Home Novelet Alternatif Persiapan Seorang Wife-to-be
Persiapan Seorang Wife-to-be
Ainul MZ
31/1/2018 07:44:04
52,568
Kategori: Novelet
Genre: Alternatif
Bab 5

-SHE’S MY WIFE-

Langkah Nur Husna terhenti saat terpandangkan tubuh seorang lelaki yang sedangberbaring di sofa L. Posisinya kelihatan tidak selesa. Kaki kirinya berjuntaike lantai, sebelah lagi dilipat seperti bersila di atas sofa. Tangannyadiletakkan di atas dahi sedikit menutupi wajahnya dan sebelah lagi jugaterkulai ke bawah sambil memegang sejadah. Tubuhnya yang tadi hanya bersarungkanundeshirt nipis dan seluar track hitam, kini sudah bergantidengan henley kelabu, berseluar khaki biru tua dan berkopiahputih. Sepertinya baru sudah solat. Aneh, mengapa tak solat di bilik sahaja?Mengapa solat di ruang tamu?

Eh, bukan ruang tamu. Ruang tamu di tingkat bawah. Cuma ruang ini lebihsederhana luasnya. Dan dibahagi kepada dua. Di kirinya seperti dikhaskan untukberehat, bersantai mahupun berkumpul ahli keluarga. Dilengkapi dengan set sofabed dan sofa L, meja kopi, wardrobe untuk televisyen. Juga adasebuah kerusi malas berteraskan kayu jati dan beberapa kerusi minibewarna-warni serta beberapa pasu kecil dan besar dengan jambakan bungalavender. Bunga hidup! Wangi! Patutlah bau lavender harum semerbak. Bertemakanwarnanya pastel biru, ungu, kelabu dan putih cukup membuatkan Nur Husnaterpegun seketika kerana kagum dengan sentuhan mudah tapi indah. Tambahan lagi,hanya berdindingkan jendela kaca dan ditutup dengan langsir tebal bewarnakelabu gelap yang diikat ke sisi membuatkan ruangan itu cerah dengan simbahancahaya mentari dari luar.

Memisahkan ruangan itu, di kanannya seperti direka khas untuk solat. Hanyadipisahkan almari buku tinggi dan agak terlindung. Terdapat beberapa pasangjubah dan telekung digantung di ampaian dan beberapa lipatan sejadah untukdigunakan. Juga dipenuhi dengan buku-buku agama untuk rujukan dan beberapanaskhah Al-Quran, set Iqra’ dan Muqaddam untuk dibaca. Menyedari itu, tahulahNur Husna bahawa Azam solat di situ dan ketiduran di sofa. Mungkin terlaluletih melayankan ragam anaknya yang kuat meragam.

Tanpa sedar, Nur Husna yang baru selesai bancuhkan susu buat Qalbimendekati Azam di sofa. Kain tenun yang tersepuk di kerusi malas diambil laludiselumut tubuh Azam yang terdedah. Sudahlah pendingin udara dibiarkanterpasang dengan suhu rendah. Seperti baru tersedar lakunya itu, cepat-cepatNur Husna mengatur langkah ke bilik Qalbi. Pintu ditutup dan Nur Husnabersandar di situ sambil menghembus nafas kelegaan. Kepalanya diketuk denganbotol susu di tangan memarahi diri sendiri. Sewenang-wenangnya lepas lakuseperti Nur Husna di rumah. Mungkin kerana terbiasa selimutkan arwah Tuan Yusufdan Puan Senah yang sering tertidur di sofa ruang tamu rumahnya, Nur Husnatidak berfikir panjang untuk bertindak seperti tadi. Mujur sahaja Azam tidaksedar, kalau tidak pasti bukan-bukan tanggapan Azam terhadapnya kelak.

Tidak mahu terbawa-bawa akan hal tadi, Nur Husna mendapatkan Qalbi yangtidak jerap tidurnya. Walaupun mata terpejam, suara kecilnya masihmerengek-rengek seperti tidak selesa akan sesuatu. Nur Husna kembali risau jikaanak asuhannya itu sakit yang tidak dapat dikesannya. Baru sahaja puting susudisuap ke mulut bayi itu, Qalbi tiba-tiba meraung. Tangisannya nyaring hinggaselak jadinya. Cemas Nur Husna mengangkat Qalbi dibawa ke pelukannya. PunggungQalbi ditepuk-tepuk cuba memujuk agar Qalbi kembali tenang.

Seperti baru sedarkan sesuatu, Nur Husna membelek mulut Qalbi yang dipenuhiwarna putih ketika si kecil menjerit. Tadinya tidak terlalu jelas kerana sangkaNur Husna hanya tinggalan sisa susu di lidahnya. Tapi setelah dilihatbetul-betul, alangkah terkejutnya dia melihat tompokan putih itu bukan sekadarsisa susu. Lebih tepatnya kulat susu atau jangkitan fungal di mulut, teruknyatompokan putih yang seakan-akan kepingan susu basi yang melekat di lidah sudahmerebak ke bahagian dalam mulut dan lelangit. Patutlah mulut Qalbi kelihatankering. Dan mungkin kerana ini juga Qalbi terus sahaja menangis. Bayi, apalahyang boleh dia lakukan selain menangis. Apatah lagi dirinya dalam kesakitan.

“Kasihan anak ibu. Maafkan ibu, nak. Ibu tak tahu Qalbi sedang sakit.”

Kucupan dalam dilekapkan pada umbun-umbun Qalbi meluahkan rasa serbasalahnya. Wajah Nur Husna berubah tiba-tiba saat merasakan perubahan suhu tubuhQalbi yang mendadak. Panas. Termometer di atas kabinet diambil lalu disukatsuhu Qalbi di bawah ketiaknya selama lima minit hingga bip berbunyi. 38°C!Tidak menunggu lagi, Qalbi dibawa keluar dari bilik. Langkahnya laju menerpaAzam yang masih nyenyak di sofa.

“Encik Azam!”

Terduduk Azam secara tiba-tiba saat disergah dengan suara lantang NurHusna, ditambah pula tangisan nyaring Qalbi membingitkan ruangan itu.Terpinga-pinga Azam cuba berfikir waras apa yang berlaku kerana terlaluterkejut daripada tidurnya. Wajah gelisah Nur Husna yang dipandang kosong padaawalnya beransur hilang apabila fikirannya sudah mulai siuman. Terus Azamberdiri dan tanyakan Nur Husna apa yang telah berlaku.

“Kita ke klinik. Qalbi demam panas.”

Dengar sahaja apa yang dikatakan Nur Husna, Azam tidak berlengah lagi.Kunci Perdana dicapai dan bergegas turun masuk ke dalam kereta bersama NurHusna. Hampir sepuluh minit memandu dengan kelajuan maksima, akhirnya merekasampai di klinik berhampiran. Nur Husna diarahkan duduk sementara Azammengambil giliran di kaunter. Mujur sahaja pengunjung yang datang tidak ramai.Tidak sempat panas punggung, mereka sudah dipanggil untuk bertemu doktor.

Qalbi diambil alih oleh jururawat lantas diperiksa oleh seorang doktorperempuan. Nur Husna cuba bertenang sambil hatinya tidak putus doakan yangbaik-baik untuk Qalbi. Wajah gelisah Azam dipandang seraya berkata Qalbi tidakakan apa-apa. Sempat Husna maklumkan berkenaan fungal thrush yangdilihat pada mulut Qalbi kerana di kereta tadi masing-masing gelisah, Azamfokus pada pemanduan untuk segera sampai, Nur Husna pula sibuk untuk tenangkanQalbi daripada terus menangis.

It all my fault. I should pay more attention to him. Sampai Qalbikena thrush pun I boleh tak sedar.” Memikirkan kemungkinan itu yangmenyebabkan Qalbi menangis kerana kesakitan, Azam diserbu rasa bersalah. Rasaseperti dia tidak ambil berat akan keadaan anaknya itu.

“Jangan risau Encik Azam. Qalbi akan okey. Percayakan saya ye.”

Senyuman ikhlas diberikan kepada Azam, cuba yakinkan lelaki itu Qalbi tidakapa-apa. Selepas beberapa minit menunggu, doktor yang memeriksa Qalbi mulamengambil tempat di meja kerjanya setelah mempersilakan Azam dan Nur Husnaduduk. Tangisan Qalbi telah pun berhenti dan jururawat menyerahkan Qalbi yangtelah tertidur kepada Nur Husna. Mungkin doktor ada berikan sesuatu kepadaQalbi. Apa yang diberikan tidak pula Nur Husna tahu. Nur Husna hanya memerhatisahaja doktor melakukan kerjanya tadi. Nanti pasti akan diterangkan juga apayang diberikan oleh doktor kepada Qalbi.

“Isteri tuan ke?” Nur Husna yang baru duduk di kerusi setelah mengambilQalbi daripada jururawat tadi, mengangkat wajahnya mendengarkan pertanyaandoktor tersebut. Baru sahaja Nur Husna mahu menjawab, Azam terlebih dahulumencelah memberi jawaban.

“Yes, she’s my wife.”

Terbuntang mata Nur Husna mendengarkan apa yang dikatakan Azam. Pantas NurHusna pandang ke sisi memandang wajah serius Azam, berharap lelaki itu tarikbalik apa yang telah dikatakan sebentar tadi. Tapi hanya jelingan tajam sebagaibalasan, isyarat supaya Nur Husna hanya mendiamkan diri. Nur Husna bingungjadinya. Tidak faham mengapa Azam memberikan jawaban yang tidak benar.

“Puan ada berikan berikan susu badan kepada bayi puan?”

“Tak ada doktor. Anak kami hanya ambil susu formula sedari lahir.”

Bukan sahaja Nur Husna, doktor yang bertanya juga berkerut dahinya apabilaAzam yang berikan jawaban, bukannya Nur Husna. Nur Husna mengerutkan dahinyakerana berfikir jawaban apa yang harus diberi. Sudahlah Azam itu pandai-pandai mengakuNur Husna isterinya. Kalau dijawab tidak, takut salah. Kalau dijawab ya, NurHusna tak mahu bersekongkol dengan Azam untuk berkata dusta. Pelik doktor itumemandang Nur Husna dan Azam silih berganti. Pastilah aneh soalannya dijawabAzam.

“Baiklah kalau macam tu. Cuma, andai kata puan berikan susu badan, sayanasihatkan agar bersihkan puting terlebih dahulu kerana puting yang lembab didalam pakaian dalam selalunya akan menyebabkan jangkitan fungal.”

Merah padam wajah Nur Husna mendengarkan itu. Tidak tahu mahu bereaksibagaimana, Nur Husna hanya menunduk memandang wajah Qalbi yang sedang nyenyaktidurnya. Mahu memandang Azam lagilah dia tak mahu, Nur Husna malu.

“Okey baik doktor. She’ll take care of it. Tapi, anak kami takapa-apa kan?”

I’ll take care of it? Wah, lelaki ini makinberani. Bicara Azam seolah-olah Nur Husna ini sememangnya isterinya. Tidak rasaapa-apakah bernada selamba beri jawaban begitu. Lainlah Nur Husna ituisterinya. Sebut fasal isteri, bagaimana kalau isterinya tahu Azam semboronomengaku perempuan lain isterinya. Oh, permainan apakah ini? Nur Husna juga baruperasan, ini kali kedua Azam menggunakan perkataan ‘kami’ pada anaknya. NurHusna semakin bingung. Apa yang lelaki ini cuba lakukan sebenarnya?

“Jangan risau Encik Azam. Anak encik tak apa-apa. Jangkitan fungal thrushtidak membahayakan. Melihatkan kerisauan tuan dan puan, saya agak inipertama kali kalian berdepan dengan situasi begini. Tapi, jangan risau. Fungal thrushhanya menyebabkan kesakitan pada mulut. Kerana itu bayi akan kerap menangisdan tidak mahu menyusu. Dan disebabkan kurangnya menyusu, menyebabkanberlakunya hidrasi. Sebab itu juga, bayi kalian mengalami demam. Saya akanberikan paracetamol dan ubat antifungal untuk legakan sakit anak puan.”

Setelah mendengar penjelasan panjang lebar berkenaan keadaan Qalbi, merekameninggalkan klinik selepas pembayaran dilakukan dan ubat diambil. Nur Husnakembali teringatkan pesan doktor supaya diberi perhatian untuk mengelakkanperkara yang sama berulang kepada Qalbi. Nur Husna boleh tahu tentang thrushkerana pernah terbaca tentangnya sebab itu mudah dia kesan pada mulut Qalbitadi, tapi asbab terjadinya jangkitan itu Nur Husna tidak tahu. Kerana itu NurHusna baru tahu, berikan air masak kepada bayi setelah menyusu itu pentingsebab ianya akan menanggalkan saki-baki susu yang mungkin tertinggal di mulutkerana saki-baki itulah yang memudahkan jangkitan fungal. Rasa bersalah jugaada, kerana Nur Husna tidak cakna akan hal itu sepanjang menjaga Qalbi. Dan NurHusna juga jarang membersihkan puting botol dengan air mendidih dua minggusekali seperti yang dipesan doktor, kerana Nur Husna fikir botol itu sudahbersih kerana tidak pernah ditinggal di Darul Sakinah. Wajah Qalbi yang pulaslenanya diusap pipi merah si kecil.

“Maafkan ibu sayang. Ibu tak tahu hal sepenting itu. Tengok, dah sakit anakibu sampai demam.”

Perlahan Nur Husna menutur dengan nada sayu kerana sudah terbiasa berbualbegitu dengan Qalbi. Tidak sedar apa yang dikatakan Nur Husna didengari Azam.

It’s okey Nur Husna. Kita belajar sama-sama uruskan anak. Sayabelajar, awak pun belajar. Nanti kita dah ada anak sendiri, boleh bersedialebih awal.”

Azam berkata seperti cuba mengurangkan rasa serba salah Nur Husna. Azamtidak tahu mengapa, tapi melihatkan perubahan wajah Nur Husna sepanjangmendengar apa yang dikatakan doktor tadi dia turut terkesan. Tahulah dia, NurHusna ada lakukan apa yang dilarang doktor hingga serba salah menghilangkansenyuman yang sentiasa di bibir Nur Husna.

Nur Husna memandang Azam yang fokus pada pemanduannya. Berlapis dahinyacuba menghadam apa yang dikatakan Azam. Tiba-tiba Nur Husna teringatkan situasidi klinik tadi ketika Azam mengaku Nur Husna itu isterinya.

“Kenapa Encik Azam buat macam tu?”

“Buat apa?”

“Mengaku saya isteri encik. Dan kata-kata encik seperti menganggap saya nimemang betul-betul isteri encik. Apa encik maksudkan ‘kita’ dah ada anaksendiri? Mind to explain? Atau ianya hanya omong kosong yang tidakbermaksud apa-apa?”

Azam mendiamkan diri apabila disergah dengan persoalan itu. Agak lamamenanti, Azam masih begitu. Bisu. Nur Husna menghela nafas panjang, cubamenenangkan diri sendiri. Rasa tidak sukanya yang mula bergayut di hati cubadiusir pergi. Nur Husna kalau sudah mula tidak sukakan seseorang, lepas inisusah mahu berkata yang baik-baik. Dalam erti kata lain, Nur Husna akanbersikap dingin, sombong dan mahu bertikam lidah sahaja jadinya jika bertemu.

Nur Husna tak mahu itu terjadi. Kalau sampai ke telinga Puan Senah lagilahkronik jadinya, Nur Husna perlu berdepan dengan leteran Puan Senah yang tidakmahu berhenti. Kerana, sikap Nur Husna dahulu memang susah mahu sebulu dengankaum satu lagi. Sebab bagi Nur Husna sikap lelaki itu menjengkelkan, sukamemaksa dan bertindak sesuka hati mereka sahaja. Disebabkan sering bertekakjika bertemu lelaki yang tidak disukainya, Nur Husna terpaksa juga perlutadahkan telinga mendengarkan amarah dan leteran Puan Senah. Jadi, untukmenghindari berdepan dengan Puan Senah lagi, Nur Husna mula lebih banyakpositifkan diri dan tidak ambil peduli dengan sikap lelaki yang menyakitkanhati. Seperti lelaki di sebelahnya seorang ini.

“Kalau encik tak mahu jelaskan, biar sayalah jelaskan. Untuk pengetahuanencik, saya tak suka encik suka-suka mengaku saya isteri encik. Dan saya jugatak suka bicara encik seolah kita akan ada apa-apa di masa hadapan. Iamengganggu saya, dan akan buatkan saya salah faham. Lagipun, encik ni dahberkahwin. Jangan taburkan kata-kata yang membuatkan perempuan bujang sepertisaya ni keliru dan tertanya-tanya. Kata-kata encik seperti menabur harapan. Sayatak tahu apa motif encik buat macam tadi. Jelasnya,  saya tak suka. Jadi, saya harap encik takulang lagi perkara yang sama.”

Usai meluahkan apa yang terbuku di hatinya, Nur Husna mengalihkanpandangannya ke luar tingkap. Azam pula tidak beriak, tiada langsung respondiberi pada yang dikatakan Nur Husna. Lebih menyakitkan hati, Nur Husnamenangkap senyuman sinis lelaki itu. Setelah itu hanya pandangan tajam dandingin diberikan kepada Nur Husna sekilas. Kenapa dengan lelaki sebelahnya ini?

Xperia yang berbunyi menarik Nur Husna daripada terus-terus memikirkan apayang dimaksudkan Azam dengan kata-katanya. Tipikal perempuan. Suka terlebihfikir dan membuat spekulasi sendiri jika tidak mendapat penjelasan yangdiinginkan. Melihatkan nama Faiz di skrin Xperianya, segera panggilan dijawab.

“Ateh ada dekat luar abang. Ke klinik tadi sebab Qalbi tak sihat.”

“Balik? –hurmm.. lima minit. Kejap lagi Ateh telefon balik.”

Setelah talian diputuskan, wajah dingin Azam kembali dipandang.

“Encik okey kan jaga Qalbi? Dah tahukan apa kena buat? Saya kena balik dahni, dah petang sangat. Tak biasa saya balik lewat sampai ke malam. Mak saya pundah tanya tadi.”

Azam ditanya sambil memandang jam di dashboard. Sudah hampir 6.12petang. Nur Husna belum tunaikan solat Asar lagi.

“Tak boleh ke you tinggal dekat rumah I untuk satu hari? Itak tahu apa nak buat kalau Qalbi menangis lagi.”

Membulat mata Nur Husna mendengarkan permintaan Azam. Dia sedar tak apayang dia cakap ni?

“Sudah tentulah tak boleh Encik Azam. Rumah tu tak ada sesiapa selain encikdan saya. Fitnah nanti encik.”

“Kita bukan buat apa-apa pun. You cuma jagakan Qalbi. Nur Husna, please.Qalbi masih belum betul-betul sihat. Kalau dia menangis lagi macam mana?”

Nur Husna mengeluh geram. Aku rasa Encik Azam ni dah hidup dengan Qalbi dahtiga bulan. Dah sepatutnya tahu apa perlu buat.

“Tak boleh Encik Azam. Lagipun, doktor dah cakap kan tadi apa perlu buat.Macam mana bagi ubat dan waktu makannya. Rasanya itu sajalah tambahannya. Rutinlain-lain macam biasa dan saya rasa yang lain-lain Encik Azam dah lali nakuruskan macam mana. Jadi, saya tak diperlukan pun dekat sana. Kalau susahsangat, minta tolong isteri encik. Beritahu dia apa jadi pada Qalbi. Tahulahdia apa nak buat.”

Walaupun Nur Husna nak sangat tanya di mana isteri Azam, ke mana dia?Kenapa dia tak ada di rumah? Kenapa Nur Husna tak pernah nampak dia? Tapi semuapersoalan itu dikuburkan dalam benaknya. Tidak mahu masuk campur urusan oranglain. Walaupun pelik kerana tidak pernah nampak batang hidung isteri EncikAzam, tapi bukan urusan Nur Husna masuk sibukkan diri. Jadi, Nur Husna hanyabersangka baik sahaja. Mungkin isteri Encik Azam sedang kerja di luar negeribarangkali.

Melihatkan tiada respon daripada Azam, sekali lagi Nur Husna berpaling kesisi mahu memandang Azam. Tertelan air liur Nur Husna kerana gerun melihatkanair muka Azam yang berubah rona merah padam, raut wajahnya seperti sedangmenahan amarah. Melihatkan jelingan tajam Azam, Nur Husna menundukkanpandangannya melihat Qalbi. Takut. Rasa bersalah tiba-tiba menerpa. Nur Husnaada salah sebutkah? Mengapa setiap kali isterinya disebut, pasti Azam akanberubah bengis.

I hantar you balik. Barang you tak ada tinggal dekatrumah I kan?”

“Tak ada. Tapi tak apa, kita baliklah dulu rumah encik. Saya tidurkan Qalbidulu. Lagipun abang ipar saya akan ambilkan saya nanti.”

I tak nak dengar alasan you. I hantar.” Sedinginmusim salji suaranya.

“Tapi –”

I hantar you balik.”

Kali ini suara Azam sudah meninggi. Nur Husna sudah menikus, takut mahubertentang mata dengan Azam yang sedang menikam Nur Husna dengan pandangantajamnya. Sudahnya, Nur Husna hanya menurut kemahuan Azam. Pemanduan mulabertukar arah. Tanpa bertanyakan Nur Husna di mana rumahnya, Azam memandudengan yakin seperti sudah tahu arah tujuannya.

Nur Husna pula membisu sambil menepuk-nepuk Qalbi yang masih pulas diribanya. Sempat mesej dihantar kepada abang iparnya untuk beritahu dia pulangdengan Azam. Di benak Nur Husna didesak dengan pelbagai soalan yangmerunsingkannya. Nur Husna rasa bersalah tapi tidak tahu apa salahnya. Lebihbuatkannya tertanya-tanya, mengapa Azam bersikap sedemikian rupa. Nur Husna adatersalah katakah hingga mengguris hatinya? Apa dia marah kerana Nur Husnabertegas tidak mahu tinggal di rumahnya untuk semalaman demi menjaga anaknya?

Tapi kan sudah dijelaskan, mustahil Nur Husna menuruti kemahuan Azam itu. BukanNur Husna tidak mahu, malah kalau ikutkan hati, Nur Husna nak sangat tinggal disana memikirkan keadaan Qalbi. Tapi, mereka hanya berdua, bahaya! Pesan TuanYusof juga kerap kali terngiang-ngiang di telinganya. Jangan berdua-duaandengan lelaki bukan mahram. Ada yang ketiga akan membisik untuk melakukanperkara yang dilarang Allah. Sekarang sahaja Nur Husna berdoa panjang sepanjangdia hanya berdua dengan Azam. Moga segalanya baik-baik sahaja. Dibetulkanniatnya hanya atas urusan kerja. Hanya mahu membantu anak kecil yang tidaksihat.

Sibuk dengan dunianya hingga tidak sedar, Proton Perdana sudah terparkingdi perkarangan rumahnya. Jika tidak ditegur Azam, sampai ke sudah Nur Husnadalam dunianya. Azam keluar membukakan pintu untuk Nur Husna. Setelah itu,Qalbi bertukar tangan. Pintu belakang dibuka lalu Qalbi diletakkan di kerusibayi yang sememangnya ada di tempat duduk belakang.

“Terima kasih encik hantarkan saya. Saya minta maaf kalau kata-kata sayamenyinggung perasaan encik. Encik tak mahu masuk dulu?”

Azam yang sudah membuka pintu pemandu hanya menggeleng menjawab perlawaanNur Husna. Air mukanya sudah agak tenang daripada tadi. Cumanya masih dingin.

“Kalau Qalbi meragam sangat encik telefon saya ye. Saya akan ke rumahencik. Saya boleh saja minta kakak saya teman. Ataupun, encik tunggu kejap.Saya minta izin daripada mak saya. Kalau mak izinkan, saya ikut encik balik.Tapi dengan kakak saya sekalilah.”

Nur Husna sudah berura-ura untuk berlari masuk ke dalam rumah mahumendapatkan Puan Senah. Tapi dihalang dengan tegahan Azam.

“Tak perlu. It’s okey Nur Husna. Macam you cakap, doktor dahterangkan apa perlu buat. I je yang risau terlebih. Masuklah. Ibalik dulu.”

Kali ini suaranya sudah lembut sedikit. Seperti mahu hilangkan serba-salahNur Husna.

“Saya minta maaf encik sebab tak dapat bantu.”

Nur Husna meluahkan rasa bersalahnya. Azam tidak menjawab. Matanya terusmemandang Nur Husna tanpa berkelip. Terlalu lama hingga Nur Husna tidak selesajadinya. Pipinya sudah kebas dan panas, segan ditenung begitu sekali. Sepertimahu telan ada juga. Nur Husna yang cuba melarikan pandangan daripada bertemumata dengan Azam, akhirnya beranikan diri untuk bersuara.

“Encik..?”

You dah fikir siapa calon pilihan you?”

Tanya Azam tiba-tiba. Dan apa yang dimaksudkan dengan calon tu? Calon suamiaku ke? Macam mana dia tahu?

Previous: Bab 4
Next: Bab 6 i

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ainul MZ