Tahirah melangkah masuk ke dalam
perut kereta. Temannya memakai blause dan jeans hitam.
“Lama
tak jumpa kau. Makin lawa, licinnya kulit kau.”
Hanisha ketawa kecil, dia memandu
kereta menuju ke destinasinya. Lagu dari corong radio diperlahankan.
“Kau
macamana? Masih lagi dengan Annuar?” tanya Hanisha.
“Iya,
masih dengan dia. Kau macamana?”
Hanisha membisu.
“Sebelum
tu aku nak minta maaf dengan kau, Nisha?”
“Minta
maaf? Kenapa?” tanya Hanisha, dia kurang mengerti.
“Dua
hari sudah, Firdaus Affendi call aku...dia...”
Hanisha merengus.
“Jadi
kaulah yang bagi nombor handphone aku pada dia. No wonder!”
“Aku
minta maaf banyak-banyak, tapi aku tak sampai hati... Dia rayu aku... you
know!”
Hanisha berdecit.
“Aku
tahu lagipun Fendi memang pakar memujuk.”
Tahirah mengangguk, setuju. Mereka
menjamah makanan yang dipesan.
Tahirah
bersandar dikusyen empuk kereta temannya, mereka membisu kerana mendengar lagu
‘Di Akhir Garisan’ itu. Mulut mereka berdua kumat kamit menyanyi lagu itu.
Sebaik saja habis lagu itu, Hanisha mematikan enjin kereta.
“Tak
masuk dulu ke?”
Hanisha melihat jam di
dashboardnya, dia mengeluh dan merengek kecil.
“Rasanya
tak dapatlah. Dah pukul 9 lebih dah ni. Takut baba aku bising. Macam kau tak
tahu?” bicara Hanisha. Tahirah mengangguk.
“Iyalah,
risau anak tunggal perempuannya ni!”
“Perli
je kerja kau. Dahlah kalau ada masa aku call kau, okay!”
“Lupa
nak tanya, Iskandar dah baik dengan baba kau?”
Hanisha memandang wajah temannya
dan mengangkat keningnya. Tahirah rasa dia dah jawapan untuk soalannya tadi.
Dia mengeluh, Hanisha menghidupkan enjin keretanya. Tahirah cuma memandang
kereta temannya berlalu, dia mengeluh dan melangkah masuk ke dalam rumah.
Hanisha
mencampak kunci kereta di meja soleknya, mujur baba tak berkata apa-apa semasa
mereka berselisih di tangga tapi dari raut wajah lelaki itu dia marah. Sejak
abangnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam pusat Serenti wajah itu tak pernah
mengukirkan senyuman lagi. Hanisha adakalanya kecewa tetapi apa nak buat, dia
tak bisa meruntuhkan prinsip lelaki itu. Di capai tualanya dan dia melangkah ke
kamar mandi.
Selepas
mengerjakan solat Isyak, dia baring di katil. Alat penghawa dingin dikuatkan,
dia merenung siling rumah. Wajah lelaki bernama Firdaus Affendi menjelma di
layar mata. Apa agaknya yang lelaki itu mahu? Menagih kasih? Masih adakah kasih
untuknya? Dia mengeluh dan meniarap. Dilihat telefon bimbitnya.
Fendi? Apa sebenarnya yang kau
perlu dari aku – Hanisha
Dia pun tak tahu kenapa dia
menghantar mesej itu. Biarlah kalau lelaki itu jawap pasti ada jawapan untuk
soalannya tadi.
Seperti yang kau katakan dulu,
Nisha. Aku pasti takkan lupakan kau dan ternyata sekali aku tak boleh lupakan
kau...- Fendi.
Hanisha melihat jawapan lelaki itu
dia mengeluh. Memang dulu dia pernah berkata demikian pada Fendi, ketika lelaki
itu mahu meninggalkannya. Tapi entahlah hatinya belum terbuka untuk menerima
lelaki itu. Entahlah, hatinya pun tak tenteram. Dengan masalah keluarga yang
makin celaru kini ditambah dengan kehadiran Firdaus Affendi. Dia mengeluh. Dia
terkenangkan lelaki bernama Firdaus Affendi. Ketika itu dia tingkatan 4
manakala Firdaus Affendi tingkatan 5. Dia selalu menjadi mangsa usikkan lelaki
itu dan gengnya kerana dia pemalu dan gemar bersendiri, hanya Tahirah saja
temannya. Ketika Valentine, dia menerima ros merah dan kad yang mengatakan
pengirimnya mahu berjumpa dengannya di
salah sebuah restoran selepas sekolah. Dia tak mahu namun Tahirah memujuk dan akhirnya
dia setuju. Dia terkejut rupanya lelaki itu adalah Firdaus Affendi dan sejak
itu mereka mula intim. Firdaus Affendi yang kebetulan anak kawan baba
seringkali datang ke rumah. Lelaki itu akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke
Australia dan dia pula meneruskan pengajian di Malaysia kerana masalah yang
menimpa keluarganya.
Suatu
hari peluang untuk ke Australia terbuka bila Pak su mengajaknya ke sana dan dia
berpeluang mencari lelaki itu kononnya untuk mengejutkannya. Hanisha terkejut
kerana melihat Firdaus Affendi sedang bermesraan dengan seorang gadis. Dia
berdepan dengan lelaki itu namun dia segaja mengelak dan berpura-pura tidak
mengenalinya. Hari itu dia bertekad untuk tidak lagi menghubunginya. Setelah 5
tahun, akhirnya Firdaus Affendi mencarinya semula. Hanisha mengeluh. Telefon
berdering, dia terkejut dan segera mengangkatnya.
“Saya
tahu kesalahan yang sudah saya lakukan dulu memang payah untuk dimaafkan.
Tapi...”
Hanisha mengeluh.
“Kesalahan
yang cukup menyakitkan hati. Memang kepantangan saya orang tidak berterus
terang,” suaranya.
“Takkan
awak tak boleh nak maafkan saya, Nis. Ketika itu saya...saya tak sengaja...”
“Tak
sengaja. Awak ingat saya ni perempuan jenis apa? Kemaafan adalah sesuatu yang
sukar untuk saya berikan kepada awak ketika ini.”
“Habis
bila?” tanya Firdaus Affendi.
Hanisha membisu, dia tidak tahu
apa yang perlu dikatakan lagi. Dia faham benar perangai lelaki itu, dia takkan
mengalah walau sesaat.
“Fendi,
tiada apa untuk kita bicarakan lagi. Okay!”
Segera Hanisha mematikan talian.
Dia mengeluh dan menggelengkan kepala. Dia tersenyum, mungkin benar telahannya
dulu. Dia tahu lelaki itu akan kembali padanya dan hari itu sudah pun tiba.
Namun, hatinya tidak terbuka untuk bertemu lelaki itu. Mungkin suatu hari
nanti.