Home Novelet Cinta AKU PILIH DIA
AKU PILIH DIA
adamantium
14/7/2015 02:46:15
34,496
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 15
Masing-masing kelihatan lega kerana hari ini merupakan hari terakhir menghantar thesis. Liyana turut menghela nafas lega kerana sample terakhirnya untuk projek tahun akhir itu berjaya disiapkan. Air mata, titik peluh, usaha dan penat lelah mereka terbayar saat thesis diserahkan kepada koordinator projek tahun akhir. Mereka bernasib baik kerana pelajar tahun akhir dibenarkan untuk menggunakan makmal pada malam hari sem ini. Liyana bersyukur kerana Aizat budak komputer. Sebab Aizat la yang terpaksa menemaninya ke makmal kalau dia terpaksa guna makmal pada malam hari dan suaminya itulah menjadi tempat dia menangis, menghembus hingus setiap kali experiment failed, result error dan PCR band tak dapat detected. Suaminya itu juga yang mengikutnya kesana-kemari sambil mengusung laptop. Aizat pun kena siapkan FYP dia. Yang dia tahu, Aizat punya projek kena buat coding untuk sistem e-payment. Yang selebihnya dia tak tahu. Aizat pun tak faham apa satu mengenai FYP Liyana. Dia cuma tahu Liyana ada cucuk-cucuk liquid dalam gel. Lepastu dia tolong Liyana basuh apparatus.


Pernah sekali Aizat ikut Liyana usha Re'an siapkan projek dia. Dia mana tahu benda dalam piring bulat tu bahaya. Dia cuba sentuh piring tanpa glove. Time lunch tu mungkin dia basuh tangan tak bersih. Dia cirit-birit. Baru dia tahu media tu ada Salmonella. Tu pun merah-merah muka Liyana tahan menangis waktu dia dikejarkan kecemasan. Dan baru dia tahu bahaya gila kos yang bini dia ni ambik. Patut pun Re'an selalu bawak Dettol. 


Aizat pun dah kenal ramai kawan sekelas semakmal dengan Liyana. Kebanyakan mereka sudah dimaklumkan mengenai hubungan mereka. Itu pun sebab pernah sekali hampir menjadi isu Liyana menangis bawah meja dan sedang dipeluk Aizat. Mujur Aizat bawak kad nikah sebagai bukti. Cuma rakan sekelas Aizat yang belum tahu status mereka. Projek mereka boleh disiapkan walaupun mereka bermastautin dalam bilik 44 hari 44 malam. Jadinya tak ramai yang melihat Aizat dan Liyana berkepit. Lagipun bulan akhir macam tu, thesis mereka lebih penting daripada segala berita dan gosip panas. Liyana tersenyum tatkala mengingat kembali kisah-kisah bulan terakhir sebelum projek mereka.


"Sayang senyum kenapa?" soal Aizat ketika melangkah masuk ke dalam dewan auditorium dimana kelas Fiqh Islami akan diajar. Tapi rasanya syllabus dah habis pun. Liyana sekadar menggeleng. "Nothing.."

Ini dia..Kelas terakhir untuk sem ini dan jugak sebelum mereka menamatkan pengajian. Selepas ini, semua mereka akan mula menjalani latihan industri. Kelas ni pun kelas mereka berdua digabungkan.

"Aqi!!" Aizat dan Liyana mengangkat kepala. "Which Aqi?" soal Aizat.

"You lah." seorang gadis berblouse biru hijau berjalan kearah mereka. Aizat mengenali gadis yang itu yang merupakan rakan sekelasnya. 

"Kitorang semua nak tau, korang couple ke?" soal gadis bernama Rita itu.

 'Aku agak dah, submit je thesis mesti aku dengan Aizat famous.' desis hati Liyana. Laki dia handsome kot. Player basketball lagi. Dia pun cantik. Mesti lah hot issue sebaik saja beban dah selesai disubmit.


"Haah Aqi-Aqi. Setau aku korang agak baik la berbanding kebanyakan kitorang kat sini. Tapi semalam aku nampak korang pegang tangan. Remuk hati aku Aqi." ujar Naufal, pun kawan sekelas Aizat. Dia dengar ceritanya menyimpan perasaan jugak terhadap Liyana. Aizat memandang rakan sekelas Liyana yang tersenyum-senyum. Mereka semua dah tahu. 

"Dosa tau Aqi korang pegang tangan cemtu. Haram. Walaupun aku pun kadang terlajak jugak." Entah siapa yang cakap kali ni dia tak tahu. 

"Okay gais. Sorry-sorry. Mintak maaf banyak-banyak atas salah faham ni. Aku nak cium Liyana ni sekarang pun tak dosa gais. Salah aku jugak sebab lambat edar kad. Sebenarnya Liyana ni isteri aku. Dah empat bulan kitorang kawen."

"Laaaa...." Satu suara.

"Patutlaa.." Suara lain.

"Ala, melepasla aku. Baru ingat nak confess lepas kelas.." Suara lain pulak kali ni.

"Aku baru berangan Aqi jadi prince charming aku malam tadi." Perempuan barisan tengah pulak bersuara.

"Patut semalam aku nampak dorang bercium." Yang ni laki hujung barisan depan tu, Ayie.

"Mana ada kitorang bercium depan orang la!" Tukas Aizat laju. 

"Ooo belakang orang kira pernah la kan?" soal Ijat yang duduk di belakang Ayie. Dia double jerk kearah pasangan itu. 

Aizat facepalm. Liyana disebelah dah buat rolled eyes. 'Kuningnya kawan-kawan aku."

"Belakang korang lebih pada tu pun boleh. Kan bang kan?" Kening dijungkit, smirk diukir. Tangannya mengeluarkan sesuatu dari beg kertas yang dipegang. Kali ni Aizat tepuk dahi. "Aku lupa isteri aku pun sama bongok." Satu kelas pecah gelak. 

"By the way, ni kad jemputan kitorang. Ambiklah sorang satu. Jangan lupa datang. Bawak hadiah sekali."

"Capat sikit buat baby. Confirm cute." Tak habis lagi rupanya. 

"On the way. Sabar ah. Tengah berusaha la ni." Balas Aizat.

"Wow Aizat Anaqi wow. Aqi, mesti kau yang ajar laki kau ni. Jarang sekali Aizat sama bongok macam kau." Ayie garu telinga. 

"Aku pulak kena..."

Usikan mereka tak habis disitu. Sehinggalah Ustaz Rushdi muncul barulah kelas kembali tenang.

Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh adamantium