Shahid menyerahkan mug air kepada
Iskandar. Dia mengeluh.
“Kenapa
tak berterus terang kau dan Hanisha adik beradik kandung?”
Iskandar diam, sebenarnya dia tak
pasti apa yang perlu dijawap untuk soalan itu. Dia mengeluh dan menghirup air
dari dalam mug. Telefon rumah berdering.
“Hello...Iskandar.
Kejap,”
Iskandar mengangkat kening tanda
tanya.
“Hanisha...”
Ganggang berubah tangan.
“Datang
rumah, umi sakit. Sekarang!!!”
“Baba...?”
“Umi
lebih penting. Dia nak jumpa Is. Please!!!” suara Hanisha ada suara sebak di
dalamnya. Iskandar menghela nafas.
“10
minit lagi, abang tiba. Okay,”
Dia meletak kembali gaggang
telefon itu ditempatnya semula. Direnung Shahid dan berdecit.
“Shahid,
please ikut aku balik ke rumah parent aku. Mak aku sakit...”
Shahid tanpa berfikir panjang
terus mengangguk. Dia masuk ke dalam bilik untuk menukar baju.
12
minit kemudian mereka tiba di hadapan rumah Tan Sri Badri Amri. Iskandar masih
sedikit ragu untuk melangkah masuk ke dalam rumah itu. Shahid menepuk bahu
temannya dan mereka melangkah masuk. Tan Sri Badri Amri dan seorang lelaki
berdiri diruang tamu tersebut, Hanisha yang berada ditingkat atas segera turun.
“Abang...umi
ada didalam bilik. En. Shahid?”
Shahid mengangguk. Hanisha menarik
tangan abangnya dan menuju ke tingkat atas.
Seorang
doktor dan jururawat baru sahaja selesai memeriksa wanita itu. Iskandar
melangkah masuk ke dalam bilik itu.
“Doktor,
macamana dengan umi saya?”
Doktor itu mengeluh.
“Dia
terlalu stress. Jantungnya tak stabil, begitu juga dengan tahap tekanan
darahnya. Keadaan ini amat bahaya, jika keadaan ini berlanjutan sukar untuk
sembuh,”
“Ada
apa ubatan atau cara yang boleh menyembuhkannya.”
Doktor ini berfikir dan memandang
ke wajah Iskandar.
“Pil
anti stress, selebihnya adalah keadaan persekitaran. Dia perlu tenang, perlu
ada persekitaran yang penuh kegembiraan, ceria dan penuh kasih sayang. Kalau
dia masih murung, sedih dan stress saya rasa tiada doktor yang dapat
merawatnya.”
Iskandar mengangguk. Doktor itu
minta diri, Hanisha menemani mereka untuk turun ke tingkat bawah. Iskandar
mendekati katil uminya dan duduk dibirai katil.
“Umi,
Is dah datang. Umi, Is minta ampun. Is dah benar-benar melukakan hati umi...”
“Umi
tahu. Umi tak salahkan kau, Is. Umi sayang anak umi, umi tahu apa yang berlaku
dulu cuma satu dari pengalaman hidup. Umi yakin kau dah insaf dan bertaubat.”
Iskandar mengangguk laju. Uminya
memegang pipinya.
“Umi
rehat, biar Is balik dulu,”
“Is,
umi nak kau temankan umi sampai lelap,” ujar si ibu. Iskandar mengangguk dan
menemani uminya sehingga wanita itu tertidur. Iskandar berlalu dan menuju ke
ruang tamu. Hanisha yang baru keluar dari dapur membawa dulang berisi air.
“Jemput
minum, abang, En. Shahid.”
Iskandar menjeling ke arah
babanya. Lelaki itu beredar menuju ke tingkat atas. Iskandar mengeluh.
“Umi
dah tidur?”
Iskandar mengangguk, Hanisha
mendekati abangnya.
“Apa
kata kalau abang berpindah ke rumah ni balik?”
Iskandar tersedak sedikit dan
memandang wajah adiknya. Tentu sekali Hanisha bergurau, tapi kelihatan wajah
gadis itu serius sekali.
“Nisha
tak seriuskan?”
“Rasanya
Nisha tak buat lawak, bang? Lagipun ini rumah abang juga, rumah keluarga kita.”
“Baba
pasti tak setuju...”
“Abang...”
“Nisha,
abang akan balik jika baba setuju abang balik. Bukan abang merajuk atau marah
tapi ini rumah baba dan abang hormati keputusan baba,”
“Tapi
abang anak baba juga, bukannya orang luar,”
“Nisha
tak faham,”
“Memang
Nisha takkan faham dan tak nak faham. Nisha nak kita semua jadi satu keluarga
semula, seperti 6 tahun dulu,” ujar Hanisha.
Iskandar mengangguk dan
menggenggam tangan adiknya. Mereka melihat Tan Sri Badri Amri turun dari
tingkat atas. Iskandar berdehem dan melepaskan genggamannya dan bingkas bangun.
“Tak
apalah, Nisha. Abang balik dulu, lagipun esok ada kelas. Jangan lupa pergi
kelas esok, okay,”
Nisha mengangguk, dia memandang
babanya. Lelaki itu berwajah selamba dan memandang ke arah lain, Hanisha
menyalami abangnya. Kemudian dia berlalu meninggalkan babanya diruang tamu.