Home Novelet Alternatif Persiapan Seorang Wife-to-be
Persiapan Seorang Wife-to-be
Ainul MZ
31/1/2018 07:44:04
52,594
Kategori: Novelet
Genre: Alternatif
Bab 7i

-Tertanya-tanya?-

Semenjakkedatangan Azam ke rumahnya tempoh hari, Nur Husna tak dapat menahan bibirnyadari terus-terusan tersenyum. Kerana semenjak daripada peristiwa itu juga,tiada lagi riak dingin yang terpamer pada wajah Azam yang menyapa Nur Husna setiapkali bertemu di Pusat Asuhan Darul Sakinah. Membuatkan Nur Husna semakinberseri-seri setiap kali bersua muka dengan Azam, kerana lelaki itu semakinpandai bergurau mengambil hatinya dan tak kurang juga semakin kuat menyakatorangnya. Malah, semenjak itu juga batang hidung Azamlah yang sering munculuntuk menghantar Qalbi ke Darul Sakinah. Berbeza dari sebelumnya, bolehdibilang dengan jari sahaja berapa kali mereka bertemu kerana tugas menghantarQalbi ke situ sering diambil alih oleh Puan Rosnah.

NurHusna sendiri tidak tahu mengapa mendadak sekali perubahan karakter lelaki itu.Anehnya, dengan Nur Husna sahaja Azam bersikap begitu. Kalau datang rakansekerjanya yang lain datang menyambut Azam dan anaknya, bukan sahaja senyumantidak ditayangkan, pandang pun tak mahu. Gara-gara itu juga, puas Nur Husna menepissegala usikan yang Azam itu punya hati dengan Nur Husna. Tersentak jugalahhatinya saat pertama kali mendengarkan seloroh dari mulut Kak Zaitun. Entahdari mana datangnya auta itu hingga boleh dijadikan gosip hangat di DarulSakinah.

Tapimustahil sekali, Azam itu kan bakal abang ipar Nur Husna. Eh, dah setuju ke?Dah datang ke rombongan merisiknya? Er.. er.. er.. Arh, pokoknya mustahillahAzam itu sukakan Nur Husna. Lelaki itu sudah berumah tangga, punya anak lagi.Jadi, Nur Husna hanya pekakkan telinganya setiap kali gurauan tak berasasdaripada rakan sekerjanya semakin melampau mengusik.

Tapi,lain pula sikap lelaki itu hari ini. Walaupun sikap dinginnya tidak pernahditunjukkan lagi setelah peristiwa itu, namun senyuman Azam hambar sekali pagiini. Qalbi terus diserahkan kepada Nur Husna tanpa banyak cakap selainbertanyakan keberadaan Puan Iffah. Selepas mengiringi Azam ke bilik Puan Iffah,lelaki itu hanya mengucapkan terima kasih dan terus masuk ke dalam. Mahuditanya, nanti dikata sibuk menjaga tepi kain orang pula. Jadi, lebih baik NurHusna terus ke atas menyambung kerjanya yang sedia menanti.

Ketikamana Nur Husna sibuk uruskan Sara; anak asuhannya yang baru sudah dimandikan,Kak Maisarah datang memaklumkan Puan Iffah mahu bertemu dengannya. Segera NurHusna menyudahkan kerjanya lalu disuruh Sara menyertai yang lain bermain ditingkat bawah. Bilik Puan Iffah dituju, serentak itu Nur Husna bertembungdengan Azam yang baru keluar meninggalkan bilik Puan Iffah. Tergesa-gesa sekalilangkahnya meninggalkan situ hingga tidak perasankan Nur Husna yang tidak jauhmana jaraknya. Tangan Nur Husna sudah diangkat, mulut juga sudah dibuka mahumemanggil, tapi melihatkan susuk Azam sudah hilang dipadamkan sahaja niatnyalalu mengetuk pintu bilik majikannya.

“Masuk.”

“Puancari saya?” Baru sahaja pintu dibuka, langsung Nur Husna tanyakan tujuan diadipanggil ke bilik Puan Iffah. Jarang sekali pekerja-pekerja di situ dipanggilmenghadap hingga ke dalam bilik Puan Iffah melainkan jika ada perkara yangbenar-benar penting. Tiba-tiba rasa cuak bergayut di hati, dia ada buatsalahkah?

“Dudukdulu Husna.”

Lembutsahaja panggilan Puan Iffah sambil tersenyum. Teragak-agak Nur Husna melabuhkanpunggungnya di hadapan Puan Iffah. Benaknya disesak dengan pelbagai kemungkinanapakah dia dipanggil. Puas diperah otaknya, jika ada kesalahan yang tidaksengaja mahupun sengaja dia lakukan hingga berkerut-kerut dahinya.

“HaiHusna, sampai berkerut dahi tu dah kenapa?”

SergahanPuan Iffah membuatkan Nur Husna hanya mampu tayang senyuman kerang busuknya.Sudah tertangkap, tidak tahu mahu bereaksi bagaimana lagi.

“Adaapa puan panggil saya. Saya ada buat salah ke puan? Encik Azam ada adukanapa-apa ke fasal saya? Saya ada salah laku ke dekat anak dia?”

NurHusna tidak mahu menuduh, tapi entah kenapa wajah Azam yang kelat hari ni menari-naridi ruang mindanya. Malah hatinya yakin, panggilan Puan Senah pasti adakena-mengena dengan Azam. Kalau tak, mana mungkin Nur Husna terus dipanggilsejurus sahaja lelaki itu bertemu Puan Senah. Sudahlah lama sekali pertemuanmereka. Hampir satu jam juga. Entah apalah yang dibincangkan mereka. Adakena-mengena dengan Nur Husnakah?

“Ishkamu ni Husna. Ke situ pulak. Tak baik tau sangka buruk dengan orang.Sebenarnya Encik Azam mengadu...”

“Haaa,saya dah agak dah. Mesti Encik Azam ada mengadu yang tak baik tentang saya kan?Kenapa puan? Saya ada dera anak dia ke? Dia tak puas hati ke cara saya jagaanak dia?”

“Kamuni kan Husna, cuba bawa bersabar sikit. Saya belum habis cakap lagi.”

Terkebil-kebilNur Husna melihatkan wajah serius Puan Iffah. Kecut juga perutnya melihatkanperubahan wajah majikannya seorang itu. Perlahan wajahnya menunduk memandanghujung kaki serba salah dengan lakunya tadi. Itulah Nur Husna, tak sabarlangsung. Kau ingat ni dekat rumah, suka hati kau nak mencelah cakap orang.Depan kau ni bos kau tahu!

“Maafkansaya puan.”

“Baiklah.Sebenarnya Encik Azam bagitahu tadi, dia tak boleh hantar Qalbi minggu ni.”

“Kenapa?”

“Diaada kerja outstation.

“PuanRosnah kan ada. Bukan selalunya macam tu ke. Kalau Encik Azam tak ada, PuanRosnah yang hantarkan?”

“Itulahmasalahnya sekarang ni. Bakal mak mentua awak tu baru keluar wad semalam sebabkena serang darah tinggi tempoh hari. Esok pula Azam sudah perlu ke tempatkerjanya. Jadi, tak ada orang boleh jagakan Qalbi.”

Bercantumkening Nur Husna saat Puan Iffah membahaskan bakal mak mentuanya. Siapa pula?Puan Rosnah?

“Maksudpuan, Puan Rosnah?”

“Ai,nak jadi mak mentua pun berpuan lagi?”

Mahutak berubah tomato wajah Nur Husna saat diusik begitu. Jangan cakap Puan Iffahpun terkena virus gosip hangat tentangnya yang sedang galak merebak di DarulSakinah sekarang ini. Tersengih-sengih Nur Husna membalas usikan Puan Iffahyang sudah tersenyum manis itu.

“Ma,ma –mana ada puan. Eh, apa tadi. Ah, jadinya puan nak minta tolong saya jagakanQalbi ke? Macam mana?”

Cepat-cepatNur Husna alihkan topik perbualan yang sudah melencong itu. Tergelak Puan Iffahmelihatkan Nur Husna yang sudah kelam-kabut itu. Nur Husna hanya mampu menayangsenyum nipis. Iyalah, setahu Nur Husna belum dimaklumkan kepada siapa-siapa puntentang misi cari jodoh Alongnya itu. Apatah lagi, adik Azam itu salah satucalonnya. Tup-tup dikatakan Puan Rosnah itu ibu mentuanya. Ini tak lain takbukan penangan virus gosip dia dan Azam tentunya. Ah, tak guna punya gosip.Jangan kau jadi fitnah sudah.

“Itulahsaya nak cakap. Encik Azam tu minta tolong. Memandangkan dia tak ada, PuanRosnah pula sakit, dia minta izin saya nak ambil awak bekerja di rumahnya untukdua hari sahaja.”

“Pembanturumah dia tak ada ke?”

Amboikau Nur Husna, nak tolong orang pun mengelat. Susah benar mahu minta tolongdengan kau. Apa susah, tolong sajalah dah orang minta tolong.

“Kalaukamu nak tahu, Puan Rosnah tu memang dari dulu lagi tak nak ambil pembanturumah. Semua nak buat sendiri katanya.  Jadi, Encik Azam tu susah hati nak tinggalkanQalbi dan uminya tanpa ada yang jagakan. Cik Bella pula masih di asramasekarang ni. Dia cakap, nak cari pembantu rumah sekarang macam tak sempat sebabitulah dia minta tolong ni. Boleh ke Husna?”

“Anakasuhan saya macam mana?”

“Itutak apa, boleh bahagikan kepada yang lain. Encik Azam sanggup bayarkan dua kaliganda gaji kamu kalau kamu setuju.”

Terbuntangmata Nur Husna mendengarkan tawaran itu. Terdesak benar Azam sampai begitutawarannya. Nur Husna menggeleng perlahan sambil tersenyum.

“Takperlulah sampai macam tu puan. InsyaAllah saya boleh je nak bantu. Kalau puandah cakap macam tu, tak akanlah saya nak bantah pula. Macam mana kerja sayadekat sana?”

Previous: Bab 6ii
Next: Bab 7ii

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ainul MZ