Home Novelet Cinta AKU PILIH DIA
AKU PILIH DIA
adamantium
14/7/2015 02:46:15
34,498
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 12
Aku dah sampai bilik. Tadi awkward gak la time makan. Taktau nak sembang apa. 


Whatsapp daripada Liyana dibaca. Aizat tersenyum memandang iphone7 nya itu.


Kau bukan selalu awkward ke? Lama-lama okay la tu. Ni pun kira improvement apa kau boleh keluar berdua dengan dia. Dah la tak inform aku. Pelik gak aku kau takde sekali dengan Along tadi. Along kata kau keluar. Aku ingat dengan geng kau.


Ikon berwarna biru ditekan. 


Aku expect kau tau. Kau kan baik dengan dia. Aku inform dah kat Along. Lepasni aku roger kau dulu. Pape jadi kau kena terbang cepat-capat kat aku. Hahaha. 


Amboi! Jemarinya cepat menaip balasan. Kepalanya dibetulkan letak dibantal.


Kau ingat aku Superman? Dah pukul 11 ni. Gi la tidur. Kang mula barai esok. Nite. Sweetdream. Assalamualaikum.


Nak tidur la ni. Baru siap gosok gigi. Okay. Noitee. Rest well. Wasalam. 


Balasan daripada gadis itu cukup untuk membuatkannya lena sampai Subuh.



Aizat dan Hud bersama dua lagi rakan mereka, Zahin dan Luki santai lepak di meja cafe setelah selesai mengenyangkan perut. Waktu Zohor belum masuk kalau nak gerak ke surau pun. Sentuhan di bahu kirinya membuatkan Aizat menoleh. 


"Afternoon sir. Jemput makan." Zahin berbasa-basi. Encik Haikal tersengih menampakkan lesung pipit kirinya. 

"Dah habis baru nak ajak ke?"

"Encik Haikal lambat sangat. Baru dua minit kitorang siap." Luki menjawab. Haikal ketawa. "Takpe, saya pun baru je makan tadi. Ni Aqi, free tak lepas Zohor japgi? Kalau free nanti, singgah bilik Along jap."

"Okeh. Petang ni takde kelas pun. Nanti saya singgah.." Haikal menggangguk. Bahu Luki yang duduk dihadapan Aizat disentuh. "Okay lah, saya gerak dulu." Keempat-empat jejaka itu tersenyum dan memandang Haikal yang semakin menjauh.


"Kau panggil Encik Haikal tu Along ke Qi?" Luki menyoal. Jarinya mengusap-usap dagu yang licin tanpa janggut itu. 

Aizat menyisip Milo ais nya sebelum menjawab, "Haah, dia yang start bahasakan dia Along. Dia tak bagi aku formal dengan dia. Awkward gak aku. Lecturer sendiri kot."

"Sebab kau rapat dengan adik-adik dia kot. Arwah Luthfi pun berkepit je dengan kau dulu. Sekarang kakak dia pun dah macam makwe."

"Apa pulak makwe. Member je pun." Matanya menjeling kearah Hud yang diam dari tadi. 'Aduh dia ni sah jealous dengan aku'. 

"Weh panjang umur. Makwe kau dengan geng dia baru sampai." Keningnya dijungkit menunjuk kearah empat gadis yang sedang bergelak ketawa itu. Hud turut mengangkat kepalanya. Bibirnya terus tersungging mengukir senyum. 


"Ui makwe." Zahin menegur Re'an, kawan sekelab bola tamparnya. Langkah gadis berempat itu terus terhenti.

"Amboi sopan bahasa.." Re'an membalas. "Awal korang lunch?"

"Prof kitorang baik hati harini, dapatla lepas awal sikit." Khayra dan Aqi meletakkan barang mereka disebelah meja jejaka berempat itu sebelum bergerak membeli makanan.


"Aqi jagakan barang kitorang." Liyana meletakkan handphone di hadapan Aizat. Aizat memerhatikan gadis itu berlalu. Padan pun, baju kurung takde poket.


"Kita nak tunggu bebudak tu habis makan ke?" soal Zahin. Aizat dihadapannya sedang sibuk menskrol iPhone milik Liyana. "Weh, tak baik do ceroboh privasi orang. Kau curi-curi tengok passcode dia ke apa sebelum ni?"


"Aku tengah usha game je ni ha. Aku pun tau. "Dia menunjukkan iPhone Liyana yang terpampang game Candy Crush Jelly tu kepasa Zahin. Sejak bila tah minah ni main Candy Crush. "Dan tak, aku tak curi tengok passcode. Aku guna fingerprint. So kira halal la aku tengok fon makcik ni."


"Gila ah kau. Tu lagi kau kata bukan makwe. Siap dia kasi access fon dia pakai fingerprint lagi. Kira special friend ah korang ni kan?" Luki terlebih excited. 


"Malas aku layan kau." Matanya menangkap kelibat gadis-gadis itu kembali bersama makanan dan minuman mereka. 

"Aqi, japgi aku nak gi bilik Along. Dia panggil tadi. Kau nak follow tak?" Aizat memandang Liyana yang sedang menghirup teh ais. "Ke kau ada lab?" Maklum yang kos pengajian gadis itu biasanya mempunyai amali pada setiap petang. 

"Takde. Harini Rabu takde Lab. So aku nak ikut." Aizat mengangguk. "Okeh, japgi lepas Zohor aku tunggu depan surau. Kitorang gerak dulu la. Lagi 10 minit nak masuk waktu ni." Pinggan mereka disatukan sebelum diletakkan dalam besen yang pihak kafe sediakan. "See you later." Liyana sekadar mengangkat tangan. Makanan lebih penting dari Aizat.


Hud yang turut sama melangkah sekadar memandang Liyana dan kemudian beralih kepada Aizat yang sedang bergelak ketawa bersama Zahin. 

"Weh kau okay tak? Senyap je dari tadi," soal Luki, concern. 

"Terlebih okay."  Senyum senget diukir. Luki menjungkit bahunya, dan kembali memandang telefon bimbitnya.

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh adamantium