Home Novelet Alternatif Persiapan Seorang Wife-to-be
Persiapan Seorang Wife-to-be
Ainul MZ
31/1/2018 07:44:04
52,670
Kategori: Novelet
Genre: Alternatif
Bab 6ii

“Apayang I cakap semuanya betul Nur Husna. You sahaja yang tak faham.Atau you sebenarnya kecewa. Sebab orang yang you tunggu takdatang? You harapkan Azami tapi I yang datang sebagai gantinya.Maklumlah, apa yang I dengar daripada Fawwaz, you dah jatuh cintapandang pertama dengan Azami waktu tengok gambar dia. Mak you pun cakap,you ni lebih berminat kalau soal Azami yang dibincangkan, kalau calon youyang lain you endah tak endah sahaja. Jadi, bila tak nampak batanghidungnya you nak melenting. Am I right Nur Husna?

Pipiyang tadinya berona merah biasa-biasa, laju diserbu darah merah memenuhi wajah.Merah terang bak isi delima masak. Entah kerana malu mahupun sedang marah.Bibirnya terkunci, kepala tidak lagi mampu diangkat selain menekur lantai yangberlapik permaidani, apatah lagi mahu bertentang mata dengan Azam yang semakingalak menikam wajahnya.

“NurHusna...” Setelah sepuluh minit hanya kebisuan memenuhi suasana hening antaramereka, lembut suara Azam memanggil Nur Husna yang masih menunduk. Gemersikyang pertama kalinya pernah menyapa pendengaran Nur Husna. Jantung Nur Husnatiba-tiba bagai dipalu rentak bunyinya. Aneh..

Isebenarnya tak faham, kenapa you marah sangat I datang sebagaiwakil keluarga I. Umi I tak dapat datang. Azami pula...”

Azamtiba-tiba menghentikan bicaranya. Serentak itu, Nur Husna mengangkat kepalanyabersabung mata dengan Azam sekaligus membuka pekung di dadanya. Serkap jarang Azam hampirbetul mengena. Hati yang tak pernah disentuh oleh siapa-siapa itu ternyatasedang dipeluk rasa yang dia sendiri tidak pernah sedar.

“Azamitak ada di sini untuk masa sekarang. Dia ada urusan kerja. Maaf bagi pihakAzami tidak dapat pulang dalam waktu terdekat. Dia pergi pun tiba-tiba sahaja. Idatang ni sebab umi suruh juga I datang hari ni. Sebab dah selalu sangattangguh. Sebenarnya umi dah lama nak datang. Cumanya tak berkesempatan. Kalau youragu-ragu fasal I dengan Fawwaz, I tak tipu. Kami memang kawanrapat dari zaman kolej.”

“TermasukAzami...” Potong Nur Husna akan bicara Azam. Cuba meyakinkan diri dengan apayang didengar. Kali ini lebih perlahan suaranya, hampir tidak dengar. Mujurmata Azam sangat peka dengan gerak bibir Nur Husna.

“Ye,termasuk Azami. Kami memang satu kolej. So, mind to share? Kenapa youmarah sangat dekat I?”

Kaliini suara Azam benar-benar lembut menyapa. Air mukanya juga tiada langsung riakdingin yang sering ditunjukkan lelaki itu. Renungannyayang sentiasa tajam, kelihatan lembut dan penuh kasih sayang. Kasih sayang? Mengapaitu pula yang terasa di hatinya. Ah, mustahil itu. Nur Husna tiba-tiba diserburasa malu, hangat pipinya berona merah jambu. Segera dilarikan anak matanya,kotak suaranya dibetulkan dengan deheman kecil. Amarah yang tadinya menguasaidirinya entah ke mana pergi. Tiba-tiba sahaja diulit rasa sejuk mengusir panasdi hati mendengarkan suara Azam yang begitu. Seperti sedang memujuk dan NurHusna terpujuk?

“NurHusna?”

“Er,saya.. saya minta maaf. Saya sedar kelancangan mulut saya. Tapi, saya rasatertipu. Saya tak tahu siapa yang menipu. Tapi saya rasa ada yang tidak kena.Ada yang tak betul. Tapi macam semua mahu mengunci mulut. Encik Azam pulaberbelit kata yang saya tak faham. Walaupun keputusan siapa bakal suami sayabelum ditentukan, tapi kalau Azami pilihannya bagaimana? Suka sahaja tidakcukup Encik Azam. Ini soal kehidupan saya yang akan datang. Saya tak mahuperjudikan kehidupan saya pada sesuatu yang disembunyikan. Biarlah hubungan yangterikat nanti terbina dengan baik. Saya siap bongkarkan siapa saya kepada bakalpasangan saya, saya harap begitu juga di pihak sebaliknya. Jika benar dia calonbakal suami saya, hak saya untuk tahu tentangnya. Sekali lagi, maafkan sayaEncik Azam. Sakit hati saya tidak kena tempatnya. My bad.”

BegitulahNur Husna, cepat marahnya cepat juga sejuknya jika kena dengan orang yang bijakberlembut kata dengan Nur Husna. Mereka yang lain masing-masing menghembuskannafas lega. Telahan mereka Nur Husna tidak banyak songeh kalau hal yangberkaitan calon bakal suaminya ternyata meleset sama sekali. Nur Husna sangatambil berat akan hal itu. Cumanya tidak terlalu ditunjukkan. Sekarang sudahterang di depan mata mereka, Nur Husna lantang bersuara untuk sesuatu yangberkaitan dengannya. Namun hakikatnya, respon Nur Husna itu tidak langsungmengundang negatif di benak mereka. Masing-masing mempamer senyum lebar sebagaitanda sepakat. Langkah seterusnya akan diambil.

Youakan tahu segala-galanya tentang siapa bakal suami you Nur Husna. AndaiAzami dan Nur Husna itu ditakdirkan berjodoh, saya berani janji, you akantahu segala-galanya tentang lelaki bernama Azami Norhakim.”

Terhentinafas Nur Husna saat terpandangkan senyuman manis yang tertampal ikhlas dibibir nipis Azam. Pertama kalinya. Senyuman yang tidak pernah ditunjukkankepada Nur Husna sepanjang perkenalan mereka. Nur Husna bagai berada didunianya sendiri hingga tidak sedar kaki Azam sudah diatur meninggalkan ruangtamu mereka. Ahli keluarganya yang lain juga sudah mengangkat punggungmembontoti Azam hingga ke luar rumah. Jika tidak dipanggil Puan Senah, pastiNur Husna akan tetap di tempatnya hingga Azam sudah memandu pergi meninggalkan peranganmahligai ini.

“Azampanggil tu. Dia dah nak balik.” Jelas Puan Senah sekali lagi apabila Nur Husnamenunjukkan wajah terpinga-pinganya.

Sedardirinya ditunggu tetamu yang sudah berdiri di Proton Perdananya, cepat-cepatNur Husna turun menyarung selipar mendekati Azam. Fawwaz yang sedang berbualdengan Azam bergerak menjauhi Azam dan Nur Husna menyertai keluarganya yanglain yang agak jauh jaraknya dari mereka. Seperti mahu beri peluang pada Azamberbual lanjut dengan Nur Husna secara sendiri sambil dipantau dari jauhsebelum lelaki itu bergerak pulang.

“Apa?”Tegur Nur Husna apabila Azam hanya terus-terusan merenung Nur Husna tanpaberkata apa-apa. Puan Senah cakap Azam panggil Nur Husna tadi. Ni sudah didepan mata diam pula dia.

“KalauAzami yang datang merisik, apa yang akan you jawab?”

NurHusna terpana dengan pertanyaan Azam. Terbuka tutup mulut Nur Husna sepertiteragak-agak jawaban apa yang seharusnya diberi.

“Jawabansaya sama seperti apa yang keluarga saya putuskan buat saya.” Jawaban selamat.Jawaban yang sentiasa diberikan kepada Badrul setiap kali lelaki itubertanyakan kata putus daripada Nur Husna.

Inak dengar jawaban dari you. Bukan keluarga you.”

“Apayang keluarga saya jawab, itulah yang saya jawab.”

“NurHusna...” Meleret suara Azam dengan jawaban acuh tidak acuh daripada gadis itu.Serinya tadi sudah berubah serius. Tertelan air liur Nur Husna melihatperubahan riak Azam. Encik Azam dah kembali perangai asalnya. Dah manissenyuman tu, kenapa dingin balik. Kedekut betul.

“Datangdulu, baru tahu apa saya jawab.”

Really?”Azam menguji kesungguhan jawabannya tadi.

“Sungguhlah.Encik Azam cakap nak datang merisik kan? Kalau saya menolak maknanya saya ataukeluarga saya sudah pilih yang lain. Jangan salahkan kami andai itu jawabnyananti. Bukankah Kak Rozaimah dah cakap awal-awal, kalian hanya calon. Bolehjadi terpilih, boleh jadi tidak. Jadi jangan terlalu letakkan harapan yangtinggi. Tak begitu? Andai tak jadi, tak bermaksud kami mungkir janji. Mak tusuka bersilaturrahim. Suka kenal-kenal orang. Mak dan Kak Long pilih cara nisebab arwah ayah memang ajar macam ni. Kenal saudara baru, kenal kawan baru,kenal kenalan baru, kenal keluarga baru. Ramai kenalan itu banyak kebaikannya.Nabi SAW ajar suruh sebarkan salam dengan orang tidak kenal sekalipun.[1] Bermaksudperlu sangat menjalinkan persaudaraan sesama umat Islam. Itu apa yang arwahayah ajar. Lagipun, kalau tak jadi suami saya pun nanti. Percayalah Encik Azam,semua calon-calon ni akan jadi anak angkat kesayangan mak. Mak akan layankalian mengalahkan anak sendiri. Tunggulah, tiap-tiap minggu dia suruh datangrumah. Kalau tak, dia sendiri yang pergi rumah korang. Haa, baru tahu nantisiapa Puan Senah tu. Mak kandung korang akan jadi mak tiri.”

Ketawamereka bergabung mendengarkan celoteh Nur Husna bebelkan sikap Puan Senah yangpantang benar dapat kenal dengan anak muda sebaya anak-anaknya. Tak akanterlepas dalam senarai anak angkat Puan Senah. Lagi-lagi kalau berkaum Adam.Tahu sajalah apa yang dibuat.

“Kalaujawaban sebaliknya?” Azam menduga lagi. Matanya tidak lepas langsung memandangwajah Nur Husna. Nur Husna mengherotkan bibirnya, perlahan kepalanya menundukmemandang hujung selipar. Pipinya sekali lagi panas dengan darah yang menyerbuuntuk berkumpul di situ.

“Kalaujawaban sebaliknya, macam Encik Azam cakap tadi. Andai Azami Norhakim dan NurHusna itu ditakdirkan untuk berjodoh, maka itulah yang sudah tersurat.”

Ilebih suka jawaban yang ini. Azami, dia meletakkan harapan pada penjodohan ini.I benar-benar harap inilah jawabannya nanti.”

Mendengarkankata-kata Azam, senyuman Nur Husna semakin memudar. Dia tersedarkan sesuatu.Kekurangan dirinya dan siapa Azami Norhakim. Ikhlaskah dia mahu menerima NurHusna hingga meletakkan harapan yang begitu?

“Azami...dia tahu kekurangan saya?”

Teragak-agakNur Husna melontarkan persoalan itu. Wajah Azam dicuri pandang daripada ekormatanya. Mahu melihat reaksi lelaki itu. Azam pula hanya menjungkitkan hujungbibirnya ke sisi. Kelihatan sinis tapi seperti mahu mengusik juga ada. Dengankenyitan mata yang tiba-tiba lagi. Apakah? Tiba-tiba Nur Husna rasa Azam didepannya bukan Azam yang dia biasa temui.

“Diatahu. Sebenarnya, Azami punya citarasa yang sangat tinggi. Dia seorang yangsempurna. Jadi dia pernah punya angan mahu isteri yang sempurna untuk berdiridi sisinya.”

HatiNur Husna tergores. Rasa rendah dirinya semakin merantai dirinya.

“Jadikenapa dia masih mahu beri harapan dia yang dipilih kalau dia sudah tahu sayatidak sempurna. Kesihatan saya juga tidak berapa baik.”

Kepalanyaterus ditunduk ke bawah, sayu wajahnya kerana kecewa yang tidak pandaidiselindungkan mendengarkan apa yang dimahukan Azami. Nur Husna tahu keputusanbelum dibuat, tapi dia juga tidak tahu mengapa hatinya berasa seperit itu.

“Umisuruh. Sebab umi paksa, dia bagi syarat. Dia nak bakal isterinya benar-benar layak untuk jadi isteri dia baru dia terima untuk teruskan. –Pedulikan diaNur Husna. Dia memang degil. Umi pun takpedulikan syarat dia tu. ” Bertambah-tambah calar yang tergores di hatinya.

“Sayaboleh tolak kalau dia mahukan begitu –”

No,it’s okay Nur Husna. Don’t be so sad, sweet girl. Why not you try to proveyourself to him first? I rasa you tak adalah teruk sangat. Tunjukkandekat dia, you boleh jadi lebih baik daripada sekarang. Kalau dia jaja youtak ada kelayakan untuk jadi isteri dia sebab you tak ada ciri-ciriseorang isteri. Then, bearing out that you have the qualification to be hiswife. There's still lots of time. Don’t worry okay?”

“EncikAzam ni beria sangat macam saya dah buat keputusan je.” Nur Husna melepaskanketawa hambar cuba menutup kecewa di hatinya.

Iknow you like him Nur Husna.

MataNur Husna membesar. Memang benar-benar tertulis di wajahnyakah? Wajah Nur Husnasemakin berubah terang rona merahnya.

“Jadi,jangan putus asa okey. Sampai waktunya nanti, I benar-benar harapjawaban positif daripada you Nur Husna. Jawaban yang you sendiriputuskan, bukan keluarga you. – Oops, got to go now. Qalbi is waitingfor me. So, I’ll see you around then. Bye Nur Husna. Assalamualaikum.

SempatAzam mengenyitkan matanya kepada Nur Husna setelah mengangkat tangan kepadakeluarganya berpamitan sebelum memboloskan diri ke dalam perut kereta.Berkepul-kepul debu tanah berterbangan seiring pacuan empat tayar itu dipandupergi.

Perlahansenyuman kecil terukir manis di bibirnya tanpa sedar. Kepalanya digelengkantidak percaya dengan sikapnya seharian ini. Pasang surut yang jelas ketaranya. Anginmonsunnya boleh berubah menjadi bayu sepoi-sepoi bahasa hanya kerana seoranglelaki itu. Dadanya yang berubah rentaknya disentuh perlahan. Rasa yang takpernah dirasai seumur hidupnya, mengapa hadir ketika berdepan dengan dia.Senyumannya sedikit memudar tiba-tiba. Dia itu Azam, bukan Azami Norhakimm.Bukankah Azami Norhakim yang kau harapkan belakangan ini Nur Husna.

NurHusna berpaling mahu segera masuk ke rumah, malas mahu berfikir panjang tentangitu. Lagipun ianya tidak penting. Langkahnya tiba-tiba terhenti melihatkan ahlikeluarganya sedang bersilang tangan di dada semuanya bersama senyuman mengusikmasing-masing tertampal di bibir mereka. Terangkat kening Nur Husna melihatkanlaku mereka itu.

“Apa?”

“Mak,Along rasa kita dah boleh buat keputusan ni.” Rozaimah memandang Puan Senahdengan ketawa kecilnya.

“Haahmak. Angah pun setuju. Tak sabarnya nak makan nasi minyak.” Maisarah jugamenambah rencah menyokong dengan saranan kakak sulungnya.

“Fawwazdengan Faiz boleh uruskan hal lain. Termasuk belikan set Al-Quran, alat solatdan buah tangan sebagai tanda keputusan calon sudah diputuskan dan hubunganakan disambung sebagai saudara rapat untuk sering bersilaturrahim. Tak dapatikat sebagai keluarga besan tak bermaksud kena putus saudara betul tak mak?”

Fawwazturut melontarkan perbuatan yang pernah diajarkan arwah bapa mentuanya, TuanYusuf. Sikap Tuan Yusuf yang sangat tinggikan sopan-santun jika mahu memberikankhabar yang sebaliknya kepada sesiapa sahaja. Tuan Yusuf juga pernah melakukancara itu ketika mahu menolak permintaan teman jauh yang mahu jadi rakan kongsiTuan Yusuf menguruskan ternakan lembu dan kambingnya. Walaupun tidak ada padaadat, tapi itulah cara Tuan Yusuf mahu menolak sesuatu, menyampaikan khabaryang mengecewakan dan juga sebagai tanda persaudaraan tetap terikat antaramereka. Malah, ketika mahu mencarikan jodoh untuk Maisarah juga begitu dulu.Cumanya calonnya hanya dua. Jadi, tidak terlalu pening kepala seperti situasiNur Husna.

“Bolehsangatlah tu. Mak dah lama tunggu nak buat keputusan. Jomlah masuk dalam. Bolehbincang panjang lagi.”

Semuamembontoti Puan Senah ke dalam rumah sambil berceloteh berbincang masa depanNur Husna tanpa pedulikan tuan badannya yang berdiri kaku di luar rumah.

Erk? Cepatsungguh keluarganya itu buat kerja.



[1]DariIbnu ‘Umar RA “Ada seorang yang bertanya kepada Rasûlullâh SAW, ‘WahaiRasûlullâh SAW, Islam yang bagaimanakah yang paling baik ?’ Beliau SAW menjawab: “Engkau memberi makan dan engkau mengucapkan salam kepada orang yang engkaukenal maupun yang tidak kenal.”

Previous: Bab 6 i
Next: Bab 7i

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ainul MZ