Home Novelet Alternatif Persiapan Seorang Wife-to-be
Persiapan Seorang Wife-to-be
Ainul MZ
31/1/2018 07:44:04
48,138
Kategori: Novelet
Genre: Alternatif
Bab 11i

11: PANTUN

Mendengarkan suara riuh dari luar biliknya membuatkan Nur Husnalekas menghabiskan rutin bacaannya setiap selepas waktu solat. Al-Qurandiletakkan di tempatnya sebelum langkah diatur menghampiri pintu yang sengajatidak bertutup rapat. Langsir diselak untuk melihat suasana di luar biliknya.

Laju sahaja retinanya menangkap susuk redang milik Puan Rosnah.Anggun sekali wanita separuh abad berbusana kurung songket itu melangkah masukdisambut Puan Senah lalu dibawa terus ke ruang tamu. Diikuti beberapa orangwanita dan lelaki, tua dan muda sekitar sepuluh orang semuanya masuk bersamadulang ditangan. Lima dulang semuanya. Dan Nur Husna mula mengerutkan dahinya.Sudah kenapa berdulang bagai ni? Sirih junjung? Ini rombongan merisik kan?

Fikir soal dulang, Nur Husna juga perasan Rozaimah begitu sibuksekali menggubah tujuh dulang yang disewa daripada butik temannya. Bukan hanyaRozaimah seorang, Puan Senah dan Cik Nana; kawan Rozaimah iaitu pemilik butikpengantin di bandar turut sibuk menguruskan hal itu hampir seminggu yang lalulagi. Apabila ditanya, dijawabnya sengaja siapkan awal-awal dulang hantaranuntuk majlis tunang Nur Husna.

Sedangkan waktu itu, keputusan belum dibuat lagi. Puan Rosnah punbelum khabarkan kepada Nur Husna bila mahu datang merisiknya. Tiba-tiba sudahsibuk siapkan dulang hantaran untuk majlis tunangnya. Malah, barang-barang yangmahu digubah awal-awal lagi sudah dibeli. Tahu-tahu sahaja, sudah siap tujuhdulang hantaran diletakkan di biliknya.

Sempat jugalah Nur Husna belek apa yang digubah itu. Tali pinggang,kemeja dan samping digubah dalam satu dulang, dulang bunga rampai, dulangbuah-buahan, dulang set tuala, dulang untuk cincin, dulang kain pasang bewarna peachlembut –kata Puan Senah; itu untuk buat baju nikah nanti- dan dulang kek yangbaru siap semalam. Mahu dibantah lebih-lebih, dulangnya sudah siap digubah,sudah disusun pun dalam biliknya. Lagipun, Nur Husna sudah serahkan kepadaRozaimah untuk menguruskan segala-galanya. Jadi, apa boleh dibuat selain terimasahajalah.

Fokus Nur Husna kembali dialihkan daripada memikirkan kegunaandulang-dulang yang dibawa. Buat sesak kepala sahaja. Sekarang ni fokusnyasedang mencari seseorang. Berjengket hujung kakinya tidak duduk diam melihatsetiap wajah yang sedang berborak sakan di ruang tamu, kalau-kalau yang dinantiitu sedang bersila juga di situ. Namun, tanpa sedar sinar matanya yang terujamenanti ternyata membawa rasa kecewa di hatinya. Harapannya sekali lagidirentap, wajah yang bermain-main di mindanya seperti mana yang dilihat padagambar simpanannya tidak menyamai siapa-siapa di situ.

Dalam kecewa, matanya masih liar mencari sambil menggigit bibirnyageram. Sehingga terhenti saat bertaut dengan mata coklat yang menawan itu.Sinar matanya memukau ditambah lagi perasa senyuman manis yang sangat sukardihadiahkan buat siapa-siapa. Tetapi senyuman itu semakin kerap terhias setiapkali bersua muka dengan Nur Husna. Kolam matanya hidup, bercerita sentiasasetiap kali bertaut dengan retianya. Dan sekarang, mata itu sedang memujukseperti tahu akan rasa hati Nur Husna yang hampir dilanda kecewa untuk sekiankalinya.

Beberapa detik bertaut, Si Mata Coklat terlebih dahulu memutuskantautan. Sempat juga dikenyit mahu mengusik hingga berubah rona pipi Nur Husnaseperti selalu. Cepat-cepat Nur Husna beralih, bersandar di tepi pintu sambilmemegang jantungnya yang mulai berpalu tanpa arah. Tanpa dapat ditahan, bibiryang tadinya kejung mahu tersenyum, tidak disangka terukir sendiri tanpadipaksa. Tak mampu menafikan lagi, hatinya berbunga. Sedar dengan kelekaannya,pipi ditampar lembut. Menyedarkan diri pada realiti. Bukan dia. Ya, bukan dia.Bukankah yang lagi seorang itu yang datang dalam mimpi kau Nur Husna? Jadi,jagalah hati. Dia itu bakal ipar kau. Jangan melampau batas kemahuan hati itu.Berkasih dengannya, selayaknya seorang saudara, selayaknya seorang ipar sebagaipenyambung silaturrahmi dua keluarga.

Langsir kembali diselak. Kehadiran Azam yang berbaju Raihan satinkuning lembut, berkhaki hitam dan bersongkok di kepala disambut Fawwazdengan pelukan erat. Mesra sekali kedua-duanya rancak bercerita. Benar-benarseperti teman yang sudah sekian lama bersahabat. Sorotan mata Nur Husnamengiringi langkah mereka ke ruang tamu dan mengambil tempat masing-masingseperti sudah siap mahu memulakan majlis.

Melihatkan susuk tubuh Maisarah sedang datang menghampiri kebiliknya, Nur Husna kalut mengambil tempat di mini pelamin yang sudah siapdigubah sejak dua hari yang lalu. Seperti biasa, rancangan Alongnya Rozaimahtanpa bertanyakan persetujuan Nur Husna. Mujur Puan Senah setuju jika dibuat dibilik Nur Husna sahaja. Kebetulan, biliknya itu bilik yang paling besardaripada bilik lain. Legalah hatinya apabila mendengarkan tolak ansur daripadaibunya. Mungkin sudah acap-kali berkeras dengan Nur Husna, jadi untuk urusanpelamin ini Puan Senah raikan kedua-duanya. Lagipun, buat di bilik lebih baik.Tidaklah terlalu terbuka dan dipertontonkan anak daranya kepada semua yanghadir di majlis mereka hari ini. Kalau mahu melihat Nur Husna di pelamin,terbuka pada kaum hawa sahaja. Lebih terjaga dan tertutup.

Walaupun untuk sekian kalinya Nur Husna mahu membantah, diabersetuju juga mendengarkan kata-kata ibunya. Lagipun, setelah siap minipelamin itu, terpukau juga mata Nur Husna dengan sentuhan kreatif Cik Nana.

Bertemakan warna putih emas, mini pelamin yang dibina sudah jelasmempamerkan tema yang diinginkan. Berfokuskan pada kusyen Ottoman bulat berkainemas berkilau di tengah pelamin di atas pentas rendah yang dibalut dengan hamparankain satin besar, pelamin diserikan lagi dengan dekorasi flora juntaian daunhijau berbunga krisan putih susu dan seruni kuning yang digubah taburannyasecara mengiri susunannya di atas latar tirai.

Besi jackset latar tirai yang dilapisi dua langsir vitrasegabungan rona putih dan emas itu kemudiannya diindahkan lagi dengan gabunganrambuan lampu bercahaya putih dan sulaman bunga melur hidup yang disulam secaramemanjang, diselang seli menjadi seperti tirai. Haruman bunga melur memenuhiruang bilik itu hingga ke luar. Sempat juga telinga Nur Husna menangkap komentaryang meniti di bibir sesiapa sahaja yang menjejakkan kaki ke rumah ini. Wangimelur! Itu baru luar bilik, belum lagi bilik Nur Husna yang seperti taman melurbaunya. Harum semerbak!

Seri pelamin turut dilapis dengan dua gubahan bunga krisan danseruni di dalam pasu di kiri dan kanan pentas. Lebih menarik, lampuspotlight kecil juga turut diletakkan mengelilingi pelamin. Seolah-olahmahu menggamit semua mata untuk melihat anak dara yang sedang bersimpuh di pelaminnyamenanti untuk disunting. Manis dan menawan! Mujur sahaja bilik Nur Husna memangsengaja ditutup semua tingkap dan lubang, mengelakkan daripada rombosanmatahari dari luar. Ruang gelap sangat diperlukan untuk menjadikan fungsi spotlightlebih berkesan. Ringkas, megah dan cantik!

Pintu diketuk mengalihkan Nur Husna kepada Maisarah yang barumelangkah masuk dengan senyuman manisnya. Di belakangnya diikuti Faiz yangsedang membawa alatan pembesar suara tanpa wayar jenis klip bersaiz kecil ibujarinya. Alat kecil itu kemudiannya dikepil pada tudung yang dekat dengandagunya, bagi memudahkannya untuk menjawab saat ditanya sebarang soalan nanti.Fungsinya, Nur Husna tak perlu keluar daripada bilik hingga selesai segalaperbincangan. Jika ditanya terus kepada tuan badan, Nur Husna hanya perlumenjawabnya langsung menggunakan alat pembesar suara itu. Tiada masalah kalautidak guna pun, tapi itulah keluarganya. Macam-macam alasannya, takut andai NurHusna tak bersuara. Kalau bersuara, mungkin semut di tudung saja boleh dengar.Sengal punya keluarga!

“Kalau nak jawab tekan sini untuk on, lepas tu tekan sekalilagi nak off. Faham?”

Tanpa menjawab, hanya anggukan sebagai balasan.

“Haha, janganlah nervous sangat. Bertenang Ateh. Tak ada apapun. Jawab bila ditanya, diam kalau tak tanya. Dah, Abang Ngah keluar dulu. Maiduduk sini kan?”

“Haah, nak teman budak ni. Kalau dibiar seorang diri, hilang pulananti. Abang pergilah, Mai rasa nak berpantun juga diorang ni. Dari tadiberpantun-pantun bercakap pun. Mujur la Pak Lang Hadi ada, boleh la nakberbalas rancak kalau nak berpantun.”

“Pantun?”

Nur Husna sudah cuak bila dengar pantun. Aduhai, ni nak merisikkan? Dah kenapa nak berpantun bagai ni? Karang dia tuju soalan dekat aku denganpantun, mati kutu aku nak menjawab.

“Haah, mak pun cakap. Nak ikut orang lama. Walaupun tak semeriahpantun orang dulu, tapi nak bagi ada saja. Jangan takutlah, Angah ada denganAteh.”

Tangan adiknya yang sudah sejuk beku itu dielus perlahan. Dahi NurHusna dikucup lalu melabuhkan duduknya berdekatan dengan pintu. Pintu sudahawal-awal lagi dibuka luas, langsir juga sudah diselak, biar nampak suasana diluar. Lagi pula, wakil keluarga Nur Husna memang semuanya berkumpul berhampirandengan bilik Nur Husna. Di depan mereka, wakil rombongan mengambil satu tempatmemenuhi ruang tamu. Mujur juga bilik Nur Husna memang berdepan dengan ruangtamu. Nanti kalau mahu berbincang sesama mereka, tidak perlulah berulang-alik,hanya berlu berbisik sampaikan mulut ke mulut hingga ke empunya diri. Kalaudijawab, langsung terus bersuara dengan alat yang disedikan.

“Assalamualaikum wbt.”

Salam diberi oleh seorang lelaki tua; sudah beruban rambutnya,berbaju melayu kuning, bersongkok hitam, memulakan perbincangan mereka. NurHusna semakin sesak salur nafasnya kerana gemuruh.

“Waalaikumussalam wbt.”

“Bismillahirrahmanirrahim, syukur hanya kepada Allah, selawat nabikepada Rasulullah, semoga pertemuan membawa berkah.

Burungenggang silang-bersilang
Nampak pipit sama rata
              Sudilah sirih sekapurseorang
Itulah asal pembuka kata

Tuan-tuan dan puan-puan, syukur sebesar-besarnya kedatangan kamidisambut dengan muka yang jernih, dinanti dengan dada yang lapang, ditunggudengan wajah yang berseri-seri.

Saudara-saudari sekalian, yang berbahagia, yang punya hajat hariini adalah daripada adik saya, Rosnah Samsuri. Saya hanya sebagai wakil untukmenyampaikan hajat sebesar ini.

Rosman Samsuri nama ditabal, Abang sulung kepada yang berhajat,ditugaskan oleh Rosnah sebagai jurubual untuk menyampaikan hajat yang besar.Dan hajat yang saya mahu sampaikan, tak mungkin saya bercakap seorang, tentuada kawan tempat berbincang.

Sedap sungguh si sayur terung
Sedap dimasak oleh cik imah
              Di depan saya ramai berbajukurung
Siapa agaknya wakil tuan rumah?”

Riuh sebentar rumah mendengarkan muqaddimah daripada Tuan Rosmanmengundang bisik-bisik jenaka daripada penghuni rumah.

“Mari perkenalkan diri saya, Muhammad Hadi diberi nama, Abang ketigakepada tuan rumah. Menggantikan ipar saya Yusuf Hassan yang sudah lama bertemuIlahi, menyambut hajat wakil ke mari.

Encik Awang belajar silat
Belajar silat di Pulau Pangkil
              Orang sekampung diajak muafakat
Kita berdua sebagai wakil

Perahu kolek ke hilir tanjung
Sarat bermuat tali temali
              Salam tersusun sirihjunjung
Apa hajat sampai kemari?”

Suasana semakin rancak dengan jual beli pantun yang fasih meniti dibibir orang lama. Nur Husna juga tidak kurang gelisah rancaknya. Peluh usahdikata, bercucuran bagai hari ini merupakan hari akad nikahnya. Aduhai, oranglama sangat. Aku pula terbantut-bantut nak faham pantun.

“Baiklah tuan rumah,

Rasatinggi Gunung Ledang
Tinggi lagi asapnya api
              Berapa tinggi mata memandang
Tinggi lagi harapnya hati

BungaRos bunga melati
Harum semerbak di dalam taman
              Besar sungguh hajat di hati
Hendak menyunting bunga di taman

Cincinrotan disarung di jari
Manisnya jari cantik meruncing
              Bunga tuan dipagari sangduri
Izinkan kami hendak menyunting

Harumsegar bunga melati
Disusun rapi di dalam puan
              Berhajat besar hasratnyahati
Teruna kami mencari teman

Haa,jadinya sebelum bunganya disunting. Tidak mahulah kiranya bunganya sudahditanda kumbang yang lain. Oleh itu,

Kembangmekar bunga Siantan
Susun secekak harum baunya
              Mekar mawar mewangi ditaman
Bertuan tidak kami bertanya

Cantiksungguh Dang Anum
Bersangguldengan gegetarnya
              Buah masak sudah kah ranum?
Bungaditaman sudahkah berpunya?”

NurHusna semakin gugup saat kepala manusia di luar sana sudah tertoleh-toleh kearah biliknya. Tak kurang juga yang memanjang kepalanya, mencari-cari siapakahSang Bunga yang disunting. Maisarah yang menghampiri Nur Husna untuk membantuNur Husna mengaktifkan pembesar suara menambahkan debar di dada.

“Kalauditanya pada saya, tidaklah saya tahu isi hatinya, daripada kita semuatertanya-tanya, ada baiknya langsung kita tanya pada si bunga. –Ateh, rombonganni datang merisik kamu. Kamu sudah punya pilihan sendiri atau belum. Kalausudah berpunya sila nyatakan, biar yang datang tak simpan harapan. Kalau belumberpunya, katakan belum. Bolehlah kami langsung urusan seterusnya.

Cubalah cari dalam tengkolek
Tengkolek ada di atas para
              Luahkan bahasa yangmolek-molek
Sudahlah manis di pandang mata”

 

Terjungkitbahu Nur Husna saat Tuan Hadi beralih muka memandangnya, sekerat pantun lagiuntuknya. Apatah lagi mendengar suara lantang Tuan Hadi bergema ke pelosokrumah. Menambahkan debar dan gemuruhnya. Melihatkan semua mata sedang berpusatpadanya, Nur Husna tak mampu lagi mengangkat kepalanya. Wajahnya pucat kalauditoreh tidak berdarah pastinya. Maisarah di sisi yang sedang mengusap belakangbadannya juga tak mampu mengurangkan debar jantungnya. Kepala diangkatperlahan, mencari kekuatan. Hinggalah bertaut lagi retinanya dengan pemilikmata coklat itu. Senyumannya, hilang terus gemuruh yang mengulit diri. Anggukandaripadanya, memberi keyakinan untuk Nur Husna segera memberi jawaban.

 

“Ateh..”

Previous: Bab 10
Next: Bab11ii

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ainul MZ