Tan
Sri Badri Amir melangkah masuk, baju kot biru dan tali leher berbintik merah
membuat dia begitu segak walaupun umurnya hampir 70 tahun. Disisi,
setiausahanya dalam usia awal 20an mengekorinya masuk ke dalam bilik
pejabatnya.
“Tan
Sri, hari ini Tan Sri ada temujanji dengan Sky Vest International jam 10 pagi untuk membincang tentang Projek
di Seremban tu. Tengahari Tan Sri akan makan tengahari dengan pelabur dari
India dan pukul 3 petang Tan Sri ada mesyuarat dengan Dato’ Hamidi dari Perak
di Hotel Istana,”
Lelaki itu cuma mengangguk
mendengar agendanya hari itu.
“Encik
Halim nak jumpa Tan Sri, penting katanya.”
“Suruh
Halim masuk. Kalau dah pukul 10 pagi, awak jangan lupa beritahu saya.”
Gadis itu mengangguk dan mahu
beredar.
“Alicia,
tolong buatkan saya Milo panas.”
Gadis itu mengangguk dan beredar.
Beberapa minit kemudian, seorang lelaki bertubuh gempal muncul. Dia mengelap
peluhnya dengan sapu tangan, wajahnya sedikit takut. Tan Sri Badri Amri
memandang lelaki itu namun dia tunduk semula menatap kerja yang ada di mejanya.
Tanpa disuruh, lelaki itu duduk di hadapan lelaki itu.
“Ada
apa berita yang penting sangat kau nak beritahu aku, Halim?”
Halim menelan air liurnya, dia
mendekatkan dirinya dengan meja besar itu.
“Budak
yang Tan Sri suruh saya tengok tu cuba buat hal?”
Tan Sri Badri Amri memandang wajah
lelaki itu serius, Halim kecut sedikit melihat wajah lelaki itu.
“Kenapa
dia nak juga ganggu Hanisha?”
“Saya
hanya beri amaran pada dia supaya tidak ganggu, Hanisha?”
“Huh!
Bagus. Aku harap dia tidak terus menganggu Hanisha!” suara Tan Sri Badri Amri,
dia merengus. Halim meminta diri untuk meneruskan kerjanya. Tan Sri Badri Amri
menghentak mejanya, dia begitu marah. Laci mejanya ditarik, gambar lama dicapai
kemudian dia masuk kembali ke dalam laci itu. Hal itu betul-betul membuat dia
begitu marah.
Hanisha
baru sahaja keluar dari perpustakaan. Dia memandang jam ditangan dah lewat, dia
perlu pulang ke rumah segera. Cuaca
sedikit mendung, dia harap janganlah hujan. Menyesal dia tak bawa kereta hari
ni, itulah degil. Kalau ikut cakap baba pagi tadi tentu tak macam ni.
“Hai,
nak balik boleh saya hantar?”
Hanisha menoleh, seorang lelaki
berhenti dihadapannya. Lelaki itu menaiki motor Cagiva, dia menggelengkan
kepala dan berjalan menuju ke perhentian bas yang berdekatan. Lelaki itu
tersenyum.
“Jangan
takut, kitakan sekelas. Apa salahnya saya hantar awak balik,”
“Tak
apalah. Teksi banyak, lagipun saya tak biasa naik motor besar macam ni!”
“Kalau
tak biasa tak apalah, naiklah dengan saya barulah biasa.”
Hanisha membisu lagi, dia
meneruskan perjalanannya namun lelaki itu masih mengekori. Bagi Hanisha lelaki
itu mula merungsingkannya. Dia merengus.
“Tolonglah
jangan ganggu saya, okay.”
Teksi yang ditunggu tidak tiba,
kemudian sebuah Satria GTI berhenti dihadapannya, Hanisha merengus tanpa
disuruh dia segera menaiki kereta itu.
“Thanks,
kalau lama lagi tentu dia paksa Hanisha naik motor dengannya,”
“Siapa
tu?” tanya Iskandar.
“Kawan
sekelas. Memang samseng dia tu! Geramnya,”
“Tak
takut ke hantar Hanisha balik ni?” tanya gadis itu.
Iskandar diam, dia menekan butang
radio. Lagu nyanyian Eera Fazira dan Yusry berkumandang. Hujan mula lebat dan jalan
mulai sesak.
“Inilah
yang malas balik lambat, mesti jem. Kalau bawa kereta tadi...”
“Habis
kenapa tak bawa kereta tadi?”
“Saja,
ingatkan balik awal. Kalau balik awal, tak merasa naik GTI ni,”
Iskandar ketawa kecil dan Hanisha
mencebik bibir kemudian ikut ketawa. Hampir senja kereta milik Iskandar
berhenti agak jauh dari rumah.
“Kalau
Hanisha turun kat sini tak mengapa ke?”
“Tak
apalah, terima kasih.”
Iskandar mengangguk, Hanisha
keluar dari perut kereta dan berlari anak menuju ke dalam rumah. Dia mengeluh,
sampai bila agaknya perhubungan dia dan Hanisha harus begini. Kenapa dia perlu
merasa takut. Adakah kerana kenangan lamanya dia tidak harus menerima dan
memberi kasih sayang. Dia mengeluh lagi, pedal minyak di tekan.
Hanisha
baru meniti tangga bila suara baba bergema memanggil namanya. Hanisha telan air
liur, harapnya baba tak tanya dengan siapa dia balik?
“Kenapa
lambat? Itulah baba dah suruh Nisha bawa kereta, degil sangat!”
“Alah...baba
ni!” suara Hanisha, sedikit manja.
“Habis
kau balik dengan siapa?”
“Erk!
Teksi...baba,” suaranya.
Tan Sri Badri Amri merengus dan
merenung anak gadisnya. Hanisha tunduk, harapnya lelaki itu tidak tahu dia
berbohong. Lelaki itu mengangguk, Hanisha menghela nafas dan berlalu ke
biliknya. Dia ertanya berapa lama harus dia membohongi lelaki itu. Dia tahu
walau macamana sekalipun lelaki itu akan tahu yang dia berhubung dengan
Iskandar. Kalaulah lelaki itu tahu sudah pasti kesudahan yang tak baik bakal
berlaku. Dia mengeluh, pintu almari dibuka ada beberapa keping gambar dia
bersama Iskandar sebelum baba marah. Dalam gambar itu, kelihatan mereka cukup
gembira. Tetapi ketika itu, Iskandar kurus kering berbanding sekarang. Dia
mengeluh dan menyimpan gambar itu semula. Telefonnya berdering, segera dicapai gaggang
tersebut.
“Hello,
hmm...kau ni sejak En. Iskandar dah ada langsung tak mahu geng dengan kami.
Tahulah orangnya kan handsome, tinggi, putih macam kulit kau kerja best pula
tu!”
“Apalah
yang kau merepek ni, Suria. Aku dan dia macam abang dan adik, takkan itupun
salah.”
“Salah
tu tak la. Tapi...” suara Suria didalam talian.
“Apa
pun orang kata, hakikatnya takkan berubah. Aku dan En. Iskandar tak bercinta
dan takkan bercinta.”
“Alah...boleh
percaya ke, Nisha.”
“Aku
tak nak cakap apa-apa. Terpulang pada korang semua nak buat keputusannya. Apa
pun aku dah cakap,”