Home Novelet Alternatif Persiapan Seorang Wife-to-be
Persiapan Seorang Wife-to-be
Ainul MZ
31/1/2018 07:44:04
52,672
Kategori: Novelet
Genre: Alternatif
Bab 8
-Pujuk-

“NurHusna.”

Panggilansuara itu menyentakkan Nur Husna untuk kembali pada realitinya dia berpijak.Hati yang tinggi memanjat puncak harapan tadi, perit rasanya apabila jatuh kedasar tanpa pautan untuk diselamatkan. Kecewa? Entahlah. Nur Husna sendiritidak tahu apa rasa hatinya tika ini. Mengapa rasa ini lebih tepatnya, kecewadan tertipu...

SegeraNur Husna memandang tepat pada anak mata coklat itu. Yang tadinya tajam menikamkini sudah berubah redup dan berkocak rasa kasih yang disalurkan. Hanya melihatanak mata itu, seolah Nur Husna sangat faham akan gelodak dasar hati yang terhijabzahirnya. Juga pancaran dingin dan kesedihan terpalit pada sinar kolam mataitu, tapi sangat bijak disembunyikan saat senyuman menawannya tertampal padawajah. Menggantikan jungkitan sinis tadi, menghilangkan riak dingin tadi.Matanya sepet kerana lebarnya senyuman diukir pada bibir itu.

Terasatangannya ringan saat beg kertas yang dipegang sudah mulai beralih tangan.Barulah Nur Husna sedar akan kelekaannya dalam mencari dan mencari pada wajahitu. Kalau-kalau, ada kejujuran, mahupun dusta yang sedang dilakonkan. Pelbagaispekulasi yang menjadi telahan hati, sedaya upaya diusir pergi.

“Arr..Sorry. Nah. Umi bagi buat bekal nak ke sana. Have a safe trip, EncikAzam. Saya pergi dulu, nak tengok umi.”

NurHusna berpaling mengatur langkah cepat. Menyelamatkan diri entah dari siapa.Mungkin dari diri sendiri kerana terlalu cepat mencipta harapan, kerana terlalucepat membuat telahan, kerana cuba menafikan segala kemungkin bahawa Azam ituadalah Azami Norhakim. Atau Azam itu hanya Encik Azam. Atau telinganya salahdengar nama Azami yang disebut kerana terlalu acap kali lelaki itu yang dinantisedari mula.

“NurHusna...”

Terasahujung baju kurungnya ditarik seseorang membuatkan Nur Husna berhenti melangkahlantas berpaling memandang gerangan tersebut. Riak wajahnya sudah berubahserba-salah.

“I’m sorry.”

“Err..kenapa Encik Azam minta maaf? Encik Azam tak ada buat salah apa-apa pun dengansaya.”

GugupNur Husna bersuara. Matanya meliar ke arah lain tidak mahu bertemu mata denganmata coklat itu. Lafaznya berdalih, sedangkan dasar hatinya melonjak mahu tahumengapa lelaki ini memohon maaf daripanya. Dia mahu mengaku segala dustanyaatau alasan baru apa lagi yang mahu dicipta demi menutup segala hal tentanglelaki misteri itu. Anehnya hati yang kecewa ini masih berharap. Berharap akanAzami Norhakim. Terasa mahu meledakkan ketawa hebat. Kerana terlalu kasihanpada diri sendiri yang terlalu naif. Terlalu butakah dia yang baru mahu kenalitu cinta?

Irasa you dah tersalah faham I ni Azami. I’m sorry,kalau panggilan umi buat you terlalu berharap.”

Azammenjelaskan. Tepatnya menyedarkan Nur Husna daripada harapannya. Menjelaskangadis itu hakikat yang sebenar. Sekali lagi, telahannya salah.

“Ha..ha.. Apa yang Encik Azam cakap ni? Saya tak faham. Ha.. ha..”

Sepatah-sepatahNur Husna menutup rasa hatinya dengan ketawa hambar. Tapak tangan dibawa kebelakang lehernya, menghildangkan gemuruh diri. Saat terpandangkan senyumanpada wajah yang tadinya gusar, dahi Nur Husna berkerut aneh.

“Kenapaencik senyum?” Dan dia menghamburkan ketawa tiba-tiba. Bertambah-tambah kerutandi dahi Nur Husna. Gelak pula dia. Dah kenapa lelaki ni?

“You’re like an open book, you know? I can read you just by lookingin your eyes. Girl, stop pretending. I know you’re looking for Azami. But sorryto disappoint you, he’s not here. And about umi. I knew she just called meAzami. Hurmm.. – how should I tell you? She’s always like that. Confusing meand Azami. Maklumlah nama kitaorang kan nak sama. So, sorry about that. Areyou okay, precious?”

Terkelumahu berkata apa. Dek terlalu mudah ditebak rasa hatinya oleh lelaki didepannya, Nur Husna sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat wajahnya bertemumata dengan Azam. Rona wajahnya usah ditanya, tidak pernahnya tidak berubahtomato setiap kali bersama Azam. Ada sahaja laku yang memalukan diri sendiri.

Hey,don’t be so silent. Speak up. You marah ke?”

NurHusna geleng. Masih kaku berdiri menekur tanah.

“Hey... look at me.”

MelihatkanNur Husna teragak-agak, tak semena-mena hujung telunjuk Azam menolak dagu NurHusna mendongak bertentang mata dengannya. Pantas, lalu tanggannya dibawa kepoket, berdiri santai menanti respon daripada Nur Husna dengan wajah gelisahdan serba-salah.

“MarahI?”

Geleng.

“Diamje. Marah la tu. Fine, I salah.”

Azammemancing dengan bersuara sayu. Merajuk. Wajahnya dipaling ke arah lain,kononnya terasa hati dengan kebisuan Nur Husna. Gadis itu apatah lagi,kelam-kabut lakunya terkesan dengan rajuk Azam. Mulutnya terbuka tutup mahukatakan sesuatu, dahinya apatah lagi. Berkerut seribu seperti memikirkan sejutasolusi untuk memujuk Azam.

“EncikAzam.. janganlah macam ni. Saya tak marah pun.”

Azammenyembunyikan senyuman tanpa mengalihkan wajahnya. Reaksi Nur Husna yangserba-salah dipandang dengan ekor mata.

“EncikAzam.. aish! Buruk benar lelaki merajuk. Sudahlah saya tak tahu pujuk orang.”

Mahumeledak tawa Azam mendengarkan omelan Nur Husna, tapi sedaya mungkin ditahan.Riak dingin semakin diwayang.

“EncikAzam! Dahlah, nak merajuk sangat pergilah. Tak kuasa nak melayan. Macambudak-budak!”

Usaimenghambur sakit hatinya, Nur Husna berpaling mahu meninggalkan Azam. Tapiterhenti saat mendengarkan Azam yang ketawa suka dibelakangnya menambahkan lagirasa sakit hatinya. Bibir bawahnya digigit geram. Rasa mahu gigit orangsekarang ni. Azam mempermainkannya!

“EncikAzam!”

Hakan dah keluar suara jantannya. Azam? Tak adanya nak berhenti, lagi seronokmengusik Nur Husna adalah.

“Azami!Hai, kenapa tak pergi lagi. –Tadi bukan main kalut nak cepat.”

KemunculanPuan Rosnah di ruang tamu, meredakan tawa Azam daripada terus dihambur. Tapimasih kedengaran sisanya. Sajalah tu nak sakitkan hati orang.

NurHusna memandang Puan Rosnah yang tersenyum lebar tidak jauh darinya. Persoalanitu kembali menjengah. Benarkah gelaran Azami itu sekadar tertukar antara Azamdan Azami Norhakim? Atau ada sesuatu yang tersembunyi dalam keluarga ini? Cubamengabaikan persoalan yang dia tahu tak akan kunjung jawabnya, Nur Husnamenghampiri Puan Rosnah yang perlahan langkahnya lalu tubuh tua itu dibantuuntuk bersandar pada sofa.

“Zamdah nak pergi umi. Terbantut langkah sebab budak kecik ni.”

Budakkecik dia kata aku? Dan Azami sudah bertukar Zam. Semudah itu? Atau aku yangterlalu banyak sangat fikir.

“Haihkamu ni Zam, ada-ada sajalah. –Ha, kenapa seronok benar gelakkan Husna ni?Sampai cemberut cuka mukanya.”

“AlaZam usik je pun. Dia merajuk, Zam pujuklah.”

Eh,siapa yang merajuk ni sebenarnya? Nur Husna menjeling tajam Azam yang berdiridi sampingnya.

“Anakdara orang, jangan diusik sangat. Tadi kata dah nak pergi. Relek je umitengok.”

“Eh,haah lah. Tak apa, nanti Zam drift. Hehe.. Umi dah makan ubat belum?”

 Jam ditangan dipandang sekilas sebelum melututdi depan Puan Rosnah, wajah ibunya direnung lembut. Tangan tua itu digenggammesra dan dikucup penuh kasih.

“Dah.Husna tolong tadi.”

Good.Kan bagus macam ni. Tak mengelat makan ubat. Nur Husna, I tak ada niminta tolong tenggokkan umi ye. Jangan diikut sangat telunjuk umi yang tak mahumakan ubat tu. Now my queen, follow me. Let me accompany you to your room. Youneed a good rest.”

“Eh,budak ni. Kamu tu dah lambat. Dah, pergi sana. Umi boleh masuk biliksendirilah.”

“A’aa..no excuse my queen. Nur Husna, you dah boleh tengokkan Qalbi.Biasanya waktu macam ni dia dah bangun. Nak menyusu.”

ArahanAzam hanya dibalas dengan anggukan. Langkah dua susuk itu dihantar dengansorotan mata. Tidak dinafikan, kemesraan mereka sangat menyentuh hatinya. LayananAzam buatkan lelaki itu dipandang istimewa oleh setiap mata yang melihat.Beginikah layanannya kepada semua wanita? Tapi mengapa dingin sekali responnyasetiap kali ada bunga yang manghampiri? Atau layanan itu hanya untuk ibunya?Arh, kenapa aku sibukan fasal lelaki itu pula. Azami Norhakim belum habis mahudifikirkan. Urgh, fikir hal Azami Norhakim. Diri sendiri yang sakit hati. Jadi,ada baik aku pergi tengok Qalbi. Hanya dengan memandang wajah comel itu, sudahmampu terbangkan segala masalah.

Qalbi,ibu datang! 

Previous: Bab 7ii
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ainul MZ