Home Novelet Cinta AKU PILIH DIA
AKU PILIH DIA
adamantium
14/7/2015 02:46:15
34,508
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
(7)

MINGGU BERGANTI MINGGU. Assignment TITAS telah selamat dihantar. Hud juga semakin rapat dengan Liyana. Gadis itu berjaya mencuri hatinya dengan perangai selambanya. Namun, Hud mengakui yang dia masih cemburukan Aizat. Peristiwa minggu lepas bermain di fikiran.

“Aqi, benda apa paling awak sayang?” soal Hud ketika mereka makan tengah hari. Bukan senang nak lunch dengan Liyana kerana gadis itu sentiasa berkepit dengan tiga rakan baiknya itu. Ini pun puas memujuk.

“Hm?” Liyana berfikir seketika sebelum menjawab. “My phone. Nobody can touch my phone kecuali orang-orang tertentu yang saya benarkan termasuk kawan-kawan baik saya tu.” Ah, Liyana sekarang tidak lagi beraku-kau dengan Hud.

“Orang special je la kiranya eh yang awak kasi tu?”

Liyana mengangguk. “Kalau orang pinjam nak make a call pun, saya akan pastikan dia call depan saya.”

“Kalau orang nak main game dalam phone awak?”

Liyana menggeleng. “For that reason, memang saya takkan kasik. Tapi kalau those special person yang saya benarkan tu takpela. I don’t mind.”

Hud mengangguk. ‘Mungkin aku patut try pinjam phone dia nak buat call. Tengok reapons dia.’

Beberapa hari selepas pertemuan Hud dan Liyana, Iqram mengajak mereka berdua bersama rakan-rakan baik mereka yang lain untuk outing. Iqram ingin membelanja mereka. Atas tujuan apa, tidak pula jejaka itu beritahu.

Pizza Hut menjadi pilihan mereka. Sementara menunggu pizza siap, mereka mengambil peluang untuk berbual-bual. Disebabkan kedudukan Aizat paling hujung, maka dia cuma mampu berbual dengan Hariz dan akhirnya, dia bosan. Telefon bimbitnya dikeluarkan.

“Ala, bateri low gila!” Aizat mengomel. “Baru nak main game.” Dia pandang sekeliling. Matanya menangkap wajah Liyana yang sedang berbual dengan Hud dan Re’an di bahagian meja belah sana. Aizat bangun dan menghampiri Liyana.

“Aqi..”

Liyana mendongak.

“Pehal?”

“Aku bosan. Tengok ni..” Telefon bimbitnya disua kepada Liyana. “Bateri pun low.”

“Lain kali bawak powerbank.” Liyana mengomel. Telefon bimbitnya dicapai lalu diserahkan kepada Aizat. “Lima minit, lima ringgit.”

“Eleh.” Aizat berlalu dengan telefon bimbit Liyana ditangan. Wajah Aizat ceria seperti kanak-kanak Ribena mendapat gula-gula sugus.

Hud yang memerhatikan gelagat mereka terkedu. Kata-kata Liyana tempoh hari terngiang-ngiang di kepala.

“Nobody can touch my phone kecuali orang-orang tertentu yang saya benarkan termasuk kawan-kawan baik saya tu.”

Dan hari ini, Liyana memberikan phonenya kepada Aizat. Untuk main game pulak tu! Liyana suka Aizat ke?

Hud mengeluh mengingatkan kembali kejadian itu.

SUARA Prof Huzair yang sedang menerangkan subjek Plant Physiology kedengaran mendayu-dayu. Liyana semakin mengantuk. Bukan dia sahaja, malahan hampir keseluruhan kelas ini merasakan perkara yang sama.

Tiba-tiba pintu dewan kuliah diketuk. Kepala Encik Haikal muncul disebalik pintu.

“Oh Haikal. Sila masuk. Kenapa?” soal Prof Huzair ramah.

Kelihatan kedua-dua pensyarah itu khusyuk berbicara. Mata siswi-siswi yang mengantuk kembali segar tatkala terpandangkan wajah kacak Encik Haikal.

“Liyana Anaqi, kemas barang-barang kamu dan turun sini cepat.” Prof Huzair mengeluarkan arahan. Liyana patuh.

“Angah, Luthfi dan Aqi excident. Diorang cedera parah.” Haikal memberitahu tatkala Liyana sudah berdiri di hadapannya. Liyana terkejut. Lututnya terasa longgar. Dia hampir rebah namun sempat disambut oleh si abang. Airmatanya menitis laju. Haikal mengusap-usap kepala adik perempuannya itu dengan penuh kasih. Mata-mata siswi memandang gelagat Haikal dan Liyana dengan perasaan cemburu yang meluap-luap.

“Gediknya minah tu. Mesti buat-buat lemah tu.” Satu suara mengejek.

“Nak ambil perhatian Encik Haikal la tu.” Suara lain menambah. Re’an, Khayra dan Adina menjeling mereka. Geram.

“Prof, saya bawak dia keluar ya?” Haikal meminta izin. Prof Huzair mengangguk.

Setelah kelibat dua beradik itu hilang dari pandangan, Prof Huzair kembali mengambil mikrofon di atas meja.

“Maaf atas gangguan sebentar tadi. Ada emergency. Sekarang marilah kita sama-sama berdoa akan kesembuhan dua orang pelajar kita, Aizat Anaqi, pelajar Kejuruteraan Perisian tahun tiga dan Luthfi Hafiy, pelajar Biotech tahun dua yang juga merupakan adik kepada Encik Haikal dan Liyana Anaqi. Mereka terlibat dalam kemalangan pulang dari terminal bas pagi tadi.”

Seisi kelas senyap. Terkejut. Mereka sama-sama mendoakan kesejahteraan dua pelajar itu.

“Err Prof, Liyana tu adik Encik Haikal ke?” seorang siswi bertanya.

Prof Huzair mengangguk. “Yup, adik kandung seibu sebapa.”

Mulut-mulut puaka yang mengutuk Liyana sebentar tadi terkedu.

Re’an senyum sinis. ‘Melepas la peluang korang nak dapat Encik Haikal.’







---------------------------------------------------------------------------------------------------


(^-^)

Hai salam alayk. 

Yeah, dah lama gila tak update huhuh. Raya lepastu kena setel appointment doktor. Then urusan biasiswa. Akhirnya dpt jugak update weeee.

Ha, ni kan novelet. Kalau dlm pmahaman sy novelet ni panjang sikit dr cerpen. So, menda alah ni dah nak sampai penghujung. Weeee. Yeke? Hope sooo. Sebab sy sendiri belum habis karang cerita ni. Till then, thankyou sebab sudi baca karya picisan yang layak dibuang ke tong sampah ni. Allah bless you.  Jazakallah.


ADAMANTIUM.

Previous: (6)
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh adamantium