LUTHFI dan rakan-rakannya senyap
tidak berkutik. Seketika kemudian, ketawa mereka pecah. Berdekah-dekah.
“Nervous betul kalau kena sergah
macam tu. Kesian Gwang Soo tu.” Ucap salah seorang rakannya. Mereka sedang
menonton marathon Running Man. Tension kata mereka. Minggu lepas belambak
assignment kena hantar, dengan kuiz lagi. Minggu ni nak release stress. Ye la
tu..
Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan
jeritan. Cepat-cepat mereka berlari ke koridor bilik.
“Apekes weh?” soal Luthfi.
“Entahla. Tiba-tiba jek. Bunyi
macam dari anjung ilmu baru tu,” jawab Zamil, mulutnya dimuncungkan kearah
anjung ilmu yang baru siap dibina pada semester lepas. Anjung itu memang
menjadi tumpuan para pelajar untuk mengulangkaji tidak kira siang atau malam.
Bunyi mesej yang masuk dari telefon
bimbit milik Faris menyebabkan semua pemuda itu menoleh kearah pemilik telefon
itu.
“Awek aku kata ada histeria. Kakak
tahun ketiga yang kena.”
“Iye? Kesiannya.” Ujar Luthfi. “ Eh
kejap! Histeria?! Anjung ilmu?! Kakak aku selalu study situ! Dia tu lemah
semangat!” Luthfi lantas berlari keluar. Selipar Flippernya cepat-cepat
disarung. Rakan-rakan turut mengikut.
‘Janganlah jadi apa-apa kat Kak
Aqi.’ Masing-masing memanjatkan doa agar kakak Luthfi itu selamat. Kakak Luthfi
itu sudah dianggap bagai kakak mereka sendiri.
“AQI, aku chow dulu la. Ngantuk
dah. Kau ada kunci bilik kan?” soal Khayra. Re’an dan Adi sudah lama pulang
kebilik. Penat kata mereka.
Liyana mengangguk. “Aku nak sambung
sikit lagi ni. Jap lagi aku naik.”
“Okay. Jangan lewat sangat. Bye weh. Goodnight. Assalamualaikum.”
“Night. Waalaikumussalam.”
Liyana menghantar Khayra dengan
mata. Risau terjadi apa-apa kepada rakannya yang mengantuk itu. Khayra tu kalau
mengantuk, macam-macam boleh terjadi. Dulu, pernah sekali dia tersalah masuk
bilik orang, dah tu, siap landing atas katil tuan punya bilik tu lagi. Nasib
baiklah itu pun bilik kawan sekelas mereka. Jadi takdelah sampai kecoh mana.
Cuma seminggu Khayra dijadikan bahan ketawa oleh rakan sekelas.
Liyana senyum sendiri mengingatkan
memori lama yang menerjah. Senyumannya mati tatkala melihat seorang gadis yang
duduk di meja hujung sambil menangis teresak-esak. Liyana tidak mengenali gadis
itu. Mungkin budak blok lain. Anjung ini memang menjadi tumpuan semenjak ianya
siap dibina kerana kedudukannya yang strategik di tengah-tengah blok pelajar
lelaki dan perempuan. Liyana suka mengulangkaji disini kerana al-maklumlah dia
sememangnya cepat tergoda dengan katil. Di sini jela tempat yang paling dekat
dengan bilik. Nak ke library? Tunggu final nanti..
“Kenapa dengan budak tu?” gumam
Liyana. “Nak tanya ke tak eh? Karang dia kata aku menyibuk pulak.” Akhirnya,
Liyana mengambil keputusan untuk tidak mengendahkan gadis tadi. Pennya kembali
menari-nari di atas kertas. Kemudian, fokusnya terganggu apabila terdengar
kerusi terbalik. Kepalanya diangkat. Gadis tadi sudah terduduk di atas lantai.
“Ler, nangis sampai jatuh kerusi.”
Liyana mengatur langkah kearah gadis tadi untuk membantu namun terhenti apabila
gadis itu tiba-tiba ketawa sebelum menjerit. Kuat dan nyaring. Bulu roma Liyana
meremang.
“Alamak. Seramnya. Macam mengilai
pun ada bunyi ketawa dia tu.”
Beberapa orang pelajar perempuan
cepat-cepat mengemas barang mereka. Dua orang pelajar lelaki kelihatan
mendekati gadis yang menjerit tadi untuk membantunya. Salah seorang daripada
mereka cuba memegang bahu gadis itu dengan harapan untuk membantunya berdiri
namun gadis itu menolaknya kebelakang.
“Fuh, kuatnya budak tu.” Satu suara
berkata.
“Budak ni aku rasa kena histeria.
Lain macam je ni. Panggil ustaz weh!” laung rakan lelaki yang tercampak tadi.
Gadis tadi kembali mengilai
diselang-selikan dengan jeritan nyaring. Para pelajar kelihatan mengintai
melalui tingkap, dan ada juga yang menghampiri anjung itu. Beberapa pelajar
perempuan kemudian rebah. Seorang gadis bertudung kuning tiba-tiba turut
menjerit. Gadis itu kemudian menolak rakan-rakannya dan berlari meninggalkan
anjung.
“Kejar dia weh!” Seorang lelaki
menjerit. Tiga orang lelaki kemudian mengejar gadis bertudung kuning tadi.
Liyana mula terasa lemah lutut. ‘Allah, menyesal aku tak ikut Khayra tadi.’
Gadis yang mengilai tadi
kemudiannya merangkak. Rambutnya sudah berserabai. Liyana semakin menggigil.
Tiba-tiba, terasa bahunya dipeluk.
Liyana menoleh. Luthfi!
‘Ya ALLAH, alhamdulillah..’
“Luth, angah takut.”
“Luth ada kat sini Angah.” Pelukan
dibahu kakaknya dieratkan. Rakan-rakan Luthfi mengambil tempat di kiri dan
kanan Luthfi. Turut melindungi si kakak.
Seketika kemudian, kelihatan Ustaz
Hafiz dan Ustaz Musa berlari kearah anjung bersama-sama beberapa orang ahli
surau.
Gadis yang mengilai tadi didekati.
Mereka menyuruh beberapa orang pelajar lelaki membantu mereka memegang gadis
itu. Rakan-rakan Luthfi turut membantu. Kekuatan gadis tadi sangat luar biasa.
Zamil turut ditendang sehingga terpelanting jejaka itu.
Gadis itu tiba-tiba duduk secara
mengejut. Liyana terkejut. Mata hitam gadis itu tiada. Yang kelihatan pada mata
yang terbeliak itu cumalah mata putih. Liyana mula terasa mual. Tubuhnya
dipalingkan menghadap Luthfi. Luthfi kemudian memeluk si kakak dan membawa
kakaknya jauh dari anjung.
“Luth, Aqi okay?” sapa seseorang.
Luth menoleh. Aizat.
“Angah tengah takut. Aku nak bawak
dia pergi surau.”
“Baguslah, ramai jugak yang dah ada
kat surau tu. Pergilah.”
“Abang dari mana?”
“Aku tengah study kat surau tu
tadi. Ni nak pergi jenguk anjung. “
Luthfi mengangguk. Aizat menghantar
dua beradik itu dengan pandangan sambil mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu
sebelum dihembus kearah mereka. Setelah susuk mereka hilang dari pandangan,
barulah Aizat kembali menyambung langkah ke anjung.
“ANGAH, angah..” Wajah Liyana
ditampar lembut. Seketika kemudian, gadis itu terjaga. Terpisat-pisat gadis itu
memandang sekeliling.
“Angah kat surau. Lepas balik dari
anjung semalam, sampai kat surau Angah terus pengsan. Ni dah subuh, jom solat.”
Luthfi memandang wajah kakaknya dengan penuh kasih. “Kejap lagi kawan-kawan
Angah datang nak bawak Angah balik bilik.”
Liyana mengangguk.
Setelah menunaikan solat Subuh,
Liyana mendapatkan Luthfi yang menunggunya di pintu surau. Kelihatan Khayra,
Re’an dan Adina turut sama berada di situ.
“Weh Aqi. Sorry! Tak patut aku
tinggal kau semalam.” Ujar Khayra. Rautnya nampak serba-salah.
“Takde apa lah. Aku yang taknak
naik.”
Luthfi memandang kakaknya itu. Dia
kelihatan risau.
“Angah tak payah la study sampai
lewat malam sangat. Kalau nak study lewat, sambung kat bilik. Luth cuak betul bila
teringat yang angah selalu study kat anjung tu. Kelam-kabut Luth lari. Risau
kalau angah yang kena sampuk semalam.” Rambutnya yang masih basah kesan air
wuduk itu diraup sekali.
“Sayang jugak Luth kat Angah ya?”
Luthfi menjeling. Geram. ‘Gila tak
sayang, Angah je kakak Luth dalam dunia ni.’ Namun sekadar di dalam hati. Malas
diluahkan.
“Dah la. Aqi, jom kita balik.”
Re’an dan Adi memegang kedua-dua belah tangan Liyana. Khayra mengekori mereka
dari belakang. Luthfi sekadar memandang dari jauh. Dia menoleh apabila terasa
ada tangan yang menyentuh bahunya.
“Kakak kau tu nasib baik dia kuat
jugak.” Aizat senyum. Nafasnya dilepaskan.
“Maksud kau bang?”
“Semalam, masa kau nak bawak Aqi pergi
surau, salah satu ‘benda’ tu ikut kakak kau. Tapi lepas aku baca sikit-sikit,
‘benda’ tu dah lari.”
Luthfi tercengang.
“Kau boleh nampak ke?”
Aizat senyum. “Mata aku tak cukup
penapis.”
“Kau boleh ubat orang kena sampuk
ke?”
Aizat menggeleng.
“Aku cuma mampu tengok dan halang
‘benda’ tu dari dekat dengan kawan-kawan dan keluarga aku. Lebih dari tu, aku
tak mampu.”
Kali ini Luthfi mengangguk. “Thanks
btw.”
“Tarahal. Kau kan bakal adik ipar
aku.”
Luthfi lipat maut kesisinya. ‘Aqi
suka Angah ke?’ Wajah Aizat yang sedang termenung direnung.
Luthfi senyum. ‘Aku suka kalau kau
betul jadi abang aku.’