Home Novelet Alternatif Persiapan Seorang Wife-to-be
Persiapan Seorang Wife-to-be
Ainul MZ
31/1/2018 07:44:04
52,565
Kategori: Novelet
Genre: Alternatif
Bab 6 i

-KELIRU-

Sedari pagi tadi, perhatianNur Husna dipegunkan pada satu arah. Sedari lelaki itu menjejakkan kakinya disitu, Nur Husna membisu kata tidak percaya. Tidak banyak kata, Nur Husna hanyamenurut segala arahan Puan Senah melayani tetamu yang sudah lama dinantikunjungannya tapi tidak menyangka orang yang dinanti itu dia. Mulut becoknyajadi kelu mahu berkata apa-apa. Pagi ke tengahari dan hari sudah berganjakpetang. Lelaki itu pula begitu, tidak menyapa malah berkata ‘hai’. Seolah-olahmereka tidak kenal. Kerana itu Nur Husna rasa seperti tidak percaya membuatkanpandangannya terus-terusan dipakukan pada lelaki itu. Memastikan matanya tidaksilap melihat. Di fikirannya usah ditanya, terlalu sesak dengan desakanpersoalan yang menyerbu.

Diakah orangnya? Bukankahdia sudah berpunya? Punya zuriat lagi. Mungkinkah lelaki ini duda beranak satu?Kerana itu mahu mencari calon isteri untuk kebaikan anaknya. Atau mahu menambahcawangan yang kedua. Tapi mengapa tidak dinyatakan dalam kertas biodatanya jikabenar itu hakikatnya? Lebih anehnya, seingat Nur Husna wajah jejaka itu lainbenar miripnya dengan gambar yang pernah dilihat Nur Husna. Orang yang samakah?Atau Nur Husna salah teka.

Nur Husna didesak lagidengan soalan lain. Adakah dia memang sudah tahu Nur Husna calon isterinyasedari awal pertemuan mereka? Jika benar, mengapa tidak pernah sekali diasuarakan hal itu setiap kali mereka bersua muka. Seolah-olah tiada apa-apa. NurHusna merasakan calon yang ini sahaja yang aneh. Kerana Razman, Ammar, Muizmahupun Badrul acapkali juga menyapa setiap kali bertemu dan bertanyakan halNur Husna. Seperti cuba memikat hati Nur Husna kononnya. Terutamanya Badrul.Lelaki itu lebih ketara usahanya mahu memenangi hati Nur Husna agar dia menjadipilihan bakal suami Nur Husna. Tapi Nur Husna sentiasa sopan menjawab dansering ingatkan. Pilihan keluarganya adalah pilihannya kerana Nur Husna takmahu lelaki itu terlalu meletakkan harapan yang tinggi untuk memilikinya.

Nur Husna bukan tidak tahu.Calon-calon Nur Husna cuba mendekati Nur Husna bukan sekadar mereka itutercalon bakal suaminya, tapi syarat yang dikenakan Rozaimah juga. Buatkan NurHusna jatuh hati pada mereka supaya mudah ahli keluarga lain mahu buatkeputusan siapa pilihan mereka kelak. Walaupun sememangnya ahli keluarga NurHusna yang akan buat keputusan, tapi keputusan bergantung juga pada respon NurHusna pada calon-calonnya. Jika ada yang sudah tersangkut di hati Nur Husna,itu lebih mudah. Nur Husna sendiri pening dengan ragam ahli keluarganya,terutama Rozaimah dan Puan Senah. Ada sahaja syarat dan rancangan yangdirencanakan.

Berbalik kepada jejaka ini,Nur Husna bukan kemaruk sangat mahu dia turut menunjukkan diri cuba memenangkanhati Nur Husna. Sekurang-kurangnya, mereka yang lain mencuba. Tapi lelaki ini,dingin sahaja sepanjang pertemuan mereka. Tiba-tiba sahaja memunculkan diri diteratak kayu ini. Nur Husna sangat kesal dengan dirinya kerana tidak pernahperasankan lelaki ini ketika pertama kali bertemu. Mana mungkin Nur Husnaperasan, wajahnya berbeza sekali daripada gambar yang pernah dilihat Nur Husna.

“You dah fikir siapa calon pilihan you?”

Tiba-tiba persoalan ituterngiang-ngiang di tepi telinga Nur Husna. Jadi, itukah maksudnya? Dia mahusampaikan dirinya salah seorang calon pilihan Rozaimah. Jika benar, mengapatidak berterus terang sahaja? Mengapa buru-buru pergi setelah persoalan itudiutarakan kepada Nur Husna, meninggalkannya terpinga-pinga dengan soalan yangtidak difahaminya?

Peristiwa dua minggu lalukembali menerjah ingatan. Atau mungkinkah sebenarnya lelaki ini tidak rela?Mungkin kerana paksaan daripada uminya, sebab itu dingin sahaja riak wajahnyasetiap kali bertemu muka? Mungkin persoalan itu ditanya kerana berharap diabukan pilihan Nur Husna. Nur Husna masih ingat lagi pertama kali bertemu matadengan lelaki ini, masamnya mengalahkan mangga putik.

Nur Husna tiba-tibamenyentuh dahinya. Otaknya terasa berdenyut kerana terlalu banyak yangdifikirkan dalam satu masa. Hatinya terasa tidak sedap. Calon yang palingditunggunya ternyata tidak mengujakan. Malah terasa seperti ada yang tidakkena. Seolah ada yang disembunyikan. Benarkah lelaki ini, dia orangnya? AzamiNorhakim itu adalah dia. Jadi tujuan sebenar dia di sini, untuk apa sebenarnya?Mahu menarik diri daripada menjadi calon suami Nur Husna? Atau menyampaikankebenaran dia itu duda atau mahu pasang cawangan lain. Kerana itu tidak pernahmengaku kepada Nur Husna dia itu Azami Norhakim. Kalau itu kebenarannya,sungguhlah itu penyesalan terbesar Nur Husna memilih dia salah seorangcalonnya. Sekarang juga Nur Husna akan singkirkan dia. Nur Husna tak pedulikalau ada tentangan dari keluarganya. Keputusannya muktamad. Wajah lelaki itukembali dipandang.

“Ateh, jaga mata. Tengokorang macam nak terkam.”

Nur Husna ditarik kembalike dunia realiti saat Puan Senah menepuk lembut pahanya. Baru Nur Husna sedar,semua mata sedang terarah padanya kecuali dia yang sedang membuang pandang kearah pintu yang terbuka luas menikmati pandangan luar rumah. Masing-masingmengukir senyuman sumbing penuh makna dan harapan. Tapi Nur Husna tidakterpengaruh dengan senyuman itu, pandangannya kembali memandang lelaki itu.Fikirannya masih bermain-main dengan persoalan yang tidak terjawab. Lelaki itupula hanya memandang Nur Husna sekilas sebelum menyambung perbualannya denganyang lain. Tidak dingin tapi tiada senyuman seperti tadi. Seperti ketika diaberbual mesra dan ceria dengan ahli keluarganya yang lain. Terutamanya denganAbang Long Fawwaz dan maknya, Puan Senah.

“Jadi Encik Azam ni AzamiNorhakim?”

Akhirnya suara emasnya yangterbisu kelu disuarakan. Perhatian Azam kembali terarah ke wajah keliru NurHusna, bertemu mata dengan gadis yang berdepan dengannya di sofa single. Kali ini wajah itu penuhkerutan, senyuman yang selalu terukir di bibir itu serius seharian ini. NurHusna tidak melarikan anak matanya seperti selalu setiap kali bertemu matadengan pandangan tajam lelaki itu. Tidak gentar seperti biasa kerana sekarangini dia sangat-sangat perlukan jawaban. Lama mereka berlawan pandang sebelumAzam bersuara.

“Actually, Azami used to be my youngerbrother name.”

Kening Nur Husna bersatu.Tidak faham dengan ayat penyata lelaki di depannya itu. Ahli keluarganya semuamengunci mulut, membiarkan Nur Husna bersoal jawab dengan Azam tanpa gangguan.

“Maksud awak tekaan sayasalah? Apa yang saya fikirkan semuanya salah?”

Nur Husna tiba-tiba terasamahu tersenyum. Lega rasanya telahannya salah belaka. Azam itu Azam bukanAzami. Hanya kebetulan hampir sama namanya. Ya, nama juga adik beradik. Tapikenapa digunakan perkataan ‘used’.

“Apa yang youfikirkan?”

“Tak penting. Yang penting,bukan awak bakal suami saya kan? Adik awak kan?”

Perhaps.”

Kali ini Nur Husnabenar-benar menghembus nafas lega. Benarlah salah kata hatinya tadi. Tak inginNur Husna menjadi isteri kedua Azam. Kalau tak isteri kedua sekali pun, NurHusna tetap tak mahu. Mungkin Azam duda, tapi kerana bercerai. Bekas isterinyamasih hidup. Lainlah Badrul, lelaki itu duda kerana isterinya sudah meninggal.Azam pula, Nur Husna tidak tahu. Walaupun Nur Husna sangat tergugat kalau Qalbiyang masuk campur. Nur Husna menggeleng-geleng kepalanya, mengusir fikirannyayang sudah ke situ. Mengapa Azam pula yang difikirkan. Biarlah lelaki itudengan hidupnya. Yang penting, bukan Azam orangnya.

Nafas lega dihembus lagi.Penat sahaja memerah otak mahu menyelesaikan persoalan di fikirannya. Mahunyadia tidak salah teka. Kata Puan Senah, Azami Norhakim akan datang petang ini.Nur Husna jadi teruja tanpa sebab, kerana Azami Norhakim merupakan orang yangpaling dia mahu bersua muka. Katanya, datangnya sengaja mahu bersilaturrahmi.Lagipun sudah sering kali dijemput Puan Senah untuk datang ke rumah selain mahubertemu Fawwaz, teman lama yang hanya berhubung melalui talian sahaja.

Tapi..

Hati Nur Husna masih tidaksedap. Ketenangan yang sekejap cuma tadi mula dilanda gelisah dan walang sekalilagi. Apatah lagi memikirkan semula jawapan Azam tadi. Apa maksudnya mungkin?Kenapa tidak dijawab ya ataupun tidak? Kenapa mesti satu perkataan yang padanyabercampur pelbagai kemungkinan. Dan itu menyebabkan Nur Husna semakin tidakfaham. Hatinya panas tiba-tiba. Nur Husna rasa dipermainkan. Sudahlah dia penatmemerah otak dari pagi tadi, lelaki ini pula seperti hendak tak hendak menjawabpertanyaan Nur Husna. Kesabarannya terasa menipis tanpa sebab.

“Maksud Encik Azam?Tolonglah encik, saya tak suka encik berbelit-belit macam ni. Susah sangat kenak berterus terang? Ataupun encik sengaja nak main-main dengan saya. Kalau ituniat encik, encik baliklah. Menyakitkan hati sahaja!”

Kan Nur Husna pernah cakap,kalau Nur Husna mula tak sukakan seseorang beginilah lakunya. Cepat marah dantidak sabar. Sikap cepat melatahnya ini semakin menjadi-jadi lepas Nur Husnakemalangan. Mudah sensitif tanpa sebab. Jika tidak kena emosinya sepertisekarang, tak ada lagi mahu berlembut dan sopan-santun selain bersuara tinggidan kasar. Air mukanya tegang dan ronanya berubah merah menahan marah.

“Ateh, jaga suara. Mak takajar bercakap tengking macam ni.”

Puan Senah sudah beriisyarat supaya Nur Husna jangan menunjukkan perangai kasarnya di depan tetamumereka.

“Tak apa mak cik. Orangdilanda curiga dan tertanya-tanya memang macam ni. Tak sempat nak berlembutwalaupun depan bakal suami sendiri. Apalah nasib suami dia ni nanti, hari-harikena herdik.”

Sinis. Tapi ahli keluargaNur Husna menyambut kata-kata Azam dengan ketawa. Entah apa yang lucu Nur Husnatidak tahu. Yang Nur Husna tahu, dia semakin keliru. Azami Norhakim, calonbakal suaminya itu, adik kepada lelaki di depannya ini atau tuan badannyasendiri? Kenapa berkias segala kata-katanya? Nur Husna tak faham. Dia takpernah berlajar sastera, jadi dia memang tak faham.

“Encik Azam!?”

Nur Husna tak tahu kenapa.Tapi dengan lelaki ini, cepat sahaja kesabaran Nur Husna menipis senipis kulitbawang. Nur Husna tak suka lelaki ini cuba memainkan watak sinis dan humor padabukan masanya.

“Okey sweet girl,Janganlah marah. Jatuh saham nak jadi bakal isteri. Let’s say Nur Husna, my younger brother is Azami Norhakim. And theowner of the name will be your future husband. Got it?”

Sekali lagi, Nur Husnasemakin keliru. Seperti mahu meletup dadanya ketika ini. Tambahan lagiterpandangkan lirikan dan jungkitan bibir yang sinis daripada Azam. Nur Husnamemalingkan wajahnya, matanya dipejam menahan kesabaran yang semakin menipis.

Kaliini wajah ahli keluarganya pula dipandang satu persatu dan silih berganti.Berharap ada penjelasan daripada mulut mereka sendiri. Rasa ragu-ragunyasemakin menebal apabila menyedari keluarganya tidak menunjukkan reaksi anehsepertinya. Mereka seperti tidak terkejut Azam itu bukan Azami Norhakim. Keranalayanan mereka yang mesra menyambut tetamu yang diundang tapi tidak sangkatetamu itu dia, pastilah Nur Husna yakin yang Azam itu Azami Norhakim. Sudahtiada yang bertanya akan hal itu. Lagilah Nur Husna menanam syak wasangka dalamhatinya.

“Ateh,kan Azami – Eh, maksud ibu Azam..” Puan Senah memandang Azam sekilas sebelumberalih ke arah Nur Husna yang mencuka sekali air mukanya. “Kan Azam dah cakap,Azami itu adiknya. Jadi, Azamilah bakal suami Ateh nanti. Kenapa perluragu-ragu? Sudahlah Ateh, kenapa nak tegangkan sesuatu yang belum pasti. Makdengan yang lain belum buat keputusan lagi kan. Tak perlulah marah-marah macamni. Kita nak kenal dengan keluarga calon suami Ateh saja. Jangan marah ye Ateh,mak tak suka Ateh tanya soalan macam tu. Azam tetamu kita. Tak sopan.”

“Okey,Ateh minta maaf. Tapi Ateh tak puas hati kenapa mesti Encik Azam yang datangsedangkan calon Ateh itu Azami. Dan kalau betul apa yang mak cakapkan adikEncik Azam itu orangnya kenapa Encik Azam tak berterus-terang saja? Susahsangat ke nak cakap jelas-jelas. Sudahlah cara cakap macam hendak tak hendak,macam ada yang mahu disembunyikan. Ada yang mahu dikiaskan. Ateh tak faham.Lepas tu, kenapa semua macam dah tahu yang Encik Azam yang datang? Kenapa takbagitahu Ateh? Mak cakap dekat Ateh pagi tadi, Azami yang nak datang? Ke semuasaja tak mahu bagitahu Ateh. Along dengan Angah pun sama. –Ha Abang Long, Atehtengok bukan main seronok dapat reunion dengan kawan lama. MaknanyaEncik Azam pun kawan lama Abang Long lah?”

Bagaibertih jagung yang sedang rancak dimasak, begitulah mulut Nur Husna berbicara.Bertubi-tubi persoalan dilontarkan pada mereka di situ. Ekor matanya tajammenjeling jejaka di hadapannya, isyarat soalan itu ditujukan tepat kepadanya.

“Kalaudah berkawan dengan adik, tak akan dengan abang nak bermusuh. Apa masalah youNur Husna? Apa yang you tak puas hati?”

Barusahaja Fawwaz mahu membuka mulutnya mahu menjawab pertanyaan Nur Husna, suaraAzam terlebih dahulu mencelah beserta dengan renungan tajam menikam wajah cemberutNur Husna. Jelas, riak Nur Husna sangat keliru. Suasana yang tadinya ceriadengan kemesraan antara mereka berubah tegang semenjak Nur Husna bersuaradengan soalan sinisnya. Nur Husna bersabung mata dengan renungan Azam. Kedinginansangat terasa antara mereka berdua.

“Macammana saya nak puas hati sedangkan hati saya sangat kuat mengatakan ada yang takkena semenjak Encik Azam jejakkan kaki dekat rumah ni. Cara Encik Azam sendirijawab soalan saya lebih buatkan saya semakin tak puas hati. Bagitahu saya macammana saya nak puas hati kalau semua nak main sembunyi-sembunyi dengan saya.Kenapa? Yang nak kahwinnya saya, hak saya untuk tahu segala yang berkaitandengan saya. Atau Encik Azam berpakat dengan keluarga saya untuk belakangkansaya?”

Previous: Bab 5
Next: Bab 6ii

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ainul MZ