3 tahun kemudian..
LIYANA ANAQI sedang sibuk membuat
nota-nota Biochemistry berdasarkan buku rujukan di hadapannya. Bukan apa, final
dah nak dekat. Lepastu, soalan Dr Jamilah selalunya out of syllabus, bak kata mereka
yang lebih senior. So, dia kena lebih tekun. Kalau tak, takdenya muka si Liyana
Anaqi ni nak muncul kat library. Kalau dok kat bilik, alamatnya mimpi sampai ke
Pluto la. Asal nampak katil je nak tidur, asal nak tidur je nampak katil. Jatuh
pointer dia sem ni mampus kena bebel dengan ibu.
“Woi kak!” satu suara menegur.
Liyana memandang sekilas sebelum menyambung kerja. Dia memang dah kenal sangat
dengan suara tu. Siapa lagi kalau bukan Luthfi Hafiy, si adik bertuah. Adiknya
itu kebetulan dapat menyambung ijazahnya di universiti yang sama setelah tamat
STPM. Bukan kebetulan sebenarnya, budak bertuah ni memang mintak universiti ni.
Semua pilihan kat UPU tu dia letak university tempat Liyana belajar sekarang ni.
Nampak sangat nak mengekor si kakak.
“Angah, buat apa tu?”
Liyana buat tak endah. Kalau
dilayan karang, mahu tak siap kerjanya ini. Dia dah lah malas ke library ni.
“Angah, layan la Luth ni..”rengek
si Luthfi.
“Ish kau ni Luth, angah busy ni. Gi
main jauh-jauh. Tahu la paper kau start lambat daripada angah.”
Luthfi memuncung. ‘Merajuk la tu.’
Budak bertuah ini memang manja dengannya kerana dia satu-satunya anak perempuan
dalam keluarga mereka. Maka ini bermaksud, dialah satu-satunya kakak untuk si
Luth dan Lathif, seorang lagi adiknya yang masih bersekolah.
“Hek eleh Angah. Sombong. Malas la
kawan,” ujar Luthfi sebelum bangun. Liyana memandang langkah si adik yang
menghampiri seorang rakannya di meja lain. Eh, macam kenal? Oh, mamat Anaqi tu.
‘Oh ya, mamat tu pun sama universiti dengan aku tahu? Cuma kos lain-lain la.
Tapi macam biasa, walaupun aku ni peramah, aku tak pernah tegur mamat tu.
Kenapa? Aku pun taktahu. Lagipun, nanti ramai pulak gadis lain jeling-jeling
aku. Dia kan ramat peminat. Fuh, taknak aku tempah bala,'ujar Liyana dalam hati.
Telefon yang bergetar di dalam
poket jeans mematikankan lamunan Liyana.
Aqi oi, kitorang otw ke fakulti.
Makan dulu jom!– Khayra
Mesej daripada salah seorang rakan
karibnya disini dibaca sebelum jarinya pantas menaip balasan. Liyana
cepat-cepat mengemas barangnya sebelum berlalu.
HARI BERGANTI HARI. Bulan berganti
bulan.
‘Fuh, tahun ketiga dah aku wo!’ujar
Liyana dalam hati. Senyuman merekah di bibirnya.
“Kau kenapa sengih sorang-sorang?
Takmau share?” tegur Adina, atau lebih mesra dipanggil Adi. Minah ni memang
rock habis. Nasib baik pakai tudung, aurat terjaga je. Kalau tak laki pun
kalah.
“Takdelah, aku just terdetik je. Ni
kan dah third year kita. Tinggal lagi setahun”balas Liyana. Adi turut
tersenyum.
“Kan, dah dekat tiga tahun kita
kawan rupanya.” Re’an menambah sambil memeluk bahu Khayra disebelahnya. Mereka
berempat sama-sama mendongak memandang langit nan biru.
“I’ll miss us soon.” Liyana
menuturkan sambil tersenyum. Sebak didada cuba dikawal. ‘Malu der kalau otai
tetiba fragile. Eheh.’
Tanpa mereka sedari, ada beberapa
mata yang memerhati gelagat mereka.
“Minah-minah tu mesti tengah layan
feeling,” ujar satu suara.
“Confirm lah. Nampak je ganas
diorang tu,” balas suara yang lain.
“Tapi aku suka,”tambah satu suara
lagi.
“Aku pun.”
Ketawa mereka pecah sebelum mereka
melangkah meninggalkan susuk empat gadis yang masih terbuai dalam dunia
masing-masing itu.
“ANGAH!”
‘Ya ALLAH budak bertuah ni.’ Liyana
mengurut-urut dadanya yang terasa sebu dek tersedak tatkala namanya dilaung
oleh si adik. Adi menepuk-nepuk belakang Liyana dengan lembut.
Keempat-empat mereka menoleh
memandang Luthfi yang memasuki kawasan kafe bersama beberapa lagi rakannya.
Kelihatan anak muda itu berbisik seketika kepada rakannya yang kemudiannya
melangkah mendapatkan meja kosong di situ. Luthfi menghampiri mereka. Liyana
juga perasan beberapa pasang mata gadis di situ mengekori langkah adiknya.
Liyana sendiri mengakui yang adiknya ini kacak. Cukup kacak sehinggakan kalau
lah Luthfi ini bukan adiknya, pasti dia sendiri akan jatuh hati.
“Hai kakak, kakak, kakak, dan
Angah.” Luthfi menegur sambil tersengih. Kerusi kosong di meja sebelah ditarik
lantas dibawa ke sebelah Liyana.
“Apa hai-hai? Salam mana salam?”
tegur Khayra.
“Hamboi Kak Khay! Garang nau! Takut
Luth,” ujar Luthfi sambil ketawa mengekek.
“Kau ni Luth. Sampai tersedak Angah
kau. Kalau mati tadi macam mana?” Adi menambah sekaligus mengundang tumbukan
padu di bahunya.
“Peh, mati-mati jangan main” tegur
Liyana.
“Heh, sorry-sorry.”
Luthfi yang tersengih itu menambah.
“Angah mati, Luth ada kakak, kakak,
kakak ni lagi.” Ujar Luth sambil menunjuk kearah Khayra, Re’an dan Adi. Liyana
mendesis lantas laju tangannya menampar bahu si adik.
“Angah mati betul karang nangis
kau.”
“Oloh gurau je pun.” Kepalanya
direbahkan pada bahu si kakak. “Eh, dah la. Luth nak makan. Cakap dengan kakak,
kakak, kakak dan Angah ni bukan kenyang pun.”
“Kau jugak menyibuk tadi kat sini.
Dah, syuh!” Re’an berkata sambil tangannya digerak-gerakkan tanda menghalau
adik Liyana itu.
Luthfi menggerakkan kepalanya ke
kiri dan ke kanan beberapa kali sambil ketawa kecil. Setelah itu, dia berlalu.
“Manja betul si Luth dengan kau
Aqi.” tutur Re’an setelah figura Luth hilang.
“Dah aku je kakak dia ada. Lepastu
di Basyar tu lahir lima tahun lepas dia. Mana tak manja.”
“Dia dengan Lydia okay?” soal Adi.
Liyana mengangguk sebelum
menyambung, “Luth tu even macam tu, he’s a responsible brother.. Dia tahu dia
tetap seorang abang..”
“Good then.” Mereka kembali
menikmati makanan yang dibiarkan sejak diganggu adik Liyana sebentar tadi.
TASIK di hadapannya direnung. Dari
sorot matanya, jelas sekali pemilik mata itu sedang memikirkan sesuatu yang
jauh.
“Oi Hud! Termenung jauh nampak?”
tegur satu suara. Jejaka bernama Hud Iskandar itu lantas menoleh. Oh, Aizat
Anaqi rupanya.
“Takdelah, aku tengok angsa-angsa
tu je,” dalihnya. Aizat tersenyum.
“Lagi nak auta. Aku kenal kau dah
lama la Hud. Sekilas ikan di air, aku tahu jantan betina. Ecewah,” balas Aqi.
“Kau terfikirkan arwah Humayra lagi ke?”
Hud mengangguk. Aizat tahu kisah
cinta Hudd an Humayra. Mereka bercinta sejak mereka di bangku sekolah dan
kemudiannya mengikat tali pertunangan setelah tamat tingkatan enam. Namun,
benarlah ajal maut ditangan Tuhan, Humayra kembali ke pangkuan Ilahi setelah
disahkan menghidap demam denggi berdarah. Kini, telah genap setahun pemergian
Humayra. Hud sememangnya pencinta yang setia.
“Kadang-kadang Allah hadirkan
seseorang dalam hidup kita sebagai ujian. Humayra ALLAH pinjamkan dalam hidup
kau buat seketika, dan sekarang ALLAH dah ambil balik hak Dia. ALLAH nak uji kau.
Nak tengok sejauh mana tahap kesabaran kau, tahap keimanan kau. Kita kena
percaya qada’ dan qadar. Ya, aku tahu kau percaya. Cuma itulah, bukan mudah nak
terima kenyataan kan?” Wajah Hudd dipandang sebelum dia menyambung kata. “Bila
kita redha, hati kita akan lebih tenang. Mungkin bukan jodoh kau dengan dia.
Mungkin orang lain yang sebenarnya dah tertulis kat atas sana sebagai makmum
kau. Apa-apa pun, aku doakan kau akan jumpa yang lebih baik dari yang dah
pergi. Dah, jom balik. Karang tak sempat pulak jemaah kat surau.”
Hudd memandang tasik dihadapannya
sekali lagi sebelum langkah kakinya diatur mengikut langkah rakannya. Nafasnya
dihela dan dilepaskan perlahan. “Semoga awak tenang di sana Humayra. Doakan
saya jumpa pengganti awak.”
SUASANA di kafe petang itu agak
lengang daripada hari lain.
“Oh hari ini kan Sabtu, mesti ramai
keluar.” ujar Liyana perlahan. Kepalanya melilau-lilau melihat keadaan
sekeliling. Cuma kelihatan beberapa kumpulan pelajar sedang duduk bersembang di
kafe itu. Oh, dan si Anaqi versi lelaki juga ada sama di situ, selang dua buah
meja dari meja yang didudukinya sekarang.
“Re’an dengan Khayra keluar pergi
mana?” soal Liyana kepada Adi yang baru sahaja melabuhkan duduknya setelah
membeli air untuk mereka berdua.
“Entah. Lupa nak tanya.”
Liyana mengangguk. Nescafe ais
dihirup perlahan. ‘Ah, sedapnya.’
“Aqi!” satu suara melaung. Kuat dan
lantang hingga menyebabkan semua manusia di kafe itu menoleh. Oh, si Iqram,
kawan sekelas Liyana yang juga merupakan teman sebilik Aizat.
Liyana dan Aizat serentak menoleh
ke arah Iqram, kemudian berpandangan sesame sendiri sebelum kembali menoleh
kearah Iqram yang semakin menghampiri mereka.
“Aqi mana kau panggil?” soal
Liyana.
“Aku nak panggil dua-dua Aqi, sebab
tu aku selamba je laung.” balas Iqram sambil ketawa mengekek.
Liyana menjungkitkan kening tanda
bertanya. Aizat mendongakkan dagunya sekali- pun tanda bertanya.
“Kau orang dah kenapa main
isyarat-isyarat je ni? Eh, hai Adi!”
Adina mengangkat sebelah tangannya
tanda menjawab sapaan Iqram.
“Kau pun isyarat jugak?” Iqram
menggeleng-gelengkan kepalanya. “Aqi 1, aku cari kau sebab aku lupa bawak kunci
bilik,” terang Iqram merujuk kepada Aizat. “Dan kau Aqi 2, aku cari kau sebab
nak pulangkan balik nota Genetik kau ni. Farhan suruh pass dekat kau sebab dia
sakit perut, tak boleh nak jumpa kau,” tambah lelaki berkumis itu merujuk
kepada Liyana. Buku nota yang dihulur disambut.
“Aku nak join korang boleh?” soal
Iqram kepada dua orang gadia itu.
“Gi join Aqi laaa.” arah Adina.
“Nak join la ni.” Balas Iqram. “Ni
kan Aqi.”
“Maksud aku, Aqi sana.” Bibir Adina
dimuncungkan kepada Aizat yang baru bangun untuk membeli makanan.
“Kejap.” Iqram bangun lalu meja
yang diduduki Aizat tadi didekati. Buku-buku dan beg sandang milik Aizat
diambil dan dibawa ke meja bersebelahan meja Liyana dan Adina. Barang-barang
itu diletakkan di situ sebelum punggungnya dilabuhkan di sebelah Adina.
Seketika kemudian, Aizat kembali ke
mejanya tadi.
“Eh mana barang-barang aku?”
“Sini hoi!” Iqram melaung sambil
jari telunjukknya menunjuk kea rah meja sebelah. “Makan sini la. Ramai sikit.
Baru meriah.”
Aizat kelihatan teragak-agak.
“Haah Aqi, sini la..” sampuk si
Adina. Aizat akur. Kakinya diatur ke meja yang diduduki tiga orang manusia itu
sebelum punggungnya dilabuhkan di sebelah Liyana.
“Aqi, ni la roommate aku. Korang
mesti tak kenal sangat kan? Aqi, kenalkan, ni Aqi. Pelik pulak rasa cakap dua
nama sama.” Adina dan Iqram lantas ketawa. Ciss.
“Kitorang dah kenal lama pun,”tutur
Aizat. Wajah Liyana dipandang. Senyuman dihulur.
“Haah, kitorang satu sekolah dar
form one sampai form six…” Liyana menambah.
Adina dan Iqram terlopong.
“Watdeee…”
“But, we happen to be a
stranger..”tambah Aizat.
“With lots of mutual friends.”
Giliran Liyana menyambung.
Adina dan Iqram berpandangan.
“Ayat korang memang dah diskripkan ke? Main sambung-sambung pulak.”
Liyana dan Aizat sama-sama angkat
bahu.
“Korang tak pernah rapat ke?” soal
Iqram.
“Tak.” Serentak.
“Kenapa?”
“Entah.” Serentak lagi.
“Siapa yang sombong?”
“Takde sape.” Lagi sekali. Kali
ini, Liyana dan Aizat pula berpandangan sebelum ketawa kecil.
“Kitorang bukan satu kelas pun. Dan
hidup kitorang kat sekolah memang bukan jenis nak peduli hal orang lain.
Biasanya yang akan peduli hidup kau, Cuma orang yang minat kau.”
Liyana mengangguk, mengiyakan
kata-kata bekas rakan sekolahnya itu.
“Oh, patutlah Luth rapat dengan kau
eh Aqi?” soal Iqram kepada Aizat.
“Yup. Dia junior aku. Adik dorm
aku.”
Kedua-dua insan di hadapannya itu
mengangguk-angguk. Iqram bangun untuk membeli makanan dan kembali menyertai
mereka selepas itu.