Home Novelet Cinta AKU PILIH DIA
AKU PILIH DIA
adamantium
14/7/2015 02:46:15
34,497
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 11
Mata Liyana memandang sekeliling restoran itu. Cantik gila! 'Patut pun mamat Hud ni pakai smart.' Dia melihat dirinya yang agak casual itu. Jeans hitam, blouse biru gelap berbunga kelabu dan tudung bawal. 'Lantak lah. Aizat okay je aku keluar dinner dengan dia selalunya. Tapi tu kat mamak biasanya.' Gadis itu ligat berfikir mengenai dresscodenya malam itu yang rasanya macam tak berapa tepat.


"Hey.." Dia tersentak apabila Hud memetik jari di hadapan wajahnya. Gigi yang tersusun dipamer. Heheh. "Apa yang jauh sangat mengelamun tu? Mind share with me?"

"Asal awak tak inform pun nak makan kat restoran ekslusif gila ni? Tengok saya pakai biasa je." Gadis itu mengomel. "Lagipun saya biasa makan kat mamak je." Hud tersenyum melihat telatah gadis itu. "Takpe, macam tu pun dah cukup cantik." Liyana membalas senyuman jejaka itu sambil menaip sesuatu pada telefonnya. Ikon send ditekan. 

"Awak send apa tu?" Keningnya dijungkit sedikit. 'Aizat lagi ke?' Fikirnya.

"Send location kat Aqi tu haa. Kang membebel." Hud tersenyum, tak ikhlas. "Risau betul dia?"

Liyana sekadar membalas dengan senyum senget.

"Awak biasa dinner dengan sape Liyana? Kat bilik je ke?" Hud bertanya setelah pelayan berlalu setelah selesai mengambil order.

"Kalau dengan makcik bertiga tu bungkus bawak balik bilik jela." Nafas gadis itu dihela pendek sebelum menyambung, "Dengan arwah dulu selalu lepak mamak la. Dia angkut sekali Aqi kesayangan dia tu."

"Arwah memang rapat betul ye dengan Aqi?" soal Hud, berbaur cemburu.

"Yup. Rapat sebab dulu dorm sama. Lepastu pulak Aqi rajin melayan gila dia tu. Dia apply sini pun salah satu sebabnya Aqi tu lah." Liyana tersenyum membayangkan wajah adiknya. Walaupun dia dan Aizat tidak pernah bertegur sebelum menjadi partner tugasan TITAS itu, dia tahu yang arwah adiknya rapat dengan Aizat. Tersangat rapat. Pada mulanya dia curious juga adiknya yang terlalu attached dengan jejaka bernama sama dengannya itu. Namun setelah beberapa bulan mereka berkawan ini, dia sudah tahu bertemu jawapan. Aizat sangat baik dan dia sendiri selesa dan selamat bersama jejaka itu. 

"Jealous pulak saya dengan Aqi tu. Dah la awak pun dia rapat, dengan adik awak pun dia kamceng. " Hud bertutur perlahan namun masih sampai ke telinga Liyana. "Kenapa pulak? Bukan arwah pun baik dengan awak ke?"


Hud mengangguk. "Tapi dengan saya lain. Dengan Aqi dia lain. Saya pun taktahu nak explain macam mana." Kepala yang tak gatal digaru. "Pernah sekali tu, saya ke bilik Aqi, arwah pun ada. Dia dok menempel tengok si Aqi tu buat coding dia. Kadang study pun dekat bilik Aqi. Padahal bukan Aqi boleh ajar dia pun kalau tak faham. Macam gay pun ada sebab kadang tu arwah tidur kat bilik Aqi." Hud tergelak kecil. "Saya pernah jugak ingat Luthfi tu adik Aqi dulu masa arwah mula daftar. Sebab saya ada dengar orang sebut 'dia adik Aqi'. Rupanya Aqi yang dimaksudkan tu awak."


Liyana terlongo mendengar cerita Hud. "Saya taktau pulak sampai macam tu sekali dorang tu rapat." Patutlah dia pernah ternampak Aizat menangis teruk lepas arwah dikebumikan. "Awak bawak saya makan tempat cantik cemni kenapa?" Liyana menukar topik. 


"Oh.. saja. Nak bawak awak ambik angin malam. Saya pun dah lama tak keluar dinner macam ni. Biasa makan maggi je sebab malas keluar." Wajah gadis manis dihadapannya direnung. Gadis itu hanya mengangguk. 'Belum masanya kot nak confess.' 

Tidak lama selepas itu, pesanan mereka sampai. Mereka menikmati hidangan tanpa sebarang bicara. Mungkin tenggelam dengan fikiran masing-masing. 

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh adamantium