Shahid mendekati temannya yang
sibuk membaca assignment, dia dapat lihat lelaki itu senyum sendiri. Dia
mengerutkan dahi pasti ada yang melucukan. Dia mencapai salah satu kertas kerja
disitu. Kagum melihat kreativiti yang ditonjolkan.
“Aku
paling tak tahan kalau membaca assignment budak-budak ni. macam-macam ayat
timbul,” suara Iskandar. Dia memerhati lagi kertas kerja ditangannya.
“Ini
budak zaman millennium, Is. Biasalah terkeluar ayat-ayat baru yang canggih.
Kalah DBP dibuatnya.”
“Tapi
mereka ni memang kreatif. Aduh! Pedih mata aku membacanya, dah tak larat
rasanya.”
Shahid merenung jam.
“Mana
taknya, start lepas Subuh tadi kau tengok assignment budak-budak ni. Sekarang
dah 10 pagi, mana tak kelubi mata tu. Hah! Kau dah sarapan?”
“Masyallah
dah pukul 10, tak sedar masa berlalu. Belum, tak larat nak makan roti tu. Eh!
Jom kita gi kedai kat tepi padang belakang sekolah tu!”
“Warung
Makcik Temah tu? Aik! Ini tentu nak tengok muka Shafiah kan?” usik Shahid.
Iskandar tersenyum.
“Ada
ke situ perginya. Shafiah tu budak lagi, baru tingkatan 6. Kau ni...”
Shahid ketawa kecil.
“Jom
le, tercegat apa lagi.”
“Eh!
Dah nak pergi ke?”
Shahid merengus dan mencapai kunci
motor skuter KARISMAnya.
“Kita
naik skuter aja la ye!”
Iskandar mengangguk dan mereka
berlalu.
Masing-masing
menghabiskan minuman NESLO mereka. Shahid sendawa kecil.
“Kenyang
betul, ini malam karang baru makan balik. Perut pun dah naik dah ni?”
“Tu
la. Gym pun dah setahun lebih tak pergi,” suara Iskandar.
Shahid menoleh.
“Makcik
kira ni!” laung Shahid dan mengeluarkan dompetnya.
“Sabtu
ni kita ke gym nak?” tanya Iskandar.
“Boleh
juga,”
Seorang gadis muncul.
“RM5.50
sen semuanya, encik.”
Shahid menoleh, dia terkejut.
“Orang
baru ke?” suara Shahid, dia tersengih. Iskandar turut menoleh, dia terkejut
melihat wajah gadis itu. Cantik persis wanita Arab.
“Tak
saya anak Makcik Temah. Kakak Shafiah.”
Shahid menyerahkan wang untuk
bayaran makanan mereka.
“Lawa
anak Makcik Temah tu! Macam pelakon Hindi.”
Iskandar ketawa kecil.
“Jangan
nak berangan, tengok depan nanti berlaga dengan tiang pulak!” suara Iskandar.
“Aduh!
Terjatuh cinta pulak aku ni!!!”
Iskandar menggelengkan kepala,
mereka ketawa sama.