah
menuju ke café yang ada disitu. Gadis itu memandang sekeliling, terasa semacam
bila ada yang memandang mereka.
“Kenapa
ni?”
“Orang
tengoklah. Segan!” suara gadis itu.
Tutornya ketawa cuma, dia turut
memandang sekeliling dan memandang gadis itu. Dia mengeluh.
“Apalah
yang perlu disegankan. Kita bukan boleh buat apa pun. Takkan nak minum sama tak
boleh, lainlah kalau sesuatu yang memalukan,”
“Tapi….”
“Takkan
nak kena beritahu setiap orang di café ni tentang hubungan kita.”
Gadis itu tunduk dan mengaru
pangkal lehernya, kemudian dia mengangguk. Roti yang dia pesan dijamahnya.
Lelaki itu ketawa kecil dan turut menjamah.
Seorang
wanita berusia hampir 60an muncul. Dia
duduk sambil membuka buku Doa Amalan yang dibawa tadi.
“Umi,
baba mana?”
Wanita itu menoleh. Dia berdehem,
anak gadisnya meluru dan mencium pipi uminya. Dia duduk di sisi wanita itu.
“Baba
pergi main golf dengan Datuk Hazim dan En. Jamal. Kenapa lambat balik?” tanya
si uminya. Dia merengek sedikit.
“Seronok
kolej baru?”
Dia mencebik dan menggelengkan
kepala.
“Ok
je umi. Tambahan dia pun ada sama?”
“Dia???”
Wanita itu kurang faham dan pandang anak gadisnya.
“Dia…dia…yang
baba tak suka tu?”
Wanita itu diam, wajahnya berubah.
Dia mengeluh, anaknya memegang pehanya.
“Umi…tapi
dia lain,”
Wanita itu memandang anak
gadisnya, dia mengeluh dan buku yang dibaca diletakkan dipeha.
“Umi
harap kamu berhati-hati. Kalau baba kamu tahu kamu berhubung dengan dia, umi
tak tahu apa yang baba akan lakukan,”
“Faham
umi…”
Wanita itu mengangguk, kemudian si
anak meminta diri untuk berlalu ke biliknya.
Dia
memerhatikan keadaan sekeliling, dia mendapat ketenangan dengan memerhatikan
kocakkan air tasik itu. Dia menarik nafas panjang, ketenanganya terganggu bila
seseorang menepuk bahunya.
“Jauh
kau menung, Iskandar?”
Dia mengeluh dan mengangkat
kening, cuma.
“Hey,
aku dengar kau ada hubungan dengan Hanisha anak Tan Sri Badri Amir. Betul ke?”
Iskandar menoleh dan kembali
merenung tasik itu, batu yang ada disitu dicapai dan dicampak ke dalam air.
“Kenapa?
Salahkah aku berkawan dengan Hanisha?”
“Tak
siapa kata salah, tapi kau harus ingat. Ayahnya pembiaya kolej kita, kalau dia
henti semua sumber kewangan tu. Teruk kita, silap-silap kita kena buang kerja,”
“Shahid,
aku dan Hanisha tak buat apa-apa. Lagipun, dia adik.”
“Memanglah,
tapi orang lain tak tahu. Lagipun mulut orang, kau tahu sajalah.”
Iskandar mengeluh. Dia tahu
kata-kata Shahid memang betul tapi...dia merengus dan bangun dari tempat dia
duduk.
“Shahid,
kalau boleh aku tak mahu timbul sebarang masalah. Aku mahu hidup macam insan
biasa. Hanisha gadis yang baik, aku tak mahu dia dicemuh kerana aku,”
“Aku
tahu niat kau baik. Tetapi, pandangan orang susah untuk kita ubah. Apa pun aku
minta kau, berhati-hati,”
Iskandar mengangguk. Shahid
mengajak temannya pulang, Iskandar merenung langit tanda mahu hujan jelas
sekali. Mereka melangkah menuju ke tempat letak kereta.