Home Novelet Alternatif Persiapan Seorang Wife-to-be
Persiapan Seorang Wife-to-be
Ainul MZ
31/1/2018 07:44:04
52,560
Kategori: Novelet
Genre: Alternatif
Bab 10

10: Meriahnya. Risik ke kahwin?

Sepertiyang dirancang, penghuni rumah pusaka keluarga Tuan Yusuf sangat sibuk membuatpersiapan di hujung minggu itu. Ada sahaja tempikan suara mengatur dan mengarahagar serba-serbi lengkap hendaknya. Tak kurang juga gurau senda, gelak tawaserta usik-mengusik antara mereka memeriahkan lagi suasana teratak itu. Maklumlah,masing-masing teruja mahu menyambut kunjungan tetamu yang dinanti.

Terutamadua orang wanita itu; Puan Senah dan Rozaimah. Merekalah manusia yang palingsibuk menguruskan segalanya. Tak sempat mahu letak punggung, langkahnya sudahbergegas ke dapur dan belakang rumah melihat juadah yang sedang dimasakberkawah-kawah. Demi meraikan gadis terakhir di rumah mereka, seekor lembu jugaditumbang pagi itu. Kemudian langkah mereka berlari-lari anak mengelilingirumah. Mahu memastikan perhiasan semuanya kemas serta tidak ada tinggalansisa-sisa hiasan bunga di lantai yang sibuk dikerjakan malam semalam hingga ketengahari itu. Tidak duduk diam, langkah mereka ke halaman depan rumah pulayang didominasi oleh kaum adam mendirikan khemah dan menyusun meja kerusi. Risaubenar jika ada cacat cela dalam menguruskan majlis besar yang julung-julungkalinya dilakukan setelah pemergian arwah Tuan Yusuf. Sebelum ini, Sang KepalaKeluarga itulah yang menguruskan segalanya.

LangkahPuan Senah dibawa pula ke bilik Nur Husna untuk melihat apa yang sedang anakgadisnya itu lakukan. Seharusnya jam begini, anaknya sudah siap dalampersalinan yang ditempah khas untuknya. Anaknya itu sengaja dilarang kerasdaripada menyibukkan diri dengan kerja merewang bersama yang lain. Gadis itudisuruh berkurung di dalam bilik saja memanjakan diri. Daripada semalam sudahdipanggil mak andam untuk melakukan khidmat spa dan rambut keatas Nur Husnawalaupun ditentang keras oleh anak daranya itu.

“Atehbukan nak kahwin esok! Membazir la mak dengan Along ni!”

Itulahdisongehnya mulut murai tak mahu berhenti membebel dari semalam sampai hari ni.Semua tak kena dimata Nur Husna, sedangkan serba-serbi disiapkan untuk dia.Biar berkenan orang yang melihat.

Dalamberdongkol geram dengan semua orang yang tak pedulikan luahan perasaanya, NurHusna turutkan juga kemahuan keluarga bersendirian di biliknya yang sudahdihias cantik dengan sentuhan putih emas. Tema kakak sulungnya tanpa bertanya!Urgh!

Kalautak mereput sendirian pun, adalah juga jiran tetangga yang dijemput datangmenyapa dan mengajaknya berbual. Mahupun sanak-saudara jauh yang datangmenginap sejak dua hari lalu turut datang memeriahkan majlis. Kalau sudahsepupu-sepapat ni, usikannya melampau sikit. Belum kahwin lagi dah macam-macamditanya bab rumah tangga orang. Melebih! Ada juga yang sibuk menjadi perisiktak berbayar, soal-siasat tentang jejaka berkenaan. Penat juga dia mahu melayankerenah mereka yang banyak soal itu ini.

“Taksiap lagi budak bertuah ni! Ateh..”

Bercekakpinggang wanita itu melihatkan anaknya masih rancak bersembang dengansepupunya. Nur Husna yang sedang bergolek-golek atas katilnya terus menjunam kebawah mendengar sergahan ibunya. Puan Senah yang sedang berdiri di depan pintubiliknya dipandang sambil menggosok kepalanya yang sakit dengan sengihan kerangbusuk.

MujurMaisarah datang menerpa. Tugas menguruskan adiknya itu sudah diberikan PuanSenah kepadanya. Risau pula mengamuk ibunya itu kalau dibiar lama-lama.Tambah-tambah kalau dengan Nur Husna. Adiknya itu mulut laju. Ada saja jawabnyananti.

Sanak-saudaranyadiminta ruang untuk meninggalkan Nur Husna, ibunya ditolak tubuhnya ke luarbilik untuk sibukkan dengan kerja lain. Sekarang gilirannya pula bercekakpinggang menghadap adiknya. Memang patut sangat ibunya bertempik, rombonganakan tiba selepas zohor nanti. Kurang satu jam lagi angka jam akan menunjukkanmasuknya waktu zohor. Nur Husna pula masih bert-shirt putih dan berkain batik!Ada ke patut? Betuah punya adik!

Mujurjuga ibunya melarang Nur Husna menyibukkan diri dengan kerja merewang walaupunmerengek budak tu mahu membantu ringankan kerja orang lain. Tapi mengenali NurHusna, selalunya akan lebih rumit jadinya kalau adiknya itu menyibuk denganyang lain. Tak jadi kerja sudahnya!

“CepatAteh! Kenapa terhegeh-hegeh sangat ni? Kalau bakal mak mentua kau tengok, terusdia batal nak ambil kau jadi menantu tau!”

“Iye!Iye! Sejak bila Angah dah jadi geng jemah Along dengan mak ni. Membebel takhabis-habis. Aw! Aw! Aw! Sakitlah Ngah!”

Bersepit-sepitketam batu Maisarah mencubit bahu Nur Husna. Nur Husna pula laju menggosokbahunya yang menjadi mangsa sambil bersilat tangannya menghalang seranganMaisarah yang semakin mengganas. Angahnya ni kalau dah tunjuk taring, lebihdahsyat daripada Puan Senah dan Rozaimah. Sepitannya kalau sudah sekali kena,serik! Perit tak usah ditanya.

“Angahni, sakitlah! Ateh nak siap la ni. Dah mandi, dah wangi-wangi dah. Tinggal nakpakai baju saja pun. Lagipun Ateh tunggu Angah, cakap nak solek-solek mukaAteh. – Ha, Angah jangan nak conteng pelik-pelik dekat muka Ateh. Aku mogoknanti batalkan majlis ni.”

Telunjukdiangkat tinggi menuding muka sambil mengecilkan matanya, memberi amaran kepadaMaisarah yang bakal menjadi juru soleknya. Setelah bertekak dengan Rozaimahkerana tak mahu gunakan khidmat mak andam semalam untuk jadi juru soleknya,akhirnya kakak sulungnya itu beralah jua. Mujurlah Maisarah ini memang punyabakat dalam bidang ini walaupun tidak profesional. Kalau Maisarah tak tawarkandiri, tak habis perang mulut Nur Husna dan Rozaimah yang tetap mahu gunakankhidmat mak andam dari butik temannya.

“YeAngah tahu. Cepatlah Ateh. Nanti mak masuk tengok kau tak siap lagi, kau juga yangsakit hati.”

“Atehtengah siap ni kan. Hish, itulah orang suruh buat biasa-biasa sahaja, dijemputjuga satu kampung datang. Nak juga buat majlis besar-besar. Padahal bukanmajlis akad nikah ke apa, hatta majlis tunang pun bukan. Umi tu nak datangmerisik saja pun. Tapi gaya naikkan khemah dah macam kenduri kahwin.”

Sambiltangannya lincah menyarung jubah satin bewarna putih bersulamkan motifbunga-bunga kecil berbenang perak dan emas, mulut Nur Husna tak henti-hentibebelkan keputusan keluarganya yang mengadakan majlis besar sempena menyambutkedatangan merisik daripada keluarga Puan Rosnah. Puas dibantah, tapi suaranyaminoriti tanpa ada yang menyokong. Mahu dia tak sakit hati.

Sudahlahniat Nur Husna hanya mahu berbusana kurung biasa ditegah semua. TerutamanyaAlongnya, Rozaimah. Tahu-tahu sahaja sepersalinan busana, selendang berona kuningemas jenis satin dan veil jarang bewarna putih susu sebagai kain lapisanatas tudung sudah sampai ke rumahnya pagi tadi. Mahulah Nur Husna tak rasa nakmembebel sepanjang masa.

“Ishkau ni Ateh. Merungut je kerja. Nak kahwin ke tak nak? Duduk sini, Angah naksolek muka kau. Kau dah wuduk ke belum?”

“Dahtadi. Alah, kalau aku tak nak kahwin pun kena paksa juga. Aw! Angah!”

“Menjawablagi lepas ni, Angah gunting mulut Ateh.”

Sekalilagi, dalam keterpaksaan Nur Husna tadahkan juga wajahnya untuk disolekMaisarah sambil menggosok pipinya yang dicubit maisarah sebentar tadi.

“Ateh,Angah bukan tak nak sokong Ateh tau. Tapi apa yang dirancang mak dengan Alongtu untuk Ateh juga. Tak salah pun baik daripada segi agama mahupun adat. Kauterima sajalah masterplan diorang. Lagipun, Atehkan bongsu, dah tak adaorang lain dah lepas Ateh. Sebab tu diorang cuba lakukan sehabis baik untukAteh. Cuba bersyukur sikit dapat merasa mewah daripada kitaorang. Angah denganAlong dulu mana sempat nak merasa semua ni. Sebab tu angan-angan kitaorangdulu, buat dekat Ateh. Tak adalah kempunan sampai bila-bila, ye dak Ateh? Maktu pun sendiri cakap, duit pencen arwah ayah memang mak simpan untuk Ateh.Wasiat ayah macam tu. Mak juga cakap dia boleh sara hidup sendiri, duit Alongdengan Angah bagi tiap-tiap bulan lebih dari cukup. Duit meniaga kuih lagi.Jadi, Ateh janganlah marah sangat. Ye Ateh..?”

“Hurmmm...”

KalauNur Husna sudah beri respon sebegitu, tandanya sudah sejuklah hatinya. Maisarahtahu, dalam melawan Nur Husna patuh sebenarnya. Cuma tidak selesa dengankemewahan yang dilambakan tiba-tiba hanya demi menguruskan rombongan merisik,meminang dan majlis kahwinnya nanti. Walaupun kalau dipandang pada kaca mataorang berduit, majlis mereka ini tidak seberapa sangat pun. Tapi buat golongansederhana seperti mereka, sangatlah bernilai harganya.

“LagipunAteh, mak tu dah niat nak buat kenduri arwah sekali untuk ayah. Sudahalang-alang buat kenduri untuk kau, mak sekalikan terus buat untuk arwah ayah.Sebab tu buat besar-besar, boleh jemput ramai orang. Kalau kau bertuah, manatahu rombongan datang kejap lagi tu bukan sekadar datang merisik. Terus sarungcincin tunang. Bertuah badan, tak susah-susah nak buat banyak kali kerja.Tunggu akad nikah je, lepas tu buat majlis resepsi.”

Penuhkelembutan Maisarah cuba mengurangkan panas hati adiknya. Setelah menyudahkanbeberapa sentuhan pada solekannya, Nur Husna disuruh berdiri untuk memandangcermin demi menilai hasil kerjanya. Diam sahaja Nur Husna membelek muka sendirisebelum mengangguk dan tersenyum manis kerana puas hati dengan dengan solekankakaknya. Kemudian Nur Husna dibantu memakaikan selendang di kepalanya denganlilitan ringkas. Itupun setelah ditegah Nur Husna. Tidak mahulah dia jikaterlalu terbelit sangat seperti video tutorial yang ditunjukkan Maisarah.

“Apa-apasajalah Angah. Ish rimas aku. Kot ye pun risik ke tunang ke, perlu ke veilbagai ni. Mengalahkan orang nak kahwin.”

Bebellagi mulut murai itu apabila Maisarah memakaikan veil di atas tudungnya.

“Ehkau ni Ateh. Tak payah nak ketinggalan zaman sangat. Sekarang ni orangbertunang pun macam kahwin tau. Ni kira ringkas sangat Along pilih dekat Ateh.Mak pun tahulah nak jaga adab sopan anak dara dia, sebab tulah mak setuju.Tengoklah, simple apa? Tak heavy sangat macam nakmenunjuk-nunjuk. Sekurang-kurangnya nampak menonjol sikit dari orang lain. Ha,cantik apa macam ni?”

Maisarahberdiri di depan Nur Husna sambil menyilang tangan, telunjuknya bermain-main didagunya dengan senyuman lebar. Maisarah berjalan mengelilingi Nur Husna, tubuhitu diperhatinya bagi memastikan tiada lagi cacat-celanya. Cantik sangat, adiksiapa la ni?

“Masalahnya,Ateh nak bertunang ke sekarang ni?”

“Ahsudah lah. Kalau cakap dengan Ateh memang nak menang ke Ateh je lah. Dah, Angahnak keluar pergi bersiap pula. Zohor pun dah masuk. Ateh solat dulu, lepas tududuk dalam bilik ni diam-diam. Ateh jangan nak pandai-pandai rosakkan hasilkerja Angah. Nanti kalau rombongan dah sampai aku masuk balik.”

PesanMaisarah sambil mengemaskan letak duduk veil di kepala Nur Husna.Setelah puas hati dengan sentuhannya, Maisarah keluar mendapatkan yang lainuntuk membantu apa yang patut.

NurHusna pula segera menyambut seruan untuk mendirikan solat Zohor empat rakaatdengan penuh kehambaan. Kusyuk dicari dalam setiap ibadahnya, meninggalkandunia dan segala isinya. Setelah menyudahkan wirid dan doanya, Nur Husnakembali bangun mengangkat takbir berniatkan solat istikharah dua rakaat.Istikharah untuk terakhir kalinya. Dengan penuh harapan agar hatinyadipimpin untuk memberi sebaik-baik jawaban. Bukan kerana dorongan nafsu hatinyayang sedang diulit putik-putik cinta, melainkan dorongan untuk dia membuatpilihan mengikut apa yang ditetapkan Allah padanya bahawa dia itu jodohnya.

Previous: Bab 9
Next: Bab 11i

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ainul MZ