TELAH GENAP seminggu kedua-dua
Anaqi itu bekerjasama. Liyana semakin selesa dengan Aizat. Mereka sama-sama
banyak mulut tetapi Aizat lebih serius berbanding Liyana.
Satu hari, tatkala Aizat sedang
layan lepak seorang diri makan bihun sup di kafe, Hud menghampirinya lalu duduk
dihadapannya.
“Aqi, aku rasa aku dah suka
someone.”
Aizat tersentak sebelum senyuman
terukir diwajah berkumis berlesung pipit itu.
“Who’s that lucky girl? Kau dah
boleh lupakan arwah?”
Hud menggeleng. Aizat memandangnya
pelik. “Dah tu?”
“That girl resemble arwah. Tak
banyak, tapi ada la. Buatkan aku rasa suka dekat dia. Mungkin aku patut try
dulu dekati dia. Mana tahu, bayangan arwah akan terus hilang.”
Aizat mengangguk. “Tell me then,
who’s that girl?”
Hudd senyum. “Liyana Anaqi.”
Aizat tersedak. Hudd cepat-cepat
menghulurkan air.
‘Duh, gawat ni. Kenapa dalam
ramai-ramai Aqi jadi pilihan kau Hudd?’ getus hati kecil Aizat.
“Oih kau okay tak?”
“Okay-okay. Terkejut je. Kenapa
dia?”
Hudd senyum. “Kan aku dah cakap
tadi, dia mengingatkan aku pada arwah. Tapi aku tahu, dia mesti ada
keistimewaan dia sendiri. Ni aku datang nak mintak tolong kau la ni.”
Aizat menjungkitkan kening.
“Tolong bawak dia jumpa aku kat
tasik esok. Aku segan nak mesej. Kau kan partner dia untuk TITAS. Alang-alang
tu boleh la tolong aku. Boleh eh?”
Aizat mengeluh. ‘Tolong kau dan aku
sendiri kecewa. Takpelah Aqi, mungkin Aqi tu bukan jodoh kau.’ Dia mengalah.
Kepada Hud, dia mengangguk. Jelas kegembiraan terpancar pada wajah sahabatnya
itu.
“AQI, ada someone nak jumpa kau kat
tasik jap lagi,”luah Aizat pada pertemuan mereka petang itu.
“Sape? Aku kenal ke? Laki ke
perempuan?” Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut gadis itu. Aizat
menggeleng-geleng kepalanya.
“Fuh mulut macam machine gun.
Bertalu-talu soalan.”
Liyana menyepak kaki Aizat di bawah
meja itu.
“Adoi! Sakitlah makcik. Aduh..”
Aizat menyeringai. Liyana senyum sinis. ‘Padan muka kau, main-main lagi.’
“Assalamualaikum.” Satu suara
menegur Liyana dan Aizat yang tenggelam dalam tugasan mereka.
“Waalaikumussalam,” jawab mereka
serentak. Kepala diangkat memandang gerangan yang memberi salam.
“Oh kau Hudd. Duduklah.” Aizat
mempelawa. Liyana kelihatan tercengang-cengan seketika sebelum mengukir senyum
kepada Hud.
“Hud Iskandar.” Hud memperkenalkan
diri.
“Aku Aqi.” Liyana membalas.
“Aku pun Aqi.” Aizat menyibuk.
“Ah, senyaplah kau. Menyibuk je.”
Liyana membalas. Aizat buat muka sedih.
“Yela, aku sibuk. Bye.” Aizat bangun
untuk meninggalkan mereka. Liyana tersentak.
“Woih kau pehal main sentap-sentap.
Nak gi mana tu?” laung Liyana.
Aizat menoleh sebelum turut
melaung. “Beli air kejap. Kau nak tak?”
Liyana melepas nafas lega. ‘Risau
aku kalau kau betul-betul merajuk tadi. Jenuh aku nak siapkan assignment Along
ni nanti.’
“Macam biasa,” ujar Liyana. Aizat
mengangguk sebelum menyambung langkah.
Liyana kembali menyiapkan tugasan
dihadapan.
“Err Liyana.”
Liyana angkat muka. ‘Lupa pulak ada
makhluk Tuhan seorang lagi kat sini.’
“Call me Aqi. I prefer that more.”
“Tapi saya suka nama Liyana.” Hudd
menjawab.
“But I don’t like people call me
with that name. Mind that.”
Hudd mengalah.
“Ada Aizat bagitahu someone nak
jumpa awak?”
Liyana mengangguk. “Kenapa?”
“Saya la yang nak jumpa awak tu.”
Sekali lagi, Liyana mengangguk.
“Untuk apa?”
“Saya..err..saya..err..” Hudd
mendehem mencari kekuatan untuk melafazkan apa yang terbuku di hati. “Saya suka
awak Aqi.”
Liyana mengeluh. Termasuk Hud, ini
dah kali ke sepuluh lelaki meluahkan perasaan padanya.
Liyana sememangnya cantik. Walaupun
dia agak kasar, namun wajahnya masih lagi kelihatan lembut terutama apabila dia
tersenyum menyerlahkan lesung pipit di kedua-dua belah pipi. Atas sebab itulah
dia menjadi pujaan ramai lelaki di kampusnya. Yang menghantar surat sahaja,
belambak-lambak. Dah la dia sendiri terpaksa melayan kerenah peminatnya,
ditambah lagi dengan peminat si adik. Boleh pengsan kut!
“Hudd, aku hargai perasaan kau.
Tapi aku belum kenal kau sepenuhnya.”Liyana menutur dengan lembut.
“It’s okay. We have much time to
know each other. Bagi saya peluang?” Hudd meminta penuh mengharap. Liyana
nampak keikhlasan dari mata itu. Seketika kemudian, dia mengangguk.
“Aku setuju nak kenal kau dulu,
tapi bukan bermakna aku ada relationship dengan kau.”
Hudd mengangguk. Dia tetap
bersyukur kerana Liyana sudi berkenalan dengannya. Dia mula mengambil peluang
berdua-duaan itu untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Liyana. Gadis itu
nampaknya memang banyak cakap. Arwah Humayra dulu pun banyak cakap tetapi dia
bukanlah tergolong dalam golongan peramah. Arwah cuma banyak cakap apabila
dikalangan rakan-rakan sahaja. Hudd dapat merasakan yang dia semakin tertarik
dengan Liyana.
“Nah oi!” suara Aizat memecahkan
lamunan Hudd. Botol ice lemon tea dihulur kepada Liyana manakala air tin
100plus diserahkan kepada Hud.
“Thanks.” tutur Hudd. Aizat
mengangguk.
“Mana terima kasih kau budak?” soal
Aizat kepada Liyana.
“Kasih aku mahal,” balas Liyana
selamba.
Aizat menjulingkan matanya keatas.
Seketika kemudian, Liyana
mengeluarkan telefon bimbitnya dari saku jeans yang dipakai.
“Alamak, bateri habis. Macam mana
nak call budak bertuah tu ni?” gumam gadis itu perlahan namun masih mampu
didengari oleh kedua-dua lelaki itu.
“Nak pinjam phone saya?” Hudd
menghulurkan bantuan.
“Eh takpe-takpe. Segan aku dengan
kau nanti,” Liyana menolak dengan lembut. Dia segan menerima bantuan daripada
lelaki yang baru dikenali itu. “Aqi, phone kau.” Liyana menadah tangan meminta
telefon bimbit Aizat.
“Dalam beg tu. Ambil sendiri.”
Liyana lantas mengambil telefon
Aizat dari poket beg sandang lelaki itu. Dia bangun dan menjauhi mereka.
‘Bukan ke phone si Aizat ni ada
passcode? Macam mana Liyana tahu?’ soal Hud dalam hati. ‘Oh, mereka rapat. Jadi
tak mustahil. Aizat pun memang jenis tak lokek.’ Balasnya sendiri. Menyedapkan
hati.
“Dia call sape?” soal Hud kepada
Aizat.
Aizat mengangkat muka. Wajah Hud
yang sedang memerhatikan Liyana dipandang sebelum dia turut sama memerhatikan
gadis itu.
“Sape apa?” soal Aizat kembali.
“That budak bertuah yang dia call
tu. Sape?”
“Ohh, Luthfi. Adik dia.”
Hud mengangguk. Liyana kembali
menyertai mereka beberapa minit kemudian.
“Dia kat mana?”
“On the way balik. Harapla kereta
aku selamat.” Luthfi meminjam keretanya atas alasan ingin keluar outing dengan kawan-kawan.
Nak jimat duit sewa kereta katanya. ‘Ayah suruh beli kereta taknak.’omel
Liyana.
“Eh pehal dia tak pinjam kereta kau
Aqi?” Liyana bertanya.
Aizat senyum sebelum menyambung.
“Kau ada nampak kereta aku ke sekarang?”
Liyana memerhatikan kawasan parking
di tasik itu. Kereta Myvi milik Luthfi tidak kelihatan dimana-mana.
“Budak bertuah tu pinjam kereta aku
sekali. Diorang keluar dua kereta.”
“Memang bertuah sungguh. Kau datang
tadi naik apa?”
Aizat menjuihkan bibirnya kearah
parking motor. “Motor adik kau tu la.”
Liyana mengangguk-angguk. Bibirnya
membulat membentuk huruf O.
“Awak balik naik apa nanti Aqi?”
sampuk Hud yang diam sejak tadi.
Liyana memandang Hud sambil
tersenyum nipis. “Luth ambil.”
“Hoi Bang Ngah!” sapa Luth yang
muncul dari belakang Aizat secara tiba-tiba.
Ketiga-tiga mereka beristighfar
sambil mengurut dada.
“Eh terkejut eh? Kesian.” Luthfi
buat muka tak bersalah. “Eh Hud. Kau pun ada?”
Hud senyum. ‘Siapa Bang Ngah tadi?
Aizat ke?’
“Angah kau nak balik bila ni?”
“Nak balik la ni. Tunggu budak
bertuah tu pulangkan balik kereta angah tu.”
Luthfi sengih.
“Okay la Hud. Aku blah dulu. Aqi,
kau nak sambung lagi ke?” soal Liyana pada Aizat.
Aizat mengangguk. “Haah, sikit lagi
ni part ni nak habis. Kau balik lah, dah lewat.”
“Okay, kau jangan balik lewat
sangat. Karang tak sempat jemaah Maghrib. Bawak motor elok-elok. Bye Hud. Bye
Aqi.” Liyana mengatur langkah ke keretanya. Luthfi mengikuti langkah si kakak.
Tiba-tiba anak muda itu berpaling.
“Bye Hud. Bye Bang Ngah!”
Hud senyum kelat. ‘Sah, Bang Ngah
tu Aizat.’ Aizat membalas laungan Luthfi dengan sekadar mengangkat tangan.
“Luth tu memang panggil kau Bang
Ngah ke?” Hud tidak mampu menahan perasaan ingin tahu.
Aizat mengangguk. “Tak larat nak
halang dah pun.”
“Sejak bila?”
“Sejak lepas kes histeria dulu tu.
Aku pun taktahu kenapa.” Aizat langsung tidak teringat yang dia telah meluahkan
perasaannya pada adik si Liyana secara tidak sengaja waktu itu.
“Cemburu pulak aku.”
“Eh, aku dengan Aqi takde pape.
Jangan risau.” Aizat cuba menghilangkan walang di hati sahabatnya itu. Hud
senyum nipis.