Home Novelet Alternatif Persiapan Seorang Wife-to-be
Persiapan Seorang Wife-to-be
Ainul MZ
31/1/2018 07:44:04
52,551
Kategori: Novelet
Genre: Alternatif
Bab11ii

“Ateh..”

Maisarahsudah memanggil. Puan Senah juga sudah berubah tempat duduknya menghampiri NurHusna.

“Atehkena pantun juga ke mak?”

Taksemena-mena Nur Husna bertanya. Soalan hanya dituju buat ibunya, tapi dia lupapembesar suara sedang aktif. Maka bergemalah suaranya yang terketar-ketar ituke pelosok rumah. Apa lagi, dek lucu dengan gelabah Nur Husna, bergema rumahitu dengan gelak-tawa. Tapi masih dikawal hingga tidak terbahak-bahak.Tersipu-sipu malu para wanita mengawal suara, para lelaki pula merah mukamereka menahan gelak kuat. Terkulat-kulat Nur Husna kerana suara cemasnyatiba-tiba melaung kuat. Huarrr.. betul-betul nak menangis sekarang.

“Takperlu Ateh. Ateh jawab sahaja macam biasa. Tapi bertapis bahasanya ye Ateh.”

PujukPuan Senah dengan senyuman manis. Tangan Nur Husna dielus lembut, faham benaranak gadisnya sedang dilanda gemuruh. Maklumlah baru pertama kali. Mata itudicari lagi. Dan dia masih dengan senyuman menawannya. Tidak ketawa sepertiyang lain. Sekali lagi anggukan diberi, memberi keyakinan pada Nur Husna untukkali kedua.

“Mintamaaf. Mahu dibalas pantun, saya bukan lah orang nya. Jadi, terima sahaja carajawab saya yang hanya biasa tidak berbunga. Sudah ada yang bertanya, tidaksopan rasanya jika tidak berjawab. Alhamdulillah, luas peluang pihak yangbertanya kerana diri ini belum lagi berpunya. Terima kasih.”

Terusbutang off ditekan. Risau andai giginya yang berkelatuk didengari semua.Malu nanti dia untuk kedua kalinya. Dahinya dikucup Puan Senah sebelum ibunyabangun untuk mengambil tempatnya semula. Cumanya tidak ke tempat tadi, hanyabersimpuh di sisi Maisarah di tepi pintu. Tuan Hadi sudah beralih pandang kedepan, bersedia mahu membalas pantun mungkin.

“Suarahati sudah pun ditanya. Yang bertanya juga sudah pun menjawab.

Tikar jerami hampar di laman

Mengulas dulang berisi emping

Bunga kami mekar di taman

Menanti orang datang menyunting

Ikan parang dimasak kari

Masak dengan bercampur kerang

Besar panjang nak dara kami

Mengharap teman berkasih sayang

Anyam jerami berbelang warna

Tengah berlubang lekang susunan

Bunga kami belum berpunya

Menanti kumbang hinggap di taman

 

Turun ke sumur menanam lada

Lada sura merah geliga

Sampai umur ulmu pun ada

Bersedia dara hidup berkeluarga.”

Alhamdulillah.Jelas dan terang suara si anak dara, hinggap ke pendengaran kami semua, jelassudah status duduknya, boleh lah kiranya kita sambung bicara ye Tuan Hadi?”

SambungTuan Rosman saat Tuan Hadi menitikkan pantunnya.

“Mari.Silakan tuan. Jangan disimpan apa hajatnya, tidak senang duduknya nanti.”

TuanHari menhulurkan tangannya ke depan, mempersilakan Tuan Rosman menyambung kata.

Akar memanjat pohon ara
Nampaknya cantik berseri laman

Besarnya hajat tidak terkira
Hendak memetik bunga ditaman.”

Suara Tuan Rosman kembali membalas, sedang membeli dari nadasuaranya. Nur Husna diam menanti apa lagi yang sedang dibincang dua lelakiorang lama itu. Rancak benar fasih mengungkap pantun. Bukankah mereka datangmerisik. Jawaban risiknya sudah dapat, jadi apa lagi mahu dibincang. Mahutetapkan tarikh pertunangannya kah?

Nampak cantik berseri laman
Tempat bertandang beruk dan kera

Hendak menyunting bunga ditaman
Sudahkah cukup syarat dan kira

Pergi mengail ikan gelama
Laut gelombang serta gelora

Niat baik sudah diterima
Nak tahu dulu muda kah tua!”

Sekali lagi gelak ketawa bergema. Mungkin lucu dengan selorohTuan Hadi di hujung pantunnya.

“Bunga cantik hiasan taman
Bunga sena penghias biara

Tentulah pemuda yang jadi idaman
Orang tua pengatur bicara.

Kalau padi katakan padi
Tidaklah kami tertampi-tampi

Kalau sudi katakan sudi
Tidaklah kami ternanti-nanti.

Haa, begitulah hajatnya. Bunga sudah pun dirisik, katanya tidakberpunya. Jadi ibu si kumbang datang berbisik, kalau boleh mahu menyarungcincin biar berpunya. Hajat hatinya, terus mahu diikat tali pertunangannya.Salah adat tapi tak salah syariat. Kepada tuan rumah, silakan ditanya pada sianak dara. Pinangan yang datang ini, sudikah diterima?”

Kali ini Nur Husna benar-benar mahu sesak nafas. Dia tidakbersedia untuk itupun. Mindanya sudah diset hari ini sekadar majlis merisik danberamah-mesra antara keluarga. Mengapa lain pula hajatnya. Maisarah di sisidipandang mohon penjelasan. Ahli keluarganya yang lain kelihatan tenang semua.Seperti sangat bersedia dan sudah tahu akan ketibaan hari ini. Apakah?

“Angah.. apa ni? Kata nak datangrisik je.”                

Rengek Nur Husna. Air muka usah ditanya, pucat sepucat-pucatnya.Kolam matanya semakin hangat, berkaca-kaca mahu menangis.

“Ehh.. Angah dah cakap kan tadi. Ateh, bertenang. Ateh kan dah istikharah.Kenapa tak bersedia pula?”

“Tapi, Ateh ingatkan kena ikat hari lain. Angah, tolonglah.”

“Ateh, istighfar. Benda baik. Lagipun, bertunang sahaja.Pihak lelaki bertanya, Ateh nak tak bertunang dengan Azami tu? Mak, Alongdengan Angah tahu, kitaorang yang rancang nak jodohkan Ateh. Tapi, bila ditanyabegini. Tandanya ini peluang untuk Ateh, kalau benar kata hati Ateh nak terima,terima sahajalah. Kalau benar tak mahu, katakan juga. Kami semua tak akanmarah. Itu pilihan Ateh. Ingat, kalau terima jawab baik-baik. Kalau nak tolakpun, jawab baik-baik.”

Previous: Bab 11i
Next: 11 iii

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ainul MZ